
Bina ‘tiny house’ mesra alam di luar bandar, pasangan sanggup belanja RM1.21 Juta. Mungkin ramai yang membayangkan rumah bersaiz kecil sebagai ruang sempit dengan katil bertingkat dan sudut stor terselit di celah dinding.
Bina ‘Tiny House’ Mesra Alam Di Luar Bandar, Pasangan Sanggup Belanja RM1.21 Juta
Bagaimanapun pasangan dari Amerika Syarikat (AS), Jen dan Steve, yang kini menetap di New Zealand membuktikan sebaliknya, kediaman kecil masih boleh menawarkan keselesaan.

Kisah mereka dikongsikan oleh pempengaruh antarabangsa, Bryce Langston, menerusi saluran YouTube dalam siri Living Big In A Tiny House. Terletak kira-kira sejam dari Auckland, rumah pasangan ini dibina di tengah-tengah kehijauan alam semula jadi dengan keluasan sekitar 750 kaki persegi. Setiap ruang dirancang teliti, termasuk dapur kayu bersaiz kompak yang lengkap dengan kelengkapan memasak.
Menariknya, rumah ini dibina sepenuhnya di luar grid tenaga dan dilengkapi sistem solar berskala besar. Bukan sekadar menjana elektrik untuk kegunaan harian, malah ia mampu mengecas dua kenderaan elektrik (EV) milik mereka. Walaupun mengekalkan konsep mesra alam, kediaman ini tetap dilengkapi kemudahan moden termasuk dua unit televisyen.
Dikelilingi panorama hijau yang menenangkan, pasangan ini langsung tidak menyesal meninggalkan kehidupan bandar di AS untuk bersara awal. Projek pembinaan kediaman itu menelan kos sekitar RM1.21 juta (AS$270,000).
Walaupun jumlahnya agak tinggi, mereka mendedahkan bahawa kos sara hidup kini jatuh mendadak daripada kira-kira RM225,000 (AS$50,000) setahun kepada hanya sekitar RM13,500 (AS$3,000) setahun.
“Memasang panel solar menjadi rahsia utama penjimatan mereka sekali gus mengurangkan kos tenaga hampir kepada sifar.”
Bagi pasangan ini, rumah kecil bukanlah penyelesaian mutlak, tetapi ia mampu membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Sumber: Agensi
Baca artikel lain juga: Inspirasi Tiny House 300kps Konsep Minimalist & English Style, Dijadikan Homestay
Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di


