Cuaca Malaysia kini semakin tidak menentu. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bukan lagi sekadar fenomena sementara, malah sudah menjadi antara ancaman utama kepada struktur rumah, terutamanya bahagian bumbung.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, banyak laporan kerosakan akibat ribut dilaporkan: bumbung zink tercabut, genting terbang, kebocoran air hujan, malah ada kes di mana keseluruhan atap rumah musnah dalam sekelip mata.
Soalan penting yang harus kita tanya, adakah bumbung rumah anda cukup kukuh menghadapi musim ribut ini?
1. Kenali Jenis Bumbung Rumah Anda
Sebelum bercakap tentang ketahanan, penting untuk tahu jenis bumbung yang digunakan. Dua jenis paling biasa di Malaysia ialah bumbung zink (metal roofing) dan bumbung genting (concrete tile roofing). Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
a) Bumbung Zink / Metal Roofing
Bumbung jenis ini ringan, mudah dipasang dan kosnya lebih murah. Ia sesuai untuk rumah kampung, stor, garaj atau anjung. Namun, kerana sifatnya yang ringan, bumbung zink mudah terangkat atau tercabut bila ditiup angin kencang terutama jika tidak dipasang dengan betul.
Selain itu, zink menyerap haba dan bunyi, menjadikan ruang bawahnya lebih panas dan bising ketika hujan lebat. Masalah utama biasanya terletak pada sistem pengikat. Bila skru tidak cukup atau longgar, angin kuat boleh menyelinap masuk dan mencabut helaian logam seperti kertas.
b) Bumbung Genting / Concrete Tile Roofing
Bumbung genting lebih berat dan stabil, sesuai untuk struktur konkrit kekal. Ia tahan panas dan kalis bunyi, tetapi memerlukan rangka sokongan yang kukuh. Jika kayu reput atau besi berkarat, genting boleh mudah gelongsor atau pecah.
Selain itu, retakan kecil yang tidak dibaiki boleh menyebabkan kebocoran halus yang lambat dikesan dan merosakkan siling serta struktur dalaman rumah.
Ads
2. Cadangan Tambahan Untuk Ketahanan Bumbung
Musim ribut memerlukan tindakan pencegahan tambahan. Berikut beberapa langkah disarankan oleh pakar pembinaan untuk mengukuhkan bumbung rumah anda.
Untuk Bumbung Zink
Tambahkan bilangan skru di setiap helaian: Gunakan sekurang-kurangnya 6–8 skru per helaian untuk cengkaman lebih kuat. Pilih skru berkepala leper dan bersalut getah (washered screws) bagi mengelak kebocoran.
Pasang kerangka silang (cross bracing): Struktur tambahan ini berfungsi menahan tekanan angin kuat dan menstabilkan bumbung.
Gunakan sealant kalis air: Letakkan sealant silikon pada sambungan zink untuk menutup celahan halus dan mencegah air atau getaran logam melonggarkan skru.
Untuk Bumbung Genting
Paku atau lekat setiap kepingan genting: Jangan sekadar susun tanpa pengikat, kerana angin boleh menyelinap dan menolak keluar kepingan.
Pilih genting interlocking: Sistem kunci antara kepingan menjadikan pemasangan lebih stabil dan tahan hembusan angin.
Periksa genting longgar atau retak: Lakukan pemeriksaan berkala, terutama selepas hujan lebat.
Perkukuh rangka sokongan: Jika rumah lebih 10 tahun, periksa kayu atau besi yang mungkin reput atau berkarat.
3. Langkah Tambahan Semasa Musim Ribut
Ketahanan bumbung sahaja tidak cukup tanpa penyelenggaraan berkala. Berikut langkah penting yang sering diabaikan pemilik rumah:
Ads
Periksa bumbung sebelum musim hujan: Lihat tanda longgar, karat, atau celahan terbuka.
Bersihkan longkang dan laluan air: Elak sisa dan daun kering menyumbat saluran yang boleh menyebabkan air bertakung.
Jangan letak barang berat di loteng: Beban tambahan boleh melemahkan struktur, terutama pada bumbung zink.
Potong dahan pokok berhampiran: Dahan besar boleh menimpa dan merosakkan bumbung ketika ribut kuat.
4. Gunakan Perkhidmatan Profesional
Jika anda tidak pasti dengan tahap keselamatan bumbung rumah, jangan baiki sendiri. Pemeriksaan dan pembaikan bumbung memerlukan kepakaran serta alat keselamatan khusus.
Dapatkan kontraktor bertauliah atau jurubina berlesen untuk:
Ads
Menilai keadaan rangka bumbung.
Mengetatkan skru longgar.
Mengganti bahan usang atau bocor.
Menyapu semula lapisan kalis air (waterproofing).
Pelaburan kecil untuk pemeriksaan berkala boleh mengelakkan kerugian besar — malah mampu menyelamatkan nyawa keluarga anda.
Cegah Sebelum Menyesal
Ketahanan bumbung rumah tidak bergantung pada jenis bahan semata-mata, tetapi cara pemasangan, penyelenggaraan dan kepedulian pemilik. Sama ada zink atau genting, kedua-duanya boleh tahan lama jika dijaga dengan betul.
Dalam musim hujan dan ribut yang semakin kerap melanda Malaysia, langkah proaktif jauh lebih penting daripada reaksi selepas bencana. Ingat, lebih baik mencegah daripada menyesal bila bumbung sudah melayang.
Bayaran ‘fire insurance’ untuk rumah boleh jadi double, ramai tak perasan! Bagi pemilik rumah strata seperti apartment, kondominium atau SOHO, sudah tentu anda biasa mendengar tentang bayaran maintenance fee yang perlu dijelaskan setiap bulan atau tahun.
Ramai Tak Perasan! Bayaran ‘Fire Insurance’ Untuk Rumah Boleh Jadi Double!
Yuran ini bukan sekadar untuk kos pembersihan dan penyelenggaraan, malah turut merangkumi perlindungan insurans kebakaran bangunan melalui polisi CMB (Covernote Master Building). Inilah yang biasanya diuruskan oleh pihak pengurusan seperti JMB (Joint Management Body) atau MC (Management Corporation).
Namun, tanpa ramai sedar, perkara ini boleh menjerat kewangan anda. Apabila membuat pinjaman perumahan, pihak bank secara automatik akan mengenakan bayaran tambahan untuk insurans kebakaran, kecuali anda kemukakan bukti polisi yang sudah diambil oleh pengurusan bangunan. Akibatnya, ramai pemilik rumah strata akhirnya membayar dua kali untuk insurans kebakaran yang sama – sekali melalui maintenance fee, dan sekali lagi melalui pinjaman bank.
Untuk elakkan kerugian jangka panjang, pemilik rumah perlu ambil langkah mudah ini: pertama, dapatkan salinan polisi insurans kebakaran daripada JMB atau MC. Kedua, serahkan salinan tersebut kepada pihak bank sama ada melalui email atau serahan fizikal.
Apabila bank mengesahkan polisi sudah wujud, mereka akan menghentikan caj insurans kebakaran dalam pinjaman perumahan anda. Dengan cara ini, anda tidak lagi terbeban dengan bayaran berganda. Bayangkan jika dibiarkan, selama 30 atau 35 tahun tempoh pinjaman, jumlah yang ‘hangus’ boleh mencecah ribuan ringgit tanpa sebab.
Kesimpulannya, sebagai pemilik rumah strata, jangan ambil mudah tentang perkara kecil seperti insurans kebakaran. Walaupun ia kelihatan remeh, pengurusan yang bijak mampu mengelakkan pembaziran besar dalam jangka masa panjang.
Jadi, semak semula pinjaman rumah anda hari ini, supaya wang anda benar-benar digunakan pada tempat yang sepatutnya.
Apabila tiba waktu untuk membersihkan rumah, pasti ada dikalangan anda berasa stres dan pening untuk membersihkan debu habuk yang melekat pada permukaan perabot seperti kabinet televisyen, meja, sofa, celah-celah langsir dan sebagainya.
Nak pula tu, kekotoran debu habuk ini masih ada dan melekat di permukaan perabot dalam rumah anda padahal anda baru sahaja membersihkannya beberapa hari yang lalu. Pelik kan?
Walaupun pelik, perkara tersebut sememangnya benar dan berlaku. Jadi tidak hairan lah kalau ada yang berasa stres ketika mahu mencuci debu habuk yang ada di dalam rumah.
Tetapi kini anda tidak perlu berasa stres dan pening untuk membersihkannya kerana ada petua mudah yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Menerusi perkongsian akaun Instagram milik Jason Jezi, ada berkongsi tip dan petua mudah untuk membersihkan debu habuk di dalam rumah anda dengan menggunakan beberapa campuran cecair pencuci.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah;
1 Sudu Olive Oil
2 Sudu Sabun Pencuci Cecair
2 Sudu Cuka
1 Cawan Air
3-4 Titisan Essential Oil
Akhir sekali, campurkan kesemua bahan tersebut dan tuangkan ke dalam botol penyembur kemudian goncangkan selama beberapa saat.
Selepas itu, campuran cecair tersebut sudah boleh untuk diguna pakai bagi kerja-kerja mencuci debu habuk yang ada di dalam rumah anda. Mudah kan? Selamat mencuba!
Sumber: Instagram Jason Jezi
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
1. JANGAN RENDAM PAKAIAN TERLALU LAMA
Cukup sekadar di rendam selama 30 minit, bukan dua atau tiga hari. Sesetengah sabun mencuci pakaian mengandungi bahan yang boleh merosakkan pakaian dan membuatkannya tidak tahan lama.
2. ASINGKAN PAKAIAN MENGIKUT WARNA DAN JENIS/MATERIAL
Pisahkan pakaian berwarna dengan pakaian putih kerana kemungkinan untuk warna dari blouse merah anda boleh luntur dan melekat pada kemeja putih suami adalah sesuatu yang perlu dirisaukan. Pisahkan juga cucian anda mengikut material kerana terdapat fabrik yang sensitif dan perlu pemerhatian teliti.
3. JANGAN SENTAL PAKAIAN DENGAN BERUS TERLALU KUAT
Fabrik pakaian akan rosak jika diberus terlalu kuat. Pakaian seperti
tudung atau selendang pula, tak perlu diberus, sebaliknya cukup sekadar
digosok dengan tangan kerana jenis fabriknya yang jauh lebih lembut
daripada pakaian lain.
4. JEMUR PAKAIAN BASAH DENGAN SEGERA
Terus jemurkan cucian yang telah siap dibasuh dan dibilas dengan kadar yang segera. Jangan tangguh kerana jika dibiarkan tidak bersidai, pakaian yang basah akan bertahi lalat dan berbau busuk.
5. JANGAN PERAH PAKAIAN TERLALU KUAT
Memerah pakaian terlalu kuat akan membuatkan pakaian cepat rosak atau koyak. Pakaian dalam pula tidak perlu diperah, cukup sekadar dipicit-picit atau ditekan supaya airnya kering.
6. TERBALIKKAN PAKAIAN KETIKA DIJEMUR
Sinar matahari dapat mengakibatkan warna pakaian menjadi pudar dan lusuh. Oleh itu, terbalikkan terlebih dahulu pakaian sebelum dijemur agar bahagian luarnya tidak terkena cahaya matahari secara langsung.
7.ELAKKAN MENJEMUR PAKAIAN DENGAN PENYANGKUT
Ketika menjemur, elakkan menggunakan penyangkut baju/hanger. Ini bagi mengelakkan bahagian leher baju menjadi besar dan menggelebeh kerana ketika pakaian dalam keadaan basah, air akan menarik bahagian leher ke bawah hingga melar.
8. HINDARI PELUNTUR
Jika boleh, elakkan atau kurangkan penggunaan bahan peluntur pada pakaian kerana peluntur seperti clorox mempunyai kandungan kimia yang sangat kuat. Ia akan menjadikan pakaian budah reput dan tidak tahan lama.
9. HINDARI MENCUCI DENGAN MESIN BASUH
Pakaian yang berfabrik lembut derta berperincian deperti manik, labuci dan sebagainya, sebaiknya dicuci dengan tangan bagi mengelakkannya daripada rosak.
10. SETERIKA
Pakaian akan sentiasa nampak seperti baru sekiranya diseterika terus selepas dicuci dan dijemur. Pastikan juga pakaian diseterika semasa keadaanya betul-betul kering.
11. JANGAN PAKAI SELAIN PAKAIAN TIDUR SEMASA TIDUR
Pakai baju tidur sahaja semasa tidur untuk mengelakkan peluh yang keluar ketika tidur melekat pada pakaian dan membuatkannya cepat kotor dan comot terutamanya di bahagian leher.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!