5 Tip UntukGalak Anak Kemas Bilik Mereka Sendiri. Agak sukar untuk pastikan bilik anak anda sentiasa dalam keadaan kemas. Bila si ibu dah siapkan rutin mengemas, nanti mesti bersepah semua. Sana sini permainan bertaburan. Jadinya, tak tahan berapa jam pun bilik kemas, dah nak dikemas semula. Pasti ramai antara ibu yang mengeluh.
Takkan nak halang, sedangkan bermain itu merupakan salah satu proses pembelajaran anak-anak. Jadi apa kata, didik anak anda untuk mengemas bilik mereka sendiri. Mesti ramai yang akan kata, dah puas membebel tak berkemas. Sebenarnya, punca utama adalah didikkan kita. Jadi, untuk galakkan anak anda mengemas bilik mereka, ini perkara yang perlu anda lakukan:
1. Ajak anak kemas bersama
Wajibkan hujung minggu untuk aktiviti gotong royong mengemas bilik anak anda. Bila semua buat, baru lah aktiviti tu seronok. Maka secara tidak langsung, walaupun hari-hari lain bilik kelihatan bersepah, anak anda akan kemaskannya sendiri.
Baca juga: Nak Suruh Anak Tidur Dalam Bilik Sendiri Bukan Senang, Ibu Ini Kongsikan Tip Pasti Jadi
2. Sediakan bekas secukupnya
Langkah bijak untuk memudahkan barang anak anda tersimpan rapi adalah dengan menyediakan tong, baku, kotak atau sebagainya untuk memudahkan mereka menyimpan barang-barang yang telah digunakan. Disamping itu, bilik akan kelihatan kemas dan tersusun
3. Hadkan jumlah barang dalam bilik
Kanak-kanak tak perlukan perabot yang banyak perincian yang rumit. Termasuklah barang mainan mereka. Lebihkan ruang terbuka untuk untuk kanak-kanak lebih kreatif menghasilkan aktiviti mereka sendiri. Secara tidak langsung, teknik ini mampu mengurangkan kadar barang yang bersepah
4. Khususkan arahan
Selalu bila kita nak suruh si cilik mengemas barang permainan ini ayat akan digunakan “KEMAS BARANG ADIK”. Apa kata lepas ni kita lebih khususkan seperti ” KEMAS BARANG ADIK. MASUKKAN BALEK DALAM KOTAK. SUSUN ATAS RAK”. Barulah jelas arahan anda tu. Kalau setakat arahan rambang suruh kemas, mungkin bagi mereka apa yang telah mereka lakukan tu dah cukup kemas.
5. PUJIAN
Ini paling penting. Seperti yang disarankan oleh pakar-pakar, kerap memuji anak anda setiap kali mereka melakukan sesuatu yang baik. Jadi, selesai si adik mengemas, pujilah lah dengan benda-benda yang mereka suka. Cantik ke, Bijak ke dan sebagainya. Bukan dengan memberi reward.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI