Begini cara bebaskan dapur anda dari bau busuk yang melekat. Ruang dapur tidak wajar dipandang sebelah mata. Selain daripada menjadi tempat kita memasak, ianya juga berupaya menjadi ruangan sosial untuk mengeratkan hubungan antara keluarga.
Tetapi, bagaimana kalau dapurberbau busuk sehingga tetamu kita ingin lekas pulang?
Tidak perlu pening, IMPIANA menggariskan beberapa tip untuk memastikan dapur anda bebas dari segala bau busuk.
Ikuti tip ini:
Pastikan segala peralatan dapur anda dilap kering sebelum disimpan semula. Anda bayangkan jika segala sudip dan senduk diletakkan secara menegak dalam bekas plastik dan airnya bertakung di dalam? Anda pasti tidak akan menggunakan lagi perkakas tersebut.
2. Jangan bertangguh untuk membuang sampah di tong atau bilik sampah yang disediakan oleh majlis bandaraya serta jawatankuasa penduduk. Mahukah anda bau isi perut ikan menyelubungi kediaman anda?
3. Pastikan anda mencuci bersih segala pinggan dan mangkuk yang telah digunakan. Pasti anda tidak mahu tidur bersama aroma lauk basi dibiarkan semalaman. Jadi, masalah ini boleh diselesaikan dengan menyegerakan pencucian segala perkakas, kerana bau sahaja sudah cukup menyeksakan dan belum lagi dengan kehadiran lalat serta makhluk perosak yang lain.
4. Asingkan daging dengan papan pemotong sayur dan papan pemotong roti. Sewaktu mencuci, fokuskan cucian anda terhadap kesan potongan pisau kerana tanpa kita sedari, terdapat jutaan bakteria yang membiak di dalam ruang potongan kecil tersebut. Penulis akan memastikan untuk melalukan air panas kepada setiap papan pemotong untuk membunuh bakteria dari terus membiak.
Ads
5. Gunakan lilin aromaterapi sebaik sahaja anda selesai membersihkan dapur sebagai salah satu alternatif daripada menyembur pewangi malahan kaedah ini tempoh wanginya bertahan lebih lama dari semburan pewangi aerosol yang bersifat sementara. IMPIANA mencadangkan bauan serai atau lemon.
6. Ganti atau cuci kain langsiryang menghiasi dapur anda. Ini amat penting kerana material yang digunakan untuk kain langsir ada yang nilon, polyester, dan kain cotton. Kain cotton meresap segala partikel halus masakan anda dan ianya berisiko tinggi untuk memerap bau yang akan membuatkan anda tidak selesa di kemudian hari. Selain itu, jika anda menggunakan sistem ventilasi udara, pastikan anda mengikut jadual servis berkala yang ditetapkan.
Tidak cukup dengan isu persekitaran seharian yang membelenggu, tambah lagi dengan stress kerja. Pulang dari kesibukkan harian di pejabat, sudah pasti anda akan mencari sesuatu yang mampu melegakan minda dan memebri ketenangan. Apa kata inspirasikan kediaman anda menjadi sebuah spa. Untuk zahirkan sebuah kediaman yang mempunyai dekorasi ala spa, ini yang anda perlukan.
Letakkan bauan aroma terapi dalam rumah
Bauan aroma adalah antara solusi termudah untuk anda wujudkan elemen ketenangan dalam rumah walaupun tidak sama seperti pusat spa, bauan aroma seperti lavender sudah cukup untuk membuatkan anda khayal sebentar kerana ianya bersambung terus secara direct kepada sistem otak yang mengawal emosi dan menyimpan memori. Selain daripada bauan lavender, anda boleh juga letakkan chamomile, eucalyptus.
Wujudkan bunyi yang menenangkan
Perasan tak kalau anda berkunjung ke spa, item pertama yang anda akan lihat adalah hiasan berbentuk air terjun serta pancuran air? Ini kerana bunyi percikan air yang dihasilkan dari air pancut mampu membuatkan anda berasa tenang seketika. Tambahan, menurut kajian apabila anda melihat air yang beralun bersama ikan ia akan membawa pemikan yang serabut hanyut bersama. Selain itu, anda boleh hebatkan lagi kediaman ala spa anda dengan alunan muzik jenis soul dan elakkan dari memasang lagu kegemaran anda di dalam kereta tetapi adalah molek untuk tune lagu yang hanya menggunakan instrumen.
Baluti diri anda dengan tuala yang nyaman atau jubah mandi
Tuala putih selalu menjadi pilihan pengusaha spa untuk diberikan kepada pelanggan sementara menunggu giliran. Tualanya tidak menggunakan bahan peluntur untuk kekal putih, tetapi ianya dihangatkan untuk keselesaan pengunjung. Anda boleh lakukan perkara yang sama jika anda pulang ke rumah, selepas anda selesai membersihkan diri, baluti tubuh anda dengan tuala hangat suam kuku, untuk dapatkan ketenangan ditambah iringan muzik instrumental alunan perlahan.
Pasangkan lampu malap
Selain daripada memasang lampu flourescent untuk menerangi kediaman di waktu malam, anda juga boleh pasangkan lampu malap untuk mewujudkan elemen tenang dan romantik. Cadangan kadar pencahayaan yang sesuai adalah lampu putih lembut berkadaran 2700K Celcius. Kadar ini sesuai kerana pencahayaannya akan membuatkan anda berasa lebih tenang serta kemalapannya sesuai dengan keperluan anda.
Bawa masuk elemen semulajadi
Apabila telah tersedianya elemen air, tambahkan lagi satu item penting dalam dekorasi yang seimbang iaitu pepohon hidup di dalam rumah. Tekstur alam semulajadi seperti kita ketahui amat efektif dalam memastikan aliran udara segar berterusan di dalam rumah. Selain daripada penyusunan pokok segar dalam rumah, anda juga boleh lekatkan wallpaper berunsurkan alam semulajadi atau konsep hijau.
Kerusi dan sofa empuk
Jika anda inginkan suasana seperti di dalam spa, anda boleh letakkan kerusi atau sofa empuk di ruang rehat utama. Elakkan penggunaan material bersifat keras seperti besi. Ini kerana anda mahukan suasana tenang dan manjakan diri. Manjakan diri, kena empuk, kalau keras, tak empuk namanya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Debu atau habuk, walaupun baru je tak sampai beberapa minit siap mengemas rumah, dah mula nampak habuk di beberapa bahagian jika diperhatikan dengan teliti. Jika dibiarkan, habuk yang telah hingga di permukaan perabot akan kekal dan menjadikan ia kelihatan kusam.
Namun, bukan itu yang menjadi isu. Debu atau habuk yang tidak dibersihkan akan mengundang masalah kepada kesihatan terutamanya sistem pernafasan.
Sebab itu, ramai memilih penapis udara atau air purifire sebagai penyelesaian keapda masalah ini. Namun, apakah penggunaan air purifier efektif menghilangkan debi di dalam rumah?
Habuk akan terapung di dalam udara untuk tempoh yang agak lama sehingga ia menjumpai permukaan atau ruang untuk menempel. Dapatkah penapis udara memerangkap kesemua habuk?
Untuk memastikan habuk berjaya di sedut penapis udara, pastikan ia dilengkapi perangkap True HEPA. Alat ini dapat membasmi sekitar 99.97% debu didalam udara sehingga saiz sekecil 0.3 mikron.
Penggunaan penapis udara di dalam bilik adalah salah satu langkah terbaik mengurangkan masalah elergik terutamanya di dalam bilik kanak-kanak.
Jadi, bagi menentukan efektif atau tidak penapis udara menghilangkan debu atau habuk di dalam rumah, ia bergantung kepada sistem yang tersedia di dalam alat tersebut. Jadi, sebelum membeli pastikan penapis udara anda lengkap True HEPA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Adakah anda sedang merancang untuk mengubahsuai kediaman, terutamanya ruangan publik seperti entryway dan ruang tamu? Jika ya, boleh cuba pertimbangkan penggunaan meja konsol untuk mendapatkan penampilan yang menarik selain dapat memberikan beberapa alternatif pilihan untuk dekorasi di ruangan tersebut.
Meja konsol merupakan rekaan meja kecil yang ukurannya tidak terlalu besar oleh itu sesuai untuk diletakkan berhampiran pintu masuk serta sebagai pelengkap sofa di ruang tamu ataupun di satu sudut bahagian ruang makan. Ianya bukan hanya cantik tetapi juga merupakan satu penyelesaian mudah buat masalah penyimpanan barang anda.
Hal lain yang menarik tentang meja konsol adalah sifatnya yang multifunction. Selain berfungsi sebagai elemen dekoratif dan penyeri ruang, meja konsol juga boleh dimanfaatkan untuk menyimpan barang-barang kecil. Jika anda sejenis orang yang selalu lupa di mana anda letakkan kunci kereta, pengecas telefon bimbit mahupun pin tudung, maka meja konsol memang pilihan yang tepat untuk anda.
Sebagai perabot penyeri ruang, antara cara untuk anda mendeko meja konsol adalah dengan menghiasnya dengan lampu meja yang unik, pasu bunga atau susunkan bingkai gambar-gambar kenangan. Selain itu anda juga boleh gantungkan cermin atau art piece pada dinding untuk mendapatkan kesan lebih dramatik.
Namun sebelum anda pergi mendapatkan meja konsol, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan. Pastikan anda mengikut tip yang telah kami sediakan agar tidak silap memilih nanti.
Kenalpasti kegunaan meja konsol dalam ruangan yang telah ditetapkan.
Terlebih dahulu anda perlu tahu untuk apa kegunaan meja konsol ini, adakah ia sekadar hiasan ataupun ia akan digunakan sebagai tempat penstoran tambahan. Cuba bayangkan jika anda pilih untuk membeli meja konsol yang tidak bersesuaian dengan kegunaannya pasti akan rasa menyesal dan ralat.
2. Tentukan konsep dan gaya keseluruhan kediaman anda.
Perkara paling penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli meja konsol adalah konsep yang telah dipilih untuk kediaman anda. Setelah pasti dan yakin dengan konsep yang dipilih, barulah mudah hendak membuat pilihan perabot supaya tidak bercelaru temanya.
3. Trial and Error posisi meja konsol sebelum betul betul membuat keputusan.
Cuba letakkan meja konsol di beberapa sudut atau ruang untuk melihat kesesuaian dan keserasian meja dengan perabut yang lain. Fungsi meja konsol perlu juga dititikberatkan dalam hal ini agar mudah dan lebih praktikal.
Banyak lagi gambar gambar interior menarik dengan meja konsol yang IMPIANA nak kongsikan. Teruskan scroll down dan selamat menghias ruang kediaman anda!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...