Cat Dinding Rumah Mengelupas . Selepas kediaman terendam lebih dari 2 hari, sudah pasti catnya mula mengelupas selepas banjir surut. Jangan gelabah terus nak cat semula dinding yang rosak. Nanti tak sampai beberapa hari, dah mengelupas semula. Tak nak membazir dan elak melakukan kerja yang sia-sia, ini langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mengecat semula dinding lembap yang dah mengelupas

1. Bersihkan dinding dan Kupas cat lama

Bersihkan terlebih dahulu dinding anda dari sebarang kotoran. Selesai, kupas atau singkirkan semua lapisan cat lama. Boleh guna water preasure atau kikis dengan scrap. Hal ini membantu cat baru yang dialis dapat diserap dan lekat sempurna pada permukaan dinding

2. Keringkan dinding sepenuhnya

Sebaiknya beri masa 1-2 minggu untuk dinding yang terendam air tadi kering sepenuhnya.

Baca juga: 6 Punca Cat Pada Dinding Mengelupas Walaupun Baru Lepas Cat

3. Haluskan permukaan dinding

Selesai menyingkirkan lapisan cat pada dinding, gunakan kertas pasir untuk menghaluskan permukaan yang kasar. Disamping itu juga, teknik ini juga dapat menanggalkan lapisan cat degil yang sukar ditanggalkan. Teknik ini dapat memastikan dinding anda dalam keadaan kemas dan sedia meneriam cat baru. Secara tidak langsung, ia dapat memberi kesan cat yang lebih cantik dan kemasIni Cara Baiki Cat  Dinding Rumah Mengelupas Selepas Terendam Banjir

IKLAN

4. Bersihkan dengan air bersih

Langkah terakhir membersihkan tembok atau dinding yang mengelupas adalah dengan cucian menggunakan air. Bukan cuci beria-ia, cukup sekadar menggunakan kain lembap bagi menyingkirkan kotoran yang tersisa terutamanya habuk yang terhasil disebabkan dinding yang digosok mengunakan kertas pasir. Selesai dicuci dengan air, biarkan dinding kering sepenuhnya sekurang-kurangnya 3-4 jam

5. Aplikasi cat

Selesai dinding kering sepenuhnya, proses mengecat boleh lah dilanjutkan. Permulaan proses mengecat, cat asa atau dasar perlu dilakukan. Pilih cat asas yang kurang kandungan kapur nya atau Alkali Resisting Primer untuk memastikan lapisan cat yang kedua dapat lekat sepenuhnya. Pastikan cat asas disapu sepenuhnya dan rata hingga menutupi pori dinding

IKLAN

Nak kerja cat mudah, boleh cuba guna bus ni. https://invol.co/cl824vzIni Cara Baiki Cat  Dinding Rumah Mengelupas Selepas Terendam Banjir

6. Alis cat berwarna

kebiasaanya, cat asas mengambil masa 3 jam untuk kering sepenuhnya. Selesai kering, bolehlah disapukan warna cat yang menjadi pilihan. Pastikan anda menggunakan roller untuk permukaan mendatar yang luas dan berus bagi kemasan bersudut sempit atau kecil. Lakukan teknik mengecat dari atas ke bawah. Dan pastikan, ketika sapuan cat pada berus atau roller tidak kering. Jika terlalu kering, ia akan meninggalkan kesan tekstur yang tidak menarik. Jika perlu, cat berwarna perlu di lapiskan lagi sekali selepas lapisan pertama kering sepenuhnya untuk mendapatkan kesan warna yang lebih menarikIni Cara Baiki Cat  Dinding Rumah Mengelupas Selepas Terendam Banjir

IKLAN

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI