Kediaman hari ini, semakin terhad ruang yang ditawarkan demi harga yang agak mahal. Malah gaya hidup ruang kompak juga ditawarkan bagi mereka yang tinggal sendirian atau berdua. Gaya hidup kota yang serba pantas dan sibuk, sememangnya serasi dengan kediaman seumpama ini.
Persoalan mula timbul, bagaimana caranya untuk kita menghias ruang yang sekangkang kera ini? Terdapat beberapa kaedah dan idea boleh kita pilih. Di samping memilih perabot dwi fungsi,ia sememangnya sangat berkesan dan menjimatkan ruang.
Kita juga boleh memilih perabot potongan ringkas dan tirus runcing, yang memberi ilusi ringkas serta tidak menyesakkan pandangan.
Ads
Ads
Di samping memilih kabinet binaan dalam yang samar dengan persekitaran dan yang memberi ilusi ruang, khalayak juga ditawarkan pilih warna selamat seperti nude yang cantik dan tidak keterlaluan. Biarlah aksesori seperti gambar atau lukisan, ada sebuah tetapi cukup besar dan strategik.
Ads
Anda yang memilih ruang kompak untuk tempat tinggal, jangan sesekali menolak elemen hidup seperti pokok hiasan semula jadi. Ia sangat penting dalam memberikan suasana damai, terapi dan oksigen. Selain dari penghawa dingin, dapatkan penyegar udara agar suasana ruang kecil anda segar, tidak lekas berbau dan terjaga. Simple-simple je di IMPIANA.
Menghias ruang bilik yang sempit mungkin mudah dan juga menyukarkan. Tip dan teknik menghias yang betul dapat membantu anda mengubah suasana ruang bilik yang sempit menjadi lebih menyenangkan dan menarik. Jom mula menghiaskan bilik anda dengan perabot multifungsi yang sesuai untuk ruang kecil.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Usah biarkan sudut meja mahupun kaunter anda terbiar kosong tidak bernyawa. Hanya berbekalkan barangan yang tidak lagi dipakai, putik gaya gubahan bercirikan rustic chic seperti ini.
Anda perlu sediakan:
Langkah-langkah:
1. Mula-mula, tuangkan air suam ke dalam belanga. Kemudian, lekatkan pita masking pada belanga secara bersilang. Pastikan lubang di antara pita tidak terlalu besar atau kecil.
2. Potong kuntuman Eustoma dengan kepanjangan berbeza (10’, 12’ & 14’) mengikut kesesuaian belanga. Tempatkan Eustoma di antara pita masking itu dari kiri ke kanan di bahagian belakang.
3. Kemudian, tempatkan bunga Daisy di bahagian tengah gubahan seperti bentuk S.
4. Bagi menaikkan depth pada gubahan, pilih daun paku-pakis dan Cordyline. Cucuk daun di antara bungaan tadi. Pastikan ia tidak terlalu besar. Jika tidak hasil gubahan akan kelihatan terlalu padat. Siap! #
Idea IMPIANA: Setiap gubahan memerlukan sejenis bunga yang boleh dianggap sebagai showstopper seperti Daisy. Pilih bunga dalam kuantiti ganjil dan susun pada ketinggian berbeza untuk memberi dimensi. Selamat mencuba.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sudah beberapa minggu Malaysia dilanda cuaca yang tidak menentu. Malah cuaca panas dan suhu yang semakin meningkat turut terasa sehinggakan suasana di rumah menjadi bahang dan membuat anda tidak selesa untuk beristirehat dan tidur. Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni, pasti ramai yang tercari-cari tip sejukkan rumah panas supaya lebih selesa.
Untuk menyejukkan rumah atau bilik, boleh saja pasang air-cond atau pendingin udara bagi yang ada bajet lebih. Tapi bagi yang tak berkemampuan, bolehlah cuba tips di bawah.
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
Anda disarankan untuk menggunakan fluorescent bulb. Lampu jenis ini menawarkan jumlah cahaya yang sama seperti incandescent bulbs tetapi mengeluarkan sedikit haba. Selain itu, lampu ini juga kurang menggunakan tenaga elektrik, menjadikannya pilihan terbaik untuk rumah panas di Malaysia.
Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp., Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Inilah salah satu cara sejukkan rumah panas yang paling semula jadi dan menjimatkan.
Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya dan haba. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar sesuai dengan konsep rumah sejuk tanpa aircond.
Pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Jadi, pemasangan jaring yang halus seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk tanpa mengganggu aliran udara malam yang sejuk.
Siling jenis fiber cement board lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang tersilap dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda lebih sejuk dan selesa.
Salah satu punca utama rumah menjadi panas ialah dinding yang terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan haba tersebar ke dalam rumah. Untuk kurangkan bahang pada waktu siang, pasang awning bagi mengelakkan dinding rumah menjadi panas kerana terkena cahaya matahari secara langsung.
Selalunya awning dipasang pada bahagian dinding yang menghadap matahari jatuh kerana cuaca mulai panas pada waktu tengah hari hingga petang. Jika ada bajet lebih, pasang saja awning di sekeliling rumah. Anda juga boleh tanam pokok rendang di sekeliling rumah supaya kawasan rumah lebih redup dan tidak terkena bahang matahari secara terus.
Dengan mengamalkan semua tip sejukkan rumah panas ini, anda bukan sahaja dapat menikmati suasana rumah yang lebih selesa, tetapi juga menjimatkan tenaga dan kos elektrik dalam jangka panjang. Selamat mencuba!
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.