Kuasa wanita memaang tak boleh dipertikaikan. Sebab itu ada pepatah “tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang duni”. Jika menukang sinonim dengan pekerjaan lelaki, melihat perkongsian puan Nor Asnida Abdul Razak bersama-sama adiknya boleh buat lelaki ternganga.

Memandangkan dalam tempoh PKP, 2 minggu diperuntukkan untuk makeover ruang makan yang berukuran 150 kaki persegi. Dan 90% menggunakan kudrat wanita.

Menurut puan Asnida memandangkan si suami tidaak berapa sihat dalam tempoh tersebut, segala teknik menukang telah diturunkan olehsi suami.

Kos yang sayadah habis kan :

1. Lantai vinyl floor = RM. 345.00 (1 box rm115 guna 3 box ) beli di kedai ‘valoobuy’ *bole bli secara atas talian

2. kayu siling yg digunakan total 40 batang.. Ia termasuk buat wainscoting, frame cermin besar dan hiasan didingding (40 btang x Rm 4.00 =Rm160 )

3. cat ada 2 warna.. Warna hijau jenama dulux kod olde hunter 1 tong 5 liter RM 150.00 , warna putih RM 140.00 = RM190.00, cat emas rm24.00

4. pokok plastik yg besar rm+ pasu RM 264, pokok plastik yg saiz kecil + bakul Rm115

5. hiasan dulang daun dar kaison saiz besar rm49.50 untk 3 pcs, untk saiz kecik rm19.50

6. Langsir jarang guna 17.5 meter x rm9.00 = 157.50..beli kain di nagoya dan dijahit sendiri

7. kapet rm90

8. cermin eco rm2x 54 keping = RM102

9. peralatan seperti gam wainscoting, filler,kertas pasir rm150.00

10. Jam dinding rm38.00 beli di mr.diy

Antara tip dekor dari Puan Asnida

•Sekiranya berminat dgn warna dinding yg gelap, perlu dimainkan warna dinding gelap tersebut dengan warna yg terang supaya sesebuah ruangan tidak kelihatan sempit dan gelap

•permainan warna emas juga boleh menonjolkan mood mewah

•Tidak perlu membeli brangan2 mahal untk menjadikan sesebuah ruangan itu kelihatan mewah, cukup sekadar brangan yg sedia ada di DIY untk kelihatan cntik dan kemas.. Sy menggunakan brangan frame lama yg di cat dgn warna emas untk dijadikan hiasan dinding..

•Langsir yg berwarna putih juga memainkan peranan untk ruangan tersebut kelihatan luas dan terang..

Saya turut menampal dinding dengan cermin yang dibeli di kedai RM2… Cermin yg ditampal dari bahagian atas siling hingga ke bahagian bawah boleh membantu ruangan tersebut kelihatan lebih besar…