Memiliki rumah sendiri pastinya jadi idaman ramai bukan. Ada yang bertanggapan hendak memiliki rumah sendiri bukan mudah sebab ini adalah salah satu bebanan yang besar. Nak langsai hutang rumah ni makan berpuluh tahun. Belum tentu tiap bulan mampu nak bayar duit bank. Tanggapan ini mungkin boleh jadi meleset jika anda tahu dan bijak merancang dan pembelian rumah.
Ilmu hartanah ni memang kena belajar kalau hendak pandai dan tahu selok belok dan teknik yang mudah. IMPIANA tertarik dengan cara jejaka ini lunaskan hutang rumahnya dalam masa yang singkat.
Korang perasan tak, walaupun lebih 10 tahun buat bayaran bulanan rumah kat bank, tapi tak berganjak pun baki pembiayaannya. Geram je kan bila tengok bank statementnya…
..
Aku kongsikan macamana aku langsaikan hutang rumah pertama aku ini dalam tempoh 12 tahun. Sepatutnya ikut perjanjian 25 tahun (aku pilih 25 berbanding 30 tahun). Ilmu ni aku perolehi dari bacaan buku mentor kewangan Azizi Ali. Ikut cara dia, 5 tahun langsai hutang. Dulu pun aku fikir macam tak logik cara beliau. Tapi aku try jerlah. Tak dapat setel 5 tahun, 12 tahun pun kira ok apa..
..
1. BAYAR LEBIH BULANAN – Setiap bulan aku akan bayar extra RM100-150 ke bank. Tapi jika takda lebihan, aku bayar ikut kata bank jerlah. Jangan stress!
.
2. BAYAR LEBIH TAHUNAN – Dulu company selalu bagi bonus tahunan. Duit bonus ni aku extrakan bayar bulanan ke bank. Orang biasa bayar 12 bulan kan, tapi aku bayar 13-14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!
.
3. BAYAR GUNA KWSP – Tips ni paling banyak membantu. Aku keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk mengurangkan baki pembiayaan. Kat sini biasanya ada drama sikit dengan pihak bank. Sila maklumkan pada mereka, kita mahu bayar “principal” terus. Barulah kita yang untung!
..
Aku praktiskan 3 cara ini sahaja. Dalam buku Tuan Azizi Ali tunjukkan banyak tips lagi. Boleh pi cari beli. Cara ini bagi yang nak langsaikan hutang rumah dengan lebih cepat. Jika tak mau, ikut sahaja kata bank. Bayar bulanan seperti biasa. Insyaallah 30-35 tahun setel hutang anda. Apa-apa berlaku pada kita, encik MLTT/MRTT Insyaallah boleh cover…
..
Gambar ni masa kami gotong royong anak beranak bersihkan rumah setelah penyewa keluar hujung tahun 2020. Rumah dah habis bayar, duit sewa nilah yang jadi pasif income kami. Tahun lepas telah dilepaskan pada pemilik baru demi memburu RUMAH IMPIAN kami sekeluarga. Hutang dah takda, dapat sedebuk, baru syok..
..
Sumber : Faizal Rahmat
Abang Ngah
Bebas Hutang, Hati Tenang!
Mudahkan, bila tahu bagaimana hendak miliki rumah tapi mampu bayar balik dalam masa yang singkat. Barulah hutang tak keliling pinggang. Langsai hutang rumah dalam masa singkat bukan untuk yang ada duit sahaja, semua mampu lakukan jika anda tahu cara dan teknik yang betul.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Syarikat pemaju perumahan, Mah Sing Group Berhad kini telah mengorak langkah untuk berkerjasama dengan platform aplikasi SofaX, sebuah kendalian aplikasi rekaan dalaman secara maya dengan teknologi ‘Virtual Reality’ (VR).
Pengumuman kolaborasi tersebut telah diumumkan secara rasmi kepada umum, pada 28 Julai lalu.
Hasil kerjasama kedua-dua jenama ini, Mah Sing Group Berhad bakal menawarkan kepada semua ahli ‘M Privilege’ dan pemilik rumah di bawah projek perumahan M Vertica dan Sensory @ Southville City berpeluang untuk menerima diskaun potongan harga bagi setiap pembelian perabot, kemasan dan pakej hiasan dalaman.
Tawaran diskaun potongan harga yang bakal diberikan oleh Mah Sing Group Berhad kepada semua pemilik rumah di bawah projek perumahan berkenaan bernilai lebih RM14.5 juta.
Selain itu, kerjasama ini juga adalah sebagai satu langkah inisiatif kedua-kedua jenama bagi memberi kemudahan kepada pemilik rumah untuk memiliki rekaan hiasan dalaman yang tepat dan bersesuaian mengikut citarasa masing-masing.
Sedikit informasi mengenai aplikasi SofaX ini telah dicipta dengan fungsi teknologi ‘Virtual Reality’ (VR) bertujuan untuk memberi input kepada para pengguna mengenai rekaan hiasan dalaman rumah yang tepat dan bersesuaian.
Dengan penggunaan aplikasi ini, anda boleh mengakses untuk melihat lebih 3000 produk daripada 150 jenama berserta 100 ‘portfolio’ pereka hiasan dalaman yang menyediakan perkhidmatan rekaan hiasan dalam. Bak kata orang, semuanya hanya di hujung jari!
Untuk maklumat lanjut mengenai kolaborasi dan tawaran ini, sila layari https://www.mahsing.com.my/ dan https://www.sofax.com/
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baru-baru ini, pakar hartanah dan kewangan, Azizul Azli Ahmad telah berkongsi nasihat dan menyarankan kepada orang ramai supaya tidak membeli kediaman atau rumah ‘sambung bayar’ hutang pemilik asal.
Malah katanya lagi, kegiatan penjualan hartanah sedemikian kini juga sudah mula diiklankan kepada orang ramai sejak kebelakangan ini.
“#TabungRumah JANGAN BELI RUMAH SAMBUNG BAYAR? Saya kongsikan di fb tadi sekarang, mula ada iklan jual rumah secara sambung bayar.
“Rumah yang tuan rumah beli, tak mampu bayar maka dia jual secara sambung bayar. Sambung bayar ini biasanya mereka beli rumah yang ‘overmarket value’.
“Dapat jual pun masih tak boleh ‘cover’ hutang bank, maka cara paling mudah dan meriah adalah buat jualan sambung bayar,” tulisnya.
Maklumnya lagi, tindakan untuk membeli rumah ‘sambung bayar’ ini sememangnya salah dari segi undang-undang khususnya proses jual beli hartanah.
Selain itu, ia juga akan memberikan impak dan kesan yang buruk kepada pembeli di masa akan datang.
“kawan kawan, ketahuilah bahawa kegiatan ini salah dari segi undang undang. sama macam sambung bayar kereta, liabiliti masih ditanggung oleh pembeli asal.
“Pembeli baru hanya ‘tolong’ bayarkan hutang orang sahaja.Jika dah habis bayar tuan rumah kata dia tak mahu pindah milik kita tak boleh buat apa apa.
“Jika tuan rumah mati juga kita hanya akan melopong sahaja.Jangan ambil mudah urusan jual beli rumah. Paling penting jangan salah beli rumah, jika kita beli rumah dengan cashback RM650K, siap dapat cashback RM50K lagi.
“Biasanya kediaman begini dah 10 tahun pun harga masih sama sekitar RM600k sahaja. Hutang dan faedah bank masih tinggi dan terluka jiwa membayarnya.
“Kalau nak jual mesti kena ‘Top Up’ lagi, jadi elakkan beli kediaman yang bagi ‘cashback’, jika dapat pun mintak pemaju potong terus pada harga rumah agar hutang kita jadi kecil.
“Jangan salah beli rumah, kita ingat harta boleh diwariskan rupanya beban hidup buat mereka.” tulisnya lagi.
Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sebelum anda membeli kediaman baru, ada beberapa faktor serta jenis rumah yang anda perlu tahu sebelum membelinya supaya tiada kesilapan dan masalah di kemudian hari akan berlaku.
Jadi, mari kita lihat antara jenis-jenis rumah yang perlu anda elakkan sebelum membelinya.
1.Harga Rumah Melebihi Kemampuan
Sekiranya anda membeli sebuah kediaman yang harganya terlampau mahal serta melebihi daripada kemampuan kewangan anda, ia boleh memberikan kesan buruk dan masalah besar kepada anda di kemudian hari.
Tidak kira anda mahu membeli sebuah rumah atau seutas beg tangan berjenama mewah, anda sememangnya perlu membeli mengikut kemampuan kewangan anda. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.
2.Kawasan Rumah Yang Kerap Berlaku Bencana Alam
Kawasan perumahan dan kediaman juga antara salah satu faktor penting yang perlu dititikberatkan. Sekiranya anda membeli rumah yang terletak di kawasan yang kerap berlaku bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat, tsunami dan sebagainya, anda berkemungkinan akan berdepan dengan masalah kerugian serta kos untuk membaik pulih rumah.
3.Rumah Berdekatan Dengan Pencawang/Stesen TNB
Jika anda membeli rumah yang berdekatan dengan stesen pencawangelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), kediaman anda berkemungkinan dan lebih berisiko tinggi untuk berdepan dengan masalah renjatan elektrik yang serius sehingga boleh mengancam keselamatan keluarga anda.
4.Rumah Dibawah Pemaju Yang Disenarai Hitam
Sebelum membeli rumah baru yang masih dalam projek pembinaan adalah sangat penting untuk anda membuat kajian mengenai latar belakang syarikat pemaju terlebih dahulu. Tindakan ini akan dapat menyelamatkan diri anda daripada terjebak dengan projek perumahan yang terbengkalai misalnya akibat daripada masalah kerugian syarikat pemaju perumahan.
5.Harga Rumah Tinggi Daripada Harga Pasaran
Antara faktor penting yang perlu anda elakkan sebelum membeli rumah baru, jangan sesekali beli rumah yang nilai harganya lebih tinggi daripada harga pasaran. Masalah seperti ini mungkin jarang-jarang sekali berlaku, namun tidak dinafikan ia sememangnya berlaku.
Apabila anda membeli rumah seperti ini, sudah semestinya anda harus berbelanja lebih bagi memiliki sebuah rumah idaman. Namun sebagai pembeli, anda seharusnya bijak dalam membuat pilihan daripada membeli sebuah rumah yang harganya tidak masuk akal. Betul tak? Jadilah pembeli yang bijak!
Sumber: Instagram Fyproperty
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!