Bukan semua di kalangan kita yang bertuah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tahun. Ada juga yang diuji dengan masalah kesihatan dan cabaran dalam hidup ini bukanlah satu beban tetapi variasi dalam kehidupan yang perlu kita tempuh. Ada di antara kita yang diamanahkan menjaga ibu bapa yang sakit, ada yang bertanggungjawab menjaga ahli keluarga yang mempunyai penyakit kronik malah ada juga tuan rumah sendiri yang tidak mempunyai tahap kesihatan yang kuat melawan segala penyakit di luar sana.
Ads
Apatah lagi jika anda seorang yang selalu terdedah dengan orang ramai misalnya. Menaiki kenderaan awam dan berjumpa dengan orang ramai. Itu belum lagi terpaksa meredah hujan dan panas dalam menggalas tugas. Pasti mencabar. Rasa resah dan gelisah sudah pasti bertandang jika anda mudah diserang demam dan selsema. Jadi apakah usaha kita dalam menjadikan ruang kamar lebih selesa dan memberi rasa senang dikala kita menanggung penyakit yang tidak diundang ini?
Jika diperhatikan, ilham daripada wad hospital itu sendiri. Warna dan perabot serta keperluannya. Anda yang menjaga orang tua yang uzur atau anda sendiri uzur boleh memilih rona pucat yang memberi karakter lembut membelai seperti diibaratkan orang berbisik. Rona lembut atau pucat ini memberikan satu kelegaan pada mata dan terapi pada diri agar tidak stress dan melahirkan rasa resah.
Ads
Ada yang memilih hijau pucat, biru samar, kelabu cair dan disuai padan dengan warna di dalam kelompok yang sama. Ia bukan sahaja untuk dinding, anda boleh keenakan pada kemasan lembut. Langsir, cadar, dan sarung kusyen . Pastikan ia fabriik kapas bermutu. Malah tidak salah anda membiarkan ruang atau perabot berwarna putih dan dibelai dengan rona ini pada kemasan lembut. Selain pencahayaan semula jadi yang perlu ditapis dengan sheer curtain, kamar jga memerlukan langsir tebal jika anda memerlukan suasana yang gelap untuk berehat bair pun disiang hari.
Ads
Biar pun ia sebenarnya nampak remeh, namun tidak salah kita memberi rasa senang kepada mereka ini. Setidak-tidaknya mengurangkan beban penyakit yang mereka hidap. Simple-simple je di IMPIANA….
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terdapat pelbagai cara untuk menghias kediaman anda sama ada menyesuaikan susunan perabot dengan pelan ataupun memilih warna cat yang bertepatan dengan konsep rumah agar selesa dan nyaman didiami. Sudah tentunya setiap orang mempunyai citarasa dan kepentingan yang tersendiri dari segi rekabentuk perabot, konsep dan flow yang ingin ditonjolkan oleh kerana itu kita perlu pastikan betul betul yang mana paling sesuai untuk diterapkan pada kediaman masing-masing.
Seperti pemilik rumah pangsapuri 900 kaki persegi, Puan Norazurra Aziz yang memilih konsep minimalis untuk teratak kecilnya yang terletak di Batu Caves, Selangor. Rumah ini dilengkapi 3 bilik serta 2 bilik air dan ruang balkoni yang cukup untuk tuan rumah bergerak bebas tanpa berasa sempit dan sesak. Mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk dihias dengan sempurna dengan kos keseluruhan sebanyak RM50k, Puan Norazzura memilih untuk menggunakan bilangan perabot yang minima serta cat berwarna terang seperti putih agar ruang yang sempit kelihatan lebih luas dan lapang.
Dengan berbekalkan gambar-gambar hasil perkongsian tuan rumah, IMPIANA dapatlah meninjau-ninjau kediaman kecil yang cantik dan selesa ini.
Rak kasut warna putih diletakkan pada ruang sebelah pintu masuk utama memastikan kasut tidak berselerak dilantai luar.Terdapat juga meja kecil berserta dua kerusi untuk memudahkan tetamu memakai kasut. Meja juga dihiasi tumbuhan hijau agar kediaman tampak segar.Kedudukan rumah di ground floor memudahkan lagi pemilik menghias rumah dengn cantik dan tersusun
Cermin digantung pada dinding untuk memberi ilusi ruang yang lebih luas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Walaupun hanya sekadar peminat deko, ia tidak menghalang seorang kakitangan universiti awam untuk menatarias sebuah kediaman studio di Sri Hartamas, Kuala Lumpur hanya dalam masa 3 minggu untuk tukar segalanya daripada biasa kepada luar biasa.
Studio apartment ini berkeluasan 450 kaki persegi dengan 1 bilik air dan tandas. Ia dihias mengikut tema moden minimalist seperti menggantung pelbagai poster abstrak yang menyerlahkan lagi tema menarik ini.
Menurut empunya kediaman iaitu, Pn Nurul Anis Omar, ‘saya amat menyukai tona lembut seperti warna kelabu muda dan biru gelap kerana ia membantu apartment kecil saya ini nampak luas, menarik dan elegant’.
Hiasan rumah ini memfokuskan di bahagian kamar tidur agar menampakkan ia seperti sebuah bilik hotel mewah.
“Gabungan tona warna dinding yang gelap dan hiasan bingkai frame lukisan abstrak menghiasi ruang tidur kediaman ini dan diserikan dengan gambar motif flora bagi menambahkan lagi seri ruang tersebut”, katanya yang mendapat sentuhan peminat dekorasi dalaman iaitu En Haziq Ammar.
Selain itu, menurut pereka dalaman ini lagi, dia turut menjalankan beberapa projek tatarias dekorasi di tempat lain seperti di Alor Setar dan Lembah Kelang.
Di bawah ini IMPIANA sediakan beberapa paparan bagaimana proses sebelum dan selepas dekorasi dijalankan dalam kediaman ini. Penulis berasa kagum dengan sentuhan beliau yang hanya bergantung kepada minat dan banyak merujuk kepada group dekorasi di facebook dan pinterest.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak kira apa juga ruang, ia perlu diberi suntikan yang sewajarnya agar ruang tersebut mampu memberi satu pesona dan aura yang positif kepada kita. Pun begitu ramai di kalangan kita masih lagi mempunyai masalah memilih warna. Benar ia bukan satu kerja mudah. Namun kita boleh melihat contoh-contoh yang berjaya pada kediaman seperti dalam paparan majalah. Ramai juga yang takut berain warna dan lebih selesa memilih hitam. Warna umpama musuh yang ada di dalam sanubari mereka berdasarkan pengalaman lalu. Ada juga lebih selesa memilih warna selamat, jadi tidaklah perlu kita bereksperimen dan sudahnya kediaman kita menjadi tidak keruan.
Benar, iklan pada produk cat sememangnya hebat dan dari pandangan mata, kita akan lekas terpesona denan warna yang paling menyerlah di dalam carta tersebut. Ia begitu terang dan cantik di pandang berbanding pilihan warna pastel atau jenis yang lebih pudar. Malah kemasan kilau berkilau juga menjadi pilihan berbanding pilihan matte yang dirasakan jauh lebih glamor. Adakah pendapat ini benar ? Adakah warna-warna menjerit ini sesuai untuk sebuah kediaman kecil dan dilengkapkan dengan perabot kayu yang selalunya berwarna hitam? Manakala kemasan matte membenarkan warna dinikmati secara keseluruhannta tanpa ada tompok kilauan cahaya.
Warna merupakan salah satu faktor yang menjadikan ruang kediaman kita lebih hidup dan tidak nampak membosankan. Selalunya kita lebih selesa memilh hitam kerana mahu menyorokkan kesan kotoran. Adakah kita selesa hidup dalam ruang yang jelas kotor biar tidak kelihatan nodanya ? Apakah ruang kediaman akan nampak luas, selesa dan santai denan rona hitam yang mendominasi ruang bersama pilihan warna terang yang keterlaluan ini?
Kini selain daripada warna cool neutral seperti putih asli, kebiruan, kelabu samar, pereka juga syorkan warna warm neutral yang lebiih mudah untuuk kita suai padankan. Namun masih ramai yang memilih rona gelap sebagai latar kediaman kecil. Jika mahu sangat perabot gelap, padankan sahaja dengan rona pastel yang lebih menarik dan tidak keterlaluan warnanya. Ruang lebih selesa dilihat dan lebih luas. Tidak salah anda memilih wana yang lebih terang tetapi cukup untuk sebuah feature wall. Bukan sampai satu rumah.
Di samping memilih warna yang lebih selamat, anda seenarnya berpelang menggantikan apa juga warna pilihan anda dengan mudah berdasarkan kemasan lembut seperti langsir , kusyen dan sebagainya. Jadi tidaklah membosankan kediaman anda dengan saban tahun dikenakan dengan warna yang sama. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.