
Kipas siling makin lama, makin tak rasa angin nya. Ada tu, perlahan macam speed no. 1 walaupun dah letak maksimum. Kebiasaanya, masalah ini berlaku pada kipas yang dah lama. Jadi, ramai beranggapan dah sampai masa kipas tersebut rosak.
Salah tu. Sebenarnya, ada dua sebab kenapa kipas siling anda tidak rasa angin nya atau perlahan.
1. Kipas berhabuk
Ini punca utama. Bila terlalu banyak habuk di bilah kipas, ia akan mula perlahan. Ramai yang culas untuk membersihkan kipas. Almaklum lah kedudukan nya yang sukar dicapai. Tambahan kalau mengelap habuk pada kipas siling, bertaburan satu rumah habuknya.
Sebenarnya, ada cara mudah dan menjimatkan masa untuk mencuci kipas siling ni. Nak tahu macam mam? [Klik sini]
2. Kapasitor rosak
Kipas, mahal macam mana pun sampai masa kapasotornya rosak. Bukan rosak apa, dah tiba masa. Kapasitor ni lah yang berperanan menghasilkan kelajuan pada kipas.
Tak perlu tukar kipas baru, beli sahaja kapasitor dari kedai hardware. Harganya baru RM 5-7. Tak pandai nak memasang, boleh cara tutorial mengganti kapasitor di dalam youtube atau baca je artikel ni [klik sini]
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Memilih Alas Meja

Isi Kandungan
ToggleTip Memilih Alas Meja. Alas meja atau pelapik meja adalah salah satu elemen penting dalam dekorasi rumah yang sering kali dipandang remeh. Walaupun kelihatan sederhana, lapik meja mempunyai pelbagai fungsi, termasuk melindungi permukaan meja, menambah gaya, dan memberikan keselesaan.
IMPIANA akan kongsikan beberapa tip untuk memilih alas meja yang sesuai dengan keperluan dan cita rasa anda.
1. Kenal Pasti Kegunaan Alas Meja
Sebelum memilih alas meja, adalah penting untuk menentukan kegunaannya. Adakah anda memerlukan alas meja untuk melindungi meja dari calar dan tumpahan? Atau adakah anda ingin menambah sentuhan estetik kepada ruang makan atau ruang tamu? Mengetahui tujuan utama alas meja akan membantu anda dalam membuat pilihan yang tepat.
2. Pilih Material yang Sesuai
Alas meja datang dalam pelbagai jenis bahan. Setiap bahan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Kain: Alas meja kain seperti linen, kapas, atau satin memberikan sentuhan elegan dan nyaman. Kain mudah dibersihkan tetapi mungkin memerlukan penjagaan tambahan untuk mengelakkan kotoran.
Vinil atau Plastik: Material ini tahan lasak dan mudah dibersihkan. Ia sesuai untuk kegunaan harian dan ideal untuk melindungi meja dari tumpahan dan calar.
Kayu: Lapik meja dari kayu memberikan sentuhan klasik dan sofistikated. Ia juga boleh melindungi meja daripada calar tetapi memerlukan penyelenggaraan yang lebih rapi.
Silicone atau Getah: Lapik meja jenis ini sangat tahan lasak dan tidak mudah tergelincir. Mereka juga mudah dibersihkan dan sesuai untuk meja yang sering digunakan.
3. Pertimbangkan Saiz dan Bentuk
Alas meja perlu sesuai dengan saiz dan bentuk meja anda. Ukur meja anda dan pilih lapik yang sedikit lebih besar daripada meja untuk memastikan perlindungan yang mencukupi. Jika meja anda berbentuk bulat, pastikan lapik meja juga bulat atau sesuai dengan bentuk tersebut. Begitu juga dengan meja yang berbentuk segi empat atau lain-lain bentuk.
4. Pilih Reka Bentuk dan Warna yang Sesuai
Lapik meja bukan hanya berfungsi sebagai pelindung tetapi juga sebagai elemen dekoratif. Pilih reka bentuk dan warna yang melengkapkan tema dan warna keseluruhan ruang anda. Untuk ruang yang minimalis, lapik meja dengan corak sederhana atau warna neutral mungkin lebih sesuai. Jika anda mahu menambah warna dan gaya, pilih lapik meja dengan corak atau warna yang lebih berani.
5. Fungsionaliti dan Kemudahan Penjagaan
Selain estetika, pastikan alas meja yang dipilih mudah untuk dibersihkan dan dijaga. Bahan seperti vinil atau plastik mudah dibersihkan dengan kain lembap, sementara kain mungkin memerlukan cucian atau pembersihan khusus. Pastikan juga alas meja tidak terlalu licin atau terlalu tebal, agar ia tidak menyusahkan penggunaan sehari-hari.
6. Pertimbangkan Kos
Harga alas meja boleh berbeza-beza mengikut material dan reka bentuk. Tentukan bajet anda sebelum membuat pilihan. Walaupun lebih mahal tidak semestinya lebih baik, pastikan anda mendapatkan lapik meja yang menawarkan nilai terbaik dalam aspek kualiti dan fungsi.
7. Faktor Kesihatan dan Keselamatan
Jika anda mempunyai anak kecil atau haiwan peliharaan, pertimbangkan lapik meja yang selamat dan tahan lasak. Bahan yang mudah dibersihkan dan tidak mempunyai sudut tajam atau tepi kasar adalah pilihan yang baik. Lapik meja yang tidak mudah tergelincir juga penting untuk mencegah kemalangan.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Memilih alas meja yang tepat bukan sahaja meningkatkan penampilan meja anda tetapi juga memberikan perlindungan dan keselesaan tambahan. Dengan mempertimbangkan kegunaan, material, saiz, reka bentuk, kemudahan penjagaan, kos, dan faktor keselamatan, anda boleh membuat keputusan yang bijak dan sesuai dengan keperluan anda.
Mesti Baca: Tranformasi Meja Lama Menggunakan Vinyl Lantai RM 2.10, Cantik Macam Meja Kafe
Baca Lagi Di Sini: 10 Design Meja Konsol Menarik Tambah Seri Ruang
Artikel Menarik: Sebelum Beli, Faham Dulu Kelebihan Dan Kekurangan “Sofa Bed”
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Idea Minibar Jimat Ruang Dapur Sempit

IMPIANA banyak mendapat maklum balas tentang penyelesaian isu samada perlu untuk membeli meja makan, letakkan di antara ruang tamu dan dapur atau mansuhkan sahaja.
Idea yang bernas adalah dengan menggabungkan meja makan dan dapur, menjadi meja bar. Tetapi sebelum anda survey katalog jualan, apa kata periksa dahulu senarai meja bar yang IMPIANA sediakan dalam entri kali ini.
- Skandinavia minimalis
Ciri utama gaya Skandinavia adalah penggunaan material semulajadi dan jika anda rujuk gambar di bawah, table top nya menggunakan papan kayu dan digabungkan dengan cat putih untuk menyerlahkan lagi eleman natural.
2. Meja bar Monokrom
Stail ini sesuai untuk mereka yang masih bujang atau baru sahaja mendirikan rumah tangga. Gaya simple ini pasti memikat sesiapa sahaja yang melihat. Jimat ruang sudah semestinya kerana anda sudah menghadkan saiz minibar ini di ruangan dapur sahaja.
3. Dapur pulau dan meja makan jadi satu
Penulis merasakan implementasi konsep dapur pulau di Malaysia masih baru dan jarang untuk kita lihat. Tetapi, apa salahnya kalau kita cuba terapkan idea ini ke dalam planning dekorasi kediaman anda. Mana tahu, anda boleh menjadi trend setter selepas memasang kelengkapan ini suatu hari nanti. Belum cuba, belum tahu.
4. Meja bar kitar semula
Anda juga boleh kitar semula kayu-kayu yang masih elok atau selamatkan kayu pallet yang dibuang dan jadikan meja minibar anda sendiri. Bumi selamat, anda gembira.
5. Idea meja bar klasik vintage
Penggunaan material kayu juga boleh di upgrade kepada design klasik vintage. Ala-ala zaman cowboy. Ianya sesuatu yang menarik untuk dicuba Untuk pilihan design kerusi, ianya tidak menjadi masalah samada anda ingin meletakkan penyandar atau tidak, kerana semuanya bergantung kepada kreativiti anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kepala Gas Berbunyi & Berbau, Jangan Panik Lakukan Step Ini!

Situasi kepala gas berbunyi dan berbau selalu terjadi bila tukar tong gas baru. Memang panik dibuatnya! Lebih-lebih lagi bila hanya berseorangan di rumah, tiada bantuan suami yang boleh diminta tolong.Dalam keadaan ini sebenarnya mak-mak tak perlu panik. Apatah lagi takut nak ‘sentuh’ tong gas, risau meletup, terbakar dan sebagainya.
Ada cara yang mudah untuk selesaikan masalah ini.Perkongsian tip oleh Iman Sulaiman ini boleh dijadikan sebagai rujukan.
“Nak juga kongsi ilmu berguna terutamanya buat surirumah. Jangan tau memasak je bila berlaku masalah macam ni tak tau nak buat ape.Nak pulak berlaku waktu seorang diri di rumah dan tong gas cuma ade satu je.Masalahnye apabila masukkan kepala gas ke tunku tapi gas berbunyi mengeluarkan gas. Jangan panik dan benda ni simple je.
Caranya:
1. Mula-mula cabut kepala gas dan keluarkan getah seperti dalam gambar, guna besi keras.
2. Kemudian terbalikkan getah.
3. Selepas itumasukkan semula, dah settle. Boleh memasak semula.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Disini: Bila Api Tungku Warna Oren, Jenuh Sental Periuk Berjelaga ‘Adjust’ Begini
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak tak perlu panik lagi bila dengar bunyi gas berdesir. Rupanya dengan hanya mengeluarkan gegelung getah, terbalikkan dan masukkan semula dah boleh selesai masalah.Ikut tip yang dikongsikan ini dah tak bau gas lagi dan boleh memasak semula seperti biasa.
Mesti Baca:Booster Tanaman Dari Yakult Buat Pokok Berbuah Lebat Dan Mabuk Bunga
Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri BAJA ORGANIK ‘Power’ Guna Sisa Bahan Dapur, Suburkan Tanaman!
Artikel Menarik:Siram BAJA ROTI Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!
Artikel ini diambil dan diolah dari MW.
Sumber: Iman Sulaiman
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI