Tandas atau bilik air merupakan satu ruang yang mana pemilik perlu extra berhati hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, lebih -lebih lagi pada keadaan lantai. Ini kerana lantai basah yang licin boleh membahayakan pengguna. Terdapat beberapa kes jatuh di bilik air yang menyebabkan lumpuh atau strok.
Disini IMPIANA kongsikan langkah penjagaan lantai tandas agar tidak lagi terlalu licin dan membahayakan :
1. BERSIHKAN KOTORAN YANG MELEKAT
Kotoran yang melekat pada lantai bilik mandi harus sering dibersihkan. Antara kotoran adalah seperti tumbuhan kulat yang merebak. Kotoran ini berada di tempat lembab dan boleh menyebabkan lantai menjadi semakin licin.
2. AIR CUKA
Campur sedikit air cuka dengan air bersih ke dalam baldi dan gunakan ia untuk mengemop lantai.
Ads
3. GARAM
Selain digunakan untuk bahan masakan garam juga boleh digunakan dibilik air. Anda hanya perlu menabur garam di lantai yang licin. Garam mampu membuat lantai menjadi kesat.
Ads
4. ALAS ANTI LICIN
Alas anti licin ini tersedia di pasaran. Anda hanya perlu ukur keluasan bilik mandi anda kemudian beli mengikut ukuran yang telah dibuat. Cara pemasangannya juga sangat mudah kerana ia terdapat dalam bentuk pelbagai saiz.
Ads
5. CAIR PEMBERSIH
Bersihkan lantai bilik air menggunakan cairan pembersih lantai kursus untuk kamar mandi. Hal ini kerana bahan cairannya yang tidak kesat dapat membantu kondisi lantai anda terkawal.
6. TUALA KERING
Pastikan dibilik air anda sentiasa ada tuala kering untuk mengelap lantai bilik air yang basah. Pastikan bilik air anda sentiasa kering.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
1. Entryway dengan latar belakang dinding berwarna lebih segar bersama perabot yang bersesuaian pastinya memberikan satu kesinambungan yang segar sebalik ruang tersebut. Tidak kira ruang laluan itu terhad atau luas. Pemilihan warna untuk latar belakang ruang ini perlu di titik beratkan. Pemilihan warna dinding mahupun anda mengenakan cat atau kertas hiasan dinding pemilihan yang tepat mengikut cita rasa pemilik perlulah ada dan mempunyai kesinambungan dengan perabot di sekeliling kawasan tersebut.
2. Entryway yang memaparkan cermin bercorak lengkung, meja konsol separuh bulan dan kerusi ini mampu menarik perhatian pandang pertama. Rekaan cermin tidak semestinya berbentuk lengkung, anda boleh memilih pelbagai bentuk mengikut kesukaan dan minat tersendiri. Jika ruang laluan tersebut agak sempit dan terhad gayakan dengan cermin yang bersaiz kecil atau sederhana. Jika ruang laluan anda luas sebaiknya mengayakan cermin yang mampu menjadikan ruang tumpu tersebut tampak luas. Bagi yang inginkan ruang ini lebih bergaya, tambahkan lampu terendak dan hiasan kecil yang lain di atas meja konsol, agar suntikan ini lebih menyerlah.
3. Rumah tamu dengan perabot dan dinding berwarna pastel, diberi sentuhan warna yang memecahkan kebuntuan.Hmmm…. ramai yang memiliki kediaman dengan cat sedia ada warna putih dan krim, apa kata kali ini berikan nafas baru dalam ruang dengan menyimbah warna lebih terang dan berani bagi memberi kelainan dan menaikan aura lebih menyengat. Usah bermain dengan lebih dari tiga warna dalam satu ruang. Ini kerana, jika anda padankan warna dinding dan perabot yang kurang serasi, pastinya mengundang kekeliruan di dalam tema dan gaya yang ingin diketengahkan.
4. Perabot kemasan metalik dengan hiasan dan cermin berwarna emas menghiasi laluan masuk, sudah pastinya memberi ekspresi WOW! Tampil mewah dalam bersahaja, ruang ini memberi penekanan yang membuatkan tetamu lebih terpegun dan tidak sabar untuk melangkah masuk ke dalam kediaman untuk melihat sentuhan peribadi yang dikenakan oleh pemilik kediaman. Ruang laluan atau entryway ini adlah selari dengan pelan lantai ruang tamu. Kedudukan kedua ruang ini perlulah dititik beratkan untuk memberi kesinambungan di atara satu sama lain.
5. Gabungan lama dan baru melalui elemen rustik kabinet pinggan mangkuk dan kerusi dan elemen moden cermin bulat dan kertas dinding yang bersinar di laluan masuk ini, menyuntik cita rasa kontemporari dalam garapan moden. Bak kata pepatah lama, ‘jika tiada yang dulu, mana datangnya yang baru’, usah buang dengan perabot lama yang ada anda boleh ubah suai dengan perabot lama menjadi seakan perabot baru dengan pelbagai cara. Mengecat semula, menambah baik kondisi perabot lama itu agar tambil baru. Ini mampu mencuri perhatian ramai malahan pemiliknya juga akan terpegun dengan perabot lama yang diberi nafas baru.
6.Penggunaan kertas dinding bercorak menyerlahkan lagi perabot dan aksesori yang digunakan pada laluan ini. Tidak perlu mengenakan kertas dinding yang bercorak seluruh ruang, cukup hanya dengan satu dinding sahaja. Dinding tersebut adalah dinding tumpu yang pastinya menjadi titik tumpu utama jika pintu rumah terbuka. Pemilihan aksesori yang membangkitkan ruang tersebut adalah seperti jambangan bunga segar, lampu terendak, gantungan bingkai gambar yang menyempurnakan ruang tersebut pastinya pilihan yang tepat untuk ruang laluan utama ini.
Pemaju perbandaran, LBS Bina Group Berhad (LBS), meneruskan rancangan 2019 dengan melancarkan pembangunan perbandaran baru seluas 633 ekar, Kita @ Cybersouth, yang terletak di Cybersouth Dengkil. Pembangunan perbandaran baru yang bertemakan ‘kemudahan gaya hidup’ ini memenuhi keperluan keluarga moden dan kehidupan kemasyarakatan. Pembangunan ini terdiri daripada rumah teres, rumah bandar, pangsapuri perkhidmatan, kedai serta unit komersial.
LBS bangga menjadi pemaju bagi rakyat yang benar-benar memahami keperluan pembeli rumah. Projek perbandaran terbaru dengan harga rumah yang berpatutan ini memenuhi permintaan untuk perumahan mampu milik yang kian meningkat, serta menyokong agenda perumahan negara kerajaan,” kata Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San. Dibina berdasarkan kemampuan pemilik, perhubungan dan komuniti, perbandaran yang mampan ini akan memenuhi permintaan pembeli rumah moden yang semakin meningkat untuk rumah yang berkualiti dan mampu dimiliki. Perumahan ini direka dengan teliti untuk memenuhi kehidupan yang praktikal dan selesa. Ia juga lengkap dengan pelbagai
kemudahan dan kawasan komunal untuk menjalin silaturahim antara penduduk serta membina komuniti yang ceria. LBS percaya strategi penawaran aktif lebih banyak produk berkualiti yang memenuhi permintaan pasaran akan menyumbang kepada momentum pertumbuhan untuk mencapai hasil penjualan sasaran sebanyak RM1.5 bilion 2019.
Kami telah menyaksikan perkembangan pesat di Dengkil kerana kawasan ini telah mendapat manfaat daripada pertumbuhan sosio-ekonomi di koridor selatan Lembah Klang. Oleh sebab Lembah Klang sedang meneruskan perkembangan ke arah selatan, Dengkil 2 akan menjadi titik utama seterusnya untuk pembangunan hartanah. Perumahan di Kita @ Cybersouth adalah peluang pelaburan yang baik,” kata Tan Sri Lim.
Fasa pertama dan kedua Kita @ Cybersouth, yang terdiri daripada 1,077 unit rumah teres dua tingkat dan rumah bandar untuk pembeli Melayu, telah dibeli semasa pelancaran awal pada bulan November tahun lepas. Kejayaan fasa awal tersebut telah mendorong pelancaran fasa baru bernama, ‘Kita Harmoni’ yang merangkumi 674 unit rumah teres dua tingkat berukuran 20’ x 65’, dengan harga bermula daripada RM560,000. Dengan harga berpatutan, ketersambungan yang baik serta persekitaran mampan yang menggalakkan hubungan kekeluargaan, ‘Kita Harmoni’ dijangka akan menerima sambutan yang sama hangat dari pasaran.
Menyokong usaha kerajaan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dalam merealisasikan agenda perumahan negara, LBS memperkenalkan “Kita Impian” di perbandaran baru Kita @ Cybersouth. “Kita Impian” menawarkan 964 unit pangsapuri servis berharga daripada RM250,000 dengan keluasan binaan 551 dan 901 kaki persegi. Kita @ Cybersouth mudah diakses melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya PutrajayaCyberjaya melalui Lebuhraya Elite, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Selatan Lembah Klang (SKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (NKVE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Jalan Dengkil-Banting. Ia juga terletak di sekitar kawasan berkemudahan awam seperti sekolah serta institusi
pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa, seperti Sekolah Kebangsaan Dengkil, Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya, Universiti Heriot-Watt Malaysia, Universiti Lim Kok Wing dan Universiti Xiamen.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Salah satu aksesori wajib di ruang tamu tentulah televisyen, bukan? Tanpa sebuah TV rasanya bagai tidak lengkap ruang ini.
Terdapat pelbagai cara nak “display” televisyen bagi melengkapi ruang tamu kediaman tetapi tidak semua cara sesuai. Jika tak kena gayanya, mungkin akan tampak bersepah dan serabut dengan wayar yang berselirat dan perhiasan yang berhabuk.
Jadi kali ini IMPIANA ada himpunkan beberapa idea kabinet tv dengan ruang penstoran agar sudut ini akan sentiasa tampil kemas dan menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!