
Masyarakat kota kini rajin berkebun semenjak PKP (printah kawalan pergerakkan) yang lalu. Yang tak ada tanah dan tak eprnah tahu pasal kebun pun berusaha gigih. Kali ini, IMPIANA naka kongsi kaedah berkebun dalam ruang yang sempit dan sesuai untuk anda yang tak punya masa untuk menyelenggara tanaman seperti menyiram. Teknik ni diberi nama Budikamber dan ia kian tular di Indonesia dan diasaskan oleh Yuli Nursandi.
Kenapa diberi nama Budikamber?
ia singkatan dari budadaya tanaman dalam ember (baldi). Paling menarik, bukan sahaja sayur dapat dihasilkan. Dalam masa yang sama, anda juga dapat tuai protein dari ikan. Berikut bahan-bahan yang diperlukan.
Baldi ukuran 80-100 liter
benih sayur
ikan keli
kawat
cawan plastik
fiber
Arang (untuk bersihkan air)
Cara penyediaan Budikamber, boleh lihat dalam video yang disediakan
Apa jenis-jenis ikan yang sesuai untuk budikamber?
Selain ikan keli, ikan yang sesuai adalah dari jenis yang sesuai untuk ruang yang sempit dan berupaay hidup dalam kondisi oksigen yang kurang. Anntara ikan yang sesuai selain keli adalah seperti sepat, puyu, ikan toman
SofaX Lancarkan Kempen ’Spend&Win’, Orang Ramai Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Bernilai Sehingga RM27,000!

SofaX, sebuah kendalian aplikasi rekaan dalaman secara maya dengan teknologi ‘Virtual Reality’ (VR) kini telah melancarkan satu kempen pertandingan ‘Spend&Win’ yang bakal memberikan hadiah ganjaran bernilai sehingga RM27,000 kepada orang ramai.
Menerusi pelancaran kempen pertandingan ini, seramai 22 pemilik rumah bertuah akan berpeluang untuk merebut peluang keemasan untuk menaik taraf kediaman mereka dengan membawa pulang pelbagai hadiah peralatan rumah bernilai sehingga RM27,000!
Kempen berjalan bermula sekarang sehingga 15 Ogos 2023, pengguna SofaX yang membelanjakan RM1,000 dan ke atas untuk pengubahsuaian atau perabot akan mendapat satu penyertaan dalam kempen “Spend & Win”. Lebih banyak penyertaan, maka lebih tinggi peluang untuk anda terpilih menjadi salah seorang pemenang.
Pengguna yang membelanjakan RM1,000 terus melalui peniaga yang mengambil bahagian SofaX seperti, Ashley Furniture HomeStore, Crownlivin, Enzol Furniture, Lorenzo, Lusso Design, Mind Sketch Interior Studio, Pallet Howse dan banyak lagi akan menerima 1 penyertaan ke dalam kempen pertandingan ini. Selain itu, mereka yang membelanjakan jumlah yang sama melalui SofaX Rewards & Merchant Points akan menerima 2 penyertaan, manakala pengguna yang membeli SofaX Points akan menerima 5 penyertaan.
Antara ganjaran yang diidamkan ialah Dyson V12 Detect Slim Extra Vacuum, yang terkenal dengan kuasa pembersihan yang luar biasa dan ciri-ciri inovatif, dan Sonos Ray Soundbar yang meningkatkan pengalaman audio dalam mana-mana persediaan teater rumah dengan reka bentuk anggun dan kualiti bunyi yang mengasyikkan. Selain itu, pemenang juga boleh membawa pulang Mesin Kopi Nespresso Essenza Mini D30 dan Aeroccino Milk Frother, sesuai untuk membancuh kopi pagi untuk memulakan setiap hari dengan rasa yang menggembirakan.
Di samping tiga pemenang hadiah teratas, SofaX akan memilih pemenang bulanan yang akan mendapat hadiah seperti Pengering Rambut Dyson SupersonicTM, Cuckoo P 10 Multi Cooker dan Daikin Air Purifier.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen atau menghantar penyertaan, sila layari ruangan laman kempen Belanja dan Menang SofaX di laman sesawang serta serta akaun rasmi Facebook SofaX.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Kini Berkerjasama SofaX, Mah Sing Tawarkan Lebih RM14.5 Juta Rebat Kepada Pemilik Rumah
Trik Menghias Kediaman Moden Dengan Rona Hitam Dan Putih

Warna hitam dapat mewujudkan titik tumpuan serta menjadikan ruang nampak sofistikated dan elegan. Aksesori seperti lampu, cat atau perabot yang berwarna hitam pula, dengan mudah mencuri tumpuan dan dapat membantu untuk menzahirkan konsep yang ingin diketangahkan dengan lebih jelas lagi. Hitam dengan sendirinya pun sudah menarik, tetapi untuk mendapatkan efek yang lebih menakjubkan dan dramatik, padankan hitam dengan putih. Kombinasi ini juga akan menerapkan suasana bersih yang segar dan elegan pada kediaman selain sesuai digayakan denga pelbagai konsep seperti moden dan kontemporari.
Cara Menggunakan Hitam dan Putih Pada Kediaman Anda Dengan Efektif:
Jika warna hitam dan putih yang anda gunakan kelihatan terlalu menonjol, tone down kan ia dengan menggunakan warna sekunder yang lain seperti penggunaan warna merah , kuning atau keemasan.
Dinding yang dicat putih atau krim lembut sesuai untuk berfungsi sebagai latar belakang yang sempurna buat bingkai gambar atau karya seni. Pilih kayu gelap atau cat bingkai dengan warna hitam supaya ia dapat menjadi titik fokus didalam ruang yang terpilih.
Sebuah bilik mandi yang kecil kelihatan elegan dengan countertop dan lantai marmar, kabinet hitam serta dipadankan dengan kemasan hitam pada paip, lampu, bingkai cermin dan sebagainya. Tandas akan kelihatan lebih rapi dan kemas dengan pemilihan warna ini. Sesuai juga buat mereka yang bersifat misterius dan elegan.
Lapik tilam atau cadar putih bersih dipadankan dengan sarung bantal belang membuatkan bilik tidur nampak klasik dan elegan. Gunakan trim hitam untuk dinding putih atau pada katil. Anda perlu bijak menggabung dan memadankan kedua dua warna ini pada setiap penjuru bilik. Contohnya, letakkan rak buku hitam dihadapan dinding putih atau tempatkan lampu lantai hitam pada sisi katil yang putih dan sebagainya.
Gunakan aksesori besi hitam sebagai pelengkap pada ruang yang dicat putih polos serta dipadankan dengan sofa kelabu. Ruang akan nampak lebih cosy dan selesa apabila warna hitam dan putih bergabung dengan lantai kayu, selain warna hijau dari pokok yang mendatangkan suasana segar pada ruang tamu anda.
Gunakan hitam dan putih sahaja atau dengan warna accent yang lain untuk mewujudkan gaya klasik yang santai. Untuk menambah kesan dramatik dan seni hias yang menakjubkan, letakkan satu titik fokus seperti cermin besar dengan bingkai keemasan pada ruang yang kecil supaya kelihatan luas ditambah pula dengan lampu meja yang penuh karakter.
15 Cara Cegah Semut, Lipas Dan Cicak Tanpa Menggunakan Bahan Kimia

Semut, lipas dan cicak antara serangga yang menajdi musuh utama dalam kediaman. Kehadirannya bukan sahaja ada yang memberi kesan kepada kesihatan malah ia adalah salah satu petanda kedaiamn anda kotor. Dah cuba pelbagai bahan atau produk pencegah serangga di pasaran, tapi masih gagal. Apa kata, anda cuba pula 15 cara untuk cegah Semut, lipas dan cicak ni pula
SEMUT
1. Taburkan serbuk kunyit pada laluan semut yang menuju ke dalam rumah, halang laluan serangga itu dengan menaburkan serbuk kunyit di sepanjang perjalanan yang membolehkan mereka masuk atau lalu di dalam rumah.
2. Ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.
3. Potong kain bersih seperti tali panjang kemudian celupkan ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, keliling meja, kaki meja, kaki kabinet dapur dan sebagainya.
4. Anda juga boleh menggunakan abu kulit telur yang dibakar dan taburkan pada kawasan laluan atau tempat semut berkerumun.
5. Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol spray kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut. Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.
Baca juga: Atasi Masalah Tahi Cicak Dengan Menggunakan 3 Bahan Ini.
LIPAS
1. Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat yang kerap yang dikunjungi lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti kabinet dapur.
2. Jangan buang pangkal dan hujung timun setiap kali anda memotong timun. Ia boleh digunakan untuk menghalau lipas. Letakkan pangkal timun itu di tempat yang ada banyak lipas.
3. Koyakkan atau hiris nipis daun pandan dan letakkan di kawasan yang banyak lipas seperti dalam laci atau kabinet. Lipas akan lari selepas membau daun pandan, dan tak akan membiak lagi di rumah anda.
4. Biji buah pelaga atau kulit kayu manis juga berkesan untuk menghalau lipas kerana lipas sememangnya tidak suka dengan bau tersebut dan tidak akan membiak di situ.
5. Lipas memang bencikan bau wangi! Jadi anda boleh siatkan beberapa batang serai dan letakkan di bahagian yang selalu ada lipas. Bau dari serai wangi akan memastikan yang lipas tak akan datang lagi.
video pilihan
CICAK
1. Cicak tidak suka akan bau telur. Letakkan kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu untuk elak cicak dari memasuki rumah anda.
2. Campurkan serbuk kopi dan serbuk tembakau di dalam sebuah bekas. Kemudian, ambil pencungkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di penghujung batang mancis dan pencungkil gigi tersebut lalu celupkan kedalam campuran serbuk kopi dan tembakau. Cicak akan mati apabila makan serbuk ini.
3. Campurkan 1/3 cuka makan, 1/3 air, dengan 1/3 cecair pencuci pinggan dan masukkan kesemuanya dalam botol spray. Lepas tu sembur pada semua kawasan yang selalu ada tahi cicak dan tempat cicak selalu sembunyi.
4. Campurkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air. Semburkan campuran ini pada dinding, tingkap dan pintu untuk elak cicak masuk dan merayap dalam rumah kerana cicak tidak tahan dengan rasa pedas.
5. Gantung atau letak bawang di pintu atau tingkap cicak boleh lalu. Lagi satu cara adalah kisar bawang dengan air, lepas tu masukkan dalam botol spray, dan sembur pada sekeliling rumah.