Gusar nak keluar rumah ketika wabak COVID-19 menjejaskan seluruh dunia. Walaubagaimanapun, perut tetap peru disi. Keluar ke kedai nak beli barang basah seperti ayam, ikan dan sayur pun bukan sekadar gerun, nak bersiap tu macam nak pergi bertempur di medan perang.
Hal ini menyebabkan pelbagai tawaran pembelian barang secara dalam talian menjadi pilihan. Tidak terkecuali LAZADA. Selain menawarkan barang dapur kering, sayur segar terus dari Cameron Highland pun boleh dibeli secara atas talian.
Ads
Ads
Ads
Cameron farmers membuka talian E-dagang di dalam Lazada untuk membekalkan pelbagai jenis sayur segar khas buat penduduk yang berada 30km dari pusat edaran mereka yang terletak di Ara Damansara. Setiap kotak berisi pelbagai jenis sayur di jual pada harga RM 30 sahaja. Dalam tempoh 2-3 hari pembeli akan menerima produk yang dibeli secara segar
Untuk membeli produk sayur segar terus dari Cameron Highland, boleh lah layaran laman web atau aplikasi Lazada dan cari kedai nama Cameron farmers atau klik je sini
Antara masalah yang sering dihadapi di dapur adalah apabila bahan yang dibeli tidak tahan lama dan terpaksa dibuang kerana sudah layu atau lembik. Kadang-kadang, tak sempat guna pun!
Pasti ramai yang pernah berhadapan situasi begini. Kita ingat beli semua bahan sekali, tak perlu lah nak ulang alik ke pasaraya setiap hari. Tapi malangnya, agak sukar nak kekalkan kesegaran sesetengah bahan seperti daun sup, lengkuas, serai dan cili.
Melalui perkongsian Puan Suhana Mat Rasu ini, beliau tunjukkan rahsia cara penyimpanan bahan mentah tersebut agar tahan lama sehingga berbulan-bulan!
Menarik kan? Jom lihat selanjutnya..
SENANG, SEGAR, JIMAT
Cara penyimpanan yang berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je
1.Daun Sup
-Pokok daun sup perlu di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais
-Caranya..potong 2 botol minuman..masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting utk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja.Air yg banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk
-Pokok yg disimpan dengan kaedah ni dapat bertahan lebih dari sebulan
2.Lengkuas dan Serai
– Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut
-Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan
-Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya
3.Cili Api dan Lada Merah
-Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk
-Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar
-Setiap kali menggunakan bahan ini..rajin2 kan diri utk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap2 air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah
-Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama
Bahan2 yg disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan. Selamat mencuba
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bila bercakap soal warna, kita bagaikan dipukau dengan pelbagai contoh yang ada. Malah ramai juga terpengaruh dengan paparan iklan atau jiran sebelah menyebelah. Jika boleh mahu sama atau lebih dramatik daripada mereka. Namun persoalannya adakah warna yang dipilih itu sesuai untuk anda atau sekadar tempelan belaka? Jadi bagaimana helah memilih warna yang sesuai dengan diri anda dan kediamannya? 5 gosip panas diperolehi daripada pereka…
Kisah Cahaya Matahari Menerobos Masuk Ke Rumah
Lihat cahaya semula jadi ruang kediaman anda. Adakah malap kerana tidak menghala terus ke simbahan cahaya matahari atau terang benderang terutama di waktu pagi mahu pun petang? Ini penting kerana ia mempengaruhi karakter warna yang bakal anda pilih. Agar seimbang, selesa malah menyerlahkan pula pilihan tata hias anda.
Pernah saya ditanya, bolehkah kita memilih warna ruang kediaman berdasarkan warna kegemaran kita. Bayangkan jika warna kegemaran kita ungu kelam dan coklat sawo matang. Dikenakan pula pada ruang makan yang tidak dapat cahaya matahari yang cukup. Terbukakah selera anda untuk makan di situ dengan dikelilingi rona yang begitu berkecamuk dan tidak keruan? Jika seleranya masih terbuka syukurlah..bagaimana ruang kelihatan sugul, ‘kotor’ dan membuat kita resah?Lebih memburukkan keadaan, suami makan di sebelah pun kita tak perasan . Masakan tidak, semua dah teradun sama dengan warna kerusi makan , dinding belakang dan warna kulitnya…yang nampak hanya gigi jer….
Bayangkan ruang kediaman anda diterangi mentari petang, ruang akan menjadi panas dan anda pula jenis orang yang panas badan terutama apabila pulang dari kerja? Pasti tidak keruan dan tidak amali dengan gaya hidup anda bukan? Manakala segala kemasan lembut anda berwarna merah cili dan jingga. Malah dindingnya diwarnakan dengan rona terang gemilang juga. Tidakkah anda rasa seperti di dalam ketuhar?
Carilah warna yang sejuk, yang selalu digunakan oleh produk spa. Warna segar dan mampu memberi rasa nyaman apabila melihatnya. Kita sewajarnya menyesuai warna yang sesuai untuk semua kelengkapan rumah. Bukan berimaginasi tanpa melihat realitinya. Bukan apa kelak kita juga yang rugi dan sakit hati. Tambah pula jika jiran yang ‘kepoh’ datang bertandang. Mulalah dia mengata itu ii serba tak kena macam pakar warna antarabangsa lagaknya.
Bagaimana pula jika kediaman anda terlindung dek blok depan dan kelam sentiasa? Apa usaha kita dalam menjadikan suasana lebih cerah dan menyalurkan tenaga positif? Anda boleh memilih warna terang. Tetapi wajarkah mewarna setiap kamar dengan warna berbeza? Nanti orang kata tadika pula.
Jadi cari kertas dinding yang mempunyai corak meriah warna. Flora, geometri, belang atau panorama. Pilihlah yg mana sesuai. Tidak perlulah sampai kesemua dinding. Cukup feature wall sahaja. Manakala rona lain cukup diwarnakan dengan rona asas seperti kuning krim , putih magnolia atau putih gading yang cerah dan selamat. Jadi terang dan kena pada ruangnya. Kita jangan lupa warna selalunya akan lebih hidup jiak terkena pancaran cahaya yang cantik dan menarik. Sama ada pencahayaan semula jadi atau tiruan, kita perlu bijak menangani perkara ini agar ruang nampak terancang dengan cukup rapi dan memberi manfaat kepada kita.
Untuk mengetahu gossip berikutnya tunggu esok ya…..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.