Kegemilangan dapur Eropah telah tersohor ke seluruh dunia. Mungkin ramai yang menyangka gaya Inggeris merupakan ilham rekaan yang cukup hebat. Sebenarnya sentuhan Perancis lebih berseni dan tampil romantis. Panel kabinet dibuat halus baik tema kedesaan Perancis mahu pun kediaman agamnya. Seperkara yang dapat kita lihat adalah perincian pada kabinetnya, bahagian serombong pemerangkap asap masakan dan kemasan lantainya yang adakala begitu berani buat sebuah dapur.
Jom kita cuci mata dengan ilham hebat dengan suasana romantis ini….siapa tahu anda jatuh hati dengan ilhamnya…Simple-simple je di IMPIANA
Konsep moden , ringkas, bebas warna, padu dan selesa. Pereka selalunya memastikan ruang dihias dengan konsep seumpama ini dengan pilihan perabot yang cukup selesa tetapi ringkas dan menggunakan aksesori yang minima. Kelabu, hitam, putih, biru samar antara pilihan warna yang dipilih oleh pereka untuk menghias ruang ala moden yang lebih mementingkan keselesaan dan pembuatan berteknologi tinggi. Malah terdapat banyak konsep klasik diubah menjadi moden dan lebih ringkas sesuai dengan cita rasa sezaman.
Namun bukan semua di kalangan kita yang puas dengan tata hias minimal, kelam dan kusam. Masih ada juga yang menjadikan ruang kekal glamor biar pun kediamannya dihias dengan konsep moden. Bagaimana boleh kita menukar gaya hias yang begitu hambar dan ringkas menjadi meriah dan glamour? Tidak perlu warna , masih mengekalkan identiti bebas warna dan ringkas. Elemen bergemerlapan , berkilau mampu menarik hati dan pandangan ramai.
Elemen kristal, cermin, perak atau besi tahan karat boleh disuai padankan dengan rona kelabu atau putih sememangnya mampu menyerlahkan elemen harmoni. Malah ruang masih nampak menarik, eksklusif tetapi ada nilai glamor dan menggoda pandangan. Aksesori seperti lampu meja, mangkuk hias atau cermin muka bingkai perak sememangnya harmoni dan menyerlahkan suasana moden. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai yang memilih warna berdasarkan warna kegemaran sendiri. Tak salah ikut cita rasa sendiri tetapi biar realistik. Adakala kita begitu teruja dengan warna merah, biru , ungu…apa je yang ada kat dalam buku cat tu. Selalunya warna terang mudah mencuri tumpuan mata dalam kod warna buku cat tu kan. Tapi silap pilih warna, rumah yang cantik leh jadi buruk. Nanti orang ingat rumah kita fun fair pulak.
Tenang, tengok dulu, apa warna perabot anda yang dominasi ruang rumah anda. Andai ia sudah gelap, janganlah ditambah dengan warna gelap. Begitu juga jika rumahnya sempit. Anda boleh memilih rona bumi atau pastel , atau biasan keputihan. Jangan pandang sepi kod warna pucat tu kerana selalunya itulahl warna yang memberi seri pada rumah anda. Dari situ leh short listedkan warna apa yang berkenan di hati. Cara terbaik dan selamat, warna pastel yang lembut. Jadi ruang lebih seimbang antara warna perabot sedia ada dan dinding rumahnya.
3. Tayang Semua Benda Dalam Kabinet Penstoran
Ada di antara kita yang lebih senang memilih kabinet beli sendiri dari bina dalam. Itu tak jadi hal. Cuma kalau menempatkan kabinet pamer ke di ruang utama, jangan pilih yang terbuka jika banyak benda anda nak simpan. Susunlah dengan cantik sebagai hiasan. Cuma ada benda lain kena disimpan dengan teratur tetapi bukan untuk tontonan ramai. Jadi pilih kabinet tertutup, simple dan kalau boleh yang nampak macam dinding rumah anda agar mengaburi pandangan dan saiz ruang….jangan sampai anda tak dapat cari kabinet anda sudah ..
4. Tiru Berlainan Jenis
“Saya suka kemasan lantai kayu gelap, sama dengan perabot jati nampak elegan macam rumah semi D kawan saya. Jadi saya tiru untuk rumah flat saya ni”….Dengan perabot jati , kemasan kayu gelap dan cat juga rona coklat gelap konon nak sedondon, ruang kecil itu nampak agak berat dan penuh sesak. Jadi jangan meniru rumah cantik tetapi berbeza jenisnya. Tirulah rumah cantik yang sama jenis dengan kediaman anda…baru praktikal
Jika rumahnya agak panas, ditambah pula terletak di blok tengah, kena sinar matahari petang, kemasan lantai jubin dilihat lebih sesuai agar memberi keselesaan berpijak dengan rona dingin seperti hijau pudina atau putih kekelabuan.Jika rumahnya mahu berlantai kayu, apa kata memilih rona perang kekuningan terang seperti ramin agar suasana nampak segar, riang dan’ringan’ macam kediaman moden di Jepun yang comel itu.
4. Rambang Mata Kemasan Dinding
Selain cat, ramai juga yang ghairah dan rambang mata bila melihat corak kertas dinding. Maklumlah kini banyak kertas dinding yang cantik dan menarik pandangan. Sampai ada yang memilih corak sarat , bersaiz besar dan berkerawang mewah biarpun corak tersebut tiada kena mengena dengan dekorasi rumahnya. Memang jika dilihat dari buku contoh ia sangat mengkagumkan. Tuan rumah yang berhasrat tinggi, sudah pasti mahukan yang paling ‘meletop’ untuk rumahnya. Betul!
Tetapi jangan lupa semua elemen dalam rumah kita saling berkait. Bukan berdiri sendiri . Tersilap pilih corak, sudahnya rumah nampak sesak tambah dengan perabot lagi. Jadi anda kena tegas dengan pendirian. Apakah impak yang anda mahukan?ini kertas dinding lebih molek dijadikan feature wall sahaja. Tidak perlu sampai bungkus satu rumah. Selain warna samar, corak belang vertikal atau corak bunga kecil juga dianggap sesuai. Anda juga boleh memilih kertas dinding yang mempunyai kesan tekstur atau 2D visual binaan seperti susunan batu-bata yang bebas lepaan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pada mereka yang anak-anak sedang meningkat dewasa pasti sudah mampu melepaskan nafas lega. Anak-anaknya kian matang dan sudah mampu membentuk haluan sendiri. Namun dalam pada itu, kita sebagai orang tua, tidak boleh melepas pandang terhadap beberapa perkara yang mungkin agak remeh bagi sesetengah orang.
SELAIN ELEMEN YANG DIMINATI MEREKA, ANDA PERLU MENYEDIAKAN BANYAK RUANG PENSTORAN TERBUKA UNTUK MEREKA.
Adakala sebagai orang tua kita boleh mencadangkan konsep kamar beradu anak muda kita. Biasalah jika lelaki kamarnya umpama ruang istimewa tempat diabadiikan segala barang kegemaran. Jadi perlu kita faham, ke mana arah tuju mereka dalam mengejar cita-cita atau minat mereka. Adakah ke arah muzik, sukan, pendidikan,sains dan teknologi atau sastera mahu pun seni.
Dari situ boleh kita mencari idea untuk mereka pilih. Kamar anak bujang juga perlu kemas , bersih dan tidak berbau. Paling tidak segala barangan yang ada disusun rapi. Malah perlu bersih agar memberi inspirasi kepada mereka berkarya mahu pun mengulang kaji. Ia juga sebenarnya satu budaya dan didikan yang perlu kita semai.
Hanya kerana mereka anak lelaki, tidaklah bermakna kerja -kerja mengemas dan membersih menjadi satu taboo untuk mereka lakukan. Itu tidak benar kerana ia juga mampu melatih anak-anak kita berdikari serta multi tasking. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...