Bagi keluarga yang ada toddler (bayi berusia 12-36 bulan), tempat paling sensitif untuk anak-anak bermain adalah di laci aatau almari. Bukan sahaja risau perabot tersebut tumbang kalau tersilap langkah, aktivit mengemas si anak-anak ni pun boleh buat mak-mak menyirap darah.
Diam-diam, habis keluarkan semua barang yang disimpan dalam laci. Paling buat mak-mak naik darah, baju yang dilipat kemas bersepah semula. Untuk atasi asalah ni, kebiasaanya klip keselamatan akan dipasangkan. namun, harganya boleh tahan juga.
Akthar Hussin kata, dia beli online sahaja. Satu klip harganya RM 1.30 satu. Walaupun murah, ia berkualiti. Kalau nak beli, boleh klik sini je https://invol.co/cl170nz
Perhiasan di dalam rumah mempunyai peranannya yang tersendiri. Tanpa sebarang perhiasan, ruang boleh kelihatan ‘flat’ atau tiada jiwa. The Artisan Haus menempatkan pelbagai gaya aksesori dan hiasan buat kediaman yang ingin tampil unik dan lebih cosy.
KOLEKSI SEANTERO DUNIA
“Artisan” seperti yang diterjemahkan didalam Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud, “pekerja yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan, tukang” merujuk kepada seseseorang yang mahir menghasilkan sesuatu peralatan atau aksesori menggunakan tangan. Ini juga bermakna, setiap satu barangan tersebut telah dihasilkan dengan teliti dan bersungguh-sungguh oleh pembuatnya.
Bertempat di tingkat 2 pusat beli belah The LINC yang terletak di Jalan Tun Razak, The Artisan Haus mengumpulkan perhiasan buatan tangan daripada seluruh pelusuk dunia. The Artisan Haus bertanggungjawab untuk mengumpulkan hasil kerja artis-artis dari India, Indonesia, Iran dan banyak lagi.
PLATFORM GOLONGAN KREATIF
The Artisan Haus amat komited untuk memperkenalkan jenama tempatan pada pasaran jadi, dengan wujudnya rangkaian ini, pelbagai jenama yang bernaung dibawah satu bumbung akan dengan mudah dapat diakses oleh pembeli yang sememangnya dahagakan produk tempatan yang berkualiti.
Mereka juga berbesar hati dan bangga dapat mewakili jenama-jenama tempatan yang mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh lagi dan mendapat tempat dihati pengguna seluruh rantau.
+ INFO KEDAI
Premis : The Artisan Haus
Lokasi : Lot 2-30, Tingkat 2, The LINC, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Buka setiap hari, 11 pagi – 9 malam
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sudah menjadi lumrah bagi golongan suami mencuba sedaya upaya untuk memenuhi setiap yang dihajati para isteri. Seperti yang telah dikongsikan saudari Esm Shafizawati di laman Facebook, ruang stor bawah tangga yang pada asalnya tempat menyimpan barangan lama di kediamannya telah berjaya diubahsuai menjadi pantri terbuka, hasil sentuhan suami sendiri. Sudut ini telah lama diidamkan oleh Shafizawati dan dalam tempoh 4 hari sahaja, pantri terbuka ini telah siap. Setiap proses dilakukan sendiri oleh Shafiza dan suami menjadikan pantri ini lebih istimewa.
My Dream Pantry
“Alhamdulillah, tercapai impian nak memiliki pantry terbuka. Terima kasih suamiku bertungkus lumus siapkan pantry ni.
Bukan apa, ada pantry ni senang kita nak mengemas. Nak cari barang masak pon mudah. Tak lah punggah sana sini.
Dan paling penting, stok makanan kita tak sempat expired, sebab kalau simpan dalam kabinet kadang kita lupa dan selalunya terbeli lagi walau dah ada.
Kalau nak tambah stok pon senang sebab mana yang menyusut tu kita nampak. Jadi pembaziran atau lambakan stok dapat dielakkan.
Asalnya tempat ni stor bawah tangga, bila jadi pantry nampak luas pulak dia”
Macam-macam hal dan perangai penyewa ni. Susah nak dapat penyewa yang betul-betul jaga rumah yang disewa macma rumah sendiri. Lebih pening apabila penyewa lari dengan tak berbayar tunggakkan sewa dan bil utility. Bila bekas penyewa meninggalkan rumah dengan bil utiliti tertunggak, tuan rumah lah jadi mangsa.
TNB telah memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk melindungi pemilik rumah dari masalah tersebut. Namun, sebelum ini penukaran nama tersebut perlu di lakukan secara menual. Namun, arus perubahan teknologi kini segalanya di hujung jari. Penukaran nama tersebut boleh dilakukan secara atas talian. Hazwan Abdullah berkongsi cara penukaran nama aats bil TNB secara atas talian. Memang mudah.
Cara tukar nama bil TNB dari owner lama ke owner baru secara online, hanya perlu IC copy sahaja.1. Register dulu dekat…
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.