Salah satu teknik penjagaan dan merawat rumah kayu adalah dengan menggunakan cat. Cara Cat Kayu Kalau Nak Cantik Dan Tahan Lama (kilik sini untuk artikel lengkap). Tapi, tahukah anda cat yang bersesuaian dengan perabot kayu.? Jika dibicarakan mengenai cat kayu, terdapat dua jenis iaitu cat solid yang terus menutupi ira kayu atau cat transparan seperti varnish dan syelek.
Sebelum itu, anda WAJIB faham terlebih dahulu apa fungsi cat terhadap kayu. Cat kayu digunakan bagi melindungi dan memberikan warna. Penggunaan cat pada permukaan kayu merupakan salah satu langkah untuk melindungi kayu dari serangan serangga perosak terutamanya anai-anai. Namun, untuk cat solid pada permukaan kayu, tidak boleh guna cat biasa yang digunakan pada dinding. Terdapat pelbagai cat khas untuk kayu, tapi yang mana betul-betul berkualiti dan hasilnya menjadi? Berikut, ciri-ciri cat kayu yang perlu diperincikan
Tentukan kegunan
Seperti cat biasa, kayu juga ada cat untuk kegunaan indoor atau outdoor. Kayu yang sering terpancar dengan terik matahari dan UV cepat kusam. Bagi memastikan fasad dan perabot taman anda tahan lama dan sentiasa cantik, gunakan cat kayu yang dikhaskan bagi kegunaan outdoor
Tentukan jenis warna yang diinginkan
Seperti yang dikatakan sebelum ini, jenis keamasan kayu ada dua iaitu cat solid dan transparan. Jika memilih permukaan cat solid menutupi ira kayu, pilihlah cat minyak. Sebaliknya untuk kemasan transparan, karekter iara kayu perlu ditonjolkan. Jadi, pilihalah varnish atau syelek. Kedua-dua jenis kemasan kayu transparan ini pun hadir dalam pelbagai rona pilihan
IKLAN
Tentukan cara aplikasi
Untuk mengecat permukaan kayu, ada du acara sama ada dengan menggunkan semburan atau sapuan. Setiap kaedah mempunyai kesan yang berbeza. Namun jika anda merancang untuk menggunkan kaedah semburan, peralatan khas diperlukan untuk memastikan permukaan semburan kemas dan rapi.
IKLAN
Cara Cat Kayu
IKLAN
Baiki kerosakan
Jika terdapat permukaan kayu yang berlubang atau rosak, sumbatkan dengan wood filler dan biarkan ia kering sepenuhnya sebelum dicat. Ia untuk memastikan, segala rongga yang buruk dapat ditutupi sepenuhnya. Bila kerja mengecat selesai, barulah permukaan kayu kelihatan lebih kemas
Buang lapisan lama
Permukaan kayu perlukan tututan tugas yang lebih untuk memastikan hasil cat yang di lakukan menjadi dan cantik. Jika cat dinding konkrit cukup sekadar lapisan under layer untuk meenghilangkan lapisan cat lama dan memastik cat baru dapat diserap sepenuhnya, untuk permukaan kayu, ia perlu digosok dengan kertas pasir. Jika lapisan lama telah hilang, barulah lapisan cat baru dapat diserap sepenuhnya oleh permukaan kayu
Duduk lama sangat dekat rumah nak pergi taman permainan tak boleh, nak pergi bersiar pun tak boleh mula macam-macam kerenah anak-anak ni. Jangan kata anak-anak. Kita yang dewasa ni pun macam nak pengsan juga mati kutu dibuatnya. Hari ni IMPIANA nak kongsikan satu inspirasi yang boleh dijadikan satu idea yang baik untuk ibu bapa untuk anak-anak kat rumah. Jom kita buat sama-sama. DIY Playhouse!
Kalau nak beli kat luar ni makan belanja juga ni kan apa kata jom kita buat sendiri, jimat dan menyeronokkan. Hasil perkongsian Sadiqin Sulong.
Anak-anak request nak playhouse, nak beli yang dah siap mahal. Cuba buat sendiri lebih murah sambil-sambil asah skil bertukang.
Banyak idea dan tips dapat dari ahli group ini, mohon halalkan semua ilmu yang saya dapat. Saya kongsikan balik step by step saya buat playhouse ini di ruang setiap gambar. Kita semua boleh buat, cantik tak cantik tak penting di mata anak-anak. Anak-anak dapat tempat untuk bermain petang-petang pun dah cukup gembira.
Langkah-langkah nak buat playhouse
Buat rangka dengan kayu 2×2. Lebar 4 kaki, panjang 6.5 kaki dan tinggi 5 kaki
2. Pasang plywood 18mm dan buat tangga. Guna kayu palet buat tutup bahagian atas dinding.
3. Undercoat bahagian yang perlu cat untuk memudahkan urusan cat dan hasil yang lebih kemas.
4. Pasang shera plank hasil lebihan buat stor kat belakang. Overlap 20mm antara dua keping shera.
5. Cat semua bahagian dan siap sedia untuk pasang atap.
6. Susun atap genting dan lapik bata untuk jaga kaki tiang. Last minit tambah lebihan shera plank acah-acah papan manis. Alhamdulillah dah siap satu playhouse.
Semoga perkongsian ini bermanfaat pada semua pembaca IMPIANA.
cinder block atau batu blok pasir ramai yang tahu ia digunakan bagi tujuan pembinaan terutamanya bangunan. Tapi, sebenarnya, batu blok pasir ini mempunyai karekter tersendiri dan menarik jika bijak diolah. Menariknya, ia sesuai dijadikan sebagai perabot.
Tapi, sebelum diundang untuk dijadikan sebagai perabot atau dekorasi di dalam rumah, pastikan ia dibersihakan sepenuhnya. Ia bagi mengelak habuk atau pasir yang digunakan untuk membuat batu blok tersebut dari bersepah dan berhabuk. Berikut inspirasi dekor dengan menggunkan cinder block atau batu blok pasir:
Serba serbi digital masa kini, kunci pintu rumah pun dah mula ramai pemilik rumah menggunakannya. Keyless katanya, tapi sebalik mengunakan kunci pintu digital ini lebih baik atau mempunyai kebarang kalian. Semua perkara ini perlu diambil tahu. IMPIANA kongsikan bersama anda.
Berikut adalah semua yang anda perlu tahu tentang pemasangan kunci pintu digital atau kunci pintar (smart door lock) untuk rumah anda, serta kelebihan dan kekurangan menggunakannya.
Mangga dan kunci semakin hari, semakin ketinggalan zaman. Pada zaman ini, kunci digital dan kunci pintu pintar (smart door lock) lazim digunakan di kebanyakan rumah, kerana harga yang berpatutan dan mudah dipasang. Selain dari itu, kunci digital atau pintar kelihatan canggih dengan estetika moden (lihat sahaja semua kunci pintar di dalam sebuah rumah K-drama). Ada juga yang bersepadu atau boleh digabungkan dengan kamera, penggera atau fungsi interkom juga – menjadikan pintu keselamatan anda lebih selamat.
Adakah anda sedang berfikir untuk memperbaharui kunci pintu anda yang lama dengan kunci pintu digital atau pintar? IMPIANA akan memberi anda maklumat terperinci mengenai kunci pintar digital dan mengapa sudah tiba masanya untuk anda menukar kunci pintu anda.
Apakah kunci pintu digital?
Secara ringkas, kunci pintu digital, kekunci, e-kunci, pintu tanpa kunci atau kunci pintar adalah kunci yang dikendalikan melalui arus elektrik. Fungsinya seakan-akan sama seperti mangga kunci tradisional. Namun, kunci pintu digital tidak memerlukan kunci biasa, tetapi menggunakan pengaktif untuk menghubungkan mekanisme pengunci ke sebuah motor kecil yang dikawal secara elektronik.
Apakah jenis kunci digital elektronik yang sedia ada?
Bergantung pada sistem kunci pintu, ia boleh dibuka dengan:
Kunci pintu biometrik – menggunakan cap jari anda
Pad kekunci elektronik – menggunakan kod PIN
Kad pintar – menggunakan kad kunci
Alat kawalan jauh – menggunakan aplikasi
Ianya seperti kunci digital untuk peti keselamatan, tetapi untuk pintu depan rumah anda.
Apakah jenis pintu yang boleh dipasang dengan kunci digital?
Ini banyak bergantung kepada model dan jenis kunci digital yang anda pilih. Jenis pintu berikut lazimnya sesuai untuk kebanyakan kunci digital:
Pintu UPVC, kayu, kayu jati, aluminium, kaca dan kunci pintu digital atau kunci pintar (smart door lock)?
Ramai orang menggunakan istilah kunci digital dan kunci pintar (smart door lock) seakan-akan mereka serupa sahaja, tetapi terdapat perbezaan kecil antara kedua-dua jenis kunci pintu ini. Dengan kunci digital atau mangga kunci, anda masih perlu membuka pintu secara fizikal. Sebaliknya, kunci pintar adalah kunci pintu digital yang dikendalikan melalui integrasi Wi-Fi atau Bluetooth, supaya anda boleh mengawal dan mengakses kunci dari jarak jauh melalui telefon pintar anda.
Kunci pintu tradisional vs kunci pintu pintar (smart door lock)?
Kebanyakan kunci pintu tradisional seperti mangga kunci, kunci “mati” deadbolt, kunci mekanikal, selak pintu, kunci mortise, atau kunci tombol, tidak jauh bezanya berbanding kunci pintar (smart door lock). Dalam sesetengah kes, kunci pintar boleh menggunakan mekanisme mangga kunci yang sedia ada tetapi secara elektronik. Anda mendapat ciri-ciri yang sama untuk memastikan pintu anda selamat dikunci dan dilindungi daripada penceroboh. Namun, kunci pintar mempunyai beberapa ciri tambahan seperti penggera dan notifikasi terus ke telefon anda sekiranya berlaku kejadian pecah rumah.
Jauh lebih mudah untuk memasukkan kod laluan atau menggunakan cap jari anda untuk memasuki pintu depan anda, daripada membazir masa tercari-cari kunci pintu anda. Dengan kunci pintu pintar, anda juga boleh mengunci pintu dari jarak jauh—terutama sekali jika anda lewat ke tempat kerja dan mungkin terlupa mengunci pintu.
Sudah tentu, anda akan berbelanja lebih banyak untuk menukar mangga kunci anda yang lama dengan kunci pintar baharu. Namun, jika anda mampu, ia suatu keputusan yang berbaloi dan anda akan menikmati semua faedah kunci pintu pintar:
Apakah kelebihan menggunakan kunci pintu elektronik?
Adakah anda selalu membazir masa di pintu depan anda tercari-cari kunci pintu anda?
1. Kemudahan yang lebih baik
Dengan kunci pintu digital atau pintar, anda tidak perlu lagi merasa janggal apabila jiran-jiran anda melihat anda macam seorang penceroboh apabila tergopoh-gapah mencari kunci pintu anda. Hanya masukkan kod laluan atau gunakan cap jari anda, dan anda boleh terus masuk! Dengan kunci pintu pintar, anda juga boleh mengunci pintu anda dari jarak jauh.
2. Akses jarak jauh
Kunci pintu digital atau pintar juga sesuai jika anda mempunyai rakan-rakan yang sering melawat atau jika anda perlu memberi akses masuk kepada penjaga untuk ibu bapa anda yang sudah tua. Tidak perlu lagi menyorokkan kunci ganti di bawah bunga atau tikar lantai! Hanya berikan mereka nombor PIN (anda boleh mengubahnya kemudian), atau dengan kunci pintar, berikan mereka akses dari jarak jauh melalui aplikasi kunci pintar. Anda juga boleh membenarkan orang luar masuk ke rumah anda dengan nombor PIN pada masa-masa yang tertentu juga, contohnya pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 12:00 hingga 2 petang, jika anda ingin mengelakkan sebarang kejutan.
3. Keselamatan yang tinggi
Kekurangan kunci keselamatan fizikal bermakna bahawa tidak banyak cara untuk sesiapa menceroboh rumah anda, terutamanya jika kunci pintu pintar anda tidak mempunyai sebarang lubang kunci. Dengan kunci pintu pintar, anda boleh menukar kod PIN pada bila-bila masa. Tidak perlu menukar semua set kunci jika anda merasakan bahawa keselamatan mungkin terjejas menggunakan PIN yang sedia ada.
Dengan kunci pintu digital atau pintar, anda boleh menggunakan sistem penggera yang akan berbunyi jika berlaku kejadian pecah rumah. Dengan kunci pintar, anda juga akan menerima notifikasi jika ada penceroboh di dalam rumah anda. Sesetengah kunci pintu digital atau pintar juga dilengkapi dengan fungsi kod rawak untuk menambah lebih banyak nombor sebelum atau selepas kod PIN anda, sekiranya anda bimbang ada orang lain yang melihat kata laluan anda.
Berapa lamakah kunci digital boleh bertahan?
Sehebat mana pun kunci pintu digital anda, ia tidak akan dapat bertahan selama-lamanya. Menurut beberapa sumber, kunci digital dianggarkan mempunyai jangka hayat kurang daripada 5 tahun. Sesetengah jenis atau jenama boleh bertahan lebih lama, manakala yang lain mungkin akan rosak selepas digunakan hanya beberapa tahun. Jika anda ingin memanjangkan jangka hayat kunci pintu digital dan pintar anda, kami mempunyai beberapa tips untuk anda:
Pastikan ia bersih. Habuk dan kekotoran akan merosakkan kunci anda. Gunakan produk pembersihan yang sesuai. Jangan gunakan bahan berasaskan petroleum atau kimia kuat untuk melakukan pembersihan. Ini boleh merosakkan kunci pintu digital anda. Jangan bermain dengan pad kekunci. Ini boleh merosakkan kunci anda.
Apakah kekurangan menggunakan smart door lock?
Salah satu kekurangan memasang pad kekunci untuk pintu anda ialah penggunaan bateri. Contohnya, kunci pintar Samsung dianggarkan boleh beroperasi selama kira-kira sembilan hingga 10 bulan apabila dikuasakan oleh bateri alkali yang berkualiti tinggi, bergantung kepada kekerapan penggunaan kunci pintar anda. Anda juga mungkin perlu memeriksa kunci pintu digital atau pintar anda sekali setiap beberapa bulan untuk sebarang kebocoran bateri.
Anda mungkin bimbang jika sesiapa yang tidak diingini boleh “menggodam” kunci pintu pintar anda. Nasihat kami, belilah jenama kunci pintar yang bereputasi tinggi, seperti Yale atau Samsung. Jenama-jenama ini mempunyai ciri-ciri kunci pintar seperti standard enkripsi kata laluan yang tinggi untuk mengelakkan penggodaman.
Apabila memilih kata laluan untuk kunci pintu anda, jangan gunakan nombor yang mengandungi sebarang maklumat peribadi seperti hari lahir, tarikh ulang tahun, nombor IC atau alamat. Walau bagaimanapun, jangan pula gunakan kod pin rawak yang ahli keluarga anda tidak boleh ingat langsung.
Berikut adalah beberapa tips untuk memilih kata laluan smart door lock yang selamat:
Jangan pilih kod laluan peribadi seperti tarikh lahir atau nombor yang boleh diteka selepas melakukan sedikit kajian mengenai butiran peribadi anda.
Pastikan ia pendek dan ringkas. Gabungkan nombor yang bermakna dalam susunan rawak. Contohnya, jika anda ada empat ahli keluarga, gabungkan bulan hari jadi untuk mencipta kata laluan yang kukuh. Untuk menyukarkan lagi sebarang tekaan oleh penceroboh, rawakkan nombor.
Cipta kata laluan yang kukuh dengan singkatan seperti “Kami Keluarga Bahagia” (KKB) atau 9243 dalam bentuk nombor.
Tukar kod laluan ke kunci pintar anda sekali setiap beberapa bulan. Jangan catatkan kata laluan atas kertas yang boleh dijumpai oleh orang ramai. Hafal kata laluan anda.
Jenis kunci pintu manakah yang terbaik?
Berikut adalah beberapa kunci pintu digital atau kunci pintu pintar anti-pencuri yang anda boleh pertimbangkan:
1. Samsung SHP-DP728 Smart Lock
Kebanyakan rumah memilih kunci pintar jenama Samsung. Model kunci pintar Samsung ini jenis “tolak-tarik” pertama di dunia, jadi anda boleh menolak atau menarik pintu anda sesuka hati anda. Ia boleh menyimpan sehingga 100 cap jari, serta 30 kad RFID atau kod PIN. Aplikasi Samsung sHome bukan sahaja membolehkan pembukaan kunci secara jarak jauh tetapi juga membunyikan nada amaran jika ada sesiapa berhampiran pintu anda.
2. Yale YM170
Yale telah menjadi penanda aras terbaik (“gold standard) untuk mangga dan kunci konvensional selama bertahun-tahun. Jenama ini juga menawarkan kunci digital dan kunci pintar yang boleh dipercayai. Yale YM170 dilengkapi dengan cap jari dan entri PIN, serta panduan suara untuk membimbing anda mengatur semua ciri-ciri produk ini. Ia juga mempunyai penggera untuk kes pecah rumah, dan berfungsi dengan aplikasi Yale Link untuk akses jarak jauh kepada kunci pintu anda.
3. Kaadas K9 Digital Door Lock
Kaadas adalah satu jenama dari Jerman yang terkenal dengan kejuruteraan ketepatan. K9 Push Pull Smart Lock ini mempunyai pengimbas cap jari biometrik pada tombol pintu universal dan boleh menyimpan sehingga 100 cap jari yang berbeza. K9 mempunyai ketebalan 1.3cm, jadi ia boleh dipasang dengan mudah ke dalam kebanyakan pintu besi.
4. Hafele EL9000
Kami tidak hairan jika anda seorang yang selalu terlupa kata laluan anda. Ini sebabnya fungsi sokongan kod rahsia pada EL9000 berguna untuk anda. Bila masanya untuk menggantikan bateri kunci anda mungkin sesuatu yang terlalu rumit untuk diingati. Oleh itu, EL9000 dilengkapi dengan sistem identifikasi tahap bateri yang menyenangkan anda tahu bila bateri kunci perlu digantikan.
5. PHILIPS Easykey ALPHA
Jika anda mencari pintu anti-pencuri untuk menjamin keselamatan rumah anda, Philips Easykey ALPHA dengan Silinder Kunci Gred C Anti-Pencuri adalah satu pilihan yang baik. Ia menggunakan pelbagai teknologi anti-pencuri untuk kebaikan masa depan rumah anda. Dengan mod dwi pengesahan untuk membuka kunci pintu, anda boleh menggunakan gabungan dua faktor (cap jari, kata laluan atau kad) untuk keselamatan tambahan.
Apa kata anda? Dah mula rasa nak bertukar pada kunci pintu rumah digital.
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...