Kesilapan Memilih Pilihan Konsep Terdapat banyak konsep di luar sana. Ada konsep yang nak tayang kemewahan dan nilai seni. Ada yang simple je tapi selesa dan nampak tak cantik sangat. Jadi anda kena pandai pilih, yang mana satu yang anda perlu dalam sebuah ruang.
Selalunya konsep klasik mewah ni banyak makan ruang dan nampak semak jika ditempatkan dalam kediaman kecil. Silap-silap nak jalan pun payah. Elok-elok nampak jadi jadi buruk pada mata kita. Utamakan saiz perabot dan keselesaannya. Kalau konsep moden, rekaannya simple, kemas, mudah. Adakala kita tak perlu pun 3 seater sofa. Cukup 2 seater dan sebuah small sofa. Simple itu seksi!
2. Ghairah Dengan Pilihan Warna.
Ramai yang memilih warna berdasarkan warna kegemaran sendiri. Tak salah ikut cita rasa sendiri tetapi biar realistik. Adakala kita begitu teruja dengan warna merah, biru , ungu…apa je yang ada kat dalam buku cat tu. Selalunya warna terang mudah mencuri tumpuan mata dalam kod warna buku cat tu kan. Tapi silap pilih warna, rumah yang cantik leh jadi buruk. Nanti orang ingat rumah kita fun fair pulak.
Tenang, tengok dulu, apa warna perabot anda yang dominasi ruang rumah anda. Andai ia sudah gelap, janganlah ditambah dengan warna gelap. Begitu juga jika rumahnya sempit. Anda boleh memilih rona bumi atau pastel , atau biasan keputihan. Jangan pandang sepi kod warna pucat tu kerana selalunya itulahl warna yang memberi seri pada rumah anda. Dari situ leh short listedkan warna apa yang berkenan di hati. Cara terbaik dan selamat, warna pastel yang lembut. Jadi ruang lebih seimbang antara warna perabot sedia ada dan dinding rumahnya.
3. Tayang Semua Benda Dalam Kabinet Penstoran
Ads
Ada di antara kita yang lebih senang memilih kabinet beli sendiri dari bina dalam. Itu tak jadi hal. Cuma kalau menempatkan kabinet pamer ke di ruang utama, jangan pilih yang terbuka jika banyak benda anda nak simpan. Susunlah dengan cantik sebagai hiasan. Cuma ada benda lain kena disimpan dengan teratur tetapi bukan untuk tontonan ramai. Jadi pilih kabinet tertutup, simple dan kalau boleh yang nampak macam dinding rumah anda agar mengaburi pandangan dan saiz ruang….jangan sampai anda tak dapat cari kabinet anda sudah ..
4. Tiru Berlainan Jenis
“Saya suka kemasan lantai kayu gelap, sama dengan perabot jati nampak elegan macam rumah semi D kawan saya. Jadi saya tiru untuk rumah flat saya ni”….Dengan perabot jati , kemasan kayu gelap dan cat juga rona coklat gelap konon nak sedondon, ruang kecil itu nampak agak berat dan penuh sesak. Jadi jangan meniru rumah cantik tetapi berbeza jenisnya. Tirulah rumah cantik yang sama jenis dengan kediaman anda…baru praktikal
Ads
Jika rumahnya agak panas, ditambah pula terletak di blok tengah, kena sinar matahari petang, kemasan lantai jubin dilihat lebih sesuai agar memberi keselesaan berpijak dengan rona dingin seperti hijau pudina atau putih kekelabuan.Jika rumahnya mahu berlantai kayu, apa kata memilih rona perang kekuningan terang seperti ramin agar suasana nampak segar, riang dan’ringan’ macam kediaman moden di Jepun yang comel itu.
Ads
4. Rambang Mata Kemasan Dinding
Selain cat, ramai juga yang ghairah dan rambang mata bila melihat corak kertas dinding. Maklumlah kini banyak kertas dinding yang cantik dan menarik pandangan. Sampai ada yang memilih corak sarat , bersaiz besar dan berkerawang mewah biarpun corak tersebut tiada kena mengena dengan dekorasi rumahnya. Memang jika dilihat dari buku contoh ia sangat mengkagumkan. Tuan rumah yang berhasrat tinggi, sudah pasti mahukan yang paling ‘meletop’ untuk rumahnya. Betul!
Tetapi jangan lupa semua elemen dalam rumah kita saling berkait. Bukan berdiri sendiri . Tersilap pilih corak, sudahnya rumah nampak sesak tambah dengan perabot lagi. Jadi anda kena tegas dengan pendirian. Apakah impak yang anda mahukan?ini kertas dinding lebih molek dijadikan feature wall sahaja. Tidak perlu sampai bungkus satu rumah. Selain warna samar, corak belang vertikal atau corak bunga kecil juga dianggap sesuai. Anda juga boleh memilih kertas dinding yang mempunyai kesan tekstur atau 2D visual binaan seperti susunan batu-bata yang bebas lepaan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kerana cintanya terhadap warna kedamaian serta ketenangan dan dalam masa yang sama ingin merasai seperti berada di tepi laut , seorang pemilik homestay di Nilai, Negeri Sembilan iaitu En Amran Rosli berkongsi minatnya terhadap rona biru, putih dan kelabu cair dan diterapkan dalam idea dekorasi dalaman homestaynya.
Menurut beliau, kediaman yang berkeluasan 859 Sqft ini terdiri daripada tiga bilik tidur dan dua bilik air serta pada masa yang sama, segala hasil kerja dari segi mengecat dan dekorasi dijalankan oleh mereka sekeluarga. Untuk idea dan inspirasi mereka banyak merujuk kepada group deko serta membuat kajian di laman web deko.
“Kami membelanjakan sebanyak RM25K untuk segala langsir, pembelian katil, sofa, kabinet dapur dan tempat grill serta mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan segala kelengkapan dan renovasi tambahan”, ujar petugas pelantar minyak ini.
Dalam perkongsian gambar sebelum proses renovasi dan dekorasi, pada asalnya dapat dilihat kediaman ini hanya mempunyai singki serta ruangan dapur yang nampak biasa sahaja tetapi idea bernas En Amran sekeluarga, mereka menaiktarafnya menjadi lebih menarik dengan tambahan meja kaunter minibar serta kabinet dapur biru cair.
Selain itu, terdapat juga perubahan dari segi pemilihan siling yang dinaiktaraf menggunakan drop siling serta ditambah dengan simbahan cahaya hidden light menaikkan lagi seri kediaman ini.
“Saya memilih sofa serta meja makan yang berkonsepkan kaki pensel kerana kediaman ini hanya didiami pada hujung minggu ata jika terdapat tempahan untuk digunakan, justeru saya merasakan ianya amat sesuai untuk diletakkan dalam homestay ini”, katanya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bosan dengan gaya biasa di ruang makan? Anda mungkin boleh mencetuskan kelainan dengan menyuntik pelbagai warna dengan gaya yang berbeza di ruang menjamu selera anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengambil inspirasi ala kafe untuk merubah ruang makan yang hambar menjadi lebih bermaya. Gaya ini sangat sesuai buat anda yang berjiwa muda dan sukakan sesuatu yang segar. Web Impiana berkongsi dengan anda 5 gaya yang pastinya buat anda terpersona.
1.Jarang-jarang kita lihat ruang makan tampil sebegini. Inspirasi dari sebuah kafe di Singapura ia sangat memukau. Di tambah pula dengan pilihan kerusi dengan reka bentuk serta warna yang berbeza telah merubah ruang tampil ceria.
2.Wow!!! Sesuai untuk anda yang punya citarasa yang tinggi.Kediaman jenis apartmen dan studio boleh jadikan ini sebagai inspirasi.
sumber foto: homefuly.com
3.Go Green!!!! Pencinta hijau pasti sukakan ini. Kafe-kafe sekarang banyak yang memilih gaya seperti ini. Mementingkan keselesaan, sedap mata memandang dan punya keunikkan yang tersendiri.
4. Satu lagi gaya kafe di ruang makan. Santai, selesa dan simple. Namun paling menarik dinding menggunakan konsep papan hitam. Idea bijak!
5. Kalau tadi untuk peminat hijau ini khas untuk peminat biru. Kabinet dan kaunter pulau serba biru. Konsep yang menarik malah sangat unik dan berani mencipta kelainan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Adakala sakit hati jugakan bila lihat hasil tata hias rumah kita. Duit dah banyak habis, penat bershopping sana sini. Tapi rumah tetap nampak biasa je. Semak lagi ada. Apa yang silapnya? Tambah sana, tambah sini tak juga berseri. Sudahnya kita menggigit jari. Mungkin ada silapnya.
Pertembungan Dua Budaya
Aura budaya ini sangat kuat. Misalnya anda memilih gaya baba nyonya, nusantara, Inggeris dan Morrocan yang jelas nampak identiti seseuah budaya. Setiap budaya ada mood hiasannya tersendiri. Kita tidak boleh mencampur adukkan sekejap Inggeris, sekejap nusantara dan sebagainya. Dimana fokus anda? Jadi pilih yang benar-benar anda minati dan wujudkan identiti tersebut pada segenap ruang. Begitu juga g sofa dan meja kopinya. Perlu ada satu kesinambungan yang harmoni.
Kepelbagaian Aksesori.
Ini merupakan salah satu masalah di kalangan kita. Aksesori kediaman sememangnya sangat cantik. Baik yang dibeli sendiri atau yang dihadiahkan untuk kita. Masalahnya terdapat pelbagai bentuk hiasan yang kita perolehi. Pastikan aksesori ini merupakan pelengkap konsep kita. Ini bermakna ia serasi dengan konsep utama, dan menyerlahkan lagi gaya yang kita pilih. Misalnya jika memilih Inggeris, gunakanlah pasu porselin rekaan ala kedesaan Inggeris. Bukan periuk tanah liat ala dunia Nusantara.
Langsir Yang Dominan
Langsir ni nampak je simple. Tetapi ia selalunya menjadi masalah apabila langsir yang mendominasi sebuah ruang. Bayangkan sebuah ruang yang ringkas , seperti kediaman ruang terhad. Atau pemilihan perabot semua moden ringkas tetapi langsirnya, klasik mewah yang sarat macam era rococo. Begiitu juga fabrik yang tidak sesuai, warna yang tidak serasi dan karakter corak yang janggal. Pakai konsep moden, langsirnya corak kedesaan Inggeris atau klasik. Jangan begitu!
Kusyen kecil yang berlainan gaya
Biar pun kecil namun peranan kusyen kecil ini sangat besar.daam mencuri tumpuan mata. Adakala corak pilihan kita tu tak masuk dengan gaya keseluruhan ruang. Gaya yang rigkas di jodohkan dengan sofa kedesaan Inggeris yang berbunga-bunga comel. Tidakkah pelik jadinya. Jadi awak, bukan kusyen sebarang kusyen.
Saiz Tak Nak Kalah
Bayangkan dengan ruang begitu kecil, anda memilih perabot dempak sampai terpaksa berebut -rebut ruang yang ada dengan perabot lain. Jalan pun payah dibuatnya. Kita kena hakikat apa yang ada pada kita, itulah yang kita serlahkan. Itu perabot. Payah sangat pilih saja sofa L yang ada dala beberapa saiz mesra ruang. Tetapi jika pada aksesori dinding, tidak salah anda memilih hiasan besar tetapi cukup
Biarlah ia menjadi fokus pandangan mata. Tidakkah ia menjimatkan!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.