Tak perlu guna bahan kimia sama ada racun atau baja untuk menyuburkan pokok.
Guna saja cara semula jadi untuk menyubur pokok sayur yang banyak kaedahnya. Salah satu yang boleh dipraktikkan adalah dengan menggunakan air rebusan kulit bawang.
Lebihan kulit bawang baik bawang merah atau bawang putih yang digunakan untuk masakan boleh disimpan dan diolah untuk menjadi semburan bagi mengurangkan serangan serangga perosak pokok sayur sekali gus menyuburkan tanaman.
Cara membuatnya juga sangat mudah dan dikongsi oleh Norahim Ibrahim.
Air semburan kulit bawang untuk elak serangan perosak pokok sayur
Ads
Saya kongsikan salah satu cara untuk mengurangkan serangan serangga perosak.
Ambil kulit bawang, tak kisah sama ada bawang besar atau bawang putih. Biasanya saya ambil 5 genggam kulit bawang.
2. Kemudian tuang air dalam kuali dan masukkan sekali kulit bawang tadi. Rebus hingga mendidih dan tutup api.
Ads
3. Biar sejuk dan tapis. Ambil air rebusan saja dan simpan dalam balang. Letak di tempat yang gelap (dalam kabinet dapur pun ok). Air ini tak perlu diperam terus boleh digunakan.
Cara penggunaan
Ambil 50ml air rebusan tadi, cairkan dengan 1 liter air. Sembur pada pokok 3 kali seminggu. Dari pangkal sampai ke daun. Boleh adjust kepekatan ikut jenis dan usia pokok.
Rupanya salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang berbanding tombol.
Ini kerana walaupun ia hanya perkara kecil, namun pemilihaan rekaan Tuil Jenis Pemegang ini menjadikan ia lebih selesa, memudahkan dan besar maknanya bagi golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa, ibubapa kita pun akan selesa.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Perubatan Rehabilitasi
Ilustrasi oleh: Azari Mat Yasir
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermaanfat. Jadi jika nak tukar pintu bilik atau rumah, pastikaan pilih tuil jenis Pemegang (Handle) berbanding tombol (Knob) iya. Barulah ia mesra golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Kantan atau bunga kantan adalah sejenis tanaman daripada keluarga halia yang selalu kita gunakan dalam masakan harian terutama dikalangan masyarakat melayu.
Disebabkan itu, ramai cuba menanam pokok ini di sekitar rumah. Namun, bukan mudah pokok kantan jika tidak dijaga dan diselenggara dengan betul memang ‘kedekut’ keluarkan bunga. Mungkin sebab itulah harganya pun tinggi dipasaran sehinggakan boleh mencecah sehingga RM3-RM8 sekuntum pada musim perayaan, RM1-RM2 pula di waktu biasa.
Tapi, Ibrisam Wosssali ada petua untuk pastikan bunga kantan cepat dan tak putus berbunga.
Pokok kantan saya ni memang rajin berbunga. Tak pernah putus berbunga. Seawal umurnya hampir setahun lepas tanam dah belajar berbunga. Saya dapat tunjuk ajar dan petua menanam pokok kantan nie dari seorang rakan berkebun.
1. Mengikut pengalamannya nak tanam pokok kantan kena kawasan 100% kena cahaya matahari.
2. Sediakan lubang tanaman dengan tanah campuran baja organik. Biarkan seminggu lebih.
3. Selepas seminggu lebih dah boleh tanam rizom kantan ataupun anak pokok kantan yg dah ditanam dlm polybeg terlebih dahulu.
4. Selepas tanam, buat sungkupan di sekeliling perdu pokok. Bertujuan mengekalkan kelembapan tanah. Siram dua kali sehari.
5. Bila pokok dah besar sikit beri baja NPK hijau ataupun baja kopi.
6. Masa ni kena selalu tabur serbuk kulit telur. Serbuk kulit telur nie menjadi baja kepada pokok kantan.
Alhamdulillah saya ikut caranya seperti yang di ajar. Setelah hampir setahun pokok kantan saya berbunga buat pertama kalinya. Dan sampai sekarang dah hampir 3 tahun pokok kantan saya tak pernah putus berbunga. Itulah rahsianya saya selalu tabur serbuk kulit telur dan beri baja NPK biru.
Tanah yang mempunyai pH yang rendah biasanya mengandungi kandungan kalsium yang rendah. Menaburkan kulit telur yang telah dihancurkan pada permukaan tanah tersebut akan meningkatkan kandungan pHnya tersebut. Ini sesuai bagi taman yang mempunyai tanah jenis berasid. Jadi, penambahan kulit telur akan bertindak sebagai suplemen yang akan menyuburkan tanaman.
Kaedah: Hancurkan kulit telur sehingga halus bagi mempercepatkan penyebaran kalsium kepada tanah. Taburkan secara sekata di sekitar tanaman ataupun digaulkan bersama bahan kompos.
Hasilnya memang pokok kantan tak putus berbunga. Selamat mencuba!
Ketika berlaman dan bercucuk tanam secara kecil-kecilan di rumah, antara masalah utama yang sering timbul adalah serangan serangga atau makhluk perosak seperti kumbang dan juga ulat.
Jadi ramai yang menggunakan racun untuk menghapuskan atau menghalang kehadiran makhluk perosak tersebut. Namun begitu, penggunaan racun yang dibeli dalam pasaran ada kalanya mempunyai kandungan bahan kimia yang tidak dikawal selia dan mungkin berbahaya kepada kesihatan manusia.
Jadi apa kata anda praktikkan pula tip yang dikongsi oleh Ismail Che Din ini.
Masalah daun dimakan ulat, daun berkerinting, buah selalu busuk itu petanda pokok ‘sakit’. Kalau dah sakit Paracetamol jawapannya. Ambil pil paracetamol sebarang jenama, belah 2 atau 4.
Tanam dekat dengan pokok yang sakit. Insya-Allah pokok akan sihat, daun pokok segar serta buah tak busuk lagi.
Justifikasinya, pokok akan menyerap bahan dari paracetamol dan menyebar ke seluruh jasad pokok, daun akan menjadi pahit. Waktu ini ulat serta serangga akan hindari pokok tersebut selama mana Paracetamol ada dalamnya.
Boleh guna paracetamol sebarang jenama, paling baik yang dah tamat tempoh. Daripada buang lebih baik tanam pada pokok sakit.
Belah 2, bergantung pada saiz pokok.
Belah 4, tanam kiri dan kanan pokok.
Tanam jauh sikit dari pangkal pokok. Bagi pokok dalam pasuan, 6″-9″ dari pangkal pokok. Lebih pun tiada masalah sebab dalam pasu.
Paracetamol akan terlarut secara perlahan, dan diambil pokok secara sikit sikit.
Tapi perlu diingat, setiap tanaman dan serangan serangga mungkin memerlukan pendekatan yang berbeza, jadi pastikan untuk memilih kaedah yang sesuai dengan jenis tanaman dan jenis serangga yang merosakkan pokok anda. Semoga tips ini membantu!
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!