Ramai yang tak punya kabinet dapur pening macam mana nak pastikan ruang bawah sinki boleh digunakan secara efektif. BETUL TAK? Ada yang buat penyelesaian untuk beli rak atau kotak-kotak kecil untuk jadikan ruang tersebut berguna bagi tujuan penstoran. Tapi kadang-kadang, masih rasa tak puas hati sebab nampak kurang cantik dan menarik.
Mungkin cara yang Puan Yanz tunjukkan ini antara penyelesaian mudah, murah dan paling penting cantik bagi anda yang mengahdapi masalah sebegini
1. Untuk bina ruang bertingkat di bawah sinki, gunakan rack dari ikea ALBERT Shelving Unit yang berharga RM 59. Tapi anda perlu berkorban sikit, potong tiang mengikut ketinggian sinki seperti dalam gambar.
Ads
2. Bila dah ada rak, baru lah fikir apa yang nak diletakkan. Untuk ruang sisi yang tersisa, boleh guna 4 biji VARIERA yang berharga RM 9.90 dicantumkan. Cuma bahagian bawah terbalik sebab untukbagi lebih ruang untuk letak botol yang bersaiz besar seperti botol minyak. Dan padankan dengan kotak kayu KANAGGLIG RM 42.90 untuk barang loose
Ads
3. Dah siap tapi masih nampak tidak kemas. Jadi untuk memastikan setiap ruang tersusun rapi dan sesuai untuk menyimpan barang-barang yang memerlukan bekas bertutup, gunakan 2 saiz SOPPROT yang berhaga RM 49.90 dan RM 39.90
Ads
Inilah jumlah semua barang yang diperlukan untuk membina sebuah rak di bawah sinki
ALBERT Shelving Unit
RM 59.00
VARIERA (RM 9.90 x 4)
RM 39.60
KANAGGLIG
RM 42.90
SOPPROT
RM 49.90
SOPPROT
RM 39.90
JUMLAH
RM 231.30
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cornice board atau curtain cornice adalah bahagian kemasan yang berbentuk seperti kotak digunakan pada bahagian atas langsir atau pun tingkap. Ia menjadi pengganti kepada scallop langsir. Namun, kebiasaannya ia diperbuat dari kayu dan menelan kos agak tinggi. Namun, wanita dari Yoduvh essantials ini menunjukkan cara DIY cornice board dari kotak terpakai. Yang paling best, Ia tidak memerlukan peralatan khas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pintu bukan sahaja merupakan pembahagi ruang serta objek privasi, malah ia juga boleh menjadi elemen dekorasi bagi sesetengah ruang. Jika tidak dijaga atau dirawat, pintu yang telah lama dan hambar dapat mempengaruhi “mood” kediaman.
Selepas beberapa tahun, pintu di kediaman mungkin ada yang sudah kotor atau rosak. Buat anda dengan bajet terhad, pasti fikir banyak kali sama ada nak tukar pada pintu yang baru atau tidak. Sebenarnya, jika pintu masih elok dan berfungsi, anda tak perlu beli baru pun. Cukup hanya cat baru dan baiki mana yang perlu.
Dan pula, mengikut perkongsian dari Shaifuddin Shaffie melalui laman Kelab Kaki DIY, beliau hanya memperuntukkan sekitar RM100 sahaja untuk makeover 3 buah pintu!
Pintu nak cantik tapi bajet ciput. Jadi la takat ni ja. Maaf banyak2 sebab post x bagi details. Kayu & gam kayu beli kat shopee RM60++ Ukuran frame atas 2×2 kaki, tengah 2×1 kaki, bawah 2×2 kaki. Kos sekali cat RM100 untuk 3 pintu
BAHAN-BAHAN
KEADAAN SEBELUM
KEADAAN SELEPAS
Shaifuddin mendapat inspirasi apabila melihat wainscoting pada dinding yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia sekarang. Idea tersebut diterapkan untuk transformasi pintu di rumahnya dan hasilnya amat memuaskan.
Menurutnya lagi, masa yang diambil bagi menyiapkan sebuah pintu hanya lah 2 jam termasuk proses memotong dan menampal.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai yang kata susah nak tanam kesum. Ye ke? tanaman ni sebenarnya jenis liar dan mudah membiak. Namun, yang menjadi keutamaan untuk tanaman ini adalah medium yang sentiasa lembap.
Sebab itu, jika anda berhajat untuk tanam kesum, sebaiknya gunakan kaedah selfwatering pot atau hidro ponik. Namun, ini tidak bermakna anda perlu beli bekas atau pasu khas. Boleh cuba idea super murah dan menjadi dari Puan Rosnah Ramli.
Hai…saya nak share petua tanam kesum jadi segar….
tebuk penutup bekas sebesar batang kesum…cucuk cucuk jer batang kayu kesum tu kat penutup tu…air di campur sedikit dengan Baja AB. Tutup bekas…letakkan kat tempat redup. Tak perlu kerap tengok dan siram. Bila air dah kotor dan kurang baru tambah.
untuk permulaan tanam: petik daun daun kesum tinggalkan btg jer dan daun daun kecil….pie bawa ke dapur masak Adam pedas
untuk tebuk lubang: utk petua tebuk lubang pie bakar hujung pisau tajam kat api dapur dan cucuk kat penutup bekas…siap
Semoga bermanfaat…tq
Bahan Diperlukan:
Bekas Bertutup
Air Secukupnya
Baja AB
Batang Kesum
Pisau
Caranya:
1. Tebuk penutup bekas sebesar batang kesum.
2. Cucuk-cucuk jer batang kayu kesum tu kat penutup tu.
3. Air dicampur sedikit dengan Baja AB.
4. Tutup bekas, letakkan kat tempat redup. Tak yah tengok-tengok. Nak guna baru gi tengok.
Bila bekas atau air kelihatan keruh atau gelap, dah boleh ganti denagn air baru dan tambah sedikit baja AB
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.