Sebelum anda membeli kediaman baru, ada beberapa faktor serta jenis rumah yang anda perlu tahu sebelum membelinya supaya tiada kesilapan dan masalah di kemudian hari akan berlaku.
Jadi, mari kita lihat antara jenis-jenis rumah yang perlu anda elakkan sebelum membelinya.
1.Harga Rumah Melebihi Kemampuan
Sekiranya anda membeli sebuah kediaman yang harganya terlampau mahal serta melebihi daripada kemampuan kewangan anda, ia boleh memberikan kesan buruk dan masalah besar kepada anda di kemudian hari.
Tidak kira anda mahu membeli sebuah rumah atau seutas beg tangan berjenama mewah, anda sememangnya perlu membeli mengikut kemampuan kewangan anda. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.
2.Kawasan Rumah Yang Kerap Berlaku Bencana Alam
Ads
Kawasan perumahan dan kediaman juga antara salah satu faktor penting yang perlu dititikberatkan. Sekiranya anda membeli rumah yang terletak di kawasan yang kerap berlaku bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat, tsunami dan sebagainya, anda berkemungkinan akan berdepan dengan masalah kerugian serta kos untuk membaik pulih rumah.
3.Rumah Berdekatan Dengan Pencawang/Stesen TNB
Jika anda membeli rumah yang berdekatan dengan stesen pencawangelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), kediaman anda berkemungkinan dan lebih berisiko tinggi untuk berdepan dengan masalah renjatan elektrik yang serius sehingga boleh mengancam keselamatan keluarga anda.
4.Rumah Dibawah Pemaju Yang Disenarai Hitam
Ads
Sebelum membeli rumah baru yang masih dalam projek pembinaan adalah sangat penting untuk anda membuat kajian mengenai latar belakang syarikat pemaju terlebih dahulu. Tindakan ini akan dapat menyelamatkan diri anda daripada terjebak dengan projek perumahan yang terbengkalai misalnya akibat daripada masalah kerugian syarikat pemaju perumahan.
5.Harga Rumah Tinggi Daripada Harga Pasaran
Ads
Antara faktor penting yang perlu anda elakkan sebelum membeli rumah baru, jangan sesekali beli rumah yang nilai harganya lebih tinggi daripada harga pasaran. Masalah seperti ini mungkin jarang-jarang sekali berlaku, namun tidak dinafikan ia sememangnya berlaku.
Apabila anda membeli rumah seperti ini, sudah semestinya anda harus berbelanja lebih bagi memiliki sebuah rumah idaman. Namun sebagai pembeli, anda seharusnya bijak dalam membuat pilihan daripada membeli sebuah rumah yang harganya tidak masuk akal. Betul tak? Jadilah pembeli yang bijak!
Sumber: Instagram Fyproperty
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Menurut laman Wikipedia, tembikai, semangka atau timun cina merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dan berada dalam keluarga cucurbitaceae.Buah ini mempunyai kulit yang licin dan isi yang berair dan manis. Ia juga mengandungi pelbagai kelebihan dan kebaikan untuk kesihatan.
10 KELEBIHAN MAKAN BUAH INI
1. Menambah Imun Dalam Badan
2. Membantu Kesihatan Jantung
3. Melegakan Sakit Pada Otot
4. Mencegah Batu Karang Dalam Buah Pinggang
5. Membantu Proses Detoks
6. Membantu Melawan Penyakit Kanser
7. Melindungi Kesihatan Kulit
8. Merangsang Kesihatan Mata
9. Membantu Menurunkan Berat Badan
10. Mengurangkan Pedih Ulu Hati
Mungkin selama ini anda hanya membeli buah tembikai dan tidak mengetahui seberapa lamakah jangka hayat buah tembikai apabila disimpan. Ha, tahukah anda,ia juga mempunyai “tarikh luput” sama seperti bahan makanan yang lain!
Menurut National Watermelon Promotion Board, buah ini mempunyai jangka ketahanan yang cukup lama, iaitu sehingga tiga ke empat minggu setelah dipetik dari kebun.
Jadi, bagaimana hendak menyimpan agar tahan lama?
Cara paling mudah untuk menyimpan adalah anda hanya perlu meletaknya di atas meja dan biarkan begitu sahaja kerana ia tidak mudah busuk, atau letak di mana-mana kawasan yang teduh dan suhu yang tidak telalu panas.
Ia tidak perlu disimpan dalam peti sejuk kerana ia hanya akan memakan ruang peti sahaja. Namun, jika tembikai sudah dipotong, anda harus menyimpannya di dalam peti ais kerana tembikai yang sudah dipotong teksturnya pasti akan berubah dan ia hanya bertahan selama 3-5 hari sahaja.
Untuk menghindari buah tembikai daripada cepat busuk saat dimasukkan ke dalam peti ais, lebih baik anda tutup bahagian yang terdedah dengan pembalut plastik.
Anda kini sudah berasa bosan dengan rekaan bekas sabun pencuci tangan di dapur dan dalam bilik mandi anda? Selain itu, anda juga mahukan bekas sabun pencuci anda jadi lebih menarik berbanding sebelumnya?
Apa kata anda buat sendiri makeover dengan bekas-bekas sabun pencuci tangan yang sedia ada di rumah anda. Jangan bimbang, cara-cara untuk menghasilkan makeover tersebut juga sangat mudah.
Sudah tidak sabar ingin tahu bagaimana caranya? Mari kita belajar caranya bersama dengan menonton video segment Buat Sendiri episod kali ini perkongsian oleh Kayangan Living.
Tetapi, sebelum itu anda perlu menyediakan beberapa barang untuk menghasilkan makeover bekas sabun ini. Bahan-bahan yang di perlukan:
1.Bekas Sabun Pencuci Tangan
Anda boleh menggunakan apa sahaja jenis bekas sabun pencuci tangan yang sedia ada di rumah anda, tetapi jika tiada dan anda ingin memiliki bekas sabun pencuci tangan seperti yang tertera pada gambar keluaran jenama Kayangan Living ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian di laman sesawang www.kayanganliving.com.
2.Penyembur Cat
Barang seterusnya sudah pasti anda perlukan cat penyembur, jika anda mahu mendapatkan cat penyembur yang berwarna ‘Chrome’ seperti ini, anda boleh membeli di mana-mana cawangan kedai MR.DIY berdekatan anda atau pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
3.Surat Khabar Lama
Sila sediakan beberapa helaian kertas surat khabar lama untuk dijadikan sebagai pelapik ketika melakukan proses mengecat pada bekas sabun pencuci tangan anda.
Kesemua barang-barang yang diperlukan sudah lengkap? Tunggu apa lagi, jom kita tonton bagaimana cara-caranya pada pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bagi yang ada anak kecil, terkencing atau mungkin diaper tembus pada tilam sudah menjadi perkara biasa. Bukan anak yang terkencing pun adakalanya haiwan peliharaan seperti kucing, terkencing atas tilam tu pun perkara biasa terjadi.
Kalau tilam anda dilapisi dengan lapisan perlindungan “matters protector” tak apa lagi. Selamat lah juga dan mudah untuk dibersihkan. Tapi, kalau tilam anda tak ada lapisan perlindungan tu, memang jenuh nak bersihkan tilam yang terkena kencing. Kalau hilang secara fizikal pun, mesti ada bau hancing atau pesing yang melekat.
Mecam mana nak hilangkan bau hancing yang melekat pada tilam tanpa perlu mencuci beria-ia menggunakan air? Sebenarnya, ada cara paling mudah dan cepat untuk membersihkan bau hancing yang menempel pada tilam. Berikut, langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
1. Kosongan tilam
Jika anda sedar anak terkencing atau ada bau hancing, segera kosongkan tilam, cabut cadar dan sebagainya
2. Cuci bahagian yang terkena urin segera
Gunakan tisu dapur atau kain mikrofiber untuk menghilangkan urin yang masih basah secepat mungkin. Tekan kain pada permukaan yang terkene urin sekuat yang mungkin unmembantu tisu atau kain menyerap kelembapan
3. Hilangkan tompokkan kuning
Untuk hilangkan tompokkan kuning, boleh campurkan setengah sudu teh sabun bersama satu cawan air panas. Kacau rata dan basahkan berus lembut menggunakan larutan tersebut. Gosok berus pada permukaan yang kuning secara perlahan-lahan dengan cara membuat lingkaran dari luar kesan kotoran hingga ke tengah untuk mencegah kotoran lebih merebak. Kemudian, tekap kawasan yang diberus dengan menggunakan kain kering bersih untuk menyerap kelembapan
4. Hilangkan bau hancing
Ketika permukaan yang dicuci masih dalam keadaan basah, taburkan baking soda dan biarkan kering. Proses ini mungkin memakan tempoh beberapa jam. Setelah baking soda kering, gunakan vakum untuk membersihkan permukaan tilam tadi
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bilik mandi merupakan salah satu ruang yang amat penting bagi sesebuah kediaman dan perlu dititikberatkan. Jadi oleh itu, semua pemilik rumah wajib untuk mempunyai...