Bila dah bina kolam bukan mudah kita nak sesuaikan ikan dalam rumah baru ini. Ini disebabkan ikan perlu sesuaikan fizikalnya dengan suasana pH kolam, kualiti air dan pelbagai elemen lagi. Jadi jika anda ingin membela ikan hiasan seperti koi, lakukan dulu lima langkah ini untuk mengelakkan ikan mati setelah beberapa hari tinggal dalam kolam. Elakkan anda menanggung kerugian wang ringgit jika ikan mati.
1. Setelah kolam yang dibina siap sepenuhnya, takung air untuk beberapa ketika sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sebelum sebarang hidupan akuatik diperkenalkan. Ini bertujuan untuk mengimbangi dan menstabilkan keadaan persekitaran kolam yang baru dibina.
IKLAN
2. Kebiasaannya, ikan yang dibeli dari kedai akan diletakkan dalam plastik dengan isian padat oksigen. Rendam plastik yang berisi ikan tersebut di dalam air kolam dan biarkan ia beberapa ketika sebelum ikan baru diperkenalkan di dalam kolam. Secara perlahan-lahan, suhu di dalam plastik berisi ikan akan selari di dalam kolam. Ia salah satu cara untuk mengelakkan dari ikan yang baru dibeli terkejut dan mengakibatkan kematian
3. 10% air kolam perlu diganti setiap minggu untuk mengurangkan kadar penyelenggaraan yang dilakukan. Selain itu ia dapat menjamin kesegaran dan aras air sentiasa dalam keadaan ideal.
IKLAN
4. Bagi mereka yang mementingkan kualiti ikan di dalam kolam, pastikan kandungan pH, ammonia dan nitrat di dalam kolam bersesuaian dengan keperluan ikan. Kandungan nutrien dalam air akan mempengaruhi ciri-ciri fizikal ikan dan biologi proses yang berlaku. Setiap ikan mempunyai keperluan yang berbeza. Oleh itu, dapatkan nasihat dari pakar ketika anda membeli ikan.
IKLAN
5. Sebaiknya, anda tidak digalakkan menggunakan terus air dari tap water untuk mengisi semula kolam kerana ia mengandungi tahap nutrien yang terlalu tinggi terutamanya nitrat. Jika perlu, pastikan air ditakung terlebih dahulu semalaman sebelum ia digunakan di dalam kolam. Ia bertujuan memastikan kandungan nutrien berlebihan yang terdapat di dalam air yang terawat mendap.
Beberapa bulan yang lepasa, perkongsian Dr. Hamid Arshat di laman sosial memaparkan rumahnya dipenuhi dengan ulam raja mendapat respon yang tinggi [klik sini untuk artikel penuh] Ulam raja yang mudah tumbuh liar mempunyai banyak khasiat. Pokok Ulam Raja atau nama botanikalnya Cosmos caudatus merupakan tumbuhan herba tropika yang berasal dari Amerika Latin. Tumbuhan ini dikatakan tumbuh meliar dan mudah di dapati di Florida, Amerika Syarikat dan di Malaysia serta lain-lain negara Asean.
Pokok ulam raja adalah sejenis spesies berbunga. Kebiasaan nya, ulam raja yang mempunyai bunga berwarna ungu atau pink dijadikan sebagai ulam. Namun terdapat pokok ulam raja yang berbunga kuning tetapi jarang dimakan sebagai ulam.
Berdasarkan kajian, ulam raja mengandungi 3% protein, 0.4% lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Herba ini adalah herba semusim yang boleh mencapai ketinggian hampir 2 meter. Dan mudah dibiakkan dari biji benih. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.
Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh di halaman rumah atau di dalam pasu bunga. Kaedah penjagaan yang mudah dan tidak memerlukan air yang banyak menyebabkan tanaman ini mudah untuk dibiakkan mahupun membiak sendiri dengan cepat. Ianya sesuai dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian terutamanya bagi mereka yang tinggal di apartment kerana ia amat sesuai ditanam di dalam pasu.
Daun ulam raja telah digunakan secara tradisi sejak ratusan tahun lampau untuk memperbaiki peredaran dan mencuci darah serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mengandungi lebih dua puluh jenis bahan antioksida yang telah dikenal pasti. Keupayaan antioksidanya sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.
Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, Penangkapan (+)- serta asid kripto-klorogenik. Ulam raja berkeupayaan untuk mengurangkan tekanan oksidatif yang berkemungkinan kerana sebahagia nya terdiri daripada kandungan antioksida yang tinggi.
Kini hidroponik bukan lah satu kaedah baru dalam bercucuk tanam. Sebagaimana yang kita tahu hidroponik adalah kaedah menanam tanaman tanpa menggunakan tanah. IMPIANA kongsikan kepada anda tentang teknik jenis tanaman ini yang terbaik untuk anda lakukan sendiri selepas ini.
Maksud hidroponik?
Seperti yang dinyatakan di atas, hidroponik adalah kaedah menanam pokok tanpa menggunakan tanah. Jadi apa yang akan menggantikan tanah? Pengganti tanah atau digelar medium sokongan yang selalu digunakan di Malaysia adalah sabut kelapa, habuk kayu dan bulu mineral. Pada awal permulaan di Malaysia, para pengkaji menggunakan pasir, batu kerikil dan pecahan bata tetapi setelah kajian yang lebih mendalam dilakukan, medium sokongan ini tidak lagi digunakan.
Sekarang ini, tanaman ini antara pilihan yang boleh anda lakukan di rumah. Kalau sebelum ini anda berkeinginan untuk melakukan tanaman hidroponik, ianya pasti agak sukar kerana anda perlu membeli pelbagai barang dan mungkin akan menyebabkan anda mengeluarkan wang lebih daripada sepatutnya. Tetapi sekarang anda boleh membeli barangan untuk tanaman hidroponik, atau digelar hidroponik set, pada harga sekitar RM40 hingga RM50 .
Teknik tanaman hidroponik
Selain daripada medium sokongan, terdapat satu lagi bahan yang penting bagi memastikan tumbuhan anda hidup sihat, iaitu baja hidroponik. Baja hidroponik untuk tanaman hidroponik amat penting kerana tumbuhan tidak akan mendapat nutrien daripada tanah, maka baja hidroponik perlu menyediakan nutrien yang cukup untuk tumbuhan. Jika anda ingin membeli baja hidroponik di kedai tanaman atau secara atas talian anda boleh meminta baja AB.
Tanaman jenis ini memerlukan baja yang cukup dengan elemen Nitrogen, Fosforus, Kalium, Kalsium, Magnesium, Sulfur, Mangan, Kuprum, Zink, Molybdenum, Boron dan Ferum.
Terdapat pelbagai jenis teknik yang digunakan untuk menanam tumbuhan secara hidroponik. Teknik yang dipilih selalunya bergantung kepada saiz kebun hidroponik yang ingin dibina. Antara sistem yang sering diguna pakai adalah sistem Pasang Surut atau “Ebb and Flow”. Sistem ini dinamakan pasang surut kerana anda akan membanjiri bekas tanaman untuk beberapa lama sebelum surut. Selain itu, terdapat Teknik Tipisan Nutrien atau “Nutrient Film Techniques (nft)”. Sistem ini dinamakan tipisan nutrien kerana larutan nutrien akan sentiasa mengalir dan tumbuhan akan menyerap nutrien.
Antara teknik yang boleh anda gunakan untuk menanam sayur di rumah adalah teknik tipisan nutrien. Teknik tipisan nutrien ini membekalkan nutrien secara berterusan pada tumbuhan tanpa memerlukan pemasa. Larutan nutrien yang digunakan akan sentiasa dikitar semula antara bekas tanaman dan takungan di bawah tanaman. Tanaman yang ditanam akan membesar sehingga akar tanaman mencecah larutan nutrien yang dialirkan. Sistem ini memerlukan bekalan elektrik yang berterusan untuk mengalirkan nutrien tetapi boleh juga dilakukan secara manual.
Salah satu bentuk tanaman fertigasi di rumah
Hidroponik ini sebenarnya amat berguna bagi mereka yang suka bercucuk tanam tetapi tidak mempunyai tanah atau tinggal di rumah yang tidak mempunyai halaman. Walaupun rumah anda tidak mempunyai beranda sekalipun anda masih boleh bercucuk tanam. Anda boleh meletakkan tanaman hidroponik di tingkap bilik anda. Bagi mereka yang tinggal di kawasan rumah yang mempunyai tanah sekalipun anda sewajarnya menanam tanaman hidroponik ini secara besar-besaran. Ini kerana tanaman yang ditanam menggunakan teknik hidroponik akan menghasilkan tanaman yang boleh dimakan hingga ke akar kerana tidak akan mempunyai masalah dimakan ulat atau kuman di dalam tanah. Anda bukan sahaja jimat membeli barang masakan, anda juga umpama mendapat sayur yang lebih banyak kerana tidak perlu membuang apa-apa bahagian sayur anda. Tetapi janganlah sampai anda meletakkan akar ke dalam semua masakan.
Tanaman yang sesuai untuk sistem hidroponik
Terdapat beberapa jenis sayur yang boleh ditanam dengan menggunakan teknik hidroponik. Antaranya sayur yang sering kita gunakan dalam masakan, iaitu tomato. Tomato yang anda beli di kedai juga mungkin ditanam secara hidroponik oleh petani kerana lebih mudah. Selain daripada tomato, anda juga boleh menanam kacang. Semua jenis kacang anda boleh tanam menggunakan kaedah ini. Timun, daun bawang, bayam dan daun pudina juga antara sayur yang boleh anda tanam menggunakan kaedah hidroponik ini. Anda juga boleh menanam buah yang hanya ditanam di Cameron Highlands iaitu strawberi.
Kelebihan dan kekurangan teknik tanaman takungan
Setiap perkara pasti mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Antara kebaikannya adalah akan menghasilkan tumbuhan yang boleh dimakan keseluruhannya, hasil yang didapati juga akan lebih baik dan tiada baja yang akan dibazirkan kerana air baja tidak akan dibazirkan. Penyakit pokok juga dapat dikurangkan. Anda juga tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli peralatan bercucuk tanam seperti cangkul, membajak, membuat batas dan menyiram.
Kekurangannya pula ialah tanaman ini memerlukan kemahiran untuk memastikan larutan nutrien dan ujian ph dilakukan dengan baik. Tanaman ini juga mungkin akan dijadikan tempat pembiakan nyamuk aedes, jadi anda perlu menjaga tumbuhan ini dengan lebih rapi. Ia juga mungkin akan menelan belanja untuk membeli peralatan. Akhir sekali, antara kelemahan yang agak memberikan kesan kepada mereka yang suka bercucuk tanam adalah tidak semua jenis tanaman mampu hidup menggunakan teknik ini.
Hydrangea atau lebih dikenali dengan nama tempatannya bunga Siti Zubaidah atau bunga tiga bulan. Ia bukanlah tanaman yang berasal dari negara-negara Inggeris. Hydrangea sebenarnya berasal dari Jepun dan menghiasi taman-taman kediaman mereka satu ketika dahulu. Ramai beranggapan, Hydrangea hanya sesuai sebagai tanaman iklim sejuk. Ramai juga yang berpendapat bahawa Hydrangea merupakan tanaman bermusim (annual) yang hanya mampu berbunga sekali sahaja. Betul tak? Sebenarnya, untuk Hydrangea tumbuh mekar di laman, ada beberapa perkara yag perlu anda kenal pasti.
1. Jenis sesuai untuk iklim panas
Jenis yang sesuai untuk ditanam pada iklim tropika Malaysia adalah dari Hydrangea macrophylla. Ia mempunyai bunga berwarna putih, biru keunguan dan merah muda. (Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada pH tanah di mana tanah yang lebih berasid, bunganya akan berwarna biru, manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda.)
2. Penyediaan medium
Hydrangea memerlukan medium tanaman yang polos dan subur. Hydrangea memerlukan kondisi tanah yang lembap namun tidak bertakung air untuk pembesaran optimum.
3. lokasi
Pilih kawasan yang menghadap matahari pagi dan terlindung dari terik petang. Ini kerana, hydrangea memerlukan matahari pagi untuk menghasilkan bunga yang merimbun. Kalau terdedah pada terik matahari petang, daun akan mula kuning dan ada bahagian-bahagian yang melecur.
4. Lubang tanaman
Gali lubang 2-3 kali lebih besar dari saiz rootball pokok. Ini penting bagi mengelak masalah pokok tumbang yang kerap dialami oleh pemilik terutamanya apabila pokok matang. Ini kerana hydrangea akan mencapai ketinggian 1-3 meter.
5. Jarak antara tanaman
Jika anda berhasrat untuk tanaman Hydrange dalam kelompok yang besar atau sebagai pagaran, jaga jarak tanaman. Ia bertujuan mengurangkan persaingan di samping memastikan bentuk pokok yang menarik. Jarak antara tanaman perlulah antara 3- 10 kaki setiap satu.
6. Siraman
Hydrangea memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap. Oleh itu, lakukan siraman 2 kali sehari di awal pagi dan lewat petang. Pastikan air tidak bertakung dan sentiasa gemburkan tanah untuk mengelak masalah ini berlaku.