5 tip mudah wujudkan play area untuk anak-anak di rumah. Aktiviti bermain sangat penting untuk tumbesaran anak-anak. Play area khusus untuk anak-anak boleh memberikan ruang untuk anak-anak bermain secara kreatif dan lebih selesa.

Bila anda ada anak-anak kecil di rumah, rumah anda akan sentiasa bersepah dengan permainan mereka. Ruang tamu terutamanya merupakan tempat mereka bermain. Anda boleh wujudkan ruang khas, play area untuk anak-anak bermain dengan lebih selesa dan anda pun tak pening kepala nak kemas rumah.

Antara tip mudah mewujudkan play area di rumah ialah:

1) Tentukan Ruang yang Sesuai

5 Tip Mudah Wujudkan Play Area untuk Anak-Anak di Rumah

Sudut terbaik bagi membuat play area anak-anak adalah di penjuru atau tepi dinding agar tidak mengganggu laluan untuk berjalan, sekaligus mengelakkan anda daripada terpijak mainan yang bersepah. Anda juga boleh jadikan tingkat atas rumah anda sebagai play area. Lebih kemas, privasi, dan tidak mengganggu ruang untuk tetamu.

NOTA: Asingkan ruang bermain dengan bilik tidur. Ini mewujudkan tabiat tidur yang lebih baik tanpa gangguan dari barang permainan mereka.

Demi keselamatan anak-anak, pastikan ruang bermain mereka perlu jauh daripada wayar elektrik, dan simpan sebarang objek hiasan yang berat atau mudah pecah di tempat selamat kerana boleh mendatangkan kecederaan terhadap mereka. Ruang bermain seharusnya berada jauh dari tangga. Anda boleh gunakan pagar keselamatan di atas dan bawah tangga untuk mengelak dari kejadian yang tidak diingini.

2) Tentukan Tema atau Konsep

5 Tip Mudah Wujudkan Play Area untuk Anak-Anak di Rumah

Pilih tema yang sesuai dengan minat anak-anak, seperti haiwan, pengembaraan atau watak kartun kegemaran mereka. Tema ini boleh digunakan dalam memilih warna, imej dan hiasan lain.

NOTA: Tukar tema dan susunan beberapa bulan sekali untuk mengubah selera dan minat anak berdasarkan umur mereka.

IKLAN

Gunakan dinding sebagai kanvas untuk berkarya. Anda boleh melukis mural atau memasang stiker dinding yang kena dengan konsep play area. Pilihan lain adalah dengan menggunakan papan tulis untuk anak-anak meluahkan kreativiti dan mengekspresikan diri mereka.

Tambahkan elemen yang menggalakkan kreativiti kanak-kanak, seperti meja untuk melukis, bahagian untuk blok bangunan atau ruang untuk membaca.

3) Pilih Kelengkapan yang Sesuai

5 Tip Mudah Wujudkan Play Area untuk Anak-Anak di Rumah

Pastikan lantai di kawasan permainan selamat dan selesa untuk anak-anak bermain. Gunakan karpet atau tilam yang lembut dan mudah dibersihkan.

5 Tip Mudah Wujudkan Play Area untuk Anak-Anak di Rumah

Sediakan tempat duduk yang selesa bagi anak-anak untuk bersantai atau membaca buku. Gunakan bean bag atau kerusi kecil yang mudah dipindahkan.

IKLAN

Jika anda risau mainan anak anda bersepah, pertimbangkan untuk menyediakan storan yang mudah diakses untuk mainan dan peralatan lain. Contohnya, rak, kotak plastik atau bakul yang sesuai dengan tema dan mudah digunakan oleh anak-anak untuk menyimpan mainan mereka selepas bermain.

4) Pencahayaan yang Cukup

5 Tip Mudah Wujudkan Play Area untuk Anak-Anak di Rumah

Pastikan terdapat pencahayaan yang mencukupi di kawasan play area. Gunakan lampu loket yang terang atau lampu meja yang memberikan cahaya yang cukup untuk aktiviti anak-anak. Jika boleh, tambahkan lampu yang menghasilkan kesan seperti bintang atau bulan untuk mencipta suasana magis.

Pastikan lampu diletakkan dengan baik supaya keseluruhan play area mendapat pencahayaan yang sekata. Elakkan meletakkan lampu yang terlalu terang atau terlalu gelap di sesetengah kawasan.

5) Libatkan Anak-Anak dalam Proses

5 Tip Mudah Wujudkan Play Area untuk Anak-Anak di Rumah

IKLAN

Biarkan anak-anak mengambil bahagian dalam proses atau memilih permainan dan hiasan untuk play area mereka supaya mereka lebih bersemangat untuk menggunakannya.

Sediakan beberapa pilihan permainan dan hiasan yang sesuai dengan kehendak mereka. Contohnya, tunjukkan beberapa gambar atau contoh mainan, pelekat dinding atau hiasan lain yang boleh mereka pilih.

Biarkan anak-anak meluahkan kreativiti mereka dengan membuat beberapa hiasan sendiri, seperti lukisan, hiasan dinding yang mereka buat atau seni lain. Ini akan menjadikan kawasan permainan lebih unik.

Moga bermanfaat!

Mesti Baca: Tingkat Kreativiti, 4 Tip Wujudkan Ruang Mesra Anak-Anak Di Rumah

Baca Lagi Di Sini: Cantikkan Bilik Anak Dengan DIY LAMPU HIASAN. Guna Kotak Terbuang Je!

Artikel Menarik: 5 Tip Deko Rumah Mesra Kanak-Kanak, Pentingkan Keselamatan

Follow kami di  WEBSITE,  TELEGRAM,  INSTAGRAM,  TIKTOK,  FACEBOOK  dan YOUTUBE   untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI