Hamparan karpet di ruang dan sudut kediaman memang menambah seri. Namun, sifat karpet yang bersaiz besar, berat dan berbulu pastinya menyukarkan kita untuk membersihkannya secara berkala.
Paling mudah, kita akan menghantar ke kedai untuk dicuci tapi makan modal la pula. Sebenarnya kita boleh saja basuh sendiri karpet yang kotor ni, dan caranya cukup mudah. Hanya guna mop, garam serta Dettol!
Tip ini dikongsi oleh Syarifah Farhana Syed Fadzil yang mendapat perkongsian tersebut daripada seorang pembantu rumah apa bila melihat wanita itu mengelap karpet dengan mop.
Ia dilakukan selepas memvakum agar karpet bukan saja bebas habuk tapi juga kotoran. Karpet nampak macam karpet baru malah berbau segar.
Bahan yang diperlukan:
Mop (jika boleh beli baru)
Air secukupnya
2 sudu garam
1 penutup Pure Detol
Ads
Cara-cara:
1. Panaskan air hingga mendidih dalam kuantiti cukup untuk menenggelamkan mop.
2. Apabila air dah mendidih curah dalam baldi mop dan letak garam dan juga Pure Dettol.
3. Perah mop sekuat hati, sampai tiada air menitis.
Ads
4. Kemudian mop karpet dengan menekan-nekan karpet (tenyeh).
5. Apabila selesai anda akan lihat air mop tadi berwarna coklat tanda kotoran. Selepas itu biarkan karpet kering.
Isu bil elektrik yang ketika ini didakwa melambung tinggi dek cukai perkhidmatan yang dikenakan baru-baru ini antara keluhan disuarakan masyarakat di media sosial. Malah, ditambah dengan cuaca panas berbahang dikatakan punca utama bil elektrik melambung disebabkan penggunaan penyaman udara dalam tempoh lama.
Salah satu altenatif penjimatan bil elektrik ini ialah dengan pertimbangkan penggunakan sistem solar panel di rumah. Harganya mungkin besar tapi dalam jangka masa panjang memang menjimatkan kos.
Dikongsi oleh Peter Wong ini pengalaman beliau menggunakan solar panel yang mungkin jadi rujukan dan pengetahuan kita.
Sekadar sharing pengalaman pakai Solar panel saya. Saya pakai solar 10 panels. 8 menghala ke timur, 2 menghala ke barat. Panels top tier 1 jenama Qcells dan Inverter Hoymiles. Kos beli solar RM 20,000 untuk saiz 4.7kwp. Setiap bulan boleh potong bil letrik lebih kurang.
Kalau harga letrik tetap sama, agak-agak dalam 6 tahun dapat balik modal. Kalau harga letrik meningkat lepas ni, boleh dapat balik modal lebih awal.
Solar tu saya bayar ansuran 36 bulan. Downpayment dah bayar RM5500. Baki RM14,500 bahagi 36 bulan 0% interest. Setiap bulan bayar RM402.77. Tapi bil letrik sudah kurang RM280 setiap bulan.
Kontra balik dengan bil solar jadi setiap bulan cuma bayar RM100+ untuk letrik. Itu pun 3 tahun je. Lepas 3 tahun tak payah bayar apa-apa langsung. Cuma menikmati elektrik percuma RM280 setiap bulan. Kadang kala bil boleh sampai negatif pasal penggunaan kurang dari RM280 pada bulan tersebut.
Bagi saya rasa sangat berbaloi beli solar. Warranty inverter 10 tahun. Warranty solar panel 25 tahun.
Saya syorkan kepada sesiapa yang duduk rumah taman/kampung yang guna letrik sekurangnya RM250 ke atas. Kalau bil letrik cuma RM100-RM200 macam tak berbaloi pasal kena tunggu masa lama untuk dapat balik modal pemasangan solar.
Setiap 6 bulan sekali saya naik atas bumbung (saya ada cara naik ke bumbung melalui airwell) bawa paip air dan extendable pole dengan sponge untuk lap permukaan solar panel. Pakai air dan sabun pinggan saja.
INFO
Setiap tahun kos untuk pemasangan solar kian menurun dan terkini saya nampak ada pakej pemasangan saiz lebih kurang sama dengan saya cuma harga RM18k!! ROI lebih cepat dan harga pemasangan lebih rendah dari saya!
INFO TAMBAHAN
Tiada bateri maintenance diperlukan. Saya ingin menambah info ini kerana kerap dapat soalan bertanya tentang maintenance bateri. Saya pakai sistem on-grid dengan TNB.
Jadi semua elektrik dijana akan dibeli oleh TNB pada kadar 1 untuk 1. E.g. jika TNB caj RM0.516 setiap kWh, saya juga jual balik kepada TNB pada kadar Rm0.516. Di bawah program subsidi solar NEM 3.0, saya sudah sain kontrak dengan TNB dan TNB sudah lock-in untuk beli 100% elektrik yang dijana oleh solar panel saya selama 10 tahun.
INFO : Penggunaan tenaga solar sangatlah digalakkan kerana ia lebih mesra alam, bersih serta merupakan sumber tenaga alternatif yang tidak mencemarkan alam sekitar. Pemasangan panel solar adalah cara terbaik untuk rakyat menjana tenaga elektrik sendiri sekali gus menjimatkan wang.
Isu penambahan struktur bangunan oleh penghuni rumah flat bukanlah perkara baru, malahan nampaknya terus dipraktik secara berleluasa oleh pemilik-pemilik rumah kos rendah itu.
Sudah sekian lama media sosial tidak dihidangkan dengan isu seperti itu, namun baru-baru ini tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki telah memasang pagar di laluan luar rumahnya. Wanita yang merakam video tersebut mengadu jika berlaku kebakaran di rumah flat tersebut.
Dalam video itu, lelaki berkenaan nampak tidak puas hati pagar rumahnya itu dirakam oleh wanita tersebut. Kelihatan juga sebuah rak kasut diletakkan di sebelah pagar itu. Pagar ni dah siap, kalau kita tolak macam ni.. sini boleh nampak rak kasut boleh bunyi nanti. Tak nak nanti akan datang ada bunyi, dia complaint orang tolak pula.
Pagar tersebut juga diperbuat daripada kayu dan wanita berkenaan risau jika berlaku kebakaran, pagar kayu itu boleh terbakar dan akan menyusahkan orang lain.
Pun begitu, @haswanishassan melalui TikTok miliknya telah memuat naik satu video keadaan terkini rumah flat tersebut. Kelihatan pagar kayu itu sudah dicabut dan hanya tinggal rak kasut milik lelaki itu sahaja selepas tular.
Dalam niat yang baik untuk memberi keselesaan buat ahli keluarga, jangan pula melanggar undang-undang yang ada.
Menjelaskan ini seorang arkitek berkongsi info berkenaan beberapa contoh binaan yang sering kita nampak di rumah-rumah flat yang sebenarnya dilakukan tanpa kebenaran. Ini mungkin ada segelintir kita tidak menyangka, khususnya dikalangan penduduk rumah flat bahawa selama ini tindakan mereka itu salah di sisi undang-undang.
CONTOH BINAAN TANPA KEBENARAN DI FLAT
Kaki lima rumah kita bukan hak milik kita seorang kerana ianya hak bersama dengan penduduk yang lain.
Bayangkan kalau ada kebakaran di tangga sebelah kiri, macam mana orang lain nak ke tangga sebelah kanan dengan adanya pagar rumah itu? Buatnya pula anda tiada di rumah dan pagar tersebut dikunci?
Duduk di kediaman macam flat ni perlukan tolak ansur dan fikir kebajikan jiran. Kadang bila tambah tu kita saja yang senang, tapi menyusahkan orang lain.
Tidak dinafikan kediaman yang berbau harum dan wangi akan buat pemiliknya lebih tenang dan selesa.
Tak perlu labur duit yang banyak pun. Pewangi kediaman ini boleh kita buat sendiri saja menggunakan sabun mandi buku bersama bahan lain yang sememangnya sudah ada di rumah.
Lebih jimat tapi hasilnya harum semerbak. Caranya dikongsi oleh Sayurbox, bagi yang nak DIY ikut saja panduan ini.
Sabun mandi buku
Pewangi pakaian
Sedikit cuka
Air
1. Sagat sebuku sabun mandi hingga habis.
2. Dalam satu bekas lain satukan air dan pewangi pakaian dan satu bekas. Letak sekali beberapa titis cuka makan.
3. Kemudian tuang sabun mandi yang disagat tadi ke dalam bekas berisi bancuhan tadi. Gaul sabun disagat tadi hingga menjadi kental.
4. Jika mahu lebih wangi, tambah pewangi pakaian. Kemudian kacau hingga sebati.
5. Sediakan plastik, kemudian masukkan bancuhan sabun tadi ke dalamnya dan ikat.
6. Menggunakan garpu cucuk plastik untuk membuat lubang supaya wangiannya keluar.
7. Plastik ini bolehlah digantung, lebih elok di tepi tingkat atau kipas supaya harumannya memenuhi ruang.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.