Buat Rumah Jangan Sampai Putus Jiran! Renovasi Cantik, Silaturahim Pun Kekal Harmoni

Bayangkan satu pagi yang tenang, anda baru sahaja hendak duduk menikmati secawan kopi di beranda rumah. Tiba-tiba bunyi mesin gerudi memecah kesunyian. Debu berterbangan, pasir berselerak atas jalan, anak terjaga dari tidur dan pokok bunga kesayangan anda habis dilitupi simen. Rupanya jiran sebelah tengah buat renovasi besar-besaran dan anda tak tahu langsung pun.

Buat Rumah Jangan Sampai Putus Jiran! Renovasi Cantik, Silaturahim Pun Kekal Harmoni

Situasi ini bukan asing. Ramai antara kita pernah rasa “terganggu” bila jiran mula ubahsuai rumah. Tapi dalam masa yang sama, kita pun ada impian untuk renovate rumah sendiri satu hari nanti. Di sinilah pentingnya faham hidup berjiran. Renovasi boleh jadi sesuatu yang indah kalau semua pihak tahu jaga adab, empati dan komunikasi.

Siapa yang tak suka melihat kediaman lama diberi nafas baru, lebih cantik, selesa dan moden? Tapi, dalam keterujaan itu, kita kadang-kadang lupa, rumah kita mungkin berubah, tapi jiran tetap sama. Dan proses renovasi yang kita anggap sementara, boleh memberi kesan besar pada keselesaan dan emosi mereka. Jadi untuk itu pertimbangkan hal berikut.

  1. Renovasi Bukan Alasan Untuk Abaikan Adab

Buat Rumah Jangan Sampai Putus Jiran! Renovasi Cantik, Silaturahim Pun Kekal Harmoni

Renovasi bukan lesen untuk membuat bising tanpa had. Tukul, gerudi, mesin potong simen, semua ini bunyinya boleh naikkan darah kalau tak berhenti dari pagi sampai senja. Maka, penting untuk maklumkan kepada jiran tentang tempoh kerja, waktu operasi dan jangkaan gangguan.

Tip: Sediakan notis awal, sekurang-kurangnya seminggu sebelum kerja bermula. Letakkan pada pintu jiran atau hantar secara peribadi. Nyatakan waktu kerja, tempoh jangkaan dan nombor untuk dihubungi jika ada isu.

Ads
  1. Jangan Sampai Menyusahkan

Simen, pasir dan kayu terkumpul di tepi jalan? Debu masuk ke rumah jiran bila angin bertiup? Itu bukan alasan “biasalah, tengah renovate.” Perlu ada pengurusan tapak kerja yang kemas, tutup simen dengan kanvas, pastikan lori tak halang jalan dan pekerja tak merokok merata.

Kalau debu atau simen terkena pokok, pagar atau kereta jiran, minta maaf dan cuci. Jangan tunggu orang tegur baru bertindak.

  1. Berjiwa Besar Bila Jiran Renovate

Buat Rumah Jangan Sampai Putus Jiran! Renovasi Cantik, Silaturahim Pun Kekal Harmoni

Kalau kita pula yang jadi jiran kepada rumah yang sedang renovate, bersabarlah. Bukan mudah nak tinggal dalam suasana bising, tapi itu proses sementara. Hari ni rumah dia, esok lusa mungkin giliran kita. Cuba lihat dari sudut positif,  satu hari nanti, kita pun nak buat benda yang sama.

Ads

Kalau ada isu: Tegur dengan baik. Jangan terus serang atau mengata di media sosial.. Mesej atau panggilan dengan nada sopan lebih mudah untuk difahami dan diterima.

  1. Kebaikan Tak Akan Dilupakan

Buat Rumah Jangan Sampai Putus Jiran! Renovasi Cantik, Silaturahim Pun Kekal Harmoni

Renovasi boleh jadi pengalaman yang positif untuk semua pihak asalkan dilakukan dengan empati dan sikap hormat. Jaga adab, maklumkan awal, elakkan gangguan berlebihan dan sentiasa beringat, rumah elok, jiran pun kena jaga. Rumah bukan sekadar tempat tinggal, tapi ruang membina silaturrahim yang harmoni.

Kesimpulan

Proses renovasi rumah bukan sekadar soal mencantikkan ruang, tetapi juga mencerminkan nilai kita sebagai jiran dan anggota komuniti. Jika kita hormat orang lain semasa ubah suai rumah, kita pun akan dihormati bila tiba giliran sendiri nanti. Jaga suara, jaga debu, jaga hati jiran sebab rumah cantik tapi hubungan jiran rosak, tak ada maknanya. Renovasi boleh selesai dalam sebulan dua, tapi kesan emosi sesama jiran boleh kekal bertahun. Jadi, biarlah rumah berubah tapi adab jangan hilang.

Ads

Baca artikel lain juga: Buat Sendiri Pantri Ringkas Untuk Dapur Kecil. Guna 2 Rak Saja

Ramai Tak Tahu, Pilihan SINKI Pun Boleh Ubah Mood Kat Dapur

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads