Pernah tak anda dengar tentang kediaman yang berkonsepkan lestari atau ‘Green’. Apa sebenarnya konsep ini. Saya pasti ramai yang kurang faham dengan perkara ini. Kali ini Impiana membawa dua orang pakar dari Pertubuhan Arkitek Malaysia untuk menjelaskan konsep lestari ini. Menarik kalau anda tahu tentang konsep ini.
Rekaan menarik dalam binaan dan juga ia dapat menjimatkan tenaga elektrik dalam penggunaan harian. Adakah konsep ini sesuai dengan cuaca kita di Malaysia? Semua ini akan terjawab oleh Arkitek Kwan Kim Huah dan Arkitek Wang Mun Chin.
Reka bentuk rumah
Binaan rumah amat penting untuk menghasilkan konsep lestari ini. Kini, pemaju perumahan banyak yang telah membina konsep rumah lestari ini. Jika diperhatikan kemasan binaan batu angin menjadi satu titik dalam rekaan. Ia bukan sahaja nampak estetik dalam rekaan rumah itu malahan ia memberi aliran pengudaraan yang baik dalam rumah itu. Penggunaan kaca yang lebih banyak dan bukaan besar, membuatkan dalam rumah disirami sinar cahaya semulajadi.
Pemilihan Material
Dalam binaan bagi kediaman lestari ini material juga perlu diambil kira. Jika rumah tersebut boleh diguna pakai bahan kitar semula mahupun yang lama, ia boleh dikira sebagai lestari. Pemilihan cat dinding yang mempunyai label Green ini semua perlu dijadikan pilihan utama dalam mengetengahkan konsep ini. Penggunaan kayu dalam binaan cukup menarik ia juga salah satu elemen lestari semulajadi yang bernilai tinggi.
Ads
Penjimatan Tenaga
Penggunaan elektrik yang banyak dapat di atasi dengan kediaman lestari ini, open concept untuk sebuah rumah itu amat penting. Pintu gelongsor yang boleh memberi pengudaraan yang semulajadi masuk dan mengalir di dalam rumah dengan sempurna. Seperti yang telah dinyatakan dalam reka bentuk yang lestari.
Ads
Tanaman & Kolam
Menanam pokok di sekitar rumah dengan kolam air dikelilingi rumah akan memberi satu aura yang positif. Ia juga dapat menyumbang suasana yang segar dan tenang serta nyaman sepanjang masa.
Ads
Di sini IMPIANA kongsikan sebahagian projek-projek arkitek Kwan Kim Huah dan Arkitek Wang Mun Chin yang mempuyai elemen lestari yang boleh dijadikan inspirasi semua.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selain menjadi tempat kediaman, rumah juga merupakan pelaburan yang menguntungkan. Begitulah langkah bijak yang diambil oleh penyanyi Black Hanifah dalam menaik taraf kehidupannya.
Tidak dilahirkan dalam keluarga kaya dan mewah menyebabkan pelantun lagu Teman Pengganti ini berusaha keras meraih kesenangan hidup sehinggalah berjaya mengumpul beberapa aset demi masa depan. Tahniah!
Baru-baru ini, nama Black kembali menjadi bualan apabila dia membuka sebuah villa peranginan di Pulau Langkawi, Kedah yang dikenali sebagai Rindu D’Villa. Khabar gembira itu dikongsikan Black sendiri di Instagram miliknya sebelum ini dengan menunjukkan setiap perkembangan pembinaan villa berkenaan.
Villa sempena nama puteri kesayangan
Lebih manis, dia menamakan villa itu sempena nama puteri kesayangan iaitu RIndu Dayyana. Rindu D’Villa dibina berkonsepkan Bali yang terletak di Cow Hill, Kedawang, Langkawi mengambil masa kira-kira tiga bulan.
Jelas pemilik nama Hanifah Md Hanafiah ini, Rindu D’Villa dibina Black sendiri dan dibantu empat pekerja yang dibawa dari Kuala Lumpur.
Dia yang kini berusia 36 tahun berkata Rindu D’Villa sudah bersedia menerima kunjungan tetamu dan tempahan sudah mula dibuka pada bulan Mac.
Pelaburan Masa Depan
Difahamkan, Black juga tidak menolak kemungkinan bakal menambah villa di sekitar lokasi tersebut pada masa depan kerana menganggap ia satu pelaburan yang baik untuk masa depan keluarga.
Saban tahun, pasti ada aset baru yang dimiliki anak seni ini. Januari tahun lalu misalnya, Black berkongsi proses ubah suai kediaman dua tingkat miliknya yang serba moden dan eksklusif.
Pada tahun 2019, dia dilaporkan menghadiahkan ibu bapanya banglo dan tiga chalet iaitu D’Sawah Chalet di Kupang, Baling, Kedah yang harganya dianggarkan mencecah RM200,000!
Black menjelaskan kediaman itu dibina atas tanah milik bapanya selepas mereka berhasrat menetap di kampung.
15 langkah ini wajib anda buat setelah dapat kunci rumah baru anda. Buat pembeli rumah untuk pertama kali kadang-kadang anda tidak arif apa tindakan yang perlu anda lakukan setelah pemaju menyerahkan kunci rumah (vacant possession).
Apa yang perlu anda buat bila dapat kunci rumah, ini semua menjadi persoalan kepada semua pemilik rumah baru. Perasaan yang gembira terlalu seronok ini membuatkan kita alpa apa yang kita perlu lakukan dulu. Apa yang perlu anda buat bila dapat kunci rumah? Jom tanya Pakar Hartanah kita.
Pakar hartanah sekunder terkenal, iaitu Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi 15 panduan yang wajib anda buat sebelum berpindah masuk atau melakukan ubah suai rumah. Jangan terus teruja dapat kunci tapi buat dulu inspection secara terperinci. Sebaiknya setelah mendapat rumah baru anda jangan mengubah suai rumah tersebut dalam tempoh 18-24 bulan kerana pemaju yang akan menanggung kecacatan rumah tersebut.
SENARAI SEMAK KEADAAN RUMAH BARU
1. Pastikan tiada takungan air dalam lantai tandas. Buat ujian air dengan simbah sebaldi air, pastikan air mengalir kelubang saliran.
2. Tiada jubin lantai yang retak, sumbing atau pecah.
3. Keadaan lantai bersih, tiada kesan tumpahan cat atau najis tukang buat rumah.
4. Keadaan dinding tiada keretakkan atau cat merekah.
5. Kesan lembapan dalam dinding akibat paip bocor, paip ada dalam dinding.
6. Setiap kunci pintu berfungsi dengan baik.
7. Tingkap dan pintu dapat dibukak tutup dengan baik dan rapat tanpa regangan.
8. Kualiti kayu pada pintu dalam keadaan baik tidak merekah atau berlubang dimakan ulat.
9. Tiada kesan kebocoran pada setiap tingkap, lihat keadaan selepas hujan lebat kawan!
10. Keadaan siling tidak beralun, retak, rata dan tidak melendut.
11. Pastikan tiada kesan air dan lumut pada siling,ini tanda kebocoran berlaku.
12. Pasang lampu seharian untuk uji arus elektik dan pendawaian baik dalam rumah.
13. Uji semua soket elektrik pastikan ianya berfungsi, guna plug hp untuk menguji juga boleh dilakukan.
14. Pastikan sinki tidak bocor dan berfungsi dengan baik.
15. Semua saluran dan tekanan air berfungsi dengan baik dan sekata. Lebih istimewa ajak isteri mandi sama sama!
Lebih istimewa waktu periksa ini dah ada orang rumah, boleh cat rumah sambil pegang tangan sama sama.
Rumah lelong, selalu kita tengok pada papan tanda iklan di tiang-tiang lampu, tepi jalan atau di rumah itu sendiri. Nampak macam murah dan tak percaya sebab ada sesetengahnya berada di tengah-tengah bandar.
Jangan mudah terpengaruh dan mula bandingkan dengan harga rumah yang baru siap dibina dengan harga rumah lelong. Kena faham betul-betul. Takut nanti kita yang rugi.
Ada beberapa faktor dan perkara yang perlu kita ambil tahu sebelum nak beli rumah lelong. Inilah yang diterangkan oleh Dr Ahmad Samhan dalam perkongsiannya.
Rumah Lelong, Tinjau Dan Kaji
6 PERKARA PERLU TAHU SEBELUM BELI RUMAH LELONG
1. Duit Deposit Lesap
Ada dua jenis lelongan di Malaysia yang wajib tahu:
1)Loan Agreement Cum Assignment (LACA) – Ia bermaksud lelongan yang diuruskan oleh bank bagi hartanah tanpa individual atau Strata Title.
2)Non-LACA – Ini pula lelongan non-LACA diuruskan oleh High Court (Mahkamah Tinggi) bagi hartanah yang ada individual atau Strata Title.
Baki daripada keseluruhan harga rumah LACA perlu diselesaikan dalam masa 90 hari selepas bidaan yang berjaya. Manakala non-LACA dalam masa 120 hari.
Rumah lelongan LACA perlukan meletak 5% deposit, manakala bagi jenis non-LACA 10% deposit.
Jadinya, untuk beli rumah lelong kita perlu ada duit deposit dan perlukan peguam yang berpengalaman uruskan rumah lelong. Sebab kita terikat dengan masa untuk pastikan pinjaman kita dikeluarkan oleh bank pada bank pelelong.
2. Beli Rumah Mahal
Sebelum masuk bidding kena lihat/study dulu bakal rumah yang dilelong. Tahu berapa harga ‘market value’, barulah kita tak bidding membuta tuli. Orang naikkan harga bidding, kita lawan.Tapi tak tahu nak lawan sampai mana. Akhirnya kita beli rumah tu dengan harga lagi mahal dari market value. Itu belum masuk kos repair, kos guaman, kos bil tertunggak, takutnya lagi rugi teruk.
3. Merisik Dulu Sebelum Meminang
Rumah leong tak datang sekali dengan vacant possession. Dan boleh jadi penyewa yang menyewa dengan owner sebelumnya masih lagi menetap kat situ.
Kalau ikut undang-undang Malaysia, untuk menghalau keluar orang daripada rumah kita, kena ada bukti yang kita pemilik rumah tu terlebih dulu. Boleh upah peguam untuk beri notis kepada penyewa tadi untuk kosongkan rumah. Kalau tak keluar jugak, barulah boleh apply untuk court order.
Sudah tentu cara terbaik adalah untuk bercakap dan berbincang dulu dengan penyewa tadi. Boleh jadi penyewa ni akan faham dan mereka akan tinggalkan rumah tu dengan rela hati. Mungkin jugak mereka nak meneruskan menyewa di situ. Dan kalau kitamemang plan nak sewakan, bawalah berbincang untuk tetapkan kadar sewa yang baru.
4. Bil Tertunggak
Ini termasuk bil air, bil elektrik, bil maintenance, cukai taksiran, cukai tanah dan banyak lagi. Kos ni semua (kalau yang bertunggak bertahun-tahun lamanya) boleh cecah lebih RM10,000.
Untuk elakkan masalah macam ni berlaku, kita boleh pergi semak dulu segala bil tertunggak yang ada ni dekat pejabat-pejabat utiliti yang berkenaan.
5. Kos Repair
Kos repair jugak perlulah diambil kira sekali bila kita nak beli rumah lelong ni. Rumah yang rosak teruk dan tak dijaga boleh memakan belanja repair yang besar.
Kos repair ni pulak kadang-kadang boleh jadi lebih besar daripada duit deposit 10% yang kita keluarkan.
Pergi melawat dulu rumah tu sendiri dan tengok kalau-kalau ada sebarang tanda kerosakan yang teruk.Buat anggaran berapa total kos untuk repair barulah kita tahu nak anggarkan limit harga untuk bidding nanti.
6. Kaveat
Kaveat ni ringkasnya adalah notis yang sah dari segi undang-undang untuk menghalang proses jual beli hartanah.
Contoh:
Kalau satu rumah lelong tadi dimiliki oleh 2 pemilik dan salah seorang dari mereka letak kaveat dekat rumah tu untuk elak daripada rumah tu dijual.
Boleh jadi jugak, kaveat tu datang bila salah seorang daripada pemilik rumah tadi buat hutang dengan Ah Long dan letak rumah tu sebagai kolateral.
Ah Long tadi boleh letak kaveat untuk menghalang proses jual beli rumah tu tadi.
Pengalaman sendiri, awal-awal memang dah check status keveat. Bila dah menang lelong, rupanya owner lama dah ambil deposit untuk jual rumah ni. So,pembeli baru letak keveat. Memang leceh nak setel benda ni. Makan masa dan duit.
Kesimpulannya, harga rumah lelong memang murah, boleh cecah 30-40% below market value. Tapi banyak kos-kos tersembunyi. Kena tinjau dan kaji dulu rumah lelong yang kita target nak beli sebelum buat pembelian.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.