Revolusi rekaan perabot dari dulu dan kini telah banyak menampakkan perkembangan sihat. Bagi yang mahu menyerlahkan gaya mewah dahulunya pasti dengan lagak perabot dempak disempurnakan dengan kemasan lembut berkilauan atau bercorak lebat umpama sang primadona berjalan di permaidani merah. Segalanya mesti berkerawang, berkilauan, dempak dan berlebihan barulah orang tahu kita orang berada.

BILA SUPER MODEL BERAKSI DI RUANG KEDIAMAN
Nilai itu kini semakin bertukar. Apakah benar nilai elegan itu hanya menunjuk-nunjuk segalanya? Atau mewah itu lebih privasi dan lagak yang lebih pintar? Dunia fesyen telah lama mengorak langkah memberi definasi elegan itu pada pelbagai bentuk dan rupa. Kini perabot lebih kepada sesuatu yang lebih kecil strukturnya tetapi jauh lebih kukuh seperti dramannya tubuh super model. Kurus, pipih kecil tetapi mampu menggayakan sesuatu yang besar malah jauh lebih elegan dan tampil eksklusif.Penerimaan masyarakat? Generasi kini semakin senang menerimanya.

IKLAN

BILA SUPER MODEL BERAKSI DI RUANG KEDIAMAN
Ia bukan sekadar memaparkan satu seni tetapi teknologi, daya fikir dan daya tahan produk masa kini. Bagaimana memaparkan percantuman material besi dan kayu dalam gaya minimal. Kita boleh lihat dari struktur sofa moden, meja kopi utama, meja sisi, candalier, perabot luar rumah, kabinet pamer segalanya mengalami perubahan dengan begitu dramatik dan adakalanya rekaan tampil begitu serius persis super model yang  bersedia untuk beraksi di hadapan lensa.

BILA SUPER MODEL BERAKSI DI RUANG KEDIAMANBILA SUPER MODEL BERAKSI DI RUANG KEDIAMAN

IKLAN

Kediaman moden kontemporari atau urban banyak menggunakan idealogi seumpama ini . Pun begitu kini banyak lagi konsep sudah mula menerima idealogi rekaan sleek  di dalam tata reka konsep mereka termasuk Scandinavian yang meminimakan material mahu pun gaya.Pun begitu, jangan dicampur aduk si kaki besi kurus ini dengan perabot kaki kayu yang lebih santai seperti tema kedesaan. Cuma jika ia di dalam idealogi reka bentuk yang sama, kurus pipih tetapi menggunakan material kayu, maka ia boleh disuai padan. Tetapi bukan untuk semua konsep. Jelas perabot ini berbeza liga dan tidak mempunyai arah tuju yang berlainan.

IKLAN

BILA SUPER MODEL BERAKSI DI RUANG KEDIAMAN
Umpama sebuah perarakan fesyen, dengan batang tubuh kurus, kasut tumit tinggi halus, tata rias minimal, rambut tersisir rapi kemas, perabot dan seni hias juga diberi suntikan sebegitu. Visualnya nampak agak kejung.  Namun jangan lupa selalunya tata hias seumpama ini juga tidak pernah lupa menempatkan gaya santai dengan bantal-bantal kecil atau pokok hidup di dalam karyanya…sleek and sexy! Simple-simple je di IMPIANA…

BILA SUPER MODEL BERAKSI DI RUANG KEDIAMAN

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI