Dekorasi berkonsepkan industri bukan sahaja diminati oleh golongan muda, ia juga menjadi pilihan bagi perusahaan restoran dan kafe yang popular. Bila sebut konsep industri untuk dapur, elemen yang kerap dan boleh dikata bagaikan satu kemestian adalah permukaan dinding batu bata, counter top cement render, rak terbuka, kayu tanpa kemasan, penggunaan keluli dan sebagainya.
Sebenarnya, untuk menghasilkan sesebuah rekabentuk dapur gaya industri agak kurang praktikal. Seperti contoh, counter top menggunkan cement render. Permukaan tersebut perlu diberi kemasan khas untuk hasilkan kesan yang menarik dan tidak mudah rosak. Rak terbuka sebenarnya bukan lah satu kemestian bagi dapur berkonsepkan industri, apa kata sediakan pintu kabinet yang diperbuat dari akrilik lutsinar. Hasilnya lebih menarik. Hakiknya, untuk reka bentuk dapur konsep industri ini perlu bijak MIX AND MATCH. Dan yang paling penting, praktikel dengan keperluan isi rumah. Berikut, inspirasi dapur berkonsepkan industri
Sejak kebelakangan ini, sudah banyak kita dengar berita tentang ular masuk ke rumah. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang panas sekarang, haiwan berdarah sejuk ini sudah tentu akan mencari tempat berlindung yang bersuhu lebih sejuk dan lembap. Tambahan pula habitat mereka mungkin ada yang terbakar ketika musim panas ini. Biasanya, kawasan di kediaman seperti tandas, longkang, kebun atau taman serta dalam kereta menjadi pilihan ular berikutan suhu yang lebih rendah dan keadaan yang lembap.
Di sisi, IMPIANA ada beberapa tips atau langkah keselamatan buat membantu anda mengurangkan risiko ular memasuki kawasan kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Antara perkara paling penting dan utama dalam proses menghias kediaman adalah pemilihan warna bagi setiap ruang dan juga perabot. Warna merupakan bahasa visual yang boleh difahami oleh semua orang walaupun dari latar belakang yang berbeza. Kita dapat berkomunikasi hanya dengan menggunakan warna sebagai ‘bahasa penghantar’ melalui pemilhan dan penggunaannya dalam seni hiasan dalaman. Jadi, untuk warna berbicara seiring dengan kehendak, kita perlu terlebih dahulu memahami dan mendalami bagaimana warna berfungsi dalam mempengaruhi mood atau suasana kediaman.
Warna pada dasarnya datang dalam tiga kategori iaitu aktif, pasif dan neutral. Warna-warna neutral termasuklah hitam, kelabu, putih dan coklat. Kebiasaannya, warna neutral digunakan untuk mewujudkan keseimbangan dalam hiasan yang menggunakan kedua-dua warna aktif dan pasif. Disini IMPIANA senaraikan skema warna asas untuk menghias kediaman anda agar nampak lebih sistematik dan menarik.
MONOCHROMATIC Menggunakan satu warna tetapi dalam pelbagai variasi dari segi kepekatan atau saturation. Penggunaan skema monochromatic akan membuatkan ruang tampak elegan, kemas dan bersih. Monokromatik juga memberi suasana yang nyaman lebih-lebih lagi dengan penggunaan warna biru atau hijau yang digabungkan dengan warna neutral seperti putih, hitau atau kelabu kerana rona warna yang digunakan lebih sekata dan tidak menyakitkan mata.
HARMONIOUS Menggunakan warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Pilih satu warna yang lebih dominan dan gunakan (satu atau dua) warna disebelahnya untuk memperkayakan lagi pilihan skema warna ini. Skema warna harmonious ini seakan sama dengan skema warna monochromatic tetapi menawarkan lebih nuansa atau kehalusan dari segi kemasan rona yang mampu mengubah suasana ruang.
COMPLEMENTARY Untuk ruang dengan suasana lebih meriah atau vibrant, gunakan skema warna complementary. Pilih dua warna yang terletak bertentangan dalam roda warna. Contohnya seperti gabungan warna kuning dengan ungu, biru dengan oren dan sebagainya. Dua warna dengan kontras tinggi akan membuatkan ruang kediaman akan nampak lebih ‘lively’ dan bersemangat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Adakah anda sedang merancang untuk mengubahsuai kediaman, terutamanya ruangan publik seperti entryway dan ruang tamu? Jika ya, boleh cuba pertimbangkan penggunaan meja konsol untuk mendapatkan penampilan yang menarik selain dapat memberikan beberapa alternatif pilihan untuk dekorasi di ruangan tersebut.
Meja konsol merupakan rekaan meja kecil yang ukurannya tidak terlalu besar oleh itu sesuai untuk diletakkan berhampiran pintu masuk serta sebagai pelengkap sofa di ruang tamu ataupun di satu sudut bahagian ruang makan. Ianya bukan hanya cantik tetapi juga merupakan satu penyelesaian mudah buat masalah penyimpanan barang anda.
Hal lain yang menarik tentang meja konsol adalah sifatnya yang multifunction. Selain berfungsi sebagai elemen dekoratif dan penyeri ruang, meja konsol juga boleh dimanfaatkan untuk menyimpan barang-barang kecil. Jika anda sejenis orang yang selalu lupa di mana anda letakkan kunci kereta, pengecas telefon bimbit mahupun pin tudung, maka meja konsol memang pilihan yang tepat untuk anda.
Sebagai perabot penyeri ruang, antara cara untuk anda mendeko meja konsol adalah dengan menghiasnya dengan lampu meja yang unik, pasu bunga atau susunkan bingkai gambar-gambar kenangan. Selain itu anda juga boleh gantungkan cermin atau art piece pada dinding untuk mendapatkan kesan lebih dramatik.
Namun sebelum anda pergi mendapatkan meja konsol, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan. Pastikan anda mengikut tip yang telah kami sediakan agar tidak silap memilih nanti.
Terlebih dahulu anda perlu tahu untuk apa kegunaan meja konsol ini, adakah ia sekadar hiasan ataupun ia akan digunakan sebagai tempat penstoran tambahan. Cuba bayangkan jika anda pilih untuk membeli meja konsol yang tidak bersesuaian dengan kegunaannya pasti akan rasa menyesal dan ralat.
2. Tentukan konsep dan gaya keseluruhan kediaman anda.
Perkara paling penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli meja konsol adalah konsep yang telah dipilih untuk kediaman anda. Setelah pasti dan yakin dengan konsep yang dipilih, barulah mudah hendak membuat pilihan perabot supaya tidak bercelaru temanya.
3. Trial and Error posisi meja konsol sebelum betul betul membuat keputusan.
Cuba letakkan meja konsol di beberapa sudut atau ruang untuk melihat kesesuaian dan keserasian meja dengan perabut yang lain. Fungsi meja konsol perlu juga dititikberatkan dalam hal ini agar mudah dan lebih praktikal.
Banyak lagi gambar gambar interior menarik dengan meja konsol yang IMPIANA nak kongsikan. Teruskan scroll down dan selamat menghias ruang kediaman anda!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.