Bilik tidur juga memainkan peranan yang penting dalam emosi seharian kita. Malah, dekorasi juga boleh membangkitkan rasa romantis. Bakal pengantin, pengantin baru atau pengantin lama apa kata cuba ambil masa untuk belajar tukar dekorasi di bilik tidur anda dan pasangan.
Tak perlu lagi ke hotel 5 bintang untuk rasai suasana romantik, dekat rumah pun boleh okay! Mari lakukan 4 tip dekorasi ni…
1. Warna & Cat putih
Foto Via Pexels
Warna cat yang paling selamat untuk mengayakan bilik anda. Namun anda kena hati-hati tidak terlalu memonopoli dengan warna-warna ini kerana ia boleh nampak terlalu sarat. Mainkan warna tambahan untuk neutral kembali bilik dari gabungan perabot dan aksesori bilik.
2. Pilihan Cadar
Foto Via Pexels
Watak utama dalam bilik tidur semestinya katil. Hiaskan katil anda dengan gaya cadar yang menggunakan fabrik selesa. Cadar romantik biasanya dikaitkan dengan cadar beropol, bercorak kosong dan selimut tebal. Sediakan juga beberapa untuk menarik rasa katil adalah tempat yang selesa dan sempurna romantis.
Ads
3. Pencahayaan
Nak wujudkan mood romantis perlu menggunakan pencahayaan tepat. Mungkin ada boleh sediakan lampu meja atau lampu lantai yang beri kesan malap dan samar-samar.
Ads
4. Haruman
Foto Via Pexels
Nyalakan lilin aromaterapi atau bauan nyaman sebagai penambah seri bilik. Malah cahaya malap lilin boleh menggantikan lampu-lampu biasa. Konsep sebegini boleh dilakukan pada hari istimewa anda dan pasangan atau memerlukan waktu rileks bersama.
Jadi, cubalah terapkan elemen dan tip yang diberikan ini. Pasti menaikkan mood korang!
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sunday Bedding tampil dengan kolaborasi pertama di Malaysia bersama pereka tempatan Shan Shan Lim, mempersembahkan koleksi eksklusif yang meraikan keindahan alam semula jadi dalam gaya lembut dan menenangkan. Dihasilkan dengan penuh teliti, setiap helaian dalam koleksi ini bukan sekadar cantik, tetapi membawa maksud, mengangkat kreativiti anak tempatan sambil mengekalkan keselesaan sebagai keutamaan utama dalam ruang peribadi anda
Sunday Bedding, jenama Singapura yang diasaskan pada tahun 2018 oleh Alex Fan dan Clara Teo, bertekad untuk memudahkan cara orang ramai membeli cadar berkualiti tinggi. Berbekalkan lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang tekstil menerusi latar belakang keluarga Alex, jenama ini menawarkan produk premium yang direka dengan teliti dan disesuaikan mengikut keutamaan tidur individu, daripada set cadar Bamboo dan Linen Perancis sehinggalah ke pakaian santai dan produk gaya hidup.
Sunday Bedding dengan bangganya memperkenalkan koleksi Shapes of Time, satu kolaborasi eksklusif bersama artis ternama Malaysia, ShanShan Lim. Pelancaran berlangsung di Suite17, Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur. Dikenali dengan karya multidisiplinnya di Asia dan Eropah, ShanShan menyuntik koleksi ini dengan warna-warna ceria dan bentuk organik yang mencerminkan ritma semula jadi yang tenang. Ini merupakan kerjasama artis Malaysia pertama Sunday Bedding, satu langkah berani yang mentakrifkan semula bilik tidur sebagai ruang untuk rehat dan refleksi kreatif, tempat seni bertemu ritual tidur harian.
“Kami sentiasa percaya bahawa bilik tidur anda seharusnya mencerminkan bagaimana anda ingin berehat,tenang, berpijak di bumi dan damai,” kata Clara Teo, Pengasas Bersama Sunday Bedding. Dengan koleksi Shapes of Time, kami ingin mencipta cadar yang memperluaskan ruang emosi itu.
Dihasilkan dalam rona Dusty Lilac yang menenangkan dan dihiasi dengan motif lukisan tangan ShanShan, koleksi ini menjadikan cadar satu pengalaman yang bersifat sentuhan dan emosi. Dicetak pada fabrik Bamboo Sateen seratus peratus, ia sangat lembut, sedikit berkilau, menyerap lembapan dan tidak mudah berkedut, sesuai untuk mereka yang mudah berpeluh dan mudah dijaga. Ia adalah keselesaan tanpa kompromi, direka untuk membantu anda kembali kepada rehat yang lebih bermakna.”
Diilhamkan daripada residensi seni pereka di Mykonos, rekaan ini menggambarkan bentuk batuan yang tajam, ritma lautan dan ketenangan hidup di pulau.
“Dilukis dengan tangan dan disunting secara digital, ia mengekalkan rasa semula jadi. Saya ingin koleksi ini terasa seperti satu hembusan nafas perlahan, ekspresi visual kepada beristirahat,” kongsi artis ini.
Selain daya tarik visualnya, koleksi Shapes of Time turut mencerminkan komitmen berterusan Sunday Bedding terhadap kelestarian. Setiap helaian diperbuat daripada Bamboo Sateen seratus peratus, fabrik yang dihasilkan daripada tanaman semula jadi yang boleh tumbuh semula dengan cepat menggunakan air hujan sahaja, tanpa memerlukan pengairan atau baja tiruan.
Berbanding kapas, buluh menggunakan 80% kurang air dan menyerap lebih banyak karbon dioksida berbanding yang dilepaskan ketika penuaian, menjadikannya bahan mesra alam yang bersifat karbon-negatif. Semua produk Sunday Bedding juga diperakui MADE IN GREEN oleh OEKO-TEX®, yang memastikan ia bebas daripada bahan berbahaya serta dihasilkan di fasiliti yang bertanggungjawab dari segi alam sekitar dan sosial. Setiap produk turut disertakan dengan ID label unik, membolehkan pelanggan menjejaki perjalanan lestarinya di laman web OEKO-TEX®.
Koleksi Shapes of Time oleh Sunday Bedding berharga antara RM838 hingga RM1208 untuk satu set cadar lengkap, cadar bergetah bermula dari RM250, sarung selimut bermula dari RM450, dan sepasang sarung bantal pada harga RM138. Ia akan mula dijual di laman web rasmi mereka, Shopee MY atau di Unplug bermula 26 Julai 2025.
Ada caranya untuk hilangkan bau masakan di rumah. Lebih-lebih lagi rumah yang berkonsep terbuka dan tidak menggunakan ‘hood’ dapur. Bukan apa, bau masakan di dapur boleh tersebar sehingga ke ruang tamu.
Begini caranya untuk menghilangkan masalah bau masakan yang kurang menyenangkan di dalam rumah hanya gunakan 4 bahan semulajadi, malah boleh juga dijadikan semburan pelbagai guna untuk bersihkan dan segarkan bau rumah.
Lemon
Rosemary (yang kering pun boleh)
Cengkih
Kayu Manis
Periuk
Air Secukupnya
Botol Spray
1. Mula-mula, hiriskan buah lemon atau boleh juga guna buah citrus yang lain seperti limau nipis, limau kasturi atau oren dan ketepikan sekejap.
2. Selepas itu, masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
3. Masukkan pula kayu manis dan bunga cengkih.
4.Kemudian masukkan hirisan lemon dan daun rosemary. Biarkan sehingga mendidih.
5. Rebus dalam 10-15 minit, guna api yang kuat supaya wap naik ke seluruh rumah.
6. Selepas dah siap tutup api dan biar air rebusan tersebut sejuk seketika.
Air rebusan tersebut jangan dibuang, boleh tapis dan masukkan ke dalam botol spray untuk digunakan sebagai semburan pelbagai guna satu rumah. Baunya memang segar!
Boleh semburkan pada kaunter top, meja dan dapur bagi menghalau semut, lipas, cicak dan sebagainya.
Boleh juga disembur pada fabrik seperti throw cushion, langsir dan sofa untuk bagi menyegarkan bau.
Projek DIY Dekor ‘POWDER ROOM’ Kos RM600, Konsep English Classic Terus Naik Seri!
“Powder room” ialah istilah dari bahasa Inggeris merujuk kepada bilik air kecil yang biasanya hanya mempunyai tandas dan sinki, tanpa tempat mandi. Ia sering digunakan untuk tetamu dan biasanya terletak berhampiran ruang tamu atau ruang makan. Ia juga merujuk kepada tandas tetamu atau bilik air kecil.
Walaupun dengan keluasan kecil, ruang ni cukup untuk:
✅ Tandas duduk
✅ Sinki kecil (wall-mounted atau pedestal)
✅ Cermin dinding
✅ Rak mini atau tempat tuala
Perkongsian daripada Faezahysoffini boleh dijadikan rujukan. Projek DIY dekor untuk ‘powder room’ di rumahnya berkonsep English Classic mengambil masa hanya 2 minggu untuk disiapkan. Daripada tandas biasa dengan dekor asas terus berubah wajah.
Semuanya dilakukan sendiri, daripada mengecat kemasan lantai epoxy, memasang ‘wallpaper’, menggantung cermin, memasang lampu, membuat frame wainscoating pada pintu, tingkap dan sebagainya. Hasilnya memang cantik dan berseri ruang di ‘powder room’ ini.
Project powder room🤍 2 minggu jugak nak siapkan sebab tunggu barang-barang lambat sampai, ada dari temu, taobao dan tiktok.
Saya ada baca risiko epoxy nie.. tapi tak semuanya akan jadi begitu. Ikut jugak kawasan dan area mana yang dibuat, macam saya buat di powder room ni. Jarang sangat main-main air ni kecuali membuang. Kalau kotor saya cuci je lantai tu. Andai kata beberapa tahun nanti terkopek saya remove dan pasang tiles baru.. simple!
Saya guna lampu jenis rechargeable,remote tu pakai bateri. Lampu pula macam-macam warna. Tapi saya tak guna la lampu liplap tu.. dah macam disko pulak😅 dah temanya English Classic kan, lampu warm je la. Cuma anak-anak saya je kalau masuk sini pakai liplap ni😆so sekarang ni powder room saya pula jadi salah satu tempat healing saya😄
IMPIANA: Terbaik hasilnya. Powder room ini terus naik seri dan berubah wajah hanya dekor sendiri je. Lebih puas hati bila dekor sendiri malah jimat kos.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!