
Bilik tidur merupakan ruang privasi yang amat dekat dengan pemiliknya. Selain untuk tidur, ruang santuari ini juga menjadi tempat untuk berehat dan mengekspresi diri.
Seni reka dan susun atur kamar perlu selari dengan gaya hidup dan personaliti tuan empunya. Jadi buat anda yang sedang dalam perancangan mengubahsuai bilik atau baru berpindah ke bilik baru, IMPIANA mahu kongsikan beberapa tema menarik yang boleh anda pertimbangkan. Enjoy!
- TEMA TROPIKAL
2. TEMA FLORAL
3. TEMA NAUTIKA
4. TEMA BOHO
5. TEMA CORAK HAIWAN LIAR
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Demam Denim ! Revolusi Fesyen Ke Dekorasi….

Biasan biru beri inspirasi dekorasi sensasi. Bagaimana warna yang selama ini dirangkum dalam warna dingin, boleh diubah menjadi rona hangat dan begitu ideal dipadankan dengan rona kusam yang membentuk sebuah tata hias indah. Luar Biasa!
Biru yang selama ini dilihat begitu lembut membelai dan dilihat antara warna yang mampu memberi ketenangan kini kembali meledak dalam gaya serta rentak baru. Ragam rekaan ala denim diangkat oleh pereka sebagai satu bentuk warna baru dalam konsep sezaman. Padanan antara material lasak seperti kulit sememangnya menampakkan material ini sangat fleksible. Begitu juga jika dijahit lusuh juga akan menampakkan satu style ranggi seperti kedesaan Amerika.
Antara produk yang menjadi kegilaan kini seperti bin bag, sofa, kusyen kecil malah cadar. Siapa sangka produk yang asalnya untuk kerja-kerja lasak seperti di lombong seumpama ini mampu memberi pilihan lain kepada kita dalam menata hias kediaman. Malah di dalam carta warna dinding pengeluar cat juga sudah mengeluarkan pilihan biasan dan padanan ideal demi menghidupkan gaya ever green ini.
Pilihan warna biru yang berinspirasi daripada biasan seluar denim selama ini telah banyak melahirkan inspirasi dan rasa ranggi. Bagaimana sesuatu yang begitu lembut menjadi ranggi, lasak dan urban. Daripada bersifat feminin menjadi maskulin yang luar biasa indahnya. Itulah yang dikatakan idea dan inspirasi itu ada di mana-mana. Simple-simple je di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dekorasi Berkonsepkan Rustic, Hasilkan Ruang Dalaman Rumah Daripada Gabungan Elemen Kayu, Batu & Warna Alam Sekitar

Dekorasi ruang dalaman rumah yang bertemakan konsep ‘Rustic’ atau sinonim ‘Exposed Material’ ini juga merupakan antara salah satu konsep dekorasi kediaman yang sering menjadi pilihan ramai khususnya bagi mereka yang mengemarkan keindahan alam semula jadi.
Bagi anda yang masih belum mengenali dengan lebih dekat mengenai dekorasi dalaman rumah yang bertemakan Rustic’ ini, ia adalah merupakan sebuah konsep yang mengetengahkan elemen kayu, batu serta lain-lain organik.
Untuk maklumat anda, konsep ‘Rustic’ ini mempunyai warna utama yang diambil daripada warna-warna alam sekitar seperti Forest Green, Wood Brown dan Tans.
Kebiasaannya, dekorasi ruang dalaman rumah yang berkonsepkan ‘Rustic’ ini sering digabungkan dengan elemen kontemporari bagi melengkapi dekorasi antara satu sama lain.
Hasil dekorasi yang berkonsepkan ‘Rustic’ ini menampilkan ruang dalaman rumah tampak lebih moden, kemas dan lebih menarik.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Foto: Facebook Kakideko
Baca artikel berikutnya: Walaupun Direka Dengan Bajet Yang Terhad, Binaan Kediaman Ini Tetap Tampak Unik & Estetik
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek

Isi Kandungan
ToggleKediaman indah bagaikan ‘syurga’ buat setiap penghuninya.Terpana dengan seni dekorasi kediaman dengan konsep ini yang nampak moden namun tetap mempunyai perincian elemen klasik dalam rekaan.
Setiap perancangan konsep rekaan rumah, pemilihan material mahupun perletakan susun atur digarap sempurna, hasil pemilik yang ‘berjiwa’ senibina.
Pesona Kondominium Berkonsep Neo-Colonial
Kediaman jenis kondominium dengan keluasan 2700 kaki persegi, yang terletak di aras bawah ini berjaya menjadi mahligai indah buat pemilik, Akram Frijand Ali yang juga seorang arkitek berpengalaman.

Bagi pemilik pemilihan konsep Neo-Colonial cukup dekat dihati.Beliau inginkan konsep yang tidak terlalu moden dan pada masa yang sama ia tak terlalu klasik. Namun, elemen klasik itu tetap ada dalam rekaan di sudut kediamannya.
“Saya suka pergi (melancong) ke negara Timur Tengah dan India. Negara tersebut cukup dekat di hati.Perincian rekaan kediaman saya mahukan berinspirasikan Moghul,” ujar Akram.



Berkongsi cerita mengenai rumah kesayangan yang hampir 3 tahun menjadi tempat berteduh, keutamaan dekorasi rumah adalah ruang tamu dan ruang makan. Item dekorasi mahupun perkakasan rumah banyak dibeli dan mendapat inspirasi ketika melancong di luar negara. Kebanyakan perabot serta kemasan dinding pula ditempah khas (custom made) mengikut citarasa sendiri.



Laman Konsep Bali Moden
Kelebihan kediaman terletak di aras bawah, ia turut dilengkapi dengan ‘private garden’ tersendiri seluas 850 kaki persegi. Istimewa dilengkapi buaian gantung disamping elemen air dengan batuan kecil ‘pebble wash’ cukup menenangkan ketika berada di laman. Pemilihan landskap laman berkonsep Bali Moden pula cukup membuatkan saujana mata yang memandang, sekaligus melengkapkan lagi kediaman indah ini.



Nama Pemilik: Akram Frijand Ali
Jenis Kediaman: Kondominium
Lokasi: Mont Kiara
Usia Kediaman: 3 Tahun
Keluasan Kediaman: 2700 + 850 (laman)kps
Spesifikasi Ruang Kediaman: 3 Bilik + 4 bilik air + Private Garden
Konsep Kediaman : Neo-Colonial
Pereka Hiasan Dalaman: @myrafeedesign
Pereka Landskap: Tiara Bali Concept
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI