Mungkin anda rasa mustahil di usia muda untuk membeli dan miliki rumah di zaman sekarang. Namun percayalah, jika ada perancangan kewangan yang sempurna segalanya boleh menjadi realiti seperti Bunga Isme.

Bunga Isme, atau nama sebenar dia Noor Ayu Fatini, kongsi momen tunjuk rumah baru yang dia dah tunggu sejak tahun 2021.

Beli Rumah Pada Usia 24 Tahun, Bunga Isme Kongsi Gambar Kediaman Baru!
bunga ismel beli rumah

Berjaya Beli Rumah Pada Usia 24 Tahun, Bunga Isme Kongsi Gambar Kediaman Baru!

“Kena Usaha dan kerja lebih kuat lagi, nak kena bayar rumah pulak.”

Demikian perkongsian penyanyi Rap, Bunga Isme yang berjaya merealisasikan impiannya untuk membeli sebuah rumah.

“Bagai terbuai-buai. Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang mulia ni, tunggu dari tahun 2021, tahun ni siap! Kena usaha dan kerja lebih kuat lagi, nak kena bayar rumah pulak 🥲💸.”-kongsi Bunga Isme

Tambahnya lagi, penyanyi ini turut menitipkan doa buat mereka yang melihat posting-nya itu agar dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan olehNya.

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Ayu Fatini (@bungaisme)

“Semoga yang melihat posting ini, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan. Ketepikan apa orang kata, orang boleh cakap 1001 kekurangan apa yang kita buat, kita boleh dengar pendapat mereka tapi kita lah yang buat keputusan untuk hidup dan diri kita. Jadi, jalan terus! No simpang-simpang! Kita je tahu diri kita.-titip Bunga

IKLAN

10 Tip Beli Rumah untuk Anak Muda

Membeli rumah pertama adalah satu pencapaian besar dalam hidup. Bagi anak muda, proses ini mungkin kelihatan rumit, tetapi dengan panduan yang betul, ia boleh menjadi lebih mudah. Berikut adalah 10 tip untuk membantu anda memulakan perjalanan memiliki rumah:

Beli Rumah Pada Usia 24 Tahun, Bunga Isme Kongsi Gambar Kediaman Baru!

  1. Rancang Kewangan Anda
    • Tetapkan bajet yang realistik berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda. Pastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk bayaran pendahuluan dan kos lain yang berkaitan.
  2. Periksa Skor Kredit Anda
    • Skor kredit yang baik boleh membantu anda mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah. Pastikan anda membayar semua bil tepat pada masanya dan kurangkan hutang kad kredit anda.
  3. Buat Kajian Pasaran
    • Kenali pasaran hartanah di kawasan yang anda minati. Bandingkan harga rumah, fasiliti yang tersedia, dan perkembangan kawasan tersebut.
  4. Pilih Lokasi yang Sesuai
    • Lokasi adalah faktor penting. Pilih kawasan yang berhampiran dengan tempat kerja, kemudahan awam, sekolah, dan lain-lain kemudahan yang anda perlukan.
  5. Dapatkan Prakelulusan Pinjaman
    • Prakelulusan pinjaman dari bank akan memberi anda gambaran yang lebih jelas tentang jumlah pinjaman yang boleh anda dapatkan dan memudahkan proses pembelian rumah.
  6. Kira Kos Sampingan
    • Selain harga rumah, pertimbangkan juga kos sampingan seperti yuran guaman, insurans rumah, cukai hartanah, dan kos penyelenggaraan.
  7. Lantik Ejen Hartanah
    • Ejen hartanah yang berpengalaman boleh membantu anda mencari rumah yang sesuai, berunding harga, dan menguruskan dokumen pembelian.
  8. Semak Keadaan Rumah
    • Pastikan anda melawat rumah yang anda minati dan periksa keadaan fizikalnya. Jika perlu, bawa bersama seorang profesional untuk menilai keadaan rumah.
  9. Jangan Terburu-buru
    • Membeli rumah adalah komitmen jangka panjang. Ambil masa untuk membuat keputusan yang bijak dan jangan terpengaruh dengan tekanan luar.
  10. Manfaatkan Insentif Kerajaan
    • Semak jika terdapat sebarang insentif atau bantuan kerajaan yang boleh anda manfaatkan, seperti Skim Rumah Pertamaku atau pengecualian duti setem.

Dengan mengikuti tip-tip ini, anda akan lebih bersedia untuk membeli rumah pertama anda dan membuat keputusan yang bijak dalam proses tersebut. Selamat maju jaya dalam miliki rumah impian anda!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:Rumah Rasa Panas Berbahang, Begini Cara Sejukkan Kediaman Secara Semulajadi!
Artikel Menarik: Cantikkan Bilik Anak Dengan DIY LAMPU HIASAN. Guna Kotak Terbuang Je!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI