Siapa yang tidak kenal dengan jenama Schneider Electric ini bukan, baru-baru ini mereka melancarkan Suis AvatarOn C yag cukup elegan dalam menaik serikan rumah anda. Kalau anda tak percaya boleh tukar semua suis lama anda dengan suis Schneider Electric ini. Pasti rumah anda nampak lebih berseri-seri.
Jom IMPIANA kenalkan suis Schneider Electric yang baru dilancarkan ini.
· Suis AvatarOn C baru dijual di kedai Flagship Shopee dan Lazada Schneider Electric.
· Perkhidmatan penggantian juga ditawarkan dengan pembelian AvatarOn C.
· Direkayasa dengan teknologi klik lembut, disahkan oleh SIRIM, AvatarOn C menawarkan keselamatan, kemudahan, dan pengalaman tinggal di rumah yang lebih baik kepada pemilik rumah.
Schneider Electric, pakar global dalam Transformasi Digital Pengurusan Tenaga dan Automasi di Rumah, Bangunan, Pusat Data, Infrastruktur dan Industri, telah melancarkan tawaran terbaru mereka – AvatarOn C, rangkaian suis dengan fungsi canggih untuk kemudahan pemilik rumah setiap hari.
Dicipta oleh pereka pemenang anugerah di Schneider Electric, suis AvatarOn C disediakan dengan 149 varian, yang menampilkan trend reka bentuk terkini dengan penutup tanpa bingkai klik-lembut. Suis boleh didapati dalam tiga warna bergaya dan dengan kemasan matte yang sesuai dengan pelbagai dalaman.
“Di Schneider Electric, kami memahami bahawa permintaan pengguna selalu berubah, terutama dengan tren kerja dari rumah (WFH) dengan cepat menjadi sebahagian dari normal baru kami. Pemilik rumah dan pereka dalaman kini mencari produk elektrik serba boleh
yang menawarkan keseimbangan antara fungsi dan reka bentuk, tanpa kompromi terhadap keselamatan pengguna. Suis AvatarOn C yang baru direka dengan berhati-hati untuk membolehkan gabungan sehingga lima peranti pendawaian dalam satu cawangan, menjadikannya lebih tinggi, ”kata Francis Heng, Business VP, Home & Distribution untuk Schneider Electric Malaysia & Singapura .
Peningkatan dalam penyelesaian multi-geng AvatarOn C membolehkan pemilik rumah mencampur dan memadankan suis dan soket; serta menggabungkan port hiburan (ethernet, televisyen, dll.) ke dalam bingkai tunggal untuk pandangan yang bersih. Rangkaian ini juga merangkumi output yang membolehkan pengguna menyambung ke antena televisyen dan kabel ethernet, serta mengawal kipas dan lampu redup untuk kemudahan tambahan. Schneider Electric mengutamakan keselamatan pengguna dengan memastikan standard dan penilaian Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (IEC) dipenuhi.
Schneider Electric juga mengumumkan Perkhidmatan Penggantian pertama untuk produk elektriknya, yang dilakukan oleh juruelektrik bertauliah yang dilantik oleh Schneider Electric. Kini pelanggan dapat membeli kedua-dua suis mereka dan juga perkhidmatan penggantian dalam satu masa.
Reka bentuk inovatif dan saiz kompak AvatarOn C menjadikannya mudah untuk dipasang dalam pelbagai kotak dinding, sementara port terminal yang besar di bahagian belakang menjadikan kabel tidak mudah.
Dengan gaya yang tersendiri, AvatarOn C hadir dalam warna yang bergaya – putih, kelabu gelap, dan emas wain, dilengkapi dengan kemasan matte, menyampaikan sentuhan moden dan lelangit estetik yang diinginkan ke dinding satu rumah.
Suis AvatarOn C kini boleh didapati di kedai utama Schneider Electric di Shopee dan Lazada, bermula dari hanya RM7.30.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Schneider Electric dan produk inovatif terbarunya, sila lawati laman web rasmi di www.se.com/my, atau ikuti halaman Facebook rasmi di https://www.facebook.com/SchneiderElectricMY/ untuk maklumat terkini yang menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Nak mengilap lantai dengan cara tradisional memang la menyusahkan dengan nak angkat baldi nak perah lagi dan sebaginya. Guna penyapu dan vakum pun tak jalan, apa kata pakai mop RM15 ni.
Square mop bukan digunakan untuk keringkan air atau berfungsi sebagai mop lantai tradisional tu ye. Ia adalah untuk menyapu habuk-habuk halus dan rambut yang tidak dapat diselesaikan oleh penyapu atau vakum. Sebab tu,kalau nak lebih efektif, pilih kepala mop yang diperbuat daripada microfiber, dengan ni kerja lebih mudah dan cepat bila mengemas kediaman anda.
Mudah bukan bila ada mop moden macam ni. Kesian mak-mak kita dulu kena mop lantai susah-susah sampai sakit otot. Tapi kini dengan peralatan ini semua kerja jadi mudah dan cepat.
Mengilap lantai ini sebenarnya harus dilakukan setiap hari waktu pagi, ini akan membuatkan kerja rumah anda lebih mudah dan cepat. Lantai yang bersih akan membuatkan habuk susah untuk melekat. kalau nak tunggu seminggu sekali pasti boleh tulis nama di lantai.
Perkara paling penting guna bahan pencuci yang terbaik untuk kediaman anda. Agar lebih bersih dan terjamin. Elakkan dari menggunakan bahan pencuci kimia ini akan memudaratkan kesihatan pemilik rumah.
Kenal pasti jubin yang anda gunakan tidak semua bahan pencuci sesuai untuk permukaan lantai. Jika tersalah pilih mungkin akan merosakan permukaan jubin kediaman anda.
Atau nak lebih mudah dan lebih berkesan gunakan suquare mop yang dilengkapi dry atau wet sheet. pakai buang. Dulu, mop lantai jenis ni agak mahal. Tapi kalau beli di Shopee harganya tak sampai RM15 pun. nak beli, boleh tekan link ni https://invol.co/cl6vykb
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Segara lakukan langkah pencegahan jika tanaman yang diusahakan mula diserang penyakit atau serangga. Jika dibiarkan, bukan sahaja memudaratkan tanaman yang terkesan malah tenaman lain juga menerima nasib yang sama. Tak perlu bertanggoh jika tida semburan pencegah perosak di rumah. Boleh tiru cara En. Azuan Abdullah ni.
1. Thrip
2. Afid
3. Lalat putih
4. Hamama
Semua perosak ini akan hisap cecair pada pucuk/daun cili dan ini menyebabkan pokok cili kita jadi kerinting. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan pokok cili dijangkiti penyakit virus. Ini yang paling seram.
Bila pokok kena virus, tak akan ada pucuk baru yang tumbuh.
Bila tak ada pucuk baru tumbuh, bunga pun tak ada.
Bila bunga tak ada, macam mana buah nak ada kan.
Bila buah tak ada, kita pun jadi stress.
Bila kita stress, ngan pokok-pokok kita cabut. Wuaaa..
Jangan panik dan risau ya sahabat.
Sebenarnya, kita boleh cegah pokok cili daripada jadi kerinting. Caranya guna racun organik buatan sendiri. Kami panggil “Instant Control”.
Kiranya instant control ni la senjata utama saya untuk mencegah pokok cili dirumah daripada jadi kerinting.
Semua perosak tersebut sangat takut dengan cecair oren ni. Pecah perut dan kekeringan la tubuh mereka bila kena cecair ni.
Ianya sangat bagus dan berkesan. Ramai sahabat yang nak beli, tapi saya tak jual. Sebabnya sahabat boleh buat sendiri je.
Caranya sangat mudah. Guna bahan-bahan yang ada didapur rumah kita je.
Bahan-bahan tersebut adalah
1. Bawang putih : 1 kg @ 1 bahagian
2. Cili api : 1 kg @ 1 bahagian
3. Sabun buku cap buruh/kapak : 1 ketul @ 100 gram.
4. Air : 10 liter @ 10 bahagian.
Cara-caranya, klik gambar okey!
Untuk cara penggunaan semburan pembasmi serangga dari sabun cap buruh ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Siapa tak kenal Irine Nadia Marcello, blogger terkenal, usahawan, dan ibu muda kepada 3 orang cahaya mata ini yang sering berkongsi mengenai tips dan panduan yang boleh dipraktikkan oleh ibu-ibu yang lain. Memang menarik!
PENGALAMAN AJAR ANAK TIDUR BILIK SENDIRI
Impian ibu nak buat satu bilik tidur khas untuk Medina dengan Hasya dah tercapai. Walaupun tak complete lagi, at least rupa bilik tu dah ada ?Sebelum-sebelum ni asyik terbantut nk buat sebab ku fikirkan umur diorang still kecik lagi nak pisah tempat tidur.
Sekarang, masa dan umur yang sesuai. Kak Nina dah besar umur 4 tahun+ , Hasya pulak 2 tahun +. Walaupun umur Hasya tu kecik lagi, tapi sebab dia ada geng peneman sebilik yang boleh protect dia tak jadi masalah. Bilik gegirl berkongsi kakak dengan adik mestila syok ?
BERJAYA TAK MEDINA DENGAN HASYA TIDO DALAM BILIK SENDIRI?
Alhamdulillah berjaya?? Kak Nina paling berjaya, sebab dia memang tanya siap-siap dekat ibu ayah,
“Malam ni kak Nina kena tidur bilik sendiri ke dengan dik Hasya?”
“Kalau dik Hasya nangis macam mana? Ibu dengan ayah kena lari masuk bilik pujuk Hasya ok. Nina tak tau pujuk. Hasya tu garang????“
Sekarang bila Kak Nina mengantuk, terus ibu ajak masuk bilik dia. Teman dia dulu minum susu atau main2 sampai dia mengantuk dan tertidur sendiri dekat bilik sendiri.
Hasya pulak, ibu still dalam proses ajar dia tido sendiri. Dia takde masalah tido kt bilik dia, cuma waktu malam dia akan menangis 2-3x nak menyusu. So ibu buat macam mana?
Semestinya ibu berlari dari bilik sendiri ke bilik diorang 2-3x nak semata-mata nak menyusukan Hasya. GIGIH tak? YES gigih walaupun ku akui memang letih jugak sebab tengah sedap tido, anak nangis dekat bilik sebelah?Nasib baik bilik dekat je sebelah menyebelah.
Kalau Hasya nangis masa dah pagi Subuh2, ayah terus bawak masuk bilik kitorang. Yang tu dimaafkan sebab dah pagi dahhh. Hehe.
Tips nak bagi anak tidur bilik sendiri yang Irine boleh kongsikan :-
.
1.Sediakan bilik yang betul-betul selesa untuk anak.Selesa tu maksudnya dalam bilik tu bukan untuk tidur semata-mata, tapi sebagai bilik bermain dan bilik untuk bersiap pakai baju. Semuanya ajar buat dalam bilik diorang. Dannnn, setiap barang2 hak milik diorang, ajar sekali sila simpan dalam bilik terus. Kiranya, bilik tu lahh tempat “privacy” mereka.
2.Ikut anak suka tema bilik apa. Yang ni tak kisah, masing2 ikut kemampuan. Macam Irine sendiri pun, nak sediakan bilik dengan deco mahal-mahal takde la. Buat sekadar mampu dan buat sikit-sikit. Bulan depan ada rezeki, boleh tambah lagi apa yang tak cukup. Macam Medina dengan Hasya diorang ni RATU ELSA FROZEN, so katilnya ku alaskan dengan cadar frozen dan kitorang beli meja dan kerusi untuk bermain. Dalam bilik ni pun simpan macam-macam “harta khazanah” mainan sekali.
3.Sediakan katil. Macam haritu Irine ada minta pendapat dekat facebook ni, better beli katil Queen terus boleh dua beradik ni tidur sekali atau katil asing2? So, kitorang decide beli 2 katil Single. And yes ni adalah pilihan tepat at least diorang ada katil sendiri nak buat ape saje.Secara tak langsung boleh ajar diorang cara kemas katil masing-masing.
4.Sediakan rak khas untuk simpan mainan.Organize elok-elok. Yang ni pun kitorang dalam proses nak carik yang elok sikit. Sebab bayangkanlah mainan budak-budak banyak macam mana??♀️
.5. Untuk anak yang masih hisap susu botol, sediakan siap-siap botol berisi susu, air panas dalam termos dan air suam dalam botol untuk “standby” tengah malam untuk bancuhkan.Ini bg memudahkan kerja, tak payah nak berulang-alik ke dapur tiap kali. Apatah lagi yang stay rumah 2 tingkat nak turun naik tangga.
6. Pasang lampu tidur yang malap dalam bilik tidur anak. Jangan terlalu gelap,risau diorang takut nanti. Beli lampu tidur yang comel-comel pasang dekat soket tu pun boleh no problem.
7. Sebelum tidur, pastikan anak-anak tidur dengan selamat dan nyenyak. Ingatkan siap-siap dekat anak, sebelum tidur buang air siap-siap.YANG NI PENTING UNTUK ELAKKAN TILAM BERPETA ? Tapi so far, Medina tiap kali nak buang air tengah malam, dia memang akan kejut kitorang cakap nak kencing dan suruh teman pegi toilet. Hasya masih pakai pampers, so budak kecik tu takde hal.
8. Jangan lupa sesekali “tinjau-tinjau” keadaan anak dalam bilik bila tengah malam.Oh yang ni ialah tugas ayah. Ibu memang tido mati, tak sedar??
9.Tips terakhir, SABAR & BERTABAHLAHwahai ibu dan ayah. Bukan senang nak membiasakan anak-anak sesuatu perkara yang baru dalam hidup diorang. Dan sila get ready siap-siap, sedangkan ruang tamu dan ruang-ruang lain pun bersepah dengan anak-anak punya “kerja”, apatah lagi kalau dapat bilik sendiri. Haha.
Satu je kena ingat, takde bilik budak-budak yang tak bersepah dan perfect, melainkan kalau tengok dalam gambar katalog ikea, tu baru ye nampak cantik sentiasa? Selamat mengemas semua!
Rasanya tu je lah kot yang Irine boleh share 🙂 Dan ni antara perasaan lega jugaklah sebab berjaya asingkan tempat tidur. Niat ibu dengan ayah ialah sebab nak masing-masing start BE INDEPENDENT. Bukan niat nak menghukum ke ape. Haha.
.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!