Tidak dinafikan hiasan dinding menjadikan ruang tamu nampak lebih cantik dan kemas.
Nampak senang tapi nak gantung gambar pada dinding rumah tak semudah yang disangka. Susunannya perlu dirancang dengan teliti supaya nampak kemas.
Jika anda berhasrat menghias dinding sempena raya ini namun belum ada idea, jadikan 6 stail ini sebagai panduan. Tak perlu ragu kerana hasilnya memang cantik.
1. Spiral
Mulakan dengan meletak satu bingkai di tengah dan atur bingkai selebihnya dalam bentuk melingkar atau mengelilinginya. Pastikan jarak antara bingkai adalah sama.
2. Centered
Pilih satu atau dua bingkai untuk dijadikan titik tengah. Atur bingkai lain di kiri dan kanannya.
Ads
3. Outer Align
Pilih satu bingkai gambar yang besar, seterusnya atur bingkai gambar yang lebih kecil di setiap penjuru.
4. Reflection
Letakkan bingkai gambar pelbagai saiz sederet, kemudian ulang teknik yang sama pada bahagian bawah.
Ads
5. Staircase
Ini susun atur gambar untuk diletakkan di bahagian tangga. Setiap bingkai diatur dalam keadaan menaik walau apa jua saiznya.
Ads
6. Nine square
Ini merupakan aturan paling mudah. Hanya susun sembilan bingkai gambar dengan saiz yang sama dalam bentuk segi empat.
Semasa musim perayaan, ramai yang menggunakan masa untuk mengemas rumah, namun mengalihkan perabot berat seperti almari dan peti sejuk menjadi cabaran utama. Dinas Elni berkongsi satu tip yang dipelajari dari YouTube untuk memudahkan proses ini. Caranya adalah dengan menggunakan beberapa keping vynil, membolehkan perabot berat dialihkan dengan mudah tanpa memerlukan bantuan orang lain.
Ini cara kami alihkan perabot berat masa buat projek di rumah. Saya gunakan kepingan vynil jenis tampal untuk alihkan mesin basuh dan peti sejuk sewaktu proses mengecat rumah.
1. Caranya, cuma angkat satu sisi perabot berat dan selit masuk kepingan vynil. Angkat sisi satu lagi pula dan selit lagi kepingan vynil (boleh rujuk gambar).
2. Kemudian boleh tolak atau tarik dengan lebih mudah. Lantai tak calar, perabot pun tak rosak, paling penting barang mudah digelongsorkan. Yang rosak cuma vynil berpelekat saja.
3. Disarankan agar lebih mudah, guna empat vynil supaya boleh tolak lebih jauh. Bila dah sampai hujung sambung lagi dengan vynil seterusnya.
4. Supaya vynil tak jejaskan lantai, sebaiknya buka bahagian adhesive dan cantumkan dua keping jadi satu. Ia untuk elak bahagian berpelekat tertanggal protective sheet dan melekat di lantai.
Cara lain
Boleh juga guna kotak atau pun kain yang keras supaya tak koyak. Cuma guna vynil lebih mudah sebab ia licin dan barang mudah ditolak.
Jangan tak tahu ada kalanya barangan lama yang mahu dibuang seperti almari boleh digunakan semula.
Memang idea kreatif dan boleh dijadikan inspirasi malah menjimatkan kos tak perlu beli sangkar buat anda yang ada memelihara si bulus di rumah.
Idea menarik ini dikongsikan oleh Puan Izyan Suraya yang berkongsi video transformasi almari lama rumahnya di akaun TikTok beliau @izyanwasabee.
Rumah kucing tersebut dibuat khas untuk anak kucing kesayangan yang dipeliharanya. Menariknya almari yang telah diubahsuai ini menjadi rumah kucing yang dilengkapi dengan ruang tidur, kawasan bermain, laci simpan barangan, aksesori,pasir dan makanan kucing.
Malah ia turut dilengkapi dengan jejaring besi untuk pengudaraan dan pencahayaan. Wanita ini juga mengalas ‘lantai’ rumah kucing tersebut dengan underpad yang ‘waterproof’supaya tidak basah mahupun kembang sekiranya terkena air.
Berkongsi maklumat lanjut, katanya anggaran kos keseluruhan untuk menghasilkan sendiri ‘rumah kucing’ ini kurang dari RM150. Malah kebanyakan barangan dibeli secara online di shopee sahaja dengan harga berpatutan. Sebagai contoh;
Kreatif sungguh idea yang dikongsikan ini. Siapa sangka dari almari lama boleh dijadikan ‘rumah banglo’ untuk anak bulus kesayangan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Dengan kedatangan Syawal yang tak lama lagi, semua pasti ingin rumah mereka kelihatan berseri antara perabot rumah dan sofa. Tapi lagi best kalau tanpa perlu membeli perabot baru, tak kan tiap tahun nak beli sofa baru.
Sofa yang koyak memang menyakitkan mata. Kalau pakai duct tape, koyak atau lubang yang kecil pun boleh menjadi lebih besar. Ramai mengambil penyelesaian mudah dengan menggunakan cara ini bukan? Sebenarnya banyak lagi cara dan kaedah mudah yang nampak lebih cantik dan menarik.
Nak hantar tukar sarung sofa, harganya pulak boleh tahan juga. Tambahan pulak yang rosak tue sikit sahaja. Jadi, bagi menyelamatkan poket anda, Boleh cuba 10 langkah mudah ini bagi menutupi sofa yang koyak atau berlubang.
1. Tampal bunga kait di atas tempat yang koyak
2. Cantuman kain perca berbentuk hexagon
3. Guna fabrik bercorak yang sepadan untuk digantikan pada sofa arm kesan dicakar kucing
4. Buat tenunan artistik menggunakan benang cross stitch pada bahagian yang koyak
5. Jahit doilies pada tempat yang koyak
6. Sediakan kait konsep granny square untuk tutup bahagian atas sofa arm yang rosak
7. Gantikan bahagian sofa arm yang rosak dengan menggunakan PU leather dan dilekatkan dengan paku kraf
8. Buat kolaj bunga dari kain perca
9. Beli kepingan sulam yang telah siap dan tampalkan pada sofa
10. Paling mudah, jahit kain mengikut saiz sofa arm dan tutup sahaja tempat yang koyak
Sumber: http://www.amazinginteriordesign.com
Memilih fabrik yang sesuai untuk sofa anda adalah penting bagi memastikan hasil yang diperoleh memuaskan. Berikut beberapa tip untuk membantu anda membuat pilihan tepat:
Warna dan corak
Pertimbangkan warna dan corak fabrik yang sesuai dengan tema dan dekorasi ruang tamu anda. Pilihlah corak yang serasi dengan perabot dan hiasan lain dalam bilik.
2. Kualiti fabrik
Pastikan fabrik yang dipilih adalah jenis tahan lama dan mudah dijaga. Pilih bahan yang sesuai dengan gaya hidup anda dan boleh bertahan lama. Jika ada memelihara kucing atau anak kecil, sebaiknya boleh tukar kepada material jenis anti scratch tanpa mengubah desain sofa .
3. Keselesaan
Selain daripada penampilan, pertimbangkan juga keselesaan fabrik. Sentuhan lembut atau tekstur yang sejuk boleh menambah keselesaan dan menarik bagi sofa anda.
4. Kesesuaian dengan fungsi sofa
Ambil kira penggunaan sofa tersebut apabila memilih fabrik. Jika sofa digunakan secara kerap, pilihlah fabrik yang tahan lasak dan mudah dibersihkan. Pun demikian,ada yang mengatakan kos upholsteri mungkin tinggi, namun ia masih lebih jimat daripada membeli sofa baharu yang berkualiti tinggi.
Justeru, dengan membaiki sofa lama, kita dapat mengurangkan pembaziran dan menjimatkan kos. Pada masa sama, dapat mempertahankan kenangan dan nilai sentimental. Sekali gus memperkukuhkan hubungan emosional dengan kediaman dan keluarga.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.