Sejak kebelakangan ini, sudah banyak kita dengar berita tentang ular masuk ke rumah. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang panas sekarang, haiwan berdarah sejuk ini sudah tentu akan mencari tempat berlindung yang bersuhu lebih sejuk dan lembap. Tambahan pula habitat mereka mungkin ada yang terbakar ketika musim panas ini. Biasanya, kawasan di kediaman seperti tandas, longkang, kebun atau taman serta dalam kereta menjadi pilihan ular berikutan suhu yang lebih rendah dan keadaan yang lembap.
Ads
Ads
Ads
Di sisi, IMPIANA ada beberapa tips atau langkah keselamatan buat membantu anda mengurangkan risiko ular memasuki kawasan kediaman.
Bersihkan dan kemas halaman atau kebun sekeliling rumah dengan kerap. Persekitaran yang penuh semak-samun yang tidak terurus bakal mengundang haiwan ini untuk menyelinap masuk tanpa disedari.
Elakkan menanam pokok yang terlalu lebat dan tinggi kerana ia boleh menjadi tempat persembunyian yang selesa buat sang ular.
Periksa semua lubang di sekitar kediaman, jangan dibiarkan terbuka atau terdedah dan mempunyai air bertakung. Apabila cuaca panas, ular akan mencari kawasan berair dan lembap bagi menyejukkan badannya.
Pastikan kediaman sentiasa dalam keadaan yang kemas dan bersih. Elakkan kawasan bawah katil dan almari tidak dipenuhi dengan barang-barang kerana ditempat tersorok dan gelap beginilah ular suka duduk.
Tikus merupakan salah satu sumber makanan ular. Jadi, hapuskan kehadiran tikus di kediaman dengan memastikan keadaan dan persekitarannya sentiasa bersih. Buang semua sisa makanan yang dapat mengundang tikus.
Sediakan perangkap ular di kawasan kediaman dan anda boleh gunakan tikus sebagai umpan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Negara Morocco terletak jauh di Afrika Utara dan merupakan salah satu daripada tiga negara yang mempunyai pantai dikedua-dua Atlantik dan Mediterranean. Ia sering menjadi subjek fantasi indah yang romantis dan mewah. Reka bentuk dalaman dengan ciri morocco dapat mencerminkan kekayaan tradisi, budaya dan sejarah negara tersebut menjadikan ia satu konsep yang digemari untuk kediaman di serata dunia.
Dalam posting kali ini kita ingin meninjau sebuah kediaman yang terletak di Bandar Bersejarah Melaka, Atlantis Residence Kota Syahbandar milik Puan Irene Faridah Ismail dan pasangannya Dr Maznisham Mohd Su’ud. Konsep kontemporari morocco yang menjadi pilihan pasangan ini telah diilhamkan sejak zaman pengajian Puan Irene di Universiti Islam Antarabangsa lagi selain dipengaruhi dengan kunjungan ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah dua tahun yang lalu.
Menurut pemilik, rumah kondominium berkeluasan 1,265 kaki persegi ini baru sahaja didiami semenjak Januari yang lalu. Kedudukan yang agak tinggi iaitu di aras 32 menjadikan proses pengubahsuaian agak mencabar tatapi mujur segalanya berjalan dengan lancar berkat dari kerjasama dan kata sepakat pasangan ini. Pemilik telah melakukan perancangan awal yang teliti sebelum mula menghias rumah dengan menyediakan pelan serta lakaran deko bagi memudahkan lagi proses mendeko yang telah dipersetujui bersama.
Walaupun kos keseluruhan yang agak besar namun hasilnya amat menarik dan memuaskan hati. Kawasan ruang tamu menjadi kegemaran pemilik, mahligai indah ini juga dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan satu bilik air. Panel pembahagi ruang bermotifkan geometrik morocco serta lampu-lampu perhiasan morocco yang menghiasi ruangan itu telah menjadi daya penarik yang sukar untuk pengunjung lupakan.
Di sini IMPIANA kongsikan beberapa keping gambar kediaman indah untuk tatapan pembaca, semoga terinspirasi dan terus bersemangat untuk mendeko. Semoga berjaya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum beli perabot, ada perkara penting kena tahu, barulah tak menyesal. Membeli perabot memanglah sesuatu yang menyukarkan. Kadangkala apabila berada di kedai perabot pasti anda menjadi rambang mata dengan pilihan-pilihan pelbagai reka bentuk perabot yang ditawarkan.
Oleh itu, bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan dalam membeli perabot, anda boleh ikuti LIMA perkara ini.
1. SAIZ RUANG
Jumlah perabot dibeli dan dihias perlu berpadanan dengan saiz ruang. Bagi ruang sempit, pilih perabot jenis pelbagai guna, mudah dibuka dan dipasang semula. Contohnya sofa bed amat praktikal untuk kegunaan tetamu yang bertandang.
2. PENGGUNAAN RUANG
Pemilihan perabot haruslah sesuai dengan umur, saiz dan ketinggian penggunaan ruang. Bagi ruang yang dikongsi, keperluan setiap penggunaan harus dititik beratkan. Contohnya rak tinggi, berkaca serta perabot berbucu tajam tidak sesuai untuk ruangan kanak-kanak.
3. PEMILIHAN WARNA
Perabot selalunya datang dengan variasi warna. Pilih warna perabot bukan sekadar mengikut faktor warna kegemaran, tetapi juga warna cat dan kemasan ruang, serta konsep perabot lain. Bagi ruangan kanak-kanak atau ruangan yang diguna lasak, pilih warna perabot yang tidak mudah dikotori.
4. KETAHANAN DAN JANGKA HAYAT
Ambil kira juga faktor ketahanan perabot tersebut terutamanya perabot seperti katil, sofa dan meja makan yang kerap digunakan. Begitu juga dengan rak yang menempatkan barangan berat seperti koleksi buku, pinggan mangkuk dan perhiasan kaca.
5. BAJET
Kenal pasti berapa anggaran perbelanjaan anda bagi setiap ruangan yang ada. Jangan pula terlebih berbelanja pada sesuatu ruang dan tidak cukup perbelanjaan untuk ruangan lain. ukur dan buat perbandingan harga barang dan ketahanannya. Biarlah alah membeli, menang memakai.
Umum tahu kulit telur membantu menyuburkan tanaman di laman. Tapi Impiana lihat, ramai tak menggunakan kulit telur yang tersisa dari dapur sebagai baja tanaman. Tak pasti sama ada lupa, tak tahu atau malas untuk gunakan kulit telur sebagai baja organik pada tanaman. Jadi, Impiana kongsikan khasiat kulit telur hasil perkongsian Sue Haiza dalam group Berkebun Untuk Beginner
Mungkin ramai yang sudah tahun dan maklum akan khasiat kulit telur kepada tanaman dan ramai yang telah mempraktikkannya. betul kan
Kulit Telur Sebagai Baja Organik sebenarnya mempunyai khasiatnya yang tersendiri kepada tumbesaran pokok kita. kalsium yang terdapat dalam kulit telur ini mampu mempercepatkan proses tumbesaran pokok. Pokok apakah yg paling banyak memerlukan kalsium? salah satunya adalah tomato
Selain itu, bayam juga memerlukan kalsium yg tinggi untuk tumbesarannya. pokok lain yg saya tidak sebutkan jg boleh dibajakan dgn kulit telur. kulit telur juga dikatakan mampu mengawal kehadiran siput kebun. apakah reasonnya? ini adalah kerana ketajaman yg ada pd kulit telur itu sendiri. sekiranya kita menabur kulit telur di sekitar pokok,siput akan menyerah kalah kerana jika badannya yg lembut terkena serpihan kulit telur, mmg amat perit bg seekor siput
kulit telur juga mampu meneutralkan tanah&mengurangkan asid pd tanah. dgn ini ia mampu menyuburkan lgi tanaman kita
PENYEDIAAN DAN CARA GUNA BAJA KULIT TELUR
Baik, bagaimana nk sediakan baja dari kulit telur ini? caranya senang sahaja. cuma prlu basuh dgn bersih,keringkan, hancurkan dan kemudian bolehlah ditabur disekitar tanaman kita. sekiranya kita menanam utk kegunaan sendiri ,boleh cuba kaedah yg senang ini tanpa perlu hbskn wang untuk membeli baja. atau boleh jadikan ini sebagai tambahan kpd baja yg telah kita beli. xsalah mencuba kan
selamat mencuba
*info ini saya perolehi dari pembacaan&pengalaman saya. sama2 berkongsi ilmu
Selain itu, kulit telur juga dikatakan elok untuk merawat kulit muka yang bermasalah. Mari ikuti kegunaan kulit telur yang tak pernah kita terfikir pun!
Suplemen semula jadi
Tanah yang mempunyai pH yang rendah biasanya mengandungi kandungan kalsium yang rendah. Menaburkan kulit telur yang telah dihancurkan pada permukaan tanah tersebut akan meningkatkan kandungan pHnya tersebut. Ini sesuai bagi taman yang mempunyai tanah jenis berasid. Jadi, penambahan kulit telur akan bertindak sebagai suplemen yang akan menyuburkan tanaman.
Kaedah: Hancurkan kulit telur sehingga halus bagi mempercepatkan penyebaran kalsium kepada tanah. Taburkan secara sekata di sekitar tanaman ataupun digaulkan bersama bahan kompos.
Bekas pembenihan
Gunakan kulit telur sebagai bekas penyemaian biji benih. Selain daripada bersifat keras dan mampu menampung tanah, kandungan kalsium yang terdapat pada kulit telur juga dapat membantu tumbesaran biji benih.
Kaedah: Kulit telur dibersihkan terlebih dahulu, kemudian medium penanaman 2:1:1 (2 tanah loam, 1 bahan organik: 1 pasir) dimasukkan separuh daripada ruang telur. Masukkan biji benih dan tunggu sehingga bijih benih bercambah. Seterusnya boleh dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.
Lilin
Apabila memiliki taman yang menghijau dan subur pasti menggamit serangga penghisap darah, nyamuk. Pembaca mesti pernah melihat lilin jenis ini dijual dipasaran. Lilin yang diperbuat daripada serai wangi ini mampu menghalau nyamuk serta serangga perosak di kediaman anda. Buat sendiri lilin ini menggunakan kulit telur sebagai bekas acuan. Letakkan lilin ini di atas meja ruang tamu, anjung atau decking untuk membantu mengurangkan serangan nyamuk dan serangga lain.
Kaedah: Pecahkan telur di bahagian paling atas. Cuci kulit telur sehingga bersih. Keringkan dan masukkan serai wangi dan lilin yang telah dipanaskan.
4. Masker wajah
Akhir sekali, kulit telur juga boleh membantu merawat beberapa masalah kulit serta melicinkan kulit wajah.
Masukkan serbuk kulit telur ke dalam cuka epal dan rendamkan ia selama beberapa hari. Kemudian, sapukan campuran tadi pada kulit yang gatal.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.