
2019 Semakin menyingkap tabir. Mesti ramai antara kita ada yang berhajat untuk ubahsuai rumah. Al maklumlah, inginkan persekitaran yang segar dan baru. Tapi bajet tak berapa mengizinkan. Macama mana? siapa kata untuk ubahsuai dekorasi kediaman memerlukan bajet yang besar? dengan menghias sudut dan ruang tertentu, ia mampu menyerlahkan dan memberi aura baru kepada dekorasi kediaman anda. Tak perlu beli perabot baru. Ini antara tip yang perlu anda lakukan untuk mengelak poket bocor tapi hasil ubahsuainya memang meletop:
Bosan Melihat Bilik Tidur Sendiri Setiap Hari? Mari Baca Artikel Untuk Mengetahui Cara Dekorasinya Menjadi Mantap

Bilik tidur adalah tempat kita beristirehat daripada penat menempuhi segala cabaran realiti atau dunia setiap hari. Tapi, tidur juga perlu menatap sesuatu yang tenang dan boleh menyebabkan anda sentiasa tidur lena. Oleh kerana, saya mencadangkan untuk anda, menghiasai dinding di dalam bilik tidur itu supaya ia dapat memberi energi yang positif untuk anda senang untuk tidur lena setiap. Kini, saya memulakan tentang beberapa idea untuk anda menghiasi dinding bilik tidur.
LUKISAN
Lukisan dapat memberi satu aura atau energi yang positif dan lukisan juga adalah salah satu hiasan bilik tidur yang sangat popular. Ini kerana, lukisan dapat menenangkan seseorang yang memandang lukisan tersebut dan apabila mereka berasa tenang, ia membuat mereka mengantuk dan terus lancar untuk tidur.
POTRAIT ATAU GAMBAR
Potrait dan lukisan ini sama sahaja fungsinya kepada bilik tidur kerana ia dapat memberi satu rasa yang tenang. Cuma, portrait ini ia lebih merasakan realiti atau wujud kerana gambar yang diletakkan itu berkemungkinan adalah gambar anda bersama pasangan anda sedang bergembira, gambar dengan keluarga yang penuh kesenyuman atau gambar-gambar semasa hari perkahwinan. Ini kerana, gambar-gambar seperti itu dapat memberi efek yang selesa kepada diri dan mudah untuk anda merasa tenang. Maka, bila sudah tenang fikiran, anda akan rasa sangat mengantuk dan dalam sekelip mata, anda akan terus tidur.
PELEKAT DINDING
Pelekat dinding juga adalah kaedah terbaik untuk menghiasi ruang tanpa mengecatnya. Ia boleh mengubah mana-mana persekitaran, dan ia juga mudah untuk dialih keluar dan diganti jika anda ingin mengubah keadaan semula. Tapi, pastikan pelekat dinding yang digunakan, mempunyai imej yang positif atau perkara-perkara yang dapat memberikan diri anda selesa dan tenang.
Secara kesimpulannya, untuk tidur, kita seharusnya dalam keadaan yang tenang dan selesa. Jikalau permikiran anda serabut semasa hendak tidur, ia boleh membuatkan sukar untuk tidur dan boleh mengakibatkan insomnia.
Sumber: Deco Malaysia (https://decomalaysia.com/hiasan-bilik-tidur-simple/)
Nak Elak Tong Sampah Berbau Busuk, Guna Empat Bahan Ini

Sisa buangan dapur ataupun sampah walaupun baru sehari baunya memang boleh menusuk hidung dan memeningkan kepala. Sebab itu sebaiknya, pilih bekas atau tong sampah jenis bertutup. Tapi walaupun bertutup, masalah bau masih tidak boleh selesai begitu sahaja. Bila dibuka untuk buang sampah lain, bau yang terperangkap di dalam tong akan terbebas.
Selain memastikan rutin pembuangan sempah dilakukan setiap hari atau pun paling tidak sehari sekali, ada 5 tip mudah yang boleh anda lakukan untuk mengelak tong sampah dari berbau dengan cepat:
1. BAKING SODA
Umum tahu kehebatan baking soda dalam menyingkir aroma yang tidak menyenangkan. Sama ada di dalam almari, peti sejuk, bilik, tandas dan sebagainya. Untuk elak tong sampah anda berbau busuk, taburkan sedikit baking soda di dasar plastik yang digunakan di dalam tong sampah. Bakin soda tadi akan menyerap aroma busuk yang terhasil dari proses pereputan sampah. Tip tambahan, untuk memastikan tong sampah mudah dicuci dan bau busuk tidak melekat, taburkan 1/4 cawan baking soda di dasar tong. Apabila sampah telah dibuang, baru cuci tong tersebut dan keringkan sepenuhnya sebelum diguna semula
2. PELUNTUR
Ada kalanya anda memerlukan sesuatu yang lebih kuat untuk menyingkirkan bakteria yang menyebabkan bau. Walaupun peluntur lebih dikenali dengan kegunaannya untuk melunturkan pakaian atau sebagai salah satu bahan pencuci, Ia juga berupaya memusnahkan kuman dan bakteria jahat. Untuk menggunkan peluntur sebagai bahan pencegah bau di dalam tong sampah, campurkan 1/4 cawan peluntur bersama 2 galon air suam dan jadikan ia sebagai bahan semburan setiap kali anda meletakkan sampah. Namun harus pastikan, permukaan tong sampah anda tidak bertindak balas dengan kandungan peluntur.
3. PASIR KUCING (CAT LITTER)
Latakkan pasir kucing 1 inci tebal di dalam pelastik yang digunakan untuk tong sampah. Bukan pasir sungai tu ya. Sebaiknya pilih pasir kucing yang mempunyai keupayaan mencegah bau atau dari jenis palet kayu. Ia mepunyai kadar resapan air yang tinggi sambil beruapaya menyerap aroma busuk dari sampah.
4. DRYER SHEETS
Dryer sheets antara medium terbaik untuk mencegah bau busuk dalam tong sampah. Alaskan bahagian bawah plastik tong sampah dengan beberapa helai dryer sheet. Jika masih berbau kuat dan tidak menyenangkan, tutup permukaan sampah dengan dryer sheet baru. Aroma busuk tadi akan cepat diserap.
Artikel berkaitan: 4 Cara Cegah Lalat Tanpa Guna Bahan Kimia Yang Memang Berkesan
Ketahui Jenis Kerosakan Dinding Dan Cara Atasinya.

Dinding rumah merupakan elemen yang penting untuk sebuah rumah. Anda harus mengenal pasti keadaan dinding rumah anda. Terdapat beberapa permasalahan seperti dinding beralun, retak, rekah, senget, berlumut dan sebagainya. Bayangkan sekiranya anda perlu melihat semua defect ini setiap hari, ia pasti menyakitkan mata memandang dan menimbul kerisauan.
Disini IMPIANA ingin berkongsi sedikit tentang jenis-jenis kerosakan yang biasa berlaku pada dinding kediaman anda.
- Lembap Dan Berlumut.
Sifat bata ialah ianya menyerap air. Jadi ia boleh menyerap air daripada bawah tanah. Biasanya ianya berlaku pada bahagian bawah dinding dan anda boleh rasa dengan menggunakan tangan.
Sebelum kerja mengikat bata dijalankan, DPC (damp proof course) hendaklah dipasang pada lapisan yang pertama. Tujuan DPC ialah untuk menghalang air daripada tanah untuk naik ke dinding bata. Kewujudan air dalam dinding boleh menggalakkan pertumbuhan lumut pada dinding.
Selain itu, dinding yang lembap boleh perpunca daripada berlakunya kebocoran pada paip di dalam dinding. Perkara ini boleh dipastikan dengan melihat sama ada dinding tersebut bersebelahan dengan tandas, dapur dan sebagainya.
- Retakan Rerambut (Hairline Crack).
Kerosakan jenis ini agak susah untuk dikesan. Anda perlu perhatikan betul-betul baru anda boleh mengesan kesan jenis ini. Seperti namanya ukurannya hanyalah selebar sehelai rambut sahaja.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakkan jenis ini. Antaranya ialah :
– Dinding bata tidak dibasahkan sebelum kerja-kerja plaster menyebabkan air di dalam mortar diserap oleh bata dan menyebabkan berlakunya hairline crack pada plaster.- Rumah melalui proses untuk settle dan menyebabkan berlaku perbezaan pergerakan antara struktur utama rumah dengan dinding bata. Anda boleh lihat sekiranya hairline crack berlaku pada sambungan antara tiang / beam dan dinding bata.
- Dinding Beralun.
Cuba letakkan tangan anda pada dinding dan gerakkan pada sepanjang dinding. Adakah anda dapat rasakan seumpama tedapat alunan pada dinding rumah anda? Jika ya, bermakna dinding rumah anda ada masalah ini.
Masalah ini biasanya berpunca daripada tukang plaster / lepa yang tidak mahir. Sekiranya wave pada dinding rumah anda sangat ketara, masalah ini boleh berpunca daripada kerja ikatan bata.
Untuk lebih pasti, boleh gunakan lampu suluh dan halakan cahaya daripada tepi dinding. Sekiranya dinding rumah beralun, anda boleh lihat bayang bagi kawasan yang beralun.
- Blistered, Bertampal-tampal.
Dua kesan yang berbeza disini. Blistered adalah pop-up yang berlaku pada dinding. Biasanya disebabkan oleh nisbah campuran plaster yang salah dan ditambahkan dengan proses panas-sejuk pada dinding.
Bertampal-tampal atau patchiness pula disebabkan kualiti kerja yang tidak memuaskan. Anda boleh rasa dengan tangan, malah mungkin anda boleh lihat dengan mata keadaan berbelak-belak pada dinding anda.
Kalau anda perhatikan, kebanyakan kerosakan pada dinding berlaku pada lapisan plaster. Kenapa? Kerana kita tidak dapat melihat defect yang berada disebalik plaster. Mungkin kalau kita pecahkan lapisan plaster, banyak lagi kerosakkan yang boleh kita nampak.
- Rekahan (Crack)
Apa beza rekahan dengan retakan rerambut? Rekahan adalah istilah yang digunakan untuk keretakan yang serius. Sekiranya anda boleh melihat cahaya daripada sebelah luar dinding anda maknanya terdapat rekahan pada dinding anda.
Kesan jenis ini adalah lebih berbahaya kerana ianya menghadapi kegagalan pada struktur. Jadi anda boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.
Namun begitu ianya boleh juga berpunca daripada kualiti kerja yang kurang memuaskan ataupun nisbah campuran mortar yang salah menyebabkan ikatan antara bata tidak kukuh.