5 tip deko rumah mesra kanak-kanak, utamakan keselamatan. Sesiapa yang ada anak kecil mesti risau jika anak-anak terlanggar bucu meja, atau pun tidak bebas bergerak di dalam rumah sendiri.

Kadang-kala, di rumah sendiri pun boleh berlakunya kemalangan kecil seperti terhantuk bucu meja, kaca pecah, dan sebagainya. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, ibu bapa perlu mewujudkan suasana rumah yang mesra kanak-kanak.

Nak deko rumah mesra kanak-kanak ni, bukanlah susah pun. Tidak semestinya kena beli barang-barang yang mahal. Apa yang paling penting adalah ibu bapa perlu tahu ruang yang anak-anak selalu gunakan dan perlu utamakan keselamatan mereka.

Antara tip deko rumah mesra kanak-kanak ialah:

1) Keselamatan Perlu Diutamakan

5 Tip Deko Rumah Mesra Kanak-Kanak, Pentingkan Keselamatan

Pastikan rumah bebas daripada potensi bahaya seperti ubat-ubatan, produk pembersih toksik, wayar elektrik terdedah dan sudut tajam.

Sediakan penutup saluran, pagar tangga, dan simpanan selamat untuk ubat-ubatan atau bahan kimia isi rumah yang berbahaya. Pastikan bidai dan tali langsir diikat dengan kemas untuk mengelakkan risiko tercekik atau terperangkap. Gunakan kawalan keselamatan pada laci dan pintu kabinet untuk mengelakkan kanak-kanak daripada mengakses barang berbahaya.

2) Perabot yang Sesuai dan Selamat

5 Tip Deko Rumah Mesra Kanak-Kanak, Pentingkan Keselamatan

IKLAN

Pilih perabot yang tidak mempunyai sudut tajam atau bahan berbahaya. Pastikan perabot seperti meja, kerusi dan rak tidak mudah jatuh.

Elakkan menggunakan perabot yang tajam atau berbucu tajam. Jika boleh, pilih perabot dengan sudut bulat untuk mengurangkan risiko kecederaan jika kanak-kanak terjatuh atau berlari.

3) Kawasan Permainan yang Selamat

5 Tip Deko Rumah Mesra Kanak-Kanak, Pentingkan Keselamatan

Wujudkan kawasan khas di rumah untuk kanak-kanak bermain dengan permukaan yang lembut seperti permaidani atau tilam. Pastikan kawasan ini bebas daripada barang berbahaya dan mempunyai pencahayaan yang mencukupi.

IKLAN

Sediakan ruang untuk mengekspresikan kreativiti mereka. Sebagai contoh, sediakan meja dan kerusi untuk melukis, mewarna atau membuat kraf. Pastikan bahan seperti kertas, pensel warna dan cat air sentiasa ada.

4) Susun Atur yang Sesuai

5 Tip Deko Rumah Mesra Kanak-Kanak, Pentingkan Keselamatan

Untuk memastikan rumah sentiasa kemas dan teratur, gunakan rak atau kotak penyimpanan yang mudah diakses untuk menyimpan mainan dan barang-barang kanak-kanak. Ajar kanak-kanak mengemas mainan mereka selepas bermain.

5) Pembersihan Berkala

5 Tip Deko Rumah Mesra Kanak-Kanak, Pentingkan Keselamatan

IKLAN

Lakukan pembersihan secara berkala, terutamanya di kawasan yang kerap digunakan oleh kanak-kanak seperti lantai, meja makan dan dapur. Ini membantu mengekalkan kebersihan dan kesihatan keluarga secara keseluruhan.

Pastikan produk pembersih yang anda gunakan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menggunakan pembersih semula jadi seperti cuka dan air untuk membersihkan permukaan rumah.

Moga bermanfaat!

Mesti Baca: BENTUK RUANG MEMBACA SEBAGAI SATU SUDUT MESRA KANAK-KANAK

Baca Lagi Di Sini: 21 Garis Panduan Yang Wajib Anda Pakai Untuk Hias Bilik Kanak-kanak

Artikel Menarik: LAPISAN WARNA CERIA PEMBANGKIT ELEGAN. TEKNIK RINGKAS CIPTA RUANG MESRA KANAK-KANAK

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI