Pasti ramai yang inginkan tip atau cara mudah buang air bertakung dalam rumah selepas banjir? Masalah banjir yang menimpa ramai pemilik rumah baru-baru ini membuatkan ramai yang pening kepala dengan kerosakan barang dan sebagainya. Masalah nak cuci rumah dan keluarkan air yang bertakung dalam rumah menjadi masalah yang amat rumit.
Bagi yang mempunyai water jet, bekalan elektrik pasti mudah untuk anda membersihkan rumah. Tapi bagi yang tiada boleh guna cara yang dikongsikan oleh Mohd Razak Razali
Ads
Cara Mudah Buang Air Banjir Yang Bertakung Dalam Rumah
Kepada mangsa banjir saya kongsi kan cara mudah untuk buang air yg bertakung dalam rumah.
Bahan-bahannya:
1. Baldi- di tebuk lubang pada bahagian bawah ikut saiz paip
2. Getah paip atau poli pipe.
3. Karung sampah saiz besar yang ditebuk lubang pada bahagian bawah ikut saiz paip.
4.Kerusi 2 biji
Cara-caranya
1. Masukan hujung paip dari bawah baldi kemudian terus masukan pada lubang plastik sampah tadi dan ikat plastik tadi pada getah paip.
2. Tarik getah paip supaya plastik duduk di dalam baldi.
3. Hujung satu lagi getah paip bawa ke luar rumah.
4. Letak baldi atas 2 kerusi .
5. Kamudian boleh cedok air banjir tuang dalam plastik yg duduk dalam baldi tadi. Air akan keluar terus ikut getah tak perlu angkut keluar.
6. Pastikan terus kocak air dalm rumah supaya lumpur tak mendap.
7. Bila air habis lumpur tak ada dah sebab semua ikut air. Saya guna polypipe sebab senang nak ikat plastik tadi.
IMPIANA kongsikan 10 tip dan petua untuk anda di luar agar mudah dan cepat melakukan kerja di dapur.
Melakukan kerja dapur bukanlah satu perkara yang mudah. Kadang-kadang rasa penat yang tak terkata, sebab tak habis-habis kerja di ruang ini. Tapi ruang ini akan lebih meriah dan seronok jika kerja yang dilakukan mudah dan cepat. Sememangnya kita semua tahu ruang dapur adalah nadi dalam sesebuah rumah. Jika tiada ruang dapur pastinya rumah itu tidak lengkap dengan hidangan yang lazat.
Pastikan beras dibasuh dengan betul-betul bersih. Sebelum membilas buat kali kedua atau ketiga, pastikan air bilasan yang terdahulu telah dikeluarkan kesemuanya terlebih dahulu. Nasi juga boleh dibilas dengan bilasan terakhir menggunakan air bertapis dan memasak nasi dengan air bertapis itu.
Bagi mereka yang baru bermula untuk belajar memasak di dapur, walaupun nasi merupakan paling mudah dan asas, pastinya anda akan teragak-agak untuk menentukan sukatan air bagi nasi yang dimasak.
Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang dimasak. Bagi masakan nasi untuk beras yang digunakan dalam masakan harian, tips yang cukup mudah adalah gunakan menggunakan cawan. Cawan yang sama digunakan untuk menyukat beras untuk dimasak digunakan untuk menyukat air dengan formula 1 cawan beras bersamaan 1 hingga 1 ½ cawan air.
Bagi penggemar ikan sungai atau ikan tawar seperti ikan lampam, ikan baung pastinya sudah biasa dengan masalah ikan ini yang mempunyai lendir dan sedikit hanyir. Terdapat beberapa cara yang anda boleh guna untuk menghilangkan lendir dan hanyirhanya dengan barang yang mudah terdapat di dapur.
Jikalau anda bercadang untuk memasak ikan sungai atau ikan tawar, air basuhan beras jangan dibuang. Simpan air basuhan untuk membasuh lendir dan hanyir ikan akan hilang.
Halia bukan sahaja dapat digunakan dalam masakan, tetapi juga boleh menghilangkan lendir dan bau hanyir pada ikan. Cincang halus halia dan perapkan bersama ikan selama setengah jam.
Asam jawa juga dapat digunakan bagi menghilangkan hanyir dan lendir ini. Ambil asam jawa dan lumurkan pada ikan. Perapkan seketika dan bilas sehingga bersih sebelum dimasak.
Pengisar makanan kebiasaannya akan berbau kurang menyenangkan terutamanya jika anda menggunakan pengisar itu untuk mengisar cili atau bawang. Gunakan sedikit beras yang ditambah dengan sedikit air dan kisar seketika. Bilas pengisar makanan dengan air bersih dan bau tadi yang kurang menyenangkan pastinya hilang.
Gunakan khazanah semulajadi sebagai pewangi semulajadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja dalam peti sejuk anda semalaman. Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti anda juga akan berbau wangi.
Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga kering. Bau yang kurang menyenangkan pasti akan beransur hilang.
Semut dan gula seperti tidak dapat dipisahkan. Pastinya menjengkelkan bagi mereka yang memasak di dapur kerana semut yang halus sentiasa menghurung bekas gula walaupun ditutup rapat dan kedap. Nak hapuskan semut? Petua mudah, letakkan bunga cengkih ke dalam gula. Semut tidak lagi akan menghurung gula kerana bau dari bunga cengkih itu.
Bubuk atau kutu beras akan menjadikan beras anda lembik, kurang enak dan mudah basi. Halau kutu beras ini dengan hanya menggunakan cili kering. Potong dua cili kering dan letakkan ke dalam bekas simpanan beras anda. Sifat panas dan bau kuat dari cili kering akan menyebabkan bubuk atau kutu beras ini tidak bersarang pada beras anda.
Memastikan sayur anda lebih segar dan tahan lama hanya mudah sahaja. Pastikan anda menyimpan sayur anda di dalam bekas kedap udara sebaik sahaja pulang ke rumah. Kesegaran dan ketahanan sayur anda pastinya akan terpelihara lebih lama.
Lalat merupakan salah satu masalah utama bagi memastikan kebersihan makanan anda terjaga. Untuk menghalau lalat anda ini dengan cara yang lebih semulajadi, ambil daun kari dan letakkan di kawasan yang sering dihinggapi lalat. Anda akan lihat perubahan ketara kerana bau dari daun kari tidak disukai lalat.
Pastinya bagi anda yang baru belajar memasak, atau sudah lama, percikan minyak panas semestinya membuatkan anda berhati-hati semasa menggoreng. Untuk mengelakkan anda terkena percikan minyak panas ini, mudah sahaja.
Ambil sepotong limau nipis dan perahkan ke dalam minyak masak sebelum dipanaskan. Hasilnya, tiada lagi percikan minyak panas dan anda juga akan lihat perbezaan bau dan rasa masakan yang digoreng dengan aroma yang lebih enak.
Jangan lupa untuk mencuba petua dan tip yang kami kongsikan dengan anda! Jikalau anda mempunyai komen atau lebih banyak tips, jangan segan silu untuk berkongsi bersama IMPIANA. Selamat mencuba!
KLIK DI SINI untuk pembelian 4 In 1 Hand Blender Set Pengisar Pegang Tangan Electric, memang wajib ada di ruang dapur anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagai tidak ada penghujungnya jika kita bualkan tentang perkara hias dan memilih perabot di ruang sempit. Bukan apa, kini kediaman yang ada tidak lagi seluas dahulu dan banyak perkara yang tuan rumah perlu peka agar tidak membuat kesilapan dan mengigit jari. Apakah langkah yang boleh kita rancang sebelum menghias kediaman yang memiliki ruang yang sempit.
MEMILIH PERABOT TEPAT!
Perkara yang paling utama adalah kenal pasti kedudukan ruang tamu anda. Adakah ia sesuai untuk menempatkan perabot sofa 3, 2, 1 atau cukup buah sofa 3 tempat duduk bersama sebuah sofa? Atau sebuah sofa L shape yang memaksimakan ruang yang ada?
1. Ukur ruang tamu anda terutama dinding utama
2. Ukur pula panjangnya ke hadapan terutama menghala ke dinding televisyen.
3. Laraskan konsep kediaman dengan saiz rumah. Elakkan memilih perabot untuk rumah agam atau rumah besar di kediaman kecil.
4. Pastikan reka bentuk dan materialnya tidak mencederakan kita. Maklumlah kalau dah kecil adakala tergeser.
PILIHAN SOFA MODEN KONTEMPORARI BANYAK YANG DIREKA SELARAS DENGAN SAIZ RUMAH HARI INI. WARNA BEIGE SEMEMANGNYA SESUAI UNTUK RUANG TERHAD.
SOFA DUA TEMPAT DUDUK SELALUNYA PALING SESUAI BAGI RUANG KEDIAMAN KECIL. RONA BIRU TERANG CUKUP HANYA PADA SEBUAH KERUSI SEBAGAI GANTI KEPADA FEATURE WALL.
5. Warna dan corak. Adakah ia tahan lasak atau pun sarat berbunga?
6. Dalam menghias tidak semestinya kita menghias sofa lengkap setnya. Adakala cukup sebuah sofa utama dan yang lain adalah kusyen kecil.
Jadi anda sudah boleh mencari-cari perabot yang sesuai untuk ruang tamu anda menjelang hari raya ini. Jangan tersilap pilih ya.
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI)
Kegunaan bahan dapur di kebun seperti cuka, baking soda dan pelbagai lagi umum dah tahu. Tapi, ada lagi satu bahan dapur yang mempunyai kebaikkan kepada tanaman yang IMPIANA baru baca hasil perkongsian di Balconygadenweb.com iaitu, tepung jagung. Berikut 5 kegunaan tepung jagung di laman
Nak beli biji benih sayuran berkualiti, menjadi tapi murah, boleh beli online dekat sini https://invol.co/cl13dtb
Jika sebelum ni impiana pernah kongsi tip untuk campurkan serbuk kayu manis dengan biji benih supaya tak diserang perosak. Kali ni, balconygardenweb.com berkongsi tip untuk pastikan biji benih cepat bercambah dengan mnggunakan tepung jagung. Sebelum semai, gaulkan sedikit tapung jagung bersama biji benih Ia akan menyebabkan biji benih sentiasa dalam keadaan hangat dan benih cepat bercambah
Tanah yang mengandungi pasir yang tinggi sukar untuk pembiakkan tanaman terutamanya dari jenis yang memerlukan kelembapan seperti sayuran. Cara untuk memulihkan struktur tanah berapsir agar mempunyai peganggan kelembapan yang tinggi adalah dengan mencampurkan sedikit tepung jagung ke dalam medium taanamn yang berpasir
Menurut North Carolina Agricultural and Technical State University tepung jagung berupaya mengubah struktur tanah
Campurkan 2 sudu tepung jagung ke dalam 1 gelen air siraman. Ia akan akan mengekalkan kelembapan di dalam tanah untuk tempoh yang lama. Namun teknik siraman ini tidak sesuai di lakukan setiap hari kerana ia akan merosakkan struktur tanah
Kadar urea yang tinggi akan menyebabkan tanah tercemar. untuk mengatasi masalah ni, taburkan tepung jagung pada bahagian yang tercemar untuk mengawal kesan tidak baals nitrogen pada permukaan tanah
Ia adalah kaedah paling efektif memusnahkan semut di kebun secara alami. Letakkan gula yang telah dicampur bersama tepung jagung berhampiran dengan sarang semut. Semut yang makan gula tersebut akan mengalami masalah pencernaan. Yang lebih menarik, sifat semut yang suka membawa makanan ke dalam sarang akan menyebabkan koloni tersebut mengalami masalah yang sama
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...