Pasti anda teringin hendak memiliki bilik air yang bersih seperti hotel. Namun kamar mandi anda sentiasa basah dan lembab, kadangkala ia menghadirkan bau yang kurang menyenangkan. Malu dengan tetamu yang berkunjung dan ingin menggunakan tandas, pasti mereka menilai tahap penjagaan kebersihan kediaman anda.
Tahukah anda antara rahsia utama untuk bilik air kekal bersih dan tidak berbau adalah anda perlu pastikan bilik air anda sentiasa kering. Hal ini kerana bilik air yang sentiasa basah atau lembap akan mempercepatkan proses ia menjadi kotor akibat daripada aktiviti pembiakan pelbagai organisma mikro yang boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.
Antara bahan yang dapat membantu kamar mandi anda sentiasa kering dan bersih adalah seperti berikut;-
Ads
1. Bidai atau Langsir
Bidai atau langsir mandian juga perlu dipasang bagi mengelak air ke serata tempat. Pilihlah bidai yang diperbuat daripada material kalis air dan mudah dipasang serta ditukar.
Ads
2. Arang
Letakkan arang di bilik mandi anda. Anda boleh meletakkan ia di sudut sinki dan hias ia bersama beberapa aksesori lain. Arang mampu menyerap bau busuk yang kurang enak di bilik mandi anda.Ia akan kekalkan bau neutral pada kamar mandi.
Ads
3. Alas kaki
Letakkan alas kaki pada muka pintu bilik air. Ia supaya bilik air anda kekal kering dan bersih apabila anda keluar masuk ke dalam bilik air.
Dalam diam, sudah dua tahun kita berada dalam belenggu pandemik COVID-19. Kini kita sudah ke fasa endemik masih ada yang mengalami masalah kemurungan akan kesan lalu. Tahukah anda warna dalam kehidupan harian kita mampu memberi sedikit sebanyak perubahan dalam kehidupan harian.
IMPIANA kupaskan tentang tip bagaimana warna mampu mempengaruhi kesihatan mental.
Kajian menunjukkan bahawa warna adalah faktor yang penting ketika mempertimbangkan bagaimana persekitaran boleh mempengaruhi kesihatan mental kita. Pada dasarnya, kita perlu memerhatikan bagaimana pelbagai warna boleh mempengaruhi keadaan minda – termasuklah emosi dan tingkah laku kita. Apabila berhadapan dengan pandemik sejagat yang berlarutan ini, perhatian perlu diberikan kepada kesihatan dan kesejahteraan. Ini digambarkan dalam Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), di mana salah satu fokusnya adalah untuk memastikan kehidupan yang lebih sihat sambil meningkatkan kesejahteraan pada semua peringkat umur (SDG 3) sebagai sebahagian daripada kerangka pembangunan lestarinya.
Kajian warna menunjukkan bahawa biru dan hijau boleh menghasilkan suasana yang menenangkan, jingga dan kuning sebagai perangsang selera, merah dan merah jambu sebagai pembangkit semangat dan tenaga dan ungu untuk meningkatkan kreativiti dan produktivitii. Namun, perasaan setiap orang terhadap warna adalah unik kerana ia biasanya berlandaskan pengalaman peribadi atau budayaii. Memandangkan warna mempunyai impak yang besar pada emosi, perasaan dan tingkah laku, maka ada baiknya kita menyelidik warna-warna yang boleh mempengaruhi kesihatan mental kita secara positif sepanjang tempoh PKP ini.
Dulux, jenama cat hiasan terkemuka dari AkzoNobel, menawarkan lebih daripada 2,000 pilihan warna. Kaleidoskop warna dan rona ini boleh membantu mengubah ruang kediaman untuk memenuhi keperluan peribadi setiap orang. Pelbagai produk juga menawarkan fungsi yang dipertingkatkan, seperti ciri antibakteria dan kalis noda dalam Dulux EasyCleanTM. Apabila disapukan dengan betul, satu lapisan perlindungan akan terbentuk yang menghalang pertumbuhan bakteria dan boleh menangkis noda secara berkesan. Kedua-dua ciri antibakteria dan kalis noda ini sangat berguna dalam kediaman yang mempunyai anak-anak kecil.
Apabila warna menjadi penting
Dalam soal pemilihan warna, memilih rona hijau bumi dan menggandingkannya dengan rona biru boleh memberikan suasana yang santai dan menyegarkan untuk minda dan tubuh. Kita lihat bilik tidur, contohnya. Di sinilah tempat untuk kita tidur dan mencergaskan kembali tubuh. Inilah ruang yang sepatutnya mewujudkan ketenangan untuk memboleh kita mendapat tidur yang lebih berkualiti. Contohnya, bilik tidur yang menggunakan nada warna biru redup yang menenangkan seperti Brooding Storm (87BG 27/077) yang digandingkan dengan warna hijau cerah seperti Grey Jeans (45GY 55/052) boleh mewujudkan suasana yang tenang dan damai untuk badan berehat selain mengurangkan tekanan dan kegelisahan.
Gambar 1: Bilik tidur yang tenang dicat dengan Brooding Storm (87BG 27/077) dan Grey Jeans (45GY 55/052)
Ruang lain di mana ramai daripada kita menghabiskan banyak masa dan tenaga ialah bilik belajar atau pejabat di rumah. Inilah ruang di mana kita biasanya berada pada tahap paling produktif, maka penting untuk menjadikan ruang ini sebagai persekitaran yang merangsang kreativiti. Padanan ungu lembut dan warna-warna pudar atau keputihan seperti Timescape (70YR 50/086) sebagai latar dinding utama dan After the Rain (10YR 73/038) untuk siling adalah paling sesuai dalam mewujudkan persekitaran yang menenangkan dan produktif di mana orang dewasa dan kanak-kanak boleh bekerja dan belajar. Keanggunan warna putih melengkapi ungu lembut dan memberikan ruang ini nilai estetika yang tidak lapuk dek zaman, di samping turut mendorong kreativiti dan produktiviti.
Foto 2: Ruang belajar yang menenangkan dicat dengan Timescape (70YR 50/086) dan After the Rain (10YR 73/038)
Sekarang mari kita beralih ke ruang tamu pula. Ia sepatutnya mempunyai persekitaran yang meriah dan menarik, kerana ruang tamu adalah tempat untuk kita bersosial dan menghabiskan banyak masa bersama. Menggunakan rona tanah seperti Warna Pilihan Tahunan (Colour of the Year) Dulux, Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106) boleh mewujudkan suasana yang diinginkan.
Gambar 3: Ruang tamu yang terbuka di latari warna Brave Ground atau Wright Stone (10YY 30/106)
“Apapun warna yang anda putuskan, penting untuk diingatkan bahawa warna yang kita pilih sebagai latar dinding memainkan peranan utama dalam mengekalkan kesejahteraan mental kita secara keseluruhan. Dan AkzoNobel berbesar hati membantu para pelanggan mencipta ruang kediaman yang sempurna untuk mereka,” kata Heleen van Gent, Pengarah Kreatif Pusat Aestetika Global AkzoNobel. “Inilah sebabnya AkzoNobel melancarkan Warna Pilihan Tahunan (Colour of the Year) setiap tahun, untuk membolehkan pelanggan mengecat rumah mereka dengan warna yang relevan dan benar-benar menggambarkan suasananya,” tambahnya.
Malah, kajian warna berkenaan selari dengan pendekatan syarikat terhadap kelestarian. Dikenali sebagai ‘People. Planet. Paint.’ ia direka bagi memastikan produk AkzoNobel mempunyai impak yang positif. Ini termasuklah menjaga dan mengutamakan kesihatan serta kesejahteraan manusia di mana sahaja, di samping menyediakan penyelesaian lestari melalui inovasi berterusan. Sementara itu, inisiatif global syarikat ‘Let’s Colour’, telah mengubah dan meningkatkan kehidupan masyarakat selama lebih daripada 10 tahun, menggunakan kuasa cat untuk menjadikan ruang kediaman lebih ceria, sesuai didiami dan menyenangkan.
Sedapnya dapat minum Nescafe ais berbuka ni. Tapi, kenapa nescafe yang kita bancuh sendiri tak sedap macam dekat kedai ye? Adakah mereka menggunakan susu atau nescafe yang mahal?
Wan LuQman yang merupakan bekas pekerja Starbuck berkongsi cara bancuh Nescafe sedap di group Facebook Masak Apa Hari Ni
Saya tak pandai masak. Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit2, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera saya.
Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!
Tapi nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum. Ini resepi bancuhan untuk seorang minum.
Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya.. Mintak maaf ya, kite paling tak suka 3 in 1 tu…kite menci 3in1 Kepada penagih sekalian alam….Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah…jangan gelas besar..280 – 325ml pun dah ok. Asal hilang ketagih…sebab tu perut kau buncit tak kempis2…yang disalahkan, nasi…kesian nasik
#1 Sesudu kecik nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok
#2 Susu cair dalam 2-4sudu kecil
#3 Susu manis 1setengah sudu hinggan 2sudu kecil
#4 Susu manis 1setengah sudu hinggan 2sudu kecil
#5 Warna bila dicampur dan dikacau…waktu ni bau macam dekat starbucks kononnya…hahah
Jangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku x suka minum manis2. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya
#6 Lepas dah kacau kuchalana tadi, baru tuangkan air yang betul2 panas mendidih!
#7 Dah siap…memang sedap…jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya…warna sungai pahang ini lah yang kita nak.
Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tahi lalat pada pakaian tak kiralah lama ataupun baru wujud disebabkan kadar kelembapan yang lama. Memang sakit mata kalau tengok baju ada tahi lalat ni.Menyentalbbukanlah penyelesaian terbaik. Untuk tangani masalah ni, IMPIANA cadangkan 3 bahan dapur yang boleh menghilangkan tahi lalat pada baju
1. CUKA
Cuka adalah bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk membunuh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi.
Caranya, campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan rendamkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Kemudian, cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / detergen. Gunakan air yang sedikit hangat semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan.
Jika ingin digunakan pada fabrik lain seperti sofa atau langsir, masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen.
2. BAKING SODA
Selain menggunakan cuka, anda boleh menggunakan baking soda sebagai salah satu cara menghilangkan tahi lalat pada pakaian. Ianya efektif untuk digunakan dalam bentuk pes atau secara terus. Seperti cuka, ia juga boleh menyerap bauan yang keluar daripada kulat.
Cara pertama adalah dengan membuat pes baking soda. Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian baju yang berkulat. Biarkan seketika dan kemudian beruskan seperti biasa.
Jika kulat masih belum tanggal, anda boleh menambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut. Kedua-dua bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan pada pakaia spesis kulat yang berbeza. Melalui pemerhatian, cara ini adalah yang paling berkesan dan digemari oleh ramai ibu-ibu!
3. JUS LEMON DAN GARAM
Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes.
Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian, beruskan seperti biasa. Anda juga boleh merendamkan pakaian dalam larutan lemon dan garam ini dalam air suam selama 1 jam. Selepas itu, bilaskan seperti biasa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.