Walaupun negara kini dilanda dengan pandamik Covid, hartanah tidak terjejas malah bagi pelabur hartanah dan juga yang berhasrat memiliki rumah sendiri inilah masa yang sesuai untuk anda rebut kerana pelbagai rebat diberikan kepada pembeli.
Kali ini IMPIANA tertarik dengan hartanah yang terletak di Sendayan, Seremban. Tidak jauh dengan Lembah Klang hanya 54km dengan mengambil masa satu jam. Kawasan perumahan yang terancang dan pastinya lengkap dengan ciri kehendak pemilik masa kini. Jom lihat perumahan apa yang menjadi pilihan IMPIANA kali ini.
Ara Sendayan
Kawasan perumahan terancang dengan fasiliti yang lengkap serta akses laluan yang baik membuatkan kawasan perumahan ini menjadi pilihan IMPIANA. Jika anda ingin tahu kawasan perumahan ini adalah pegangan bebas yang berkeluasan 194 ekar terletak berdekatan dengan Bandar Sri Sendayan. Persekitaran yang sempurna dan menyegarkan mampu memberi ketenangan untuk pemilik di kawasan perumahan ini.
Taman tasik yang dilengkapi dengan laluan air mendamaikan di kawasan perumahan Ara Sendayan, Ara Sendayan ini memberi kelainan dalam kehidupan di sini. Kawasan ini juga hanya 1,272 unit pembangunan kediaman yang berketumpatan rendah. Gaya dan konsep kontemporari yang diketengahkan cukup sempurna untuk menetap disini. Di tambah pula kawasan yang dikelilingi dengan pemandangan hijau dirimbuni pokok disekitarnya. Paling membuka mata yang memandang jika kekawasan perumahan ini ialah pintu gerbang masuk ke kediaman, cukup grand sudah pastinya terserlah kemewahan kediaman ini.
Menariknya lagi, kawasan ini adalah laluan angin yang sering bertiup nyaman membuatkan ia mendamaikan dalam suasana penuh ketenangan dapat menghirup udara segar dengan persekitaran yang baik.
Ara Sendayan ini juga adalah sebahagian dari Bandar Sri Sendayan (BSS) dan memiliki 6,000 ekar tanah untuk pembangunan perumahan yang terbaik untuk ramai pemilik dengan harga yang berbaloi. Matrix Consepts Sdn Bhd amat memahami kehendak ramai pemilik yang kini buntu untuk memiliki rumah idaman, tetapi harga melambung tinggi. Di Ara Sendayan anda dapat merealisasikan impian anda. Jika ingin tahu lebih lanjut boleh layari laman web arasendayan.com.my
Ads
Fasiliti
IMPIANA bukan ingin memuji pembangunan perumahan milik pemaju Matrix Concept ini, tapi mereka telah membuktikan kawasan perumahan di Sendayan, Seremban ini setanding dengan kawasan perumahan yang terdapat di Lembah Klang.
Lokasi menarik ini banyak kemudahan disediakan untuk penduduk. Ia bukan sahaja kediaman biasa malah satu kawasan yang cukup sempurna dan lengkap untuk didiami.
Memandangkan Bandar Sri Sendayan yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan berkonsepkan township, maka banyak kemudahan serta fasiliti yang bakal dibangunkan berdekatan dengan lokasi ini untuk kesenangan penduduk nanti. Antara kemudahan yang terletak berhampiran dengan Bandar Sri Sendayan ialah;
Akses lebuhraya seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Seremban Port Dickson Highway, KLIA Linkage dan Paroi-Senawang-KLIA Expressway (PSKE)
Ads
Nikmati suasana indah di Taman Tasik Ara Sendayan sambil meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak dan yang tersayang. Si manja pastinya seronok di taman permainan atau rumah pokok dan juga anda boleh bersenam di stesen gym luar dan jogging di sekitar tasik, ini mampu membentuk ikatan keluarga yang kuat.
Kemudahan rekreasi seperti Sendayan Green Park, X Park, Carnelian Park, d’Tempat Country Club, dan S2 Hill Park.
Terdapat beberapa sekolah serta Universiti seperti, Matrix Global Schools (Sekolah antarabangsa peringkat rendah dan menengah), SMK Bandar Baru Sri Sendayan, SJK(C) Bandar Sri Sendayan, SJK (T) Bandar Sri Sendayan, SK Sendayan,dan SMK Seremban 2.
Kemudahan perubatan untuk yang memerlukan; Klinik Menara Sendayan, Uni Klinik Bandar Sri Sendayan, Hospital Tuanku Jaafar Seremban, KPJ Seremban Specialist Hospital, dan Hospital Columbia Asia.
Ads
Jika anda menjadi pemilik di Ara Sendayan ini pastinya tidak akan pernah menyesal kerana segala fasiliti yang baik untuk gaya hidup sempurna ada di sini. d’Tempat Country Club dengan keluasan 485,000 kaki persegi ini menempatkan gym, bowling, squash, tennis dan badminton untuk penduduk di sini beriadah. Menariknya lagi, swimming pool bersaiz Olympic juga lengkap untuk kegunaan penduduk.
Terlalu banyak kelebihan perumahan di Ara Sendayan ini IMPIANA cukup tertarik dengan kediaman di sini. Terlalu banyak kelebihan yang disediakan jika anda memilih untuk menetap di sini.
Jenis Kediaman
Terdapat empat jenis kediaman yang boleh dijadikan pilihan di sini, kediaman jenis Semi-D dua tingkat yang pastinya memberi keselesaan untuk yang baru ingin membina kehidupan baru dan juga yang ingin menambah ahli keluarga. Tidak kisah anda pemilik yang mana satu, tetapi kediaman ini sudah pastinya sesuai untuk semua jenis pemilik. Empat jenis bukaan rumah yang boleh jadi pilihan anda iaitu:
Type A – 45’ x 85’ / 50’ x 100’
Type B – 45’ x 100’ / 50’ x 100’
Type C1 – 70′ x 85′
Type C2 – 70′ x 85′
Ke empat jenis kediaman ini mempunyai fasiliti yang lengkap untuk setiap pemilik. Kelab persendirian untuk pemilik rumah jenis ini disediakan seperti Outdoor Gym, laluan refleksologi, tempat untuk BBQ, kawasan Amphitheater, taman permainan kanak-kanak, tempat duduk santai.
Masih mencari kediaman yang sempurna bak syurga dunia, di sinilah kediaman yang patut anda pilih untuk masa depan keluarga anda. Tunggu apa lagi untuk melihat kawasan perumahan ini layari www,arasendayan.com.my atau hubungi talian bebas 1800882688 atau terus ke Matrix Galleria @ Ara Sendayan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Penggunaan pintu gelongsoran atau “sliding door” adalah salah satu teknik untuk menjimatkan ruang jika di banding rekaan tradisional. Terdapat pelbagai rekaan pintu gelongsoran antaranya jenis barn door yang di minati ramai.
Terbaru, melalu perkongsian di group Tukang Apa Hari Ini, Fourzy Ozzy berkongsi hasil DIY pintu grlongsoran ringkas untuk memisahkan pandangan dari ruang tamu dan dapur.
Tak nampak langkah pemasangan dari awal sebab Hdah siap pasang. harap boleh beri sedikit gambaran pada mereka yg ingin mencuba. Track nya boleh beli di shopee. tak susah pun saya pasang dengan bantuan wife tolong pegang pintu dengan kos yang minimum tak sampai RM300 rumah flat ruang dapur agak limited.
Jangan pandang remeh pada kisah demam denggi ini. Walaupun kini kita sedang dilanda wabak yang lebih dahsyat dari denggi, harus diingat demam denggi juga boleh membawa maut jika tidak dikawal.
Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk Aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun. Bagaimana ingin tahu berkemungkinan kita menghidap demam denggi?
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (Crisis Preparedness and Response Center – CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sehingga Minggu Epid Ke-29 Tahun 2021 (3 Januari sehingga 24 Julai 2021), sebanyak 15,702 kes demam denggi dilaporkan.
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas lima hingga enam hari selepas gigitan nyamuk aedes. Gejala seperti demam panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi-sendi, rasa loya dan muntah-muntah, mata akan mula terasa sakit dan ruam mula naik di sekitar badan.
Demam denggi terdiri daripada dua iaitu demam denggi biasa dan demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Demam ini bukanlah demam biasa yang boleh dipandang ringan jika tersilap langkah boleh mengundang derita.
Demam denggi berdarah turut mempuyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan tadi dan juga pendarahan seperti mudah lebam, pendarahan di bawah kulit, hidung atau gusi. Ia juga boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut.
IMPIANA bukan ingin menakutkan anda dengan kisah denggi ini, tetapi IMPIANA ingin memberi kesedaran kepada semua tentang demam denggi yang tidak boleh diambil mudah dan ringan.
Apabila anda mengidap gejala demam denggi ini apakah langkah yang perlu diambil. Segera dapatkan rawatan di hospital berdekatan, berehat dan minum air dengan banyak. Masih tiada rawatan khusus untuk demam denggi ini. Jadi elakkan diri dari terkena demam denggi. Apa pula cara untuk mencegah demam denggi ini?
Terdapat Sembilan elemen penting dalam aktiviti Pendidikan Kesihatan iaitu gotong- royong, ceramah, hebahan awam, edaran risalah, penampalan poster, pemasangan media luar, perbincangan kumpulan kecil, nasihat individu dan tunjuk cara.
Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Suraiya Syed Mohamed berkata, sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, aktiviti pendidikan kesihatan bagi pencegahan denggi dilaksanakan mengikut Norma Baharu dan terhad kepada beberapa aktiviti sahaja seperti gotong-royong kendiri, hebahan awam (melalui televisyen, radio, kenderaan bergerak dan media sosial), pemasangan media luar dan edaran risalah.
“Kita mempunyai Cawangan Promosi Kesihatan di seluruh negeri di mana mereka berperanan dalam menyampaikan maklumat kesihatan kepada masyarakat dan menerapkan elemen untuk perubahan tingkah laku. Pelbagai medium boleh digunakan dalam menyampaikan isu kesihatan kepada masyarakat dan yang paling
cepat adalah melalui media sosial. Masyarakat kini banyak menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita menggunakan medium seperti itu dalam menyalurkan maklumat pencegahan denggi agar masyarakat sentiasa mendapat maklumat mengenai bahaya demam denggi,” katanya.
Terdapat pelbagai cara untuk mencegah demam denggi ini lakukan perkara ini di rumah anda hanya ambil masa 10 minit untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan ini. Bukanlah susah sangat.
Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
Membuang bekas yang boleh menakung air
Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Pastikan saliran atap sentiasa mengalir dengan baik.
Gunakan semburan nyamuk untuk membunuh nyamuk di dalam rumah.
Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
IMPIANA juga menggalakan melakukan pembersihan di sekitar rumah. Buang air yang bertakung pada pasu bunga yang mungkin anda tidak perasan. Longkang yang tersembat atau mempunyai sampah bersihkan kerana itu adalah salah satu punca yang kita tidak sedar. Jika anda suka menyimpan barang berkebun di luar rumah cuba pastikan tiada bekas atau peralatan yang bertakung air. Akhir sekali sembur stor luar rumah dan Kawasan yang anda simpan barang dan peralatan berkebun itu dengan semburan nyamuk.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jiran Suka “Block” Laluan Masuk Rumah, Boleh Di Denda RM 1000. Hidup berjiran di bandar sekarang, tak macma dekat kampung. Walaupun dinding rumah kau, dinding rumah aku jua, bile bertembung masing-masing buat-buat tak nampak je. Masing-masing buat hal masing-masing. Tapi, jika anda tidak mempunyai jiran yang bersifat begini, anda sangat bertuah.
Tapi, ada satu perkara yang memang kita sukar nak toleransi dengan jiran dah. Perkara tersebut adalah apabila jiran blok laluan kelaur masuk rumah. Berasap wooooooo!!!! Tapi relex dulu. Tak perlu bertegang leher. Buang tenaga je. kita guna saluran yang betul.
Syazwan Mohd Jafri yang juga merupakan peguamm hartanah berkongsi hak dan tidakkan yang boleh anda ambil jika jiran suka block laluan keluar masuk kediaman anda.
ADUHAI PENING DENGAN JIRAN ASYIK PARKING KERETA BLOCK PAGAR RUMAH! 😫😵
(Ketahui hak anda sebagai jiran teraniaya)
.
Jika anda menetap di taman perumahan (landed terutamanya), pasti PERNAH MENGALAMI masalah pagar rumah dihalang oleh kereta orang lain (selalunya kereta jiran lah). Pastinya juga menyusahkan, menyakitkan minda dan menyakitkan hati anda. Teguran secara baik tidak berkesan. Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.
HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (APJ 1987)
👉Seksyen 48(1) APJ 1987 menyebut – adalah menjadi kesalahan bagi pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan/menghalang pengguna lain. Jika didapati bersalah, boleh didenda minimum RM1,000.00 dan maksima RM5,000.00 ATAU penjara tidak kurang 1 tahun ATAU kedua-duanya.
HAK ANDA DI BAWAH AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKK 1955)
👉Selain APJ 1987, AKK 1955 juga ada menyebut tentang kesalahan letak kereta depan rumah orang. Seksyen 22 AKK 1955 menyebut – barangsiapa yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah, boleh didenda sehingga RM50.
JALAN TERAKHIR JIKA JIRAN MASIH TERUSKAN SALAHLAKU PARKING BLOCK PAGAR RUMAH
👉Ramai tidak tahu, sebenarnya di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987 – pihak berkuasa seperti pegawai polis/pegawai JPJ/pegawai majlis perbandaran, dibenarkan untuk CLAMP dan TOWING kereta yang menghalang/menyusahkan orang lain. Oleh itu, semasa membuat aduan, pastikan anda maklumkan akta ini Bila tahu kereta nak kena tow, pasti jiran tidak akan ulang kesalahan sama.
.
INFO TAMBAHAN
🟢Meletakkan kereta block rumah orang juga dikira sebagai kesalahan “TORT KACAU GANGGU PERIBADI”
🟢If all else fails, anda boleh saman di mahkamah dan dapatkan Perintah Injunction (Perintah halangan) agar pelaku tidak meneruskan lagi salah laku.
.
KESIMPULAN
👉Isu ini mungkin nampak remeh tapi hakikatnya memang banyak terjadi. Perkongsian kali ni pula bukan untuk menggalakan pergaduhan sesama jiran namun lebih kepada memberikan “awareness” tentang isu ini supaya semua pihak sama-sama elak dari lakukan kesalahan ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.