Pinggan mangkuk yang dah lama dan kerap di pakai mesti mempunyai kesan kerak terutamanya di bahagian dalam. Cawan yang digunakan untuk hidang air kopi dan teh pun tidak terkecuali akan berkerak walaupun cawan tu mahal. Kebiasaanya, untuk hilangkan kerak dalam cawan dan pinggan mangkuk tu cara paling mudah adalah dengan menggunakan peluntur. Tapi bahan tersebut sangat bahaya kepada kesihatan jika tidak dibasuh dengan baik.
Ada lagi satu cara yang mudah boleh anda lakukan untuk menghilangkan kerak tersebut.
Bahan-bahan:
1 sudu baking soda
1 sudu cecair pencuci pinggan mangkuk
2 sudu cuka
1/2 cawan air panas
Ads
Cara-cara:
1. Bancuhkan semua bahan dan kacau rata
2. Basuh cawan dan pinggan mangkuk mengunkan bancuhan tadi dan bilas seperti biasa
Ads
Tip: Untuk kerak yang degil, rendam cawan atau pinggan mangkuk tersebut semalaman di dalam air yang telah dibancuh dengan pati cucian tadi
Cerita kipas lagi. Kalau sebelum ini impiana cerita pasal bagai mana nak baik puih kipas yang perlahan dan tak rasa angin [untuk atikel lengkap klik sini]. Hari ni, impiana jumpa pula lagi satu perkongsian masalah kipas oleh Hadi Mamat . Masalah kipas yang kebiasaanya ibarat sesuatu yang wajib pada kipas yang lama adalah apabiala ia berbunyi ketika berpusing. Kipas kalau berbunyai mahu bikin pecah kepala kalau berpanjangan membingitkan kediaman. Sebenarnya, penyeselain untuk masalah kipas berbunyi ni lagi mudah daripada membaiki kapasitor.
Orang rumah bising kipas siling berbunyi
1. Off kan suis kipas. Paling tidak 1 jam tak boleh jalan on atau pusing sebab bahagian enjinnya panas sangat. Nanti akan mengakibatkan susah untuk buat kerja. Salah langkah, boleh melecur. Pastikan anda guna sarung tangan jenis kain sebagai keselamatan.
2. Cabut semua wire elektrik yang bersambung dengan supplier.
3. Buka bilah kipas untuk memudahkan anda membuat kerja sama ada untuk turunkan maupun pasang semula 4. Cabut safety cable.
5. Buka skru penutup bahagian kepala kipas 6. Letak minyak hitam kereta yang baki servis kereta pada bahagian bering yang terdapat ditengah-tengah kipas. Terbalikkan supaya minyak rata
7. Cuba pusingkan bahagian kepala kipas tersebut sehingga hilang bunyi bising 8. Lapkan lebihan minyak sebelum pasang semula kipas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kertas hiasan dinding atau wallpaper merupakan aksesori deko yang paling mudah untuk kita gunakan sebagai penyeri sesuatu ruang. Terdapat pelbagai variasi corak, warna, size dan tekstur wallpaper di pasaran sekarang. Sesetengah orang mungkin rasa wallpaper leceh dan old fashion tapi tahu kah anda, selain ditampal di dinding, wallpaper boleh diolah dan digunakan secara kreatif pada bahagian lain di dalam rumah? Segalanya terpulang pada kebijaksaan anda mengolah wallpaper ini menjadi sesuatu yang unik.
1.Siling
Biasanya pemilik rumah akan membiarkan siling di cat putih sahaja, apa kata kita cuba sesuatu yang baru dan lain daripada lain. Anda boleh menghiasi permukaan siling dengan wallpaper yang menarik sekaligus menjadikan bahagian tersebut sebagai focal point ruang. 100% tampak kediaman anda lebih menarik dan trendy.
2. Tangga
Biasanya tangga akan dihiasi dengan cat atau pun ditampal dengan material lain sama ada natural stone, jubin dan kayu. Apa kata kita lakukan kelainan dengan menampalnya menggunakan wallpaper. Tedapat pelbagai corak wallpaper di pasaran sama ada anda mahukan yang kosong, berbunga, corak permukaan kayu dan sebagainya. Barulah tangga akan kelihatan lebih comel dan cosy.
3. Rak Buku
Rak buku lama jangan dibuang. Anda boleh olah dengan menampal wallpaper pada bahagian dalam atau pun permukaan almari mengikut kreativiti anda. Kelebihan wallpaper ialah ia mampu menukar perabot anda sama ada untuk gaya klasik atau pun elegan. Terdapat pelbagai corak di pasaran yang salah satunya pasti memenuhi citarasa anda.
4. Lampshade
Lampshade yang lama dan kusam boleh anda DIY sendiri dan tukarkan penampilan lampshade tersebut agar tampak baru dan lebih fresh. Caranya mudah sahaja hanya dengan tampalkan wallpaper pada lampshade tersebut.
5. Permukaan meja
Penggunaan wallpaper sebagai hiasan permukaan meja dapat menaikkan mood ruang. Tidaklah bosan dan muram saja permukaan meja tampak kosong begitu sahaja. Anda boleh menukar penampilan nya sekerap yang anda mahukan mengikut warna tema ruang tamu. Bukan sahaja jimat dan mudah tetapi juga cantik.
Nanti boleh lah anda praktik kan cara lain penggunaan wallpaper ini. Beli saja wallpaper dan DIY di rumah. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Seorang pemilik syarikat kontraktor yang berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini telah berkongsi di laman Facebooknya tentang bagaimana beliau berjaya merealisasikan impian pasangan guru pencen iaitu Pn Nik Patanah Binti Nik Muhammad untuk mendiami mahligai indah di Kampung Laut, Tumpat Kelantan.
Menurut En Aqwa Mustofa selaku kontraktor, beliau bertanggungjawab untuk menyiapkan segala pembinaan mengikut idea dan pandangan yang diutarakan oleh pelangannya seperti mahu membina rumah bertiang tinggi kerana ingin mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanaknya dahulu. Rumah kampung moden ini berkeluasan 1800 kaki persegi berkapasiti 4 bilik tidur, 3 tandas, 2 ruang tamu dan 1 dapur. Manakala kos keseluruhan pembinaan menelan belanja sebanyak RM350,000.
“Rumah ini disiapkan bersama kakitangan saya selama 8 bulan berikutan terdapat penangguhan dari segi faktor cuaca di pantai timur kerana apabila masuk sahaja musim tengkujuh, hujan turun tanpa henti dan mengakibatkan banjir sehingga menyukarkan projek ini disiapkan dalam tempoh yang pendek.”ujarnya.
Selain itu, senibina tiang tinggi ini bermanfaat untuk seisi keluarga kerana jika diperhatikan di sebelah bawah rumah, banyak ruang parkir yang tersedia. Pada pandangan penulis, jika tuan rumah mengadakan kenduri doa selamat, para tetamu tidak mempunyai masalah untuk meletakkan kenderaan masing-masing.
Di bawah ini adalah beberapa koleksi gambar yang dikongsikan oleh En Aqwa Mustofa untuk tatapan pembaca Majalah IMPIANA di luar sana. Mana tahu anda mendapat idea baru untuk renovasi kediaman ibu bapa anda di kampung. Jangan lupa Tag Facebok page IMPIANA ye!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...