Warga Selangor, kini di hantui dengan masalah air. Biar pun perkara ini sering menjadi mimpi ngeri penduduk di negeri Selangor, IMPIANA ingin kongsikan tip agar anda tidak dibebani masalah ini dengan mengambil langkah dan peringatan sebelum air terputus.
Tips Jimat Air 1
Semasa anda menggunakan sinki untuk mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur, jangan biarkan air paip mengalir. Ini adalah kerana walaupun anda hanya membiarkan air mengalir beberapa minit, air yang terbuang mungkin mencapai hingga beberapa liter air. Itu jika anda seorang. Jika semua ahli keluarga anda perangai sama macam tu, harapannya hujung bulan duit habis bayar bil air sahaja. Nasihat juga ahli keluarga untuk sama-sama menjimatkan air.
Tips Jimat Air 2
Gunakan pancuran air semasa mandi. Menggunakan pancuran air akan memudahkan air diratakan keseluruhan badan berbanding menggunakan pencedok atau gayung. Selain itu anda juga dinasihatkan untuk mematikan pancuran air semasa bersabun atau bersyampu untuk mengelakkan berlaku pembaziran pengaliran air yang tidak digunakan.
Tips Jimat Air 3
Sekiranya air paip anda mengalir tidak sekuat biasa, pastikan anda membuat sedikit pemeriksaan ke atas sistem perpaipan di rumah anda. Ini adalah untuk memastikan tiada kebocoran air berlaku. Tahukah anda bahawa jika kebocoran berlaku pada paip selepas meter air, ianya adalah tanggungan tuan rumah sendiri. Pihak syarikat air tidak akan bertanggungjawab ke atas kelalaian anda tidak memeriksa sistem perpaipan rumah anda.
Tips Jimat Air 4
Apabila menggunakan mesin basuh, pastikan kapasiti baju adalah berada pada tahap maksimum berat yang mampu diisi. Jika hanya terdapat baju kotor yang sedikit, lebih baik basuh menggunakan tangan. Cara ini bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan air, malah ia juga mampu menjimatkan bil elektrik rumah anda.
Tips Jimat Air 5
Gunakan besen berisi air atau takungkan air di dalam sinki semasa anda nak mencuci buah buahan atau sayur-sayuran. Matikan air paip untuk mengelakkan pengaliran air tanpa penggunaan yang menyebabkan pembaziran.
Semoga tips tips berikut dapat membantu kita menjimatkan air dan dalam masa yang sama mengurangkan bil air dari melambung di hujung bulan ya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Warga Emas Meninggal Lebih 5 Tahun & Rumah Terbiar, Duit Simpan Merata RM38,000
Siapa sangka rumah yang telah lama terbiar dan tidak berpenghuni mempunyai peninggalan berharga iaitu duit bernilai RM38,000. Duit-duit tersebut dijumpai di merata-rata tempat di dalam rumah. Pemilik kediaman merupakan seorang warga emas yang tinggal berseorangan di rumah dan telah meninggal dunia lebih 5 tahun.
Duit Simpan Merata Dalam Rumah
Perkara ini dikongsikan oleh Faqrul Anuar yang menyediakan perkhidmatan pembersihan dan mengemas rumah di rumah terbabit. Menurut Faqrul, sewaktu melakukan kerja-kerja pembersihan rumah tersebut, team mereka menjumpai duit yang disimpan di merata-rata tempat di dalam rumah seperti di dalam sampul duit, plastik dan beg ubat.
Berjaya Kumpul RM38,000
Hasil operasi pembersihan di rumah tersebut menjumpai, jumlah keseluruhan berjaya dikumpulkan bernilai RM38,000 tidak termasuk duit lama, duit syiling dan matawang luar negara serta beberapa koleksi peribadi barang kemas pemilik kediaman. Kesemuanya telah diserahkan kepada waris pemilik rumah dengan selamat.
Faqrul juga menitipkan pesanan supaya waris memeriksa keadaan rumah selepas mereka meninggal dunia.Ini kerana ada sesetengah warga emas mempunyai tabiat menyimpan duit di merata-rata tempat sejak dari muda berbanding menyimpan di dalam bank.
@arulfaqrulsi ibu yg keseorangan♬ bunyi asal – faqrul anuar
@arulfaqrul alhandulillah selesai tugas dan amanah yg diber#pastiusahayakinrezeki #separuhdariimanitubersihyangpenuhkanimantuibadah ♬ bunyi asal – faqrul anuar
Mesti baca:Bina Rumah Bersara, Perunding Hartanah Kongsi Perkara Asas Perlu Lakukan
Baca Lagi Di Sini:Jika Nak Beli Rumah Atau Tanah, ELAK ‘Kategori’ Ini Kerana Ia Berisiko
Artikel Menarik:Rumah Persaraan, Perunding Hartanah Beri Tip Apa Perlu Buat Sejak Dari Awal
IMPIANA: Memang terbaik, jujur dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. Jumlah yang dijumpai juga satu amaun yang besar. Jadi jika ada mak ayah atau warga emas yang tinggal bersendirian di rumah sendiri, sebagai waris rajinlah periksa keadaan rumah, terutamanya selepas mereka meninggal dunia.
Sumber:TikTok@arulfaqrul
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bukan Sahaja Miliki Rekaan Yang Elegan, Panasonic U Series Jet Pump Water Heater Pilihan Terbaik Dengan 9 Ciri Fungsi Keselamatan
Bagi anda yang berhasrat untuk memasang pemanas air mandian di rumah, sudah pasti anda mahukan sebuah kelengkapan pemanas air mandian berkualiti tinggi serta memiliki ciri-ciri fungsi tahap keselamatan yang terbaik.
Tidak dinafikan, ada segelintir di kalangan anda yang berasa bimbang dengan tahap keselamatan penggunaan pemanas air mandian di rumah yang membolehkan pelbagai kejadian buruk seperti berlakunya renjatan elektrik misalnya.
Jenama barangan elektrik terkemuka, Panasonic Malaysia telah memperkenalkan sebuah pemanas air mandian terbaharu iaitu Panasonic U Series Jet Pump Water Heater. Mesti ada yang tertanya-tanya apa istimewanya dan kelebihan yang dimiliki oleh pemanas air mandian ini berbanding dengan pemanas air mandian yang lain.
Panasonic U Series Jet Pump Water Heater adalah sebuah kelengkapan pemanas air mandian yang memiliki tahap keselamatan yang terbaik.
Ini kerana, demi mahu memberikan tahap keselamatan yang terbaik kepada pengguna, Panasonic U Series Jet Pump Water Heater telah didatangkan dengan sembilan fungsi ciri-ciri keselamatan seperti:
1. Kalis Air & Kalis Percikan
Pemanas air mandian Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini telah direka dengan permukaan badan luaran kalis air yang menggunakan teknologi IEC60529 (IP2X). Ia juga kalis percikan dan fungsi ini juga mampu mengelakkan pemanas air mandian ini terbakar atau berlakunya kejutan arus elektrik.
2.Mencegah Terlalu Panas & Kebakaran
Seterusnya, ia juga turut mempunyai fungsi kendalian pengawalan masalah pemanasan yang keterlaluan. Tidak dinafikan, pemanas air mandian yang sedia ada sememangnya berpotensi untuk menghadapi masalah pemanasan yang keterlaluan. Tetapi, dengan pemanas air mandian Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini anda tidak perlu berasa bimbang sekiranya pemanas air mandian anda rosak dan tidak lagi berfungsi dengan baik oleh kerana masalah ini.
3.Suis Tekan ON/OFF
Kawalan fungsi ‘One Push Switch On/Off’ yang ada pada Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini membolehkan anda menggunakan pemanas air mandian anda dengan hanya menekan satu butang sahaja. Jadi, ia lebih selamat dan sangat mudah untuk dikendalikan supaya anda tidak lagi perlu membuat tetapan berulang kali.
4.Mencegah Dari Renjatan Elektrik
Seluruh permukaan pemanas air mandian ini juga telah direka sepenuhnya dengan teknologi IEC60529 (IP2X) yang berupaya untuk melindungi diri anda daripada terkena renjatan arus elektrik sewaktu menggunakannya. Ini merupakan salah satu teknologi yang sangat penting untuk keselamatan anda dan keluarga.
5.Perlindungan Keselamatan Terhadap Kebocoran Arus
Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini mempunyai fungsi keselamatan perlindungan terhadap masalah kebocoran pada pemanas air mandian, ia telah didatangkan dengan teknologi The Built-in Earth Leakage Breaker (ELB) yang boleh mengawal secara automatik untuk menghentikan tenaga elektrik serta-merta sekiranya berlaku masalah kebocoran pada pemanas air mandian anda.
6.Mengesan Tekanan Air Untuk Mengelakkan Terlalu Panas
Selain itu, ia juga memiliki fungsi teknologi pengesanan tekanan aliran air pada pemanas air mandian. Sekiranya pemanas air mandian anda berlakunya tekanan aliran air rendah, tenaga elektrik akan dihentikan secara automatik serta-merta bagi mengelakkan berlakunya masalah pemanasan pada pemanas air mandian anda.
7.Dibina Untuk Mencegah Kebakaran
Permukaan luaran badan Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini telah diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi dan tidak mudah terbakar. Pemanas air mandian ini telah dihasilkan daripada bahan-bahan kategori UL-90-V0 yang boleh mengelakkan kebakaran.
8.Memutuskan Bekalan Kuasa Semasa Kegagalan Komponen
Menariknya lagi, pemanas air mandian ini akan menghentikan tenaga elektrik secara automatik serta-merta sekiranya pemanas air mandian anda mengalami masalah kerosakan komponen. Ini adalah antara fungsi yang amat penting dalam memilih pemanas air mandian untuk mengelakkan sebarang kejadian berbahaya berlaku.
9.Mencegah Terhadap “First-Degree Burn”
Selain itu, pemanas air mandian Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini mempunyai fungsi teknologi untuk menghentikan tenaga elektrik serta-merta apabila tahap suhu aliran air panas sudah melebihi 55 darjah celcius.
Oleh itu, dengan adanya sembilan ciri-ciri fungsi keselamatan yang dimiliki Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini, sudah semestinya pemanas air mandian ini selamat untuk digunakan seisi keluarga.
Untuk maklumat anda, Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini telah pun mula dijual di pasaran dengan harga RM818 sahaja.
Bagi anda yang ingin memiliki model pemanas air ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian di laman sesawang https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliance/water-heater/water-heater-with-pump/
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Cara Mudah Untuk Baiki Kipas Elektronik Mudah Alih
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kembali Beralih Kepada Warna Natural & Pastel, JOTUN Telah Menampilkan Koleksi Terbaharu, Majestic Sense Yang Didatangkan Dengan Varian Trend Warna Tahunan 2023
Tidak dinafikan, pelbagai warna yang berada disekeliling diri kita memberikan erti serta mempunyai makna yang tersendiri istimewa buat diri anda sendiri. Selain bagaimana warna ini melambangkan identiti dan keperibadian diri kita, sudah semestinya ia jua mengambarkan luahan isi hati serta perasaan anda. Malah, ada juga dikalangan kita yang sering kali terhenti sejenak untuk merenung apa yang dianggap penting dalam kehidupan kita, namun begitu warna juga merupakan komponen yang teras bagi kesejahteraan diri dan bagaimana kita mendefinisikan jati diri kita.
Terbaharu, jenama syarikat pengeluar cat terkemuka tanah air iaitu Jotun (Malaysia) Sdn. Bhd. kini telah melancarkan Koleksi Warna Global miliknya untuk tahun 2023, yang menggangkat tema Stories sebagai pilihan berlansung di The Paper, APW Bangsar.
Untuk maklumat anda, aneka rona dan tema yang diperkenalkan telah dirumus khas untuk membuahkan ambien serba kreatif di ruang kediaman anda, di samping membekalkan pengguna peluang untuk mendefinisikan diri mereka melalui pelbagai trend warna yang baharu. 21 warna yang dibawakan bersifat abadi dan tidak berpandukan trend semata-mata, pemilihannya dibuat atas dasar sifat positif, keluhuran dan versatilitinya. Dengan caranya sendiri, ia menyuntik elemen keceriaan pada mahligai idaman kita.
“Warna membolehkan kita meluahkan buah fikiran, emosi dan tindakan – ia merupakan sebahagian daripada kehidupan kita dan menjadi asas kepada ruang kediaman yang dihuni. Sementara gaya hidup dan keutamaan kita berubah seiring dengan masa, kita sering cuba menyelami diri untuk memahami teras dan matlamat diri kita, dan renungan ini lazimnya mengambil tempat di rumah; di mana kita berasa selamat, di mana kita memperbaiki diri, dan di mana kita mencorak cerita-cerita yang mendefinisikan diri kita. Kami telah menimba inspirasi untuk memperkenalkan #JotunColourStories kerana dalam perniagaan yang melibatkan warna ini, kami sedar bahawa sebuah rumah yang dihiasi dengan warna-warna yang bersifat abadi, luhur dan serba kaya, ia secara tidak langsung dapat mempengaruhi kesejahteraan diri kita, di mana minda, jiwa dan raga kita disuburkan dan saling dihubungkan.
Dengan pelancaran Koleksi Warna Global 2023, kami telah menghasilkan aneka warna yang dapat membantu anda meneroka serta kongsikan kisah unik anda menerusi kediaman yang anda huni. Bukan itu sahaja, kami juga berbesar hati untuk berganding bahu dengan Jun Ong, Pengasas Bersama POW Ideas, dan Ee Soon Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Art Printing Works (APW) bagi inisiatif mentransformasi ruang APW untuk mempamerkan #JotunColourStories kepada warga umum.” ujar Pengurus Warna Global Jotun, Lisbeth Larsen.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif APW, Ee Soon Wei berkongsi, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Jotun dan POW Ideas dalam penggunaan ruang ini dengan matlamat untuk memberi warna sebuah nafas di samping merangkap sebuah cerita. Dari saat anda melangkah masuk, anda dapat mengamati sebuah dunia yang diisi dengan sebuah tema dan cerita. Kami telah mengambil ilham daripada visi Jotun untuk menukilkan sebuah cerita menggunakan warna dan cat ditujukan kepada rakan-rakan kongsi Jotun dan warga umum, dan kami ingin melakukan yang terbaik untuk bantu merealisasikan #JotunColourStories.”
“Setelah kami mendapat tahu yang Jotun ingin meluahkan sehimpun cerita menggunakan warna dan cat di sebuah ruang fizikal, kami sedar bahawa ia merupakan satu idea yang patut diterokai. Kami selalu mendahagakan idea-idea baharu serta kolaborasi untuk membantu pelbagai jenama menukilkan cerita mereka kepada audiens masing-masing. Selepas beberapa sesi perbincangan, kita telah bantu menghiasi ruang APW untuk merangkapkan sebuah cerita yang istimewa. Kami telah berhasrat untuk mempamerkan bagaimana setiap tema warna adalah berbeza dari satu sama lain, setiap tema tersirat dengan ceritanya yang tersendiri – satu untuk minda, satu untuk raga, dan satu untuk jiwa. Kami berbangga dengan hasilnya dan berharap orang ramai yang mengunjungi ruang ini dapat mengamati sendiri suasananya dengan #JotunColourStories,” sebut Pengasas Bersama Pow Ideas, Jun Ong.
Dengan Majestic Sense yang baru sahaja diperkenalkan oleh Jotun ini, elemen kecantikan dan juga kesihatan bakal menjadi pelengkap mahligai idaman anda. Cat interior bertaraf premium ini dirumus khas dengan teknologi inovasi yang membolehkan membekalkan tahap kualiti udara yang bersih di ruang dalam rumah anda di samping mewujudkan ruang yang lebih selesa untuk didiami. Majestic Sense juga tidak berbau, berketahanan lama pada permukaan dinding, menghilangkan cela serta membuat dinding rumah anda kelihatan lebih sempurna dan menawan dengan kemasannya yang serba halus.
Daripada 21 rona yang dipersembahkan dalam Kad Warna tahun ini, 9 merupakan ahli baharu dalam koleksi Jotun. Makmal teknologi warna Jotun menerusi kerjasama dengan Larsen dan pasukannya, telah membangunkan sebuah pelet warna unik yang mencakupi warna-warna neutral serba suam, hijau natural yang mendamaikan, serta warna merah yang diperkayakan antara lainnya.
Warna-warna baharu ini telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan, bersama rona-rona yang sedia ada daripada Jotun untuk menghasilkan tiga koleksi warna yang dipadankan dengan sempurna. Koleksi-koleksi unik ini merangkap mood dan corak ekspresi yang pelbagai, justeru membolehkan pengguna menggandingkan aneka rona yang bersifat komplementari dan berkontras dalam setiap koleksi. Langkah ini membantu menghasilkan interior serba koheren yang menggambarkan sebuah cerita mengenai kediaman tersebut berserta penghuninya. Larsen dan pasukan beliau menilai mood dan minda individu, kota, dan juga masyarakat di serata dunia. Ketiga-tiga tema ini mencerminkan salah satu penemuan yang penting serta kecenderungan sosiobudaya masa kini. Keheningan dalam kesederhanaan, kenaiman alam semula jadi, dan nostalgia sebuah kehidupan.
Tambah beliau, “Bagi kebanyakan kita, peranan kediaman kita dan apa yang kita inginkan daripadanya telah berubah mutakhir ini. Sebelum ini, ia berfungsi sebagai tempat berlindung di mana kita pulang dan berehat, tapi memandangkan kini kita lebih meluangkan masa di rumah, maka apa yang kita inginkan daripadanya juga turut berubah. Rumah kini telah menjadi wadah untuk bekerja, bermain, berehat, dan berhubung. Koleksi Warna Global baharu oleh Jotun menyedari kenyataan ini dan ingin menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kediaman mereka sebagai cerminan kepada apa yang mereka pentingkan. Untuk memilih warna yang dapat memberi mereka inspirasi, biar untuk apa jua tujuan. Untuk berhenti sejenak dan turunkan kreativiti dari hati. Tiga tema warna tersebut ialah:
SERENE PRESENCE Warna-warna yang halus, pastel selembut bayu, hijauan yang subur.
Memfokuskan konsep minimalis dan kesederhanaan, pelet ini telah dirumus untuk gaya hidup yang jernih dan bebas dari kekusutan. Warna-warnanya serba lembut lagi halus, mewujudkan suasana ala spa yang dapat membantu anda kekal tertumpu.
NATURAL GROUNDED Tona bumi yang suam, hijauan malap, warna-warna kuning dan jingga yang lembut.
Warna-warna dalam pelet ini membina titian ke alam semula jadi, selain memberi sentuhan ala kehidupan di desa serta menonjolkan kecantikan dan karakter yang dianggap “tidak sempurna”. Rona-rona landskap yang mendamaikan ini ideal untuk melahirkan estetika umpama sebuah rumah kebun, atau memetik gambaran sebuah desa yang terletak di pusat bandar.
CURATED LIVING Merah yang bersofistikasi, rona natural bak galeri, sentuhan warna biru.
Gandingan yang sempurna antara tona berbaur nostalgik serta warna-warna kontemporari, pelet yang bersifat abadi ini sempurna untuk mewujudkan suasana ala galeri di rumah anda. Ia memadankan elemen tradisional dan moden yang kondusif bagi ekspresi kreatif diri anda.
Sejajar dengan hasrat untuk mengisi jiwa, raga, dan minda orang ramai, Jotun akan menghoskan sebuah sesi kebersamaan selama sebulan dari 3 November hingga 4 Disember di The Paper, APW Bangsar di mana pelawat boleh mengunjungi ruang pameran bagi mendapatkan konsultasi warna daripada warga pakar kami, atau untuk memetik ilham. Anda akan disajikan dengan persembahan muzik oleh artis tempatan, bengkel membuat wangian untuk melengkapi warna kediaman anda, dan sesi perkongsian untuk membantu anda menggubah ruang kediaman yang diidamkan.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Temple Tree Resort Langkawi Sangat Menakjubkan, Rasai Pengalaman Bersama IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI