Meja kerja di pejabat adalah ruang kita berada paling lama selain daripada di rumah, 8 hingga 9 jam bukanlah tempoh waktu yang singkat. Justeru itu kita wajib menghiasnya sebaik mungkin supaya kita selesa dan dalam masa yang sama dapat melegakan mata setelah lama mengadap skrin komputer. Jom hias meja kerja dengan taman mini sukulen.
Sphagnum moss
Baja tahun
Batuan kecil gravel
Expanded clay
2 saiz pabble wash
Miniature garden tools
Sun-sui pot
Medium tanaman khas kaktus
Kayu hanyut
Beberapa jenis sukulen
Cara-cara:
Letakkan lapisan batuan pertama di dasar pasu untuk membentuk lapisan pertama
Penuhkan ruang yang terdapat antara susunan batu lapisan pertama dengan pebble wash saiz kecil sehingga penuh.
Letakkan 1 inci lapisan Sphagnum moss sebagai lapisan kedua di atas permukaan pebble wash
Ads
Masukkan medium tanaman sehingga memenuhi ¾ ruang pasu
Mulakan dengan meletakkan struktur kayu hanyut sebagai focal point di dalam mini garden. Selain kayu hanyut, batu yang mempunyai karakter tersendiri turut boleh digunakan
Susun tumbuhan sukulen mengikut kreativiti anda. Pastikan tumbuhan yang tinggi di letakkan di bahagian belakang supaya tidak melindungi tumbuhan lain.
Ads
Letakkan kemasan seperti batu karang, expanded clay dan sebagainya di bahagian tanah yang masih kosong.
Gunakan berus yang halus dan lembut untuk membuang sisa-sisa tanah yang terdapat pada pokok.
Ads
Penghargaan :Ficus and Jar
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bilik tidur sempit bukan alasan buat tidak menghias. Banyak benda sebenarnya kita boleh hias melalui D.I.Y. Impiana cuba bantu anda dengan mencari solusi mencantikkan bilik tidur sempit.
1) Buat ‘headboard’ menggunakan lebihan kain. Jimat!
2) Kerusi lama yang rosak jangan buang, cipta kelainan dengan jadikan sebagai penghias dinding.
3) Simple! Nak mudah, anda boleh gunakan paip plastik sebagai penyangkut baju.
4) Ruang bawah kita jadikan ruang bekerja, manakala bahagian atas, kita jadikan ruang beristirehat. Paling sesuai buat bilik anak-anak.
5) Buat yang kreatif, mereka pasti suka ‘headboard’ macamni. Impiana pon suka!
6) Jimat ruang dengan menyimpan barang-barang di bawah katil sebegini.
7) Cipta shelf bertingkat bagi memudahkan penggantungan baju.
8) Bina shelf mini pada sisi katil.
9) Jimat ruang dengan menggunakan lampu dinding gaya ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jika nak ubahsuai lantai simen di rumah agar nampak cantik berseri, sebenarnya kita boleh guna Vinyl Sticker je. Memang jimat bajet, beli sticker ni tinggal pasang sendiri ala-ala Herringbone Stail. Hasilnya, memang cantik dan kemas lantai bilik yang dikongsikan oleh Muhamad Nur Faizul V ini, DIY pasang Vinyl Sticker dari Kedai Eco je.
Alhamdulillah.Tajuknya bukan tukang harini, tapi Tukang Lima hari tuan puan.Lima hari. Kisahnya niat dihati nak pasang carpet je, tapi tetibe terpikat pulak dengan vinyl sticker kedai RM2. Harga sama lebih kurang dengan shopee atas idea wife, makanya terhanguslah duit beli 140 pcs vinyl sticker ni.
Konon-konon nak canggih laa pasang ala-ala herringbone stail. Fuhhhh, agak mencabar mental dan fizikal. Sebab tu ambik masa 5 hari tu.(mungkin sifu-sifu 5 jam siap dah..haha)
Kalau tuan puan tak tau theorem pythagoras tak yah laa buat herringbone ni..hahaha..ok saya tipu.. haha.Ilmu belaja dari youtube, tengok kiraan semua dari youtube.
Alhamdulillah berjaya walaupun skirting tak siap lagi. Tadi hampir-hampir siap. Salah potong pulak kayu jadi pendek. So kita tunggu tahun depan laa tengok kayu tu membesar panjang tak..haha
Untuk tahun ni, project siapkan bengkel dan ofis sendiri. Kita sambung tahun depan.fuhh macam lama lagi.Video tak siap lagi untuk ditonton.Saya akan share cara saya pasang.Happy new year semua geng-geng tukang diy.
140 Keping, Kos RM294
Ikutkan harga dekat Shopee boleh dapat RM1.80, tapi boleh beli 2 kotak sahaja dan bila tambah postage harga sama je dengan dekat eco.So kita decide beli kat eco je..huhu modal hangus RM294 – 140pcs pakai satu bilik ada lebih. Boleh cover 190sqft ruang bilik.
Update harga terbaru RM2.40
Starting nak start keje, wajib ade L square dengan L 45°. Pembaris panjang, pisau. Vinyl Sticker ni siap ada gam, yang jenis vinyl kayu tu kena letak foam.
Mula-mula kena tanda center supaya kita tak lari dari landasan jalan yang benar. Permulaan ni yang seksa dan yang hujung-hujung. Yang tengah-tengah happy-happy je pasang.Mulakan dari tengah. Sekeping tu potong jadi segitiga sandwich. Bucu tepi tu duduknye kat tengah line. Lepas tu disilang-silang kiri kanan dengan berpandukan garis tengah tu.
Saya suke betul dengan tukul hijau tu. Melantun lantun sedapp jee ketuk-ketuk haha. Tukul beli dekat hardware. Time lekat tu, ketuk-ketuk bagi gam dia letak..so kuat laa lagi.
Fuhhh…puas hati betul dapat siapkan.
Tuu..hujung tu, papan mdf potong pendek. Kite tunggu tahun depan die membesar memanjang dengan jayanya..haha
Alhamdulillah. Sedap mata memandang, hasil keje sorang-sorang (bab tampal menampal, time membersihkan wife tolong sekali..hihihi)…lima hari tuan puan.haha
IMPIANA:Menarik juga makeover lantai simen dekat rumah guna Vinyl Sticker Kedai Eco ala-ala Herringbone Stail ni. Lantai simen kosong terus nampak berseri bila buat macam ni.
Tak sangka, kacang walnut tinggi khasiat ini berupaya menghilangkan kesan calar pada permukaan perabot kayu. Caranya mudah sahaja. Hanya gosok lembut kacang walnut pada permukaan perabot yang calar dan lap dengan kain bersih. Namun, kaedah ini hanya sesuai untuk permukaan calar yang tidak dalam sahaja.
untuk ketahui caranya dengan lebih khusus, sila tonton video yang disediakan:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!