Bagi anda yang bercadang untuk membeli sebuah kediaman rumah, sudah pasti antara rumah jenis sub-sales dan baru yang akan menjadi persoalan mana satu pilihan yang terbaik untuk anda memiliknya.
Malah, persoalan ini sudah pasti akan sentiasa bermain di pemikiran anda selain faktor kewangan dan kawasan kediaman yang ingin dimiliki juga antara perkara penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan sesebuah kediaman.
Tetapi sebelum itu, adakah anda sudah benar-benar tahu perbezaan antara kedua-duanya? Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut bersama IMPIANA.
Dalam episod Tip Impiana kali ini, IMPIANA telah berkesempatan mengundang tetamu jemputan, Cik Amaliena Mazlan yang merupakan salah seorang Perunding Hartanah dari MATRIX Concepts Holdings Berhad bagi berkongsi tip serta mengupas lebih lanjut mengenai perkara tersebut bersama para penonton.
Ads
Ads
Ketika sesi temu bual bersama Cik Amaliena, jelasnya kedua-dua jenis kediaman ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri yang mana setiap para pembeli harus ambil tahu mengenainya.
Katanya lagi, selain itu para pembeli seharusnya bijak serta mengetahui tujuan utama untuk membeli sesebuah rumah di kawasan perumahan yang telah menjadi pilihan.
Jadi, antara kedua-duanya mana satu pilihan yang terbaik? Sudah pasti anda ingin mengetahui lebih lanjut dan jawapan persoalan tersebut.
Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut dengan menonton pautan video penuh sesi temu bual bersama Cik Amaliena di bawah;
Nak tanam sayur dari keratan batang yang di beli dari pasar kebiasaanya mesti syaratnya perlu ada akar seperti kangkung dan bayam. Tapi, Puan Oggy Bungsu cuba biakkan pak choi dari keratan tunggul tak berakar menjadi pula. Apa yang dilakukan oleh Puan Oggy? Jom kita lihat langkah-langkah tanam pakchoi dari keratang tunggul yang dibeli dari pasar.
Saja try test tanam guna keratan untuk sawi. Eh, jadilah pulak. Harap membesar dengan baik ye
1. Sediakan medium tanamana yang mempunyai saliran baik dalam bekas yang telah dilubangkan.
2. Selasai potong pak choi tu, rendam dalam air paip biasa dalam 30 minit
3. Selepas direndam, terus tanam pada medium yang telah disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung dengan tanah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ada atau tidak di kalangan anda yang sememangnya pencinta bunga Tulip yang mudah didapati kawasan selatan Eropah ini? Mesti anda teringin untuk menanam tumbuhan ini di kawasan laman dan ruang dalam kediaman anda, betul tak?
Meski tumbuhan ini sukar untuk membiak dengan ekosistem di kawasan Asia, kini tidak lagi kerana sudah ada cara yang mudah untuk menanam tumbuhan cantik ini di kediaman anda.
Apa yang cuma perlukan adalah benih pokok Tulip dan kemudian di tanam dalam pasu atau bekas yang berisi air sahaja. Memang mudah kan?
Lihat lah hasilnya, memang sangat menakjubkan dan anda tidak perlu risau kerana anda boleh sahaja benih pokok Tulip ini dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee.
Tidak dinafikan, pelbagai warna yang berada disekeliling diri kita memberikan erti serta mempunyai makna yang tersendiri istimewa buat diri anda sendiri. Selain bagaimana warna ini melambangkan identiti dan keperibadian diri kita, sudah semestinya ia jua mengambarkan luahan isi hati serta perasaan anda. Malah, ada juga dikalangan kita yang sering kali terhenti sejenak untuk merenung apa yang dianggap penting dalam kehidupan kita, namun begitu warna juga merupakan komponen yang teras bagi kesejahteraan diri dan bagaimana kita mendefinisikan jati diri kita.
Terbaharu, jenama syarikat pengeluar cat terkemuka tanah air iaitu Jotun (Malaysia) Sdn. Bhd. kini telah melancarkan Koleksi Warna Global miliknya untuk tahun 2023, yang menggangkat tema Stories sebagai pilihan berlansung di The Paper, APW Bangsar.
Untuk maklumat anda, aneka rona dan tema yang diperkenalkan telah dirumus khas untuk membuahkan ambien serba kreatif di ruang kediaman anda, di samping membekalkan pengguna peluang untuk mendefinisikan diri mereka melalui pelbagai trend warna yang baharu. 21 warna yang dibawakan bersifat abadi dan tidak berpandukan trend semata-mata, pemilihannya dibuat atas dasar sifat positif, keluhuran dan versatilitinya. Dengan caranya sendiri, ia menyuntik elemen keceriaan pada mahligai idaman kita.
“Warna membolehkan kita meluahkan buah fikiran, emosi dan tindakan – ia merupakan sebahagian daripada kehidupan kita dan menjadi asas kepada ruang kediaman yang dihuni. Sementara gaya hidup dan keutamaan kita berubah seiring dengan masa, kita sering cuba menyelami diri untuk memahami teras dan matlamat diri kita, dan renungan ini lazimnya mengambil tempat di rumah; di mana kita berasa selamat, di mana kita memperbaiki diri, dan di mana kita mencorak cerita-cerita yang mendefinisikan diri kita. Kami telah menimba inspirasi untuk memperkenalkan #JotunColourStories kerana dalam perniagaan yang melibatkan warna ini, kami sedar bahawa sebuah rumah yang dihiasi dengan warna-warna yang bersifat abadi, luhur dan serba kaya, ia secara tidak langsung dapat mempengaruhi kesejahteraan diri kita, di mana minda, jiwa dan raga kita disuburkan dan saling dihubungkan.
Dengan pelancaran Koleksi Warna Global 2023, kami telah menghasilkan aneka warna yang dapat membantu anda meneroka serta kongsikan kisah unik anda menerusi kediaman yang anda huni. Bukan itu sahaja, kami juga berbesar hati untuk berganding bahu dengan Jun Ong, Pengasas Bersama POW Ideas, dan Ee Soon Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Art Printing Works (APW) bagi inisiatif mentransformasi ruang APW untuk mempamerkan #JotunColourStories kepada warga umum.” ujarPengurus Warna Global Jotun, Lisbeth Larsen.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif APW, Ee Soon Wei berkongsi, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Jotun dan POW Ideas dalam penggunaan ruang ini dengan matlamat untuk memberi warna sebuah nafas di samping merangkap sebuah cerita. Dari saat anda melangkah masuk, anda dapat mengamati sebuah dunia yang diisi dengan sebuah tema dan cerita. Kami telah mengambil ilham daripada visi Jotun untuk menukilkan sebuah cerita menggunakan warna dan cat ditujukan kepada rakan-rakan kongsi Jotun dan warga umum, dan kami ingin melakukan yang terbaik untuk bantu merealisasikan #JotunColourStories.”
“Setelah kami mendapat tahu yang Jotun ingin meluahkan sehimpun cerita menggunakan warna dan cat di sebuah ruang fizikal, kami sedar bahawa ia merupakan satu idea yang patut diterokai. Kami selalu mendahagakan idea-idea baharu serta kolaborasi untuk membantu pelbagai jenama menukilkan cerita mereka kepada audiens masing-masing. Selepas beberapa sesi perbincangan, kita telah bantu menghiasi ruang APW untuk merangkapkan sebuah cerita yang istimewa. Kami telah berhasrat untuk mempamerkan bagaimana setiap tema warna adalah berbeza dari satu sama lain, setiap tema tersirat dengan ceritanya yang tersendiri – satu untuk minda, satu untuk raga, dan satu untuk jiwa. Kami berbangga dengan hasilnya dan berharap orang ramai yang mengunjungi ruang ini dapat mengamati sendiri suasananya dengan #JotunColourStories,” sebut Pengasas Bersama Pow Ideas, Jun Ong.
Dengan Majestic Sense yang baru sahaja diperkenalkan oleh Jotun ini, elemen kecantikan dan juga kesihatan bakal menjadi pelengkap mahligai idaman anda. Cat interior bertaraf premium ini dirumus khas dengan teknologi inovasi yang membolehkan membekalkan tahap kualiti udara yang bersih di ruang dalam rumah anda di samping mewujudkan ruang yang lebih selesa untuk didiami. Majestic Sense juga tidak berbau, berketahanan lama pada permukaan dinding, menghilangkan cela serta membuat dinding rumah anda kelihatan lebih sempurna dan menawan dengan kemasannya yang serba halus.
Daripada 21 rona yang dipersembahkan dalam Kad Warna tahun ini, 9 merupakan ahli baharu dalam koleksi Jotun. Makmal teknologi warna Jotun menerusi kerjasama dengan Larsen dan pasukannya, telah membangunkan sebuah pelet warna unik yang mencakupi warna-warna neutral serba suam, hijau natural yang mendamaikan, serta warna merah yang diperkayakan antara lainnya.
Warna-warna baharu ini telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan, bersama rona-rona yang sedia ada daripada Jotun untuk menghasilkan tiga koleksi warna yang dipadankan dengan sempurna. Koleksi-koleksi unik ini merangkap mood dan corak ekspresi yang pelbagai, justeru membolehkan pengguna menggandingkan aneka rona yang bersifat komplementari dan berkontras dalam setiap koleksi. Langkah ini membantu menghasilkan interior serba koheren yang menggambarkan sebuah cerita mengenai kediaman tersebut berserta penghuninya. Larsen dan pasukan beliau menilai mood dan minda individu, kota, dan juga masyarakat di serata dunia. Ketiga-tiga tema ini mencerminkan salah satu penemuan yang penting serta kecenderungan sosiobudaya masa kini. Keheningan dalam kesederhanaan, kenaiman alam semula jadi, dan nostalgia sebuah kehidupan.
Tambah beliau, “Bagi kebanyakan kita, peranan kediaman kita dan apa yang kita inginkan daripadanya telah berubah mutakhir ini. Sebelum ini, ia berfungsi sebagai tempat berlindung di mana kita pulang dan berehat, tapi memandangkan kini kita lebih meluangkan masa di rumah, maka apa yang kita inginkan daripadanya juga turut berubah. Rumah kini telah menjadi wadah untuk bekerja, bermain, berehat, dan berhubung. Koleksi Warna Global baharu oleh Jotun menyedari kenyataan ini dan ingin menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kediaman mereka sebagai cerminan kepada apa yang mereka pentingkan. Untuk memilih warna yang dapat memberi mereka inspirasi, biar untuk apa jua tujuan. Untuk berhenti sejenak dan turunkan kreativiti dari hati. Tiga tema warna tersebut ialah:
SERENE PRESENCE Warna-warna yang halus, pastel selembut bayu, hijauan yang subur.
Memfokuskan konsep minimalis dan kesederhanaan, pelet ini telah dirumus untuk gaya hidup yang jernih dan bebas dari kekusutan. Warna-warnanya serba lembut lagi halus, mewujudkan suasana ala spa yang dapat membantu anda kekal tertumpu.
NATURAL GROUNDED Tona bumi yang suam, hijauan malap, warna-warna kuning dan jingga yang lembut.
Warna-warna dalam pelet ini membina titian ke alam semula jadi, selain memberi sentuhan ala kehidupan di desa serta menonjolkan kecantikan dan karakter yang dianggap “tidak sempurna”. Rona-rona landskap yang mendamaikan ini ideal untuk melahirkan estetika umpama sebuah rumah kebun, atau memetik gambaran sebuah desa yang terletak di pusat bandar.
CURATED LIVING Merah yang bersofistikasi, rona natural bak galeri, sentuhan warna biru.
Gandingan yang sempurna antara tona berbaur nostalgik serta warna-warna kontemporari, pelet yang bersifat abadi ini sempurna untuk mewujudkan suasana ala galeri di rumah anda. Ia memadankan elemen tradisional dan moden yang kondusif bagi ekspresi kreatif diri anda.
Sejajar dengan hasrat untuk mengisi jiwa, raga, dan minda orang ramai, Jotun akan menghoskan sebuah sesi kebersamaan selama sebulan dari 3 November hingga 4 Disember di The Paper,APW Bangsar di mana pelawat boleh mengunjungi ruang pameran bagi mendapatkan konsultasi warna daripada warga pakar kami, atau untuk memetik ilham. Anda akan disajikan dengan persembahan muzik oleh artis tempatan, bengkel membuat wangian untuk melengkapi warna kediaman anda, dan sesi perkongsian untuk membantu anda menggubah ruang kediaman yang diidamkan.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.