Setiap ruang dikediaman mempunyai fungsi yang tersendiri. Sementara ruangan seperti bilik tidur dan ruang tamu dilihat sebagai kawasan untuk berehat serta bersantai, ruang dapur pula lebih mementingkan produktiviti. Jadi tentu saja ia memerlukan kawasan yang luas untuk melakukan kerja-kerja penyediaan memasak serta ruang penstoran yang optimum bagi memastikan dapur sentiasa kelihatan kemas dan rapi.
Oleh kerana itu, ramai pemilik rumah mahukan dapur yang sempurna dan tidak kisah berbelanja lebih untuk dapatkan yang terbaik. Tidak dinafikan, setiap orang mempunyai keinginan dan pilihan masing-masing yang berbeza dari segi style dan kegunaan tetapi segalanya akan berbalik kepada beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan seperti kos, ketahanan, jangka hayat dan kekemasan.
Sebarang pengubahsuaian rumah perlulah dirancang secara terperinci dahulu. Dapur juga tidak terkecuali malah, kos renovasi dapur adalah antara yang paling tinggi jika ingin dibandingkan dengan ruang kediaman yang lain. Tetapi apabila ia melibatkan dapur, sebahagian besar daripada perhatian anda sentiasa akan pergi ke kabinet dapur. Ini kerana kabinet dapur adalah tunjang utama ruang dan kabinet boleh mengambil sehingga 30% daripada jumlah keseluruhan bajet pengubahsuaian.
Sebagai pengguna yang bijak, sudah tentu anda inginkan sesusatu yang cantik di mata, berkualiti baik dan pada masa yang sama, mesra-poket. Disini kami senaraikan beberapa material yang biasa digunakan dalam pembinaan kabinet dapur berserta kebaikan dan keburukan setiap satunya.
1. Papan Cip (Chipboard)
Merupakan bahan paling berpatutan dan murah kerana diperbuat daripada serpihan kayu yang terikat oleh resin sintetik yang kemudiannya dimampatkan untuk membentuk papan. Permukaan pepejal yang kuat menjadikan chipboard bahan yang susah untuk tercalar, tahan hentakan, dan juga anti-kulat tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan kayu cip membengkak.
Ads
2. Papan Blok (Block Board)
Bahan ini terdiri daripada jalur kayu halus yang disusun sebelah menyebelah, lapisan demi lapisan. Kemudian lapisan nipis melamine digamkan pada bahagian atas dan bawahnya. Berbeza dengan kayu cip yang mempunyai rintangan yang rendah kepada air, papan blok lebih tahan dan boleh digunakan pada kawasan simpanan yang terdedah kepada kelembapan.
3. Kayu Lapis (Plywood)
Ads
Papan lapis diperbuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dipaku bersama-sama untuk membentuk papan. Material ini biasanya dilapisi lagi dengan laminate untuk memberikan kemasan yang lebih rapi dan bersih. Sifatnya yang lebih kukuh dan tahan kelembapan menjadikannya salah satu bahan yang paling mudah untuk diselenggara. Bahan ini juga datang dalam pelbagai warna dan tekstur.
Bahan Alternatif Untuk Kabinet Dapur
Selain menggunakan pelbagai jenis kayu, terdapat bahan lain yang juga boleh dipertimbangkan menjadi kabinet dapur ;
4. Konkrit
Ads
Kabinet dapur konkrit kebiasaannya dijumpai di rumah-rumah lama. Ia akan dilapisi jubin bagi mewujudkan satu platform yang amat teguh, kuat dan tahan lama sesuai untuk aktiviti memasak yang berat. Bagi pemilik yang inginkan konsep industrial atau brutalis untuk dapur, konkrit mungkin akan menjadi pilihan yang utama.
5. Besi Tahan Karat
Alternatif lain yang jarang kita dengar di negara ini adalah material besi tahan karat sebagai kabinet dapur melainkan ianya didapur komersial seperti di restoran ataupun hotel. Material ini sangat tahan lama dan mudah untuk dibersihkan tetapi lebih mahal daripada kayu, menjadikannya sesuatu yang jarang dipasang untuk kediaman domestik.
Kabinet merupakan salah satu bahagian yang paling mahal berbanding dengan bahagian yang lain tetapi ia juga merupakan penentu gaya keseluruhan dapur. Oleh itu, adalah penting untuk memilih material kabinet dengan teliti supaya ia sentiasa kelihatan baik, teratur dan tahan lama. Dengan pemilihan yang tepat dan bersesuaian dengan bajet, anda boleh melabur lebih untuk bahan yang mempunyai sifat rintangan air dan haba yang baik selain menyediakan pilihan reka bentuk yang sepadan dengan gaya anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Panduan Sebelum Beli Rumah PENTING Tentukan Kedudukan Matahari Terbit. Salah satu perkara penting yang pemilik kediaman sering terlepas pandang sewaktu membeli atau membina rumah ialah dengan mengenal pasti arah kedudukan matahari sewaktu ia terbit dan terbenam. Ini kerana ia dapat mempengaruhi persekitaran suhu dalam rumah serta gaya hidup seharian pemilik kediaman nanti.
Saya tak percaya Feng Shui tapi saya percaya perancangan perumahan. Salah satu faktor penting sebelum membeli rumah adalah menentukan kedudukan matahari terbit. Pastikan setiap pagi matahari terbit memancar kearah ruang tamu dan bilik tidur kita.
Banyak kebaikan cahaya matahari pagi vitamin D dan sebagainya selain menaikkan mood kita setiap pagi.
Selain itu bilik tidur dan ruang tamu kita juga pada waktu petang dan malam akan kurang panas dan kurang berbahang kerana matahari sudah berada di kedudukan terbenam di belakang rumah.
Saya beri contoh ruang tamu dan balkoni rumah saya ngam-ngam setiap pagi kena cahaya matahari.
Pagi sidai baju tengahari dah kering boleh angkat. Rumah tak perlu aircond jimat elektrik pakai kipas dan angin bayu laut sahaja cukup.
Saya kongsi tips membeli rumah yang penjual rumah tak nak pembeli tahu sebab itu dia jual murah sebab rumah panas positioning matahari tak cun.
Cara Menyejukkan Rumah
Sementara itu untuk menyejukkan rumah boleh guna active system atau passive system.
Active system tu macam kipas, aircon, roof turbine. Ini makan modal. Yang paling bagus ada Passive System.
Passive system tu macam cara elak ruang-ruang tertentu dari kena direct sunlight seperti adakan penghalang macam tanam pokok-pokok besar supaya sebahagian diding-dinding rumah dibayangi pokok.
Atau adakan jumlah atau saiz tingkap yang cukup & kedudukan tingkap yang betul supaya pengudaraan ruang menepati saiz & kedudukan ruang.
Rumah taman susah nak diaplikasikan. Buat rumah atas tanah sendiri atau renovation, elok fikirkan tentang passive system.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bemanfaat. Jadi sebelum nak beli rumah boleh pertimbangkan arah matahari terbit dan terbenam kerana ia boleh mempengaruhi gaya hidup dan persekitaran suhu dalam rumah.
Panduan bina surau di rumah, nak beribadah pun selesa. Kewajiban beribadah adalah tanggungjawab setiap muslim. Salah satu perkara wajib yang ditetapkan agama ialah solat lima waktu.
Benar, seorang muslim boleh menunaikan solat dimana mana sahaja asalkan tempat tersebut bersih dari sebarang najis dan selesa tetapi sudah tentunya kita mahukan yang terbaik kerana pada waktu itulah kita akan bertemu dan berbicara dengan Sang Pencipta.
Rumah sebenarnya melambangkan keperibadian pemiliknya, jadi dengan menyediakan kemudahan surau di rumah, melambangkan kepekaan kita pada perintah agama. Fasiliti surau di rumah bukan sahaja memudahkan kita beribadah malahan para tetamu juga tidak perlu bersusah payah singgah di surau atau masjid berhampiran untuk menunaikan solat ketika datang menziarah.
Rekaan surau kecil dirumah bukan sahaja boleh digunakan untuk solat berjemaah malahan boleh juga digunakan untuk kelas mengaji dan tempat perkumpulan ahli keluarga untuk memenuhi keinginan rohani mereka.
Antara tip rekaan surau untuk kediaman anda :
Pastikan lokasi surau strategik dan nyaman serta memudahkan penggunanya.
Saiz surau sebaiknya mengikut bilangan penghuni rumah supaya semua orang selesa melakukan ibadah .
Rekaan berpandukan arah kiblat agar dapat menggunakan ruang dengan lebih efektif dan menyeluruh.
Elakkan meletak pintu betul-betul berhadapan dengan ruang solat.
Pilih warna yang menenangkan dan menyejukkan mata seperti warna hijau, biru dan putih.
Surau perlu mempunyai pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang secukupnya.
Selain itu, anda juga boleh menambah rak untuk meletak buku-buku keagamaan atau Al-Quran.
Ditambah pula aksesori minimal yang tidak terlalu menonjol seperti artwork ayat-ayat suci atau 99 nama Allah.
Paling penting, letakkan lah tempat mengambil wuduk berhampiran dengan surau yang dibina.
Semoga niat yang baik akan mendatangkan hasil yang baik juga. Selamat menghias!
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Anda ingin tak memiliki set sofa yang cantik keluaran jenama Ella Furniture?
Jom sertai peraduan rakam video dan menang Ella Furniture. Anda berpeluang untuk memenangi set sofa bernilai RM12,000!
Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Follow akaun tiktok rasmi Impiana dan Ella Furniture sekarang.
Rakamkan video berdurasi 1 minit mengapa anda mahukan set sofa baharu dari Ella Furniture.
Muatnaik rakaman video tersebut di akaun TikTok, Instagram atau Facebook peribadi anda.
Jangan lupa untuk tag Impiana dan Ella Furniture berserta hashtag #EllaXImpiana #EllaXSelebriti
Makesure akaun media sosial peribadi anda disetkan mod public! Sertai sekarang!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perunding hartanah kongsi susun atur ruang rumah apartment yang praktikal, jangan lupa ‘check’ kiblat. Apartment adalah sejenis rumah bertingkat tinggi (high-rise) yang memang biasa di Malaysia, dan telah wujud berabad lamanya. Kediaman jenis ini ditawarkan dengan unit bertaraf rendah pada harga yang berpatutan.
Sebuah apartment atau pangsapuri ‘dikawal’ dan berada dalam kawasan pagar, serta lebih dari lima tingkat. Ia dilengkapi dengan lif dan disambungkan dengan ruang letak kereta di luar.
Apartment mempunyai kemudahan asas seperti taman permainan dan kawasan landskap. Kediaman jenis ini didatangkan dengan status kediaman (strata) dan dilindungi oleh HDA.
Jika anda pemilik sebuah apartment, pernahkan anda terfikir cara yang praktikal untuk mendekorasikan kediaman anda? Apakah dekorasi yang sesuai dan terbaik agar kediaman dengan keluasan terhad ini dapat disempurnakan dengan baik demi keselesaan penghuninya?
Berikut perkongsian bermanfaat daripada perunding hartanah, Azizul Azli Ahmad
APARTMENT YANG BAIK?
1. Ini antara contoh susun atur ruang bagi sebuah apartment yang baik. Apartment ini hanya rumah mampu milik sahaja.
2. Dengan ruang terhad, arkitek berjaya bahagikan ruang ini kepada tiga zon ruang yang jelas.
*Public
*Semi public
*Privasi
3. Ruang dapur sedikit tertutup dan menghalang pandangan orang lain.
4. Kedudukan ruang makan menjadi pengikat antara ruang dapur dan ruang tamu.
5. Zon bilik jelas dan terjaga privasinya ketika pintu bilik dibuka.
6. Kedudukan bilik airnya juga baik untuk penghuninya.
Sebagai catatan tambahan, sebagai Muslim, buat semakan kedudukan kiblat kita di mana nantinya. Lebih manis jika kita solat, tidak menghadap bilik air kita.
Elakkan membeli unit studio soho, sovo, sofo sebagai kediaman pertama anda. Ia bukan pulangan yang baik bagi sebuah pelaburan.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.