Sesebuah dapur perlu direka bergantung pada praktikaliti dan fungsi, bukan hanya semata-mata design yang hip dan moden. Secara faktanya, tidak ada dua dapur yang sama; dengan reka bentuk berbeza fungsi untuk orang yang berbeza dengan keperluan yang berbeza. Walau bagaimanapun, menurut pakar dapur kami, terdapat beberapa kesilapan biasa yang semua orang patut elakkan semasa pengubahsuaian dapur.
Flow Yang Tidak Sesuai
Aliran kerja di dapur merangkumi langkah-langkah yang anda akan ambil ketika proses menyediakan makanan, dari menyimpan makanan untuk persediaan, memasak dan membersihkan. Oleh yang demikian, dapur anda harus dibina dimana ia membolehkan anda untuk bergerak dari satu tugas ke tugas seterusnya dengan lancar dan tanpa gangguan. Bergantung kepada susun atur dapur anda, garis panduan asas bagi aliran kerja yang baik adalah untuk mewujudkan beberapa zon yang berbeza iaitu ruang penyimpanan, ruang penyediaan, ruang memasak dan pembersihan.
Tidak Mempunyai Ruang Counter Top Yang Mencukupi
Sama ada untuk penyediaan makanan, atau untuk menempatkan peralatan dan perkakas, kaunter di dapur merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan sebelum membina dapur idaman anda. Selain meningkatkan fungsi dapur, kaunter juga dapat dijadikan sebagai ruang storan tambahan. Pastikan kabinet yang dibina cukup panjang supaya anda mempunyai ruang yang banyak kerana tiada siapa mahu berhimpit-himpit di satu sudut semasa menyediakan makanan. Peralatan memasak anda juga mungkin terdedah pada dapur masak yang panas dan pendedahan pada haba dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan alatan. Salah satu cara untuk menambah ruang atas kaunter adalah dengan membina island. Letakkan ia bertentangan dengan dapur memasak serta sinki dan pastikan saiznya bersesuaian dengan luas keseluruhan dapur anda.
Ruang Storan Yang Sedikit
Ads
Seperti segala-galanya dalam kehidupan, adalah penting untuk pastikan dapur anda sentiasa kemas dan teratur. Kabinet, laci dan rak-rak dinding adalah sebahagian daripada banyak cara untuk dijadikan ruang storan untuk dapur anda. Manakala cangkuk, rel dan pegboard adalah cara genius untuk menggantung periuk, kuali dan senduk. Perlu diingat juga, ruang untuk bukaan laci perlu disediakan agar tidak berlaga laci dengan kabinet lain, sayang kalau tercalar nanti.
Pencahayaan Yang Tidak Memadai
Pencahayaan bukan sahaja penting bagi menceriakan ruang penyediaan, tetapi ia juga dapat menetapkan mood dan suasana keseluruhan dapur. Penyediaan makanan biasanya dilakukan di bawah kaunter mengadap dinding, menghiris dan memotong akan menjadi lebih sukar dan merbahaya jika dapur anda tidak diterangi dengan baik. Kurangnya pencahayaan yang betul juga menjadikan dapur anda gelap, suram dan tidak menarik. Semasa kerja-kerja pengubahsuaian dapur, anda perlu melabur lebih sedikit untuk kualiti pencahayaan, barulah puas hati. Ini juga membantu mencipta suasana yang lebih selesa buat tuan rumah dan tetamu.
Ads
Pengudaraan Yang Tidak Lancar
Tiada siapa yang suka rumah mereka berbau minyak dan asap, terutamanya jika dapur anda terletak berhampiran kawasan berkumpul seperti ruang tamu. Jadi, adalah penting untuk sesebuah dapur mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan peredaran udara dalam rumah, tetapi juga dapat membuang bau tidak menyenangkan dan kotoran minyak yang melekat pada permukaan ruang dapur. Pasangkan hud yang dapat menapis bau dengan berkesan, selain itu tingkap juga perlu dibuka agar udara segar boleh masuk kedalam.
Ads
Jika anda bercadang untuk membuat pengubahsuaian dapur, bolehlah praktikkan tips di atas ya. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai Tak tahu bahawa sofa adalah antara perabot yang WAJIB dicuci. Sebelum ini, artikel yang disiarkan pernah mengupas bahawa tilam perlu dicuci sekurangnya 2 kali setahun dan cara untuk mencucinya. Untuk artikel lengkap, [klik sini]. Sofa di kediaman anda juga tidak terkecuali terutamanya bagi anda atau terdapat ahli keluarga yang alergi.
Kadang kala, dalam tak sedar punca penyakit adalah datang dari sofa, tilam atau karpet itu sendiri. Hal ini lebih bahaya jika anda mempunyai anak yang masih kecil kerana immun badana mereka tidak cukup kuat untuk melawan bakteria atau mikroorganisma yang telah menjadikan sofa anda sebagai habitat.
Memang ada banyak produk dijual di pasaran untuk membunuh mikroorganisma yang terdapat di dalam sofa anda. Namun, bahan-bahan tersebut mempunyai kandungan kimia yang juga akan mengancam kesihatan anda kelak. Sedar akan risiko tersebut, seorang ibu kepada 3 orang anak berkongsi cara mudah mencuci sofa hanya dengan menggunakan bahan dapur yang mudah didapati.
Ahli keluarga saya mempunyai masalah alergi kulit yang teruk termasuk bayi yang masih berusia 7 bulan. Jadi, saya perlu WAJIB memastikan setiap tempat bersih dan terhindar dari sebarang kekotoran sama ada secara kasar atau pun tidak. Walaupun telah menggunakan pencuci yang terdapat di pasara, ia mengundang masalah lain pula. Jadi saya hasilkan satu campuran khas untuk digunakan bagi tujuan mencuci kotoran pada sofa. Selain itu juga, cecair pencuci ini sesuai diguanakan pada tilam mahu pun karpet.
Bahan-bahan:
5 sudu baking soda/ soda bicarbonate
5 sudu perahan lemon
1 cawan air
cara-cara:
1. Vacume keseluruhan sofa. sebaiknya gunakan penyambung kepala turbo
2. Sental perlahan bahagian kotor dengan menggunakan span dan bairkan ia semalaman
3. Keesokkan hari nya, vacume sekali lagi keseluruhan sofa dan lihat lah hasilnya. Kotoran hilang dan sofa berbau harum
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Apabila mesin basuh pakaian sudah lama digunakan sehingga bertahun-tahun lamanya, pasti ia sudah tidak lagi berfungsi dengan baik dan memberikan pembersihan yang maksimum.
Tahukah anda, masalah sedemikian boleh berlaku oleh kerana anda tidak pernah mencuci ‘drum’ mesin basuh anda sebelum ini? Mungkin ada juga segelintir di kalangan anda yang pernah mencuci mesin basuh tetapi terpaksa berbelanja dengan modal yang besar sehingga ratusan ringgit.
Kini, anda tidak perlu lagi bimbang untuk terpaksa berbelanja besar jika mahu mencuci ‘drum’ mesin basuh yang sedia ada di rumah anda kerana sudah ada kaedah yang lebih menjimatkan.
Bukan itu sahaja, kaedah ini juga amat mudah untuk dilakukan, menarik bukan? Apa yang cuma anda perlu lakukan adalah mendapatkan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ di mana-mana cawangan kedai ECO Shop di seluruh Malaysia.
Bagi anda yang kali pertama mahu mencuci mesin basuh di rumah, anda disarankan untuk menggunakan dua paket serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ tersebut dengan cuma berharga RM4.80 sahaja untuk kedua-duanya.
Lihatlah hasilnya, segala kesan kekotoran terlihat setelah anda menggunakan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ ini pada mesin basuh. Ini terbukti serbuk pencuci ini sememangnya amat berkesan.
Anda juga boleh mendapatkan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ ini dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Ceritera rakya
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Pastikan Plug Point Dalam Setiap Ruang Dengan Betul Dan Kegunaannya. Bila dapat rumah baru atau nak ubah suai ruang dalam rumah perkara ini pasti ramai yang lupa dan tak ambil tahu. IMPIANA nak kongsikan perkara yang perlu anda ambil tahu dan buat kalau buat renovasi. Sebelum kontraktor buat wiring, pastikan kita tahu dimana kita hendak letak setiap plug point.
Kedudukan plug point pada bahagian tempat masak kurang sesuai.
Jika kita nak pasang sambungan wayar dan pada masa yang sama hendak memasak, kita bimbang api akan terkena pada wayar tersebut dan akan menyebabkan kebakaran.
Oleh itu, lebih baik jika plug point tersebut tidak digunakan
Kedudukan plug point yang betul dalam rumah amat penting. Ini kerana ingin memudahkan pengguna untuk jangka masa akan datang. Ia juga akan berfungsi dengan lebih baik dan kemas untuk setiap ruang.
Jika plug point kurang dan kedudukan yang tidak sesuai ia akan membuatkan kita untuk membeli plug tambahan untuk memudahkan kegunaan. Ini telah membuatkan ruang dalam rumah anda kelihatan serabut dan tidak cantik.
Dalam asyik mengubah plug point ini, perkara yang perlu kita ambil tahu adalah kapasiti yang cukup dan juga wiring yang dibuat haruslah betul dan tepat.
Peringatan penting :
Wiring atau pendawaian elektrik rumah sangat penting bagi mengelakkan kebakaran! Ketahui tips dan cara membuat wiring rumah terbaik dan tahu juga cara kira harga wiring supaya boleh rancang bajet!
Wiring rumah adalah salah satu benda utama yang kita kena selalu periksa. Lagi-lagi kalau duduk rumah kayu lama, cukup masa memang kena buat wiring baru.
Jangan buat main tau jika ada wiring rumah yang dah lama atau bermasalah, silap hari bulan boleh terbakar satu rumah tu.
Bayangkan setiap tahun kita akan dengar kes rumah atau bangunan terbakar dan kebanyakannya berpunca daripada masalah pendawaian elektrik.
Contohnya, seperti pendawaian yang tak elok, tak ikut spesifikasi yang betul dan terdapat kebocoran pada wayar yang sudah lama. Kalau boleh kita semua nak elak dari berlakunya kebakaran, betul tak?
Walaupun kecuaian sendiri seperti terlupa tutup api dapur atau menggunakan peralatan elektrik yang rosak boleh menyebabkan kebakaran rumah, namun wiring rumah juga penyumbang utama kepada kes kebakaran.
Bagi memberikan kesedaran tentang pentingnya wiring, kami menyediakan panduan ini untuk menerangkan apa itu wiring rumah, kelebihan dan kekurangannya, tips memasang wiring rumah, serta cara kira harga wiring rumah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!