Diusia anak yang terlalu kecil masih tidak pandai berjalan, masa banyak diperuntukkan berbaring melihat persekitaran yang amat terbatas. Namun, bagi mengurangkan rasa kebosanan si bayi terbaring lesu, pelbagai produk dihasilkan untuk kegunaan si bayi menghiburkan hati dan mengurangkan tekanan. Antara produk yang sentiasa mendapat pilihan ibu bapa adalah mainan yang mudah dipengag, berbunyi dan sebagainya.

Menambah kepelbagaian aktiviti si bayi yang terbaring, maka di pasaran terhasilah pelbagai permainan. Permianan infan ni bukan main harganya. Kalah permainan orang dewasa disebabkan oleh setiap satu permaianan yang dihasilkan perlu melalaui dan melapasi pelbagai ujian. Bukan sahaja ujian material, malah mekanisma yang digunkan perlu lah bersesuaian dan menarik minat si bayi yang baru mengenal dunia.

IKLAN

Melaui permainana interaktif ini, ia bukan sahaja membentuk aktiviti, malah merangsang minda walaupun hanya dalam keadaan terbaring. Sedar akan kepentingan itu, ibu bapa muda ini membina sendiri sebuah baby gym dengan menggunkan penggulung wallpaper. Jom kita tengok perkongsian si ibu Mujahidah Zubaidah 

IKLAN

Jimat kos, guna barang apa yang ada sahaja. Terkejut jugak bila tengok baby angkat kaki smpai tinggi macam tu hahah. Yang penting sedikit sebanyak boleh bantu perkembangn bayi.

Bahan-bahan:
4 batang roll wallpaper (memang tak sama size, sebab guna apa yang ada je)
Benang kait (Untuk gantung mainan. Sebagai pilihan guna reben pun boleh)
Rod langsir
Cable tie
Mainan beli dekat diy ( yang ni tak kisah pun kalu korang nak gntung huruf abc, alif ba ta, mainan bunyi-bunyi terpulang huhu)

IKLAN

Cara-cara:
1. Ukur ketinggian yang diperlukan pada penggulung wallpaper untuk tebuk lubang untuk letak palang menggantung permainan.
2. Tebuk lubang pada aras yang telah ditandakan pada penggulung wallpaper. Pastikan lubang yang ditebuk boleh memuatkan rod langsir dan tidak terlalu longgar dan masukkan rod langsir tadi.
3. Tentukan bukaan penggulung wallpaper supaya boleh berdiri dan atau gamkan supaya kukuh
4. Ikat cable tie pada rod langsir dan gantungkan permainan dengan menggunakan benang kait