Seronok tengok sahabat Laman ramai yang sudah atau mula ke arah pengamalan berkebun secar organik. Ia bagi memastikan makanan atau sayuran segar yang dimakan terhindar dari segala semburan dan kandungan kimia yang banyak digunakan seperti di ladang-ladang sayuran yang lain. Selain itu, kesadaran pengambilan ubatan alternatif seperti herba turut menjadi perhatian. Ini kerana, ramai yang mula mencegah dan merawat penyakit dengan berdasarkan petua atau amalan orang terdahulu yang hanya menggunakan tumbuhan untuk tujuan pengubatan.

Namun harus diingat, pengambilan herba bagi tujuan perubatan perlu mengikut kadar atau dos yang tertentu . Jika tidak, bahana lain akan mengancam anda. Berikut antara tanaman herba yang mengundag ancaman kepada kesihatan jika pengambilannya berlebihan:

1. Hempedu bumi
Tanaman yang hidup liar seperti rumpai ini mempunyai banyak khasiat. Antaranya, melegakan kembung perut, darah tinggi dan sebagainya, Ia adalah sejenis ubat dan bukan supplement. Oleh itu, pengambilanya disarankan tidak lebih dari 2 minggu. Untuk tujuan rawatan, ambil 3 hingga 5 helai daun yang direndam didalam air kosong. Pengambilan berterusan dan tidak mengikut dos yang ditetapkan boleh menyebabkan masalah hati 5 Herba Viral Ini Bahaya Dan Mengancam Kesihatan Anda

IKLAN

2. Daun rerama
Dulu pernah viral tanaman ini. tiba-tiba harga pokok rerama ini naik tinggi kerna menjadi buruan dan viral disebabkan oleh harga dan manfaatnya yang tinggi. Tapi sekarang sudah makin dilupakan. Rerama sebenarnya adalah dari keluarga oxalis iaitu sejenis tumbuhan yang tinggi kompaun oxalate. Pengambilanya yang berterusan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan pembentukkan kristal atau batu karang di dalam sistem respirasi manusia5 Herba Viral Ini Bahaya Dan Mengancam Kesihatan Anda

IKLAN

3. Pokok sambungnyawa atau bismillah
Pokok herba yang mudah hidup ini pun antara tanaman herba vairal. Kebiasaanya, kaedah pengambilan yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia dengan menjadikan pucuk nya sebagai ulam atau jus bagi merawat masalah diabetis, kanser, kolestrol dan pelbagai lagi. Namun pengambilanya dalam tempoh yang lama secara kerap akan merosakkan hati. Hal ini disebabkan oleh kandungan toksik yang tinggi. Antara tanda awal keracun disebabkan oleh amalan pengambilan daun ini adalah apabila mata kelihatan merah

IKLAN

4. Mahkota dewa
Banyak warung menyediakan minum kopi campuran yang mempunyai perisa mahkota dewa. Dan ia sentia menjadi kegemaran mereka yang suka melepak di warung. Ada tu sehari tak pekena secawan kopi mahkota dewa, rasa semacam sahaja badan. Betul tak? ha… ini lah hakikatnya, mahkota dewa bersifat steroid. Ia menyebabkan badan anda berasa sihat. Seperti mana pengambilan steroid yang lain, pengambilan jagka panjang melemahkan sitem imunisasi. Bila sistem imunisasi lemah, kita senang nak kena penyakit berjangkit dan juga kanser 5 Herba Viral Ini Bahaya Dan Mengancam Kesihatan Anda

5. Daun mulberi
Sebelum ini, LAMAN Impiana ada menyenaraikan beberapa khasiat daun mulberi [klik sini untuk artikel penuh]. Selain itu juga, bagi anda yang mengalami masalah jantung tersumbat, boleh cuba mengamalkan daun ini kerana ia bersifat mencairkan darah. Oleh itu, bagi wanita yang sedang haid, baru lepas bersalin, terluka, atau baru selesai pembedahan, elakkan mengambil daun ini. Ini kerana ia akan mencairkan darah anda. Pengambilannya hanya disarankan sekali sekala. pengambilan berlebihan bagi orang normal akan menyebabkan saluran darah kecil mudah pecah. Antara tanda darah terlalu cair, terdapat lebam tanpa sengaja pada badan. Paling teruk, pada mata akan terbit darah5 Herba Viral Ini Bahaya Dan Mengancam Kesihatan Anda

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI