Musim durian dah tiba. Tahun ni, musim durian sangat menjadi berbanding tahun sebelumnya. Sehinggakna ada yang boleh di beli dengan harga RM 50 untuk satu bakul. Tapi nak beli durian, kena pandai pilih. Takut, durian yang di beli bukan sekadr busuk malah belum masak pun ada. Nak tahu cara pilih durian (klik sini)

Mentang-mentang musim menjadi, buah durian pon murah. Jangalah sampai makan macam nak balas dendam. Perlu ingat, durian ada kesan sampingan jika anda makana berlebihan. Berikut, antara perkara yang perlu anda elak ketika makan durian

1. Durian kaya bahan asid amino tryptophan – Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).

IKLAN

2. Bahan ORGANOSULFUR (bahan bau) bersifat anti-kanser antioksidan, anti-mikrob, antihipertensi. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur.

3. Pesakit kencing manis TIDAK boleh makan durian secara BERLEBIHAN kerana kandungan gula yang sangat tinggi.
Ia boleh menyebabkan paras gula menjadi tidak terkawal dan boleh menyebabkan ‘Ketoacidosis’ dan sangat merbahaya.

IKLAN

4. Durian kaya POTASSIUM. Sesiapa yang ada masalah buah pinggang kronik, (End stage renal failure ESRF) dan perlu dialisis tak boleh makan banyak atau baik tidak payah makan langsung!
Kandungan Potasium yang tinggi ini boleh menyebabkan pesakit buah pinggang mendapat sesak nafas, sakit dada dan rentak jantung (ECG) menunjukkan sinus arrest dengan kadar denyutan jantung bawah 40 perminit – Haemodialysis kecemasan perlu dilakukan atau pesakit boleh mati mengejut akibat kegagalan jantung!

5. Kepada pesakit yg mengalami masalah jantung dan sedang mengambil ubat-ubatan sepperti Frusemide dan Slow K juga tidak patut mengambil durian kerana kandungan Potasium yang tinggi dalam durian boleh menyebabkan jantung pesakit berdenyut tidak normal dan boleh menyebabkan mati mengejut!

IKLAN

6. Elak makan durian bersama paracetamol @ alhohol dan minuman bergas seperti coca-cola kerana mungkin boleh sebabkan kesan toksik kepada badan.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI