Guna Baja Ni, Limau Kasturi Tanam Dalam Pasu Berbuah Lebat Sepanjang Tahun. Ramai yang tak punya tanah, tapi minat berkebun memilih teknik tanaman berpasu. Tapi, ramai yang cakap kalau tanam pokok dalam pasu lebih-lebih lagi darijenis berbuah memang kedekut hasilnya. Betul ke? sebenarnya bukan tanaman berpasu kedekut buah, tetapi teknik atau cara tanam dan penyelengaraanya yang tak sesuai.
Cuba pokok limau kasturi Muspirah Samat yang di tanam dalam pasu. dengar kata bebuah sepanjang tahun sampai nak patah-patah dahannya menampung. Apa rahsianya?
Salam perkenalan untuk kawan-kawan. Tak rugi tanam limau kasturi. Berbuah sepanjang tahun. Lebat hingga menunduk batang. Dah macam padi pun ye. Makin berisi makin menunduk.
Ads
Banyak dah petik buat makan, basuh ikan, gugur overipe pun ade. Ni dia keluar bunga baru pula. Alhamdulilllah syukur. Oleh sebab ramai tanya pasal baja yakult ni saya share ye
Senang je nak buat baja lebatkan buah ni. Saya gunakan 1 botol Yakult dan 2 biji telur. Peram seminggu. dah siap seminggu, bancuh air dengan baja yakult tadi 5:1 (5 bahagian air, 1 bahagian baja yakult). Jadikan ia sebagai semburan di awal pagi dan lewat petang.
Cara saya jaga pokok ikut sempat. Kadang baja sebulan sekali, siram air beras atau air basuhan ikan. Sembur baja yakult. itu sahaja. Yang lain saya berserah pada Allah rezekikan. Ulat makan daun dan kelopak bunga saya anggap sedekah untuk ulat-ulat tu
Ads
Lagi satu, boleh cuba cuka kayu. Cuba campur sekali dengan baja yakult masa nak sembur. Kawan-kawan yang dah cuba dan menjadi, kongsi-kongsikan ilmu ni ye. Agar semua menerima manfaatnya
Nak beli cuka kayu gred AAA yang ramai orang gunakan, boleh lihat kat link ni https://invol.co/cl8ew64 murah je. Tak sampai RM 10 pun
Ads
Guna Baja Ni, Limau Kasturi Tanam Dalam Pasu Berbuah Lebat Sepanjang Tahun
Perkara yang paling tidak disukai adalah apabila melihat pokok cili kesayangan kita mati atau berpenyakit. Mungkin antara puncanya ialah pokok yang di tanam tidak bersesuaian dengan persekitaran kerana pemilik taman meletakkan pokok tersebut di tempat yang kurang sesuai. Atau pun tumbuhan banyak musnah sekembalinya kita daripada percutian yang panjang kerana tiada orang yang menyelenggara atau menyiram pokok di laman rumah. Tetapi pernahkah anda dengar tumbuhan mati disebabkan terlebih penjagaan. Sebagai pemilik taman anda perlu arif tentang sebahagian tumbuhan memerlukan penjagaan minimum untuk ia kekal sihat.
Air siraman yang berlebihan
Terlebih air siraman antara punca cili anda mati. Hal ini selalu terjadi kepada cili yang ditanam di dalam pasu. Cuba bayangkan anda berendam selama 24 jam dan kemudian kulit anda mula berkedut akibat lebihan air tersebut. Begitu jugalah dengan tumbuhan, jika ia terendam terlalu lama akarnya akan mula lemas dan kadang kala boleh menyebabkan tumbuhan menyerap air berlebihan dan boleh mengakibatkan terdapat bahagian-bahagian tumbuhan tersebut terutamanya batang lembik dan mati. Jika terdapat bahagian-bahagian pokok yang mula melembik, potong dan buangkannya segera sebelum berjangkit ke bahagian lain.
Baja yang berlebihan
Pelbagai jenis baja diletakkan untuk memastikan cili yang ditanam menghasilkan bunga yang banyak, hasil yang bagus dan memastikan tumbesaran pokok yang sihat. Perkara tersebut kadangkala boleh mengakibatkan tumbuhan bertambah lemah dan mudah terdedah kepada penyakit kerana baja berlebihan menyebabkan akar pokok menjadi panas dan semakin kurang daya tahan kepada penyakit.
Pemilik taman harus waspada agar jangan ghairah meletakkan terlalu banyak baja pada satu-satu masa kerana mahukan pokok cili membesar secara drastik. Untuk mendapatkan tumbuh-tumbuhan yang sihat, pastikan ia membesar secara natural. Bagi laman yang menggunakan tanah atau baja kompos, penggunaan baja harus di tahap paling minimum.
Trik Tampal & Gantung Semudah 1,2,3. Tanggal Pun Tiada Kesan! Pernahkah anda berhadapan dengan dilema untuk menyusun atau menggantung peralatan rumah? Ruang penstoran yang ada tidak tersusun dan berselerak? Buat anda yang masih lagi mengalami masalah ini, IMPIANA nak kenalkan satu jenama produk yang boleh bantu selesaikan segala permasalahan tersebut!
Dengan rangkaian produk dari 3M Command™, anda tidak perlu lagi berhadapan dengan ruang menyimpan peralatan yang memeningkan kerana produk 3M Command™ ini bukan saja dapat memastikan peralatan anda sentiasa dalam keadaan kemas, malah ia juga dapat membantu anda menggantung alatan tersebut tanpa perlu ketuk atau gerudi dinding kediaman. Hebat kan?
Ia mudah ditampal, mudah ditanggalkan, dan juga multi-fungsi tau! Dengan menggunakan 3M Command™ Broom Gripper, peralatan rumah seperti penyapu atau mop boleh digantung mengikut kesesuaian dan kreativiti anda sendiri.
3M Command™ Broom Gripper ini sesuai ditampal di dalam bilik stor, dapur, mahupun di ruang berhampiran tandas, di mana peralatan cucian anda biasanya disimpan. Kami juga syorkan penggunaan 3M Command™ Broom Gripper pada kebanyakkan permukaan rata seperti jubin, kayu dan juga dinding. Tetapi kenalpasti dahulu jenis cat yang digunakan kerana ia mungkin tidak sesuai untuk permukaan dinding yang menggunakan cat air.
Selain dapat melekat dengan kuat pada permukaan rata, Command™ Broom Gripper juga mampu menampung berat maksimum sehingga 1.8kg. Jadi tak perlu bimbang peralatan jatuh dan dinding rosak.
Cara Pemasangan 3M Command™ Broom Gripper
Langkah-langkahnya penggunaannya amat mudah untuk diikuti, semudah 1, 2, 3!
Anda hanya perlu ikut cara ini :
Cara Menanggalkan 3M Command™ Broom Gripper
Lihat lah betapa mudahnya cara nak pasang dan tanggalkan 3M Command™ Broom Gripper. Guna 3M Command™, tiada kesan, tiada dinding rosak!
5 Kelebihan Menggunakan 3M Command™
Sekarang anda sudah tahu betapa hebatnya produk 3M Command™, jangan lupa dapatkan pek berkembar istimewa Broom Gripper dengan penjimatan sehingga 25%.
Cepat, dapatkan edisi terhad ini selagi stok masih ada!
Kini, anda juga berpeluang mendapatkan diskaun sebanyak 8% apabila membeli mana-mana produk 3M Command™ di Lazada. Anda hanya perlu belanja RM28 keatas dan gunakan kod promo COMMAND8, sah sehingga 31 Januari 2020.
IMPIANA kongsikan 10 tip dan petua untuk anda di luar agar mudah dan cepat melakukan kerja di dapur.
Melakukan kerja dapur bukanlah satu perkara yang mudah. Kadang-kadang rasa penat yang tak terkata, sebab tak habis-habis kerja di ruang ini. Tapi ruang ini akan lebih meriah dan seronok jika kerja yang dilakukan mudah dan cepat. Sememangnya kita semua tahu ruang dapur adalah nadi dalam sesebuah rumah. Jika tiada ruang dapur pastinya rumah itu tidak lengkap dengan hidangan yang lazat.
Pastikan beras dibasuh dengan betul-betul bersih. Sebelum membilas buat kali kedua atau ketiga, pastikan air bilasan yang terdahulu telah dikeluarkan kesemuanya terlebih dahulu. Nasi juga boleh dibilas dengan bilasan terakhir menggunakan air bertapis dan memasak nasi dengan air bertapis itu.
Bagi mereka yang baru bermula untuk belajar memasak di dapur, walaupun nasi merupakan paling mudah dan asas, pastinya anda akan teragak-agak untuk menentukan sukatan air bagi nasi yang dimasak.
Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang dimasak. Bagi masakan nasi untuk beras yang digunakan dalam masakan harian, tips yang cukup mudah adalah gunakan menggunakan cawan. Cawan yang sama digunakan untuk menyukat beras untuk dimasak digunakan untuk menyukat air dengan formula 1 cawan beras bersamaan 1 hingga 1 ½ cawan air.
Bagi penggemar ikan sungai atau ikan tawar seperti ikan lampam, ikan baung pastinya sudah biasa dengan masalah ikan ini yang mempunyai lendir dan sedikit hanyir. Terdapat beberapa cara yang anda boleh guna untuk menghilangkan lendir dan hanyirhanya dengan barang yang mudah terdapat di dapur.
Jikalau anda bercadang untuk memasak ikan sungai atau ikan tawar, air basuhan beras jangan dibuang. Simpan air basuhan untuk membasuh lendir dan hanyir ikan akan hilang.
Halia bukan sahaja dapat digunakan dalam masakan, tetapi juga boleh menghilangkan lendir dan bau hanyir pada ikan. Cincang halus halia dan perapkan bersama ikan selama setengah jam.
Asam jawa juga dapat digunakan bagi menghilangkan hanyir dan lendir ini. Ambil asam jawa dan lumurkan pada ikan. Perapkan seketika dan bilas sehingga bersih sebelum dimasak.
Pengisar makanan kebiasaannya akan berbau kurang menyenangkan terutamanya jika anda menggunakan pengisar itu untuk mengisar cili atau bawang. Gunakan sedikit beras yang ditambah dengan sedikit air dan kisar seketika. Bilas pengisar makanan dengan air bersih dan bau tadi yang kurang menyenangkan pastinya hilang.
Gunakan khazanah semulajadi sebagai pewangi semulajadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja dalam peti sejuk anda semalaman. Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti anda juga akan berbau wangi.
Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga kering. Bau yang kurang menyenangkan pasti akan beransur hilang.
Semut dan gula seperti tidak dapat dipisahkan. Pastinya menjengkelkan bagi mereka yang memasak di dapur kerana semut yang halus sentiasa menghurung bekas gula walaupun ditutup rapat dan kedap. Nak hapuskan semut? Petua mudah, letakkan bunga cengkih ke dalam gula. Semut tidak lagi akan menghurung gula kerana bau dari bunga cengkih itu.
Bubuk atau kutu beras akan menjadikan beras anda lembik, kurang enak dan mudah basi. Halau kutu beras ini dengan hanya menggunakan cili kering. Potong dua cili kering dan letakkan ke dalam bekas simpanan beras anda. Sifat panas dan bau kuat dari cili kering akan menyebabkan bubuk atau kutu beras ini tidak bersarang pada beras anda.
Memastikan sayur anda lebih segar dan tahan lama hanya mudah sahaja. Pastikan anda menyimpan sayur anda di dalam bekas kedap udara sebaik sahaja pulang ke rumah. Kesegaran dan ketahanan sayur anda pastinya akan terpelihara lebih lama.
Lalat merupakan salah satu masalah utama bagi memastikan kebersihan makanan anda terjaga. Untuk menghalau lalat anda ini dengan cara yang lebih semulajadi, ambil daun kari dan letakkan di kawasan yang sering dihinggapi lalat. Anda akan lihat perubahan ketara kerana bau dari daun kari tidak disukai lalat.
Pastinya bagi anda yang baru belajar memasak, atau sudah lama, percikan minyak panas semestinya membuatkan anda berhati-hati semasa menggoreng. Untuk mengelakkan anda terkena percikan minyak panas ini, mudah sahaja.
Ambil sepotong limau nipis dan perahkan ke dalam minyak masak sebelum dipanaskan. Hasilnya, tiada lagi percikan minyak panas dan anda juga akan lihat perbezaan bau dan rasa masakan yang digoreng dengan aroma yang lebih enak.
Jangan lupa untuk mencuba petua dan tip yang kami kongsikan dengan anda! Jikalau anda mempunyai komen atau lebih banyak tips, jangan segan silu untuk berkongsi bersama IMPIANA. Selamat mencuba!
KLIK DI SINI untuk pembelian 4 In 1 Hand Blender Set Pengisar Pegang Tangan Electric, memang wajib ada di ruang dapur anda.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!