
Anak-anak kini sudah pun memasuki alam persekolahan. Pasti pelbagai kerja rumah dan kerja-kerja lain harus di bereskan. Jadi kamar si manja juga perlu mengalami sedikit perubahan. Untuk mereka belajar dan menumpukan perhatian serta menempatkan segala keperluan sekolah harian juga sekolah agama.
Idea ruang membaca atau belajar sebenarnya juga mudah. Cari sahaja bahagian ruang kamar yang boleh memuatkan meja membaca dan kabinet meyipan buku sekolah. Mungkin bagi perabot seperti meja, ia mempunyai ukuran tetap tetapi kerusi anda boleh cari yang mesra kanak-kanak dan boleh dilaraskan dengan mudah. Kini pereka menyediakan pelbagai ilham kreatif dan mesra ruang bagi anak-anak belajar dengan selesa dan segala keperluan sekolah tersusun dengan rapi serta tidak bersepah-sepah.
Jadi ia bukan sahaja memberi motivasi kepada anak anda belajar malah adalah point anda membebel jika malas belajar …heheh simple-simple je di IMPIANA…..
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tema Modern Glam Dengan Nilai Rendah Dan DIY, Hebat Hasil Kerja Cikgu Ini

Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai guru sekolah, itu tidak menghalang Cikgu Saiful Bahrin daripada mencurahkan idea kreatifnya terhadap dekorasi dalaman di kediamannya yang terletak di Taman Kurau Lestari, Perak. Pemilik yang tinggal bersama isteri dan dua orang anak dalam kediaman jenis Semi-D, mempunyai keluasan 1100 Sqft akan bertukar tema dekor setiap dua tahun. Ini disebabkan oleh minatnya yang amat mendalam terhadap dekorasi kediaman. Sebelum ini IMPIANA pernah memaparkan Dekorasi dapur En. Saiful Bahrin yang dibina hanya dengan modal RM 500 [klik sini untuk artikel lengkap] kali ini kita lihat pula dekorasi yag di hasilkan diruang tamu pemilik.
Keseluruhan, asal kediaman ini mempunyai 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Namun, selesai renovasi kediaman moden glam ini hanya mempunyai 3 bilik tidur dan 1 bilik air. Satu bilik telah diubah menjadi ruang surau dan sebagai tambahan, pemilik membina loteng,
“Dua tahun lepas, saya memilih konsep industrial indoor dan pada tahun ini saya cuba untuk mengikuti trend terkini dengan memilih tema modern glam dengan perincian wainscoting dalam menghias dinding di rumah saya”, jelasnya.
“Agak sukar untuk memastikan kediamana ini sentiasa dalam keadaan kemas memandang saya mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Sebagai langkah proaktif, saya dan isteri akan mengemas rumah terlebih dahulu sebelum tidur dan pergi kerja.” Tambah pemilik
Bagi mengatasi pembaziran, perabot lama yang tidak bersesuaian dengan tema atau tataman konsep baru akan di jual. Hasil jualan, digunakan pemilik sebagai modal untuk membeli perabit baru yang bersesuaian. Masa yang diepruntukkan untuk renovasi kediaman ini adalah satu bulan dengan bantuan pelajar jurusan vokasional di bawah bimbingan pemilik. Tugas-tugas renovasi dilakukan diluar waktu belajar. Melihat kepada pilihan warna, pemilik menggabungkan warna kelabu sebagai ronan utama yang dipadukan dengan lantai vinyl membangkitkan lagi seri. Selain pencahayaan dari lampu siling, sebagai tambahan beberapa biji floor lamp dan table lamp turut digunkan untuk memperincikan lagi setiap sudut.
Sebelum
Selepas
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Biru Pastel Memberi Rasa Santai Pada Ruang Kediaman Anda.

Biru muda selalunya merupakan warna pilihan kedua selepas merah jambu atau putih asli. Biru muda selalunya juga sesuai untuk kamar kanak-kanak lelaki dan kamar untuk warga emas. Menariknya biru muda ini adalah ia bukan sahaja mampu memberikan suasana damai pada ruang . Ia juga boleh menjadikan ruang nampak lebih luas dan santai. Auranya memberi rasa selesa dan padanan warna putih membantu ruang tampil lebih luas…
Biru muda sememangnya sesuai untuk tata hias english dan art deco. Tetapi ia juga boleh diterapkan pada tata hias moden dan minimalism. Selalunya biru sesuai dipadankan dengan dengan putih sebagai keseimbangan. Elakkan memilih warna yang gelap seperti hitam atau pun coklat kerana ia sudah lari daripada padanan yang hendak diserlahkan. Ia bukan sahaja tidak harmoni malah suasana juga nampak janggal. Kenapa? Ringkas, lihat pada langit dan ombak… awan dan langit, air laut dan buih ombak….itulah inspirasinya…..
Jadi bagi anda yang mahukan suasana kediaman yang santai, luas dan nampak ‘ringan’ , boleh mencuba pilihan biru muda. Jika tidak di ruang utama pun, ruang kamar beradu pun sudah memadai. Ia memberikan rasa senang dan mendamaikan. Malah mudah bagi anda menghias ruang dengan pilihan warna yang tidak terlalu banyak. Simple-simple je di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Redup Dengan Pilihan Tona Kelabu Serta Hitam

Mempunyai mahligai impian dengan hiasan dalaman yang menarik menjadi dambaan setiap insan. Ia tidak kira rumah itu sebesar mana asalkan ia selesa dan selamat untuk didiami. Entri kali ini menceritakan bagaimana pilihan tona kelabu gelap serta warna hitam dapat menjadikan suasana dalam rumah nampak redup dan tidak gelap.
Seorang pemilik kediaman di Nada Alam, Nilai iaitu En Aizat Asmuni, memilih untuk menghias rumahnya dengan tema yang tidak terlalu kompleks iaitu minimalist. Tema ini menjadi pilihan kerana pemilik dan isteri mempunyai tugas dan peranan di luar sebagai pegawai bank dan kakitangan kerajaan. Oleh itu, mereka hanya mahu melangkah masuk ke dalam kediaman dengan pemandangan yang sedap mata memandang hingga boleh terlupa segala beban kerja.
“Saya sekeluarga baru setahun 6 bulan mendiami rumah ini dan mengambil masa 2 bulan untuk menyiapkan segala dekor dalam rumah yang berkeluasan 1400 kaki persegi ini”, katanya.
Memiliki ruang tamu yang panjang membuatkan pemilik menjadi lebih kreatif untuk menghiasnya. Ia dapat dilihat apabila pemilik mendirikan sebuah partition khas untuk mengasingkan ruang dapur dan ruang rehat di bahagian hadapan.
Rumah ini berkapasiti 4 bilik tidur serta 2 bilik air dan tinggal bersama 2 orang anaknya yang masih lagi menuntut di sebuah sekolah berdekatan dengan kediamannya.
Pemilihan warna kelabu gelap sebagai tona utama adalah disebabkan pemilik mahukan suasan redup dalam rumah dan warna hitam pula dijadikan tema untuk aksesori serta perabot dalam rumah. Dari pandangan penulis, ia idea yang amat bijak kerana padanan dua tonan ini tidak akan kontra kerana ia saling melengkapi. Walaupun pemilihan rona cat yang gelap, hasilnya tetap cerah disebabkan oleh pengamatan cahaya yang mencukupi.
Apa yang penulis dapat simpulkan adalah design sebegini amat sesuai untuk mereka yang bekerja sepenuh masa di pejabat. Permainan tona warna yang tidak berat dan terlalu terang memainkan peranan. Penulis memuji tindakan pemilik yang memilih tona sebegini. Pembaca yang lain pun boleh mencedok sedikit idea daripada pemilik rumah ini.
ICI DULUX Inspire Interior Smooth Sheen Finish Paint Cat Dinding Dalam Rumah Bilik Ruang Tamu
UNTUK PEMBELIAN BOLEH KLIK DI SINI
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI