Bertuahnya kita andai mempunyai rumah yang cukup besar dan dihias dengan pelbagai perabot menarik. Ruang tamu berasingan dengan ruang keluarga dan ragam perabotnya juga cukup berbeza di antara satu dengan yang lain. Ruang keluarga selalunya mempunyai perabot dempak yang memberi keselesaan. Sofa “L” antara yang sangat popular demi memberi ruang maksimum kepada semua.
Namun bukan semua geng dekor yang bernasib baik. Masih ramai yang tidak mempunyai ruang kediaman yang cukup besar dan mewah. Jadi ruang tamu itulah segalanya dan menggalas dua tugas iaitu ruang bersantai dan menerima tetamu. Coklat atau perang selalunya mejadi warna popular kerana ia merupakan warna warm newtral yang tidak keterlaluan. Malah boleh disuai padan dengan apa sahaja warna lain dan ever green.
Pun begiitu dalam masa yang sam penggunaan sofa L semakin mendapat tempat kerana jimat ruang dan menjadi aliran pula di kalangan tuan rumah selai daripada sofa biasa. Gaya pemilihan warna harmoni yang sekata membantu ruang tidak menjadi terlalu sesak malah tampil bergaya. Simple-simple je di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rekaan Dapur Perancis Beri Kelainan Dan Romantis
Kegemilangan dapur Eropah telah tersohor ke seluruh dunia. Mungkin ramai yang menyangka gaya Inggeris merupakan ilham rekaan yang cukup hebat. Sebenarnya sentuhan Perancis lebih berseni dan tampil romantis. Panel kabinet dibuat halus baik tema kedesaan Perancis mahu pun kediaman agamnya. Seperkara yang dapat kita lihat adalah perincian pada kabinetnya, bahagian serombong pemerangkap asap masakan dan kemasan lantainya yang adakala begitu berani buat sebuah dapur.
Jom kita cuci mata dengan ilham hebat dengan suasana romantis ini….siapa tahu anda jatuh hati dengan ilhamnya…Simple-simple je di IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Deko Bajet Hasil ‘Wow’
Rumah teres jenis setingkat milik Mohd Firdaus Tahir yang bertempat di Klang, Selangor dengan keluasan 1500 kaki dilengkapi dengan ruang tamu yang cukup selesa, tiga bilik tidur dan sebuah dapur yang melengkapkan nadi kediaman ini.
Pastinya ramai akan teruja dengan cerita di sebalik kediaman ini, dengan hanya berbelanja kecil tetapi rumah milik peribadinya ini mampu kelihatan seperti sebuah syurga mahligai indah serba lengkap. Inilah yang dikatakan bijak berbelanja menang memakai.
Anak kedua dari empat beradik yang berasal dari Klang, Selangor ini memilih konsep moden dan Inggeris bagi kediamannya. Bukan itu saja malah gabungan moden dan Inggeris ini tidak mengehadkan Mohd Firdaus untuk berkarya.
“Ruang tamu diwujudkan dengan ciri-ciri tenang mendamaikan, pilihan warna lembut dan warna asas yang sesuai menjadikan kediaman saya cukup selesa. Saya jenis yang cukup minat dalam bidang dekorasi dan tak suka terikat dengan satu. Jadi saya ambil keputusan untuk mix and match hiasan dalaman rumah.
“Bagi rumah saya yang agak kecil, saya cuba elak menggunakan warna gelap sebabnya warna sebegini akan membuatkan ruang tamu nampak sempit. Sebaliknya saya gunakan warna-warna yang lembut untuk memberikan impak luas pada sesuatu ruang. Warna terang boleh digunakan pada salah satu dinding untuk dijadikan fokus utama sesuatu ruang,” ujar Mohd Firdaus membuka bicara.
Beli Barangan Yang Digemari
Ketika berbual-bual dengannya, Mohd Firdaus menerangkan secara keseluruhan hiasan rumah adalah daripada ideanya sendiri. Bagi mendapatkan idea baru, dia gemar berkunjung ke kedai-kedai hiasan dalaman. Pada waktu itu dia akan membeli barang perhiasan yang digemari dan sesuai dengan kediamannya.
“Saya tidak berkira sangat mengenai harga barang perhiasan yang saya beli asalkan berkualiti, cantik dan tahan lama. Setakat ini saya telah peruntukan untuk dekorasi dan perabot lebih kurang RM40,000 tanpa sebarang pengubahsuaian rumah.
“Bagi saya biarlah rumah kita nampak cantik dan menggembirakan hati kerana rumah adalah tempat berehat setelah pulang daripada kerja. Malah saya sanggup berhabis untuk mempunyai dekorasi pilihan hati sebab ia memberi kepuasan kepada saya.
“Inspirasi untuk menghias datang melalui majalah dekorasi, Internet, Grup Dekorasi, showroom IKEA dan showroom SSF. Sebab dari situ saya ambil idea cara susunan dan hiasan rumah agar nampak lebih kemas,” tambah Mohd Firdaus yang menggemari ruang tamu dan ruang makanan kerana kedua ruang ini merupakan tempat yang paling kerap dirinya menghabiskan masa.
Minat Hias Rumah Sejak Kecil
Bertugas sebagai jurutera minyak dan gas, Mohd Firdaus yang berasal dari Kedah ini minat menghias rumah sejak dari kecil.
“Minat saya bercambah sejak kecil terhadap hiasan rumah apabila selalu tengok ibu mengemas rumah. Dalam masa yang sama saya memang suka tengok benda cantik dan menarik.
“Bagi saya tak salah rasanya jika lelaki pun suka menghias rumah. Malah ada sesetengah lelaki berkemas lebih cantik dan kemas. Tapi dalam bab menghias ini kena tengok pada kemampuan diri sendiri. Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Saya menghias mengukur bajet yang termampu.
“Saya sebenarnya minat menghias sejak zaman duduk rumah sewa yang lama lagi. Walaupun berkongsi sampai enam orang satu rumah tetapi saya tetap menghias mengikut kemampuan waktu tu,” tambah Mohd Firdaus yang akan membersihkan kediamannya seminggu sekali dan menjadikan penyedut hampa gas sebagai sahabat untuk memudahkan kerja menyedut segala habuk.
Walaupun rumah yang didiami hanyalah rumah sewa, namun Mohd Firdaus tidak menjadikan ia satu penghalang. Malah keluasan rumah yang agak terhad memberi cabaran dalam menyusun atur dalaman rumah nampak tidak serabut dan kemas.
Mohd Firdaus juga menjelaskan dia sudah memiliki rumah sendiri namun masih belum terfikir untuk meninggalkan rumah sewanya yang cukup selesa ini.
Mohd Firdaus Kongsi 10 Tips Rumah Sentiasa Tampak Bersih
- Rancang konsep yang anda suka supaya boleh fokus beli barang-barang yang perlu sahaja.
- Kaji selidik dulu harga barang yang mahu dibeli dan buat bajet agar tidak terlebih berbelanja daripada kemampuan kewangan.
- Pilih saiz barang atau perabot mengikut keluasan rumah agar ia bersesuaian dan tidak membuatkan rumah kelihatan sempit.
- Susun atur juga memainkan peranan utama. Kenal pasti fungsi ruang yang hendak diwujudkan itu untuk apa kegunaannya.
- Kalau sudah berkeluarga atau ada anak kecil, kurangkan hiasan berkaca atau hiasan yang berisiko tinggi untuk pecah.
- Guna satu warna yang terang sebagai fokus agar rumah tak nampak bosan. Tapi jangan terlalu banyak sangat warna yang terang kerana dikhuatiri nampak serabut pula. Nude colour sekarang tengah trending dengan konsep sekarang tapi selitkan warna fokus iaitu warna terang bagi menarik perhatian di ruang tersebut.
- Rujuk majalah, group decoration atau tanya pakar sebagai panduan untuk hiasan rumah anda.
- Bagi yang bajet terhad Mohd Firdaus mencadangkan IKEA dan Kaison menjadi pilihan sebab harga sangat berpatutan dan terbaik.
- Kena rajin mengemas agar rumah sentiasa cantik dan kemas.
- Kesimpulannya semuanya bermula dari merancang, mengkaji, bajet, fungsi ruang, susun atur, warna dan diakhiri dengan kerajinan supaya rumah sentiasa cantik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(GAMBAR) Deko Sweet Dan Mewah Hanya Menggunakan 2 Warna
Pasangan yang bagus adalah pasangan yang mampu memberi nilai positif di dalam ruang. Macam pasangan duet menyanyi. Pasangan yang dimaksudkan adalah pasangan warna yang lazim membuat kita pening. Apakah padanan yang paling tepat untuk kita. Ada di kalangan kita tidak suka teknik padanan harmoni, matching- matching…..bukan style mereka…siapa sangka warna yang tidak pernah anda duga dipadankan mampu mewujudkan magis….
Ini adalah antara pilihan padanan warna menarik untuk anda…
Turquoise + Pink
Pesona penuh keriangan dan sweet. Rona lembut dan ceria melambangkan jiwa yang positif dan berani mencuba. Bagaikan bunga teratai dan daunnya di tengah tasik. Keindahan dua rona ini cukup memukau ruang kediaman anda. Padankan di ruang kamar anda dengan gaya scandinavian, tropika atau kontemporari, wow! Memukau!
Idea penuh terancang dan berani. Unik dan memberi ipak mewah dan eksklusif
Pilihan warna yang melambangkan keindahan pantai dan dasr laut yang indah.
Ruang nampak penuh eksotik , berani dan kreatif dengan padanan warna serta corak.
Nada pastel juga memberi tenaga positif
Coklat + Emas
Tidak perlu banyak emasnya, cukup sekadar menghidupkan suasana agar elemen coklat tidak memberikan mood suram.
Elegan, penuh berbudaya dan megah. Selalunya rona jingga akan menggantikan emas jika tidak mahu benda berkilau. Anda boleh memilih padanan ini untuk ruang akan yang menggunakan kayu mewah atau ruang tamu. Padanan bijak ini boleh dilakukan antara perabot dan aksesorisnya. Emas itu boleh datang dari aksesori tembaga macam barang antik atau tradisi. Simple!
Perang tua memberi elemen maskulin dan klasik. Imbangan rona terang dan gemerlapan, mengurangkan rasa kejung pada tata hias.
Kelabu + Kuning
Umpama sekuntum bunga kuning di tengah padang salju..itu inspirasinya.
Satu lagi ilham eksklusif. Warna yang agak berat tetapi mempunyai nilai riang dan serius di dalamnya. Anda yang mahukan gaya english modern atau country mungkin boleh mencuba kelainan daripada ilham seumpama ini. Bunyinya macam pelikkan tetapi dari aspek visual ia sememangnya unik dan tidak jemu dipandang.
Kelabu memberi ipak moden dan dilembutkan dengan rona kuning.Jadi ruang tidak nampak membosankan.
Clean cut, kemas dan sweet.
Padanan bersahaja dan nampak hidup. Kunning memberi keseimbangan pada ruang kelam ini.
Coklat + Turquoise
Ruang sebenarnya dihias ringkas tetapi nampak terisi mewah dan ideal.
.Mewah, menggoda dan moden . Pertemua dua elemen kuat dalam satu medium memberikan pelbagai perspektif pada padanan coklat dan turqoise ini. Ia memberi satu kepuasan pandang dan memberi kefahaman baru kepada anda yang ragu-ragu mencuba bermain dengan warna. Anda yang sukakan gaya moden klasik, english kontemporari malah moden boleh mencubanya.
Padanan yang kreatif dan bermain dengan tone. Tetapi masih menyerlah nilai elegan dan mewah.
Tidak perlu banyak, cukup sebuah dinding bagi menghidupkan tata hias coklat ini.
Simple tetapi jelas nampak elemen mewah dan artistik pada padanan warna ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI